Kisah Seram – Penunggu Iswara Biru

Penunggu Iswara Biru

KISAH SERAM PENUNGGU ISWARA BIRU FEDERAL HIGHWAY PJ

Ni kisah niat yang baik yang mendatangkan musibah. Kisahnya seorang pemilik iswara biru yang melalu kisah seram. Kisah bermula bila dia melalui federal highway, PJ time tu dah maghrib dan hujan renyai renyai. Maghrib ni umpama time setan berjogging jugak. Warm up untuk aktiviti tengah malam katanya.

Sambung cerita… Masa dia lalu jalan tu dia ternampak seorang wanita yang dia rasa maybe level akak-akak la dengan dia sambil dukung baby berjalan kaki.. Sebab dia berperikemanusiaan so dia berhenti la nak tumpangkan akak ni.. Akak tu pun bagitau la dia nak tumpang sampai sunway. Dia takde masalah nak hantar, so akak ni pun masuk la duduk kat seat belakang. Sebab katanya taknak duduk depan takut anak dia nanti ganggu si Mamat ni drive. Masa akak ni duduk kat seat belakang, Mamat ni cuba intai-intai jugak guna rear mirror. Tapi bila dia toleh akak tu ada jer.. walau dia rasa pelik tapi dia tetap fikir positif jer.

Dekat nak sampai tempat akak tu nak turun tetiba anak dia menangis. Dia minta la Mamat ni roti dengan air sebab katanya maybe anak dia lapar sebab dari pagi tak makan apa-apa lagi. Sebab kesian Mamat ni drive ke petrol station dengan niat nak beli makanan untuk akak ni dengan anak dia. Tapi bila dari luar dia tengok dalam kereta dia, tak nampak langsung kelibat akak tu dengan anak dia. Dia panggil pekerja kat situ suruh tengok, dorang pun kata tak nampak siapa-siapa. seat belakang kosong. Bila dia buka kereta, akak tu memang ada dalam kereta sambil senyum pada dia. Dia tutup balik kereta dan tengok dari luar memang tak ada sesiapa dalam kereta. Nak double confirm dia suruh lagi pekerja kat situ tengok.. memang confirm tak ada sesapa dalam kereta tu. Lepas tu Mamat ni masuk kereta minta akak tu keluar, katanya kereta ada masalah. Terus akak ni jadi marah dan terus hilang depan mata dia macam tu jer… Melopong kau tengok orang yang tadi ada tetiba lesap macam tu je.

Selepas kejadian tu katanya dia selalu nampak akak tu ada kat seat belakang kereta dia. Macam-macam dia cuba buat. Pergi jumpa bomoh dan buat macam-macam ritual termasuk mandi bunga kereta.. Hanya hilang sekejab je lepas rawatan tapi selepas tu dia akan muncul semula dalam kereta Mamat ni.

Katanya.. sebab tak tahan dia buang kereta tu macam tu saja sebab nak jual pun takde orang nak beli. Salesman pun tak berani nak jual. Best la hantu akak tu kan.. tak payah tumpang kereta orang dah. Dah dapat iswara biru hasil momokkan dia. kekekeke

Moral of the story.. Hantu pun tak larat nak terbang. Dia pun nak rasa travel naik kereta katanya jadi jangan biarkan kereta anda di tumpangi hantuuuuuuuuuu… sentiasa perdengarkan ayat2 Al Quran supaya kereta anda tak di tumpangi makhluk yang tak di ingini. peace!

Sumber : Iswara Biru

LEGENDA KUM KUM

Hantu Kum Kum

Hari ni nak cerita sebuah legenda. Bukan Legenda Taming Sari, mahupun Legenda Hang Tuah dan Hang Jebat. Tapi namanya pernah menjadi legenda dalam masyarakat Melayu.

Satu ketika dahulu kita pernah dimomokkan dengan kewujudan Hantu Kum Kum. Namanya tak se-popular Pontianak, Langsuir, Toyol atau Hantu Raya, tapi namanya cukup untuk menggerunkan kita semua.

Sebelum kita bercerita lanjut pasal legenda si Hantu Kum Kum ni, jom kita teliti serba sedikit latar belakang beliau. Kum Kum berasal dari (bukan dilahirkan) seorang perempuan yang katanya menuntut ilmu hitam untuk menjadi cantik selama-lamanya.Tapi dek kerana melanggar pantang larang, maka bertukarlah ia menjadi hantu yang digambar dan digembar-gemburkan sebagai hantu yang menutup seluruh anggota badannya sehingga tinggal dua biji mata sahaja.

Katanya untuk memulihkan kembali dia ke bentuk asal, dia hendaklah mendapatkan 100 (tak tahu pulak botol ke, mangkuk ke) darah perempuan yang masih dara. Jadi, setiap malam hantu ini akan merayau-rayau mengetuk rumah-rumah orang yang ada gadis dara dan memberi salam lebih kurang macam ni bunyinya “assalamualaikum kum.” Barangsiapa yang menjawab salam lalu membuka pintu maka tamatlah riwayatnya menjadi habuan si Hantu Kum Kum.

Hasilnya, ramailah orang yang takut nak buka pintu bila orang datang ke rumah. Tak kurang pula yang mengusik dengan memberi salam serupa dengan hantu tersebut.

Apakah wujud Hantu Kum Kum?

Sebenarnya Hantu Kum Kum ini adalah satu bentuk kesedaran dalam masyarakat tentang Islam. Pada ketika itu, kesedaran untuk menutup aurat semakin meningkat. Maka ramai dari kalangan gadis-gadis yang mengenakan tudung labuh dan ada juga yang berjilbab. Bila golongan ini memulakan pemakaian yang sedemikian, maka ada golongan yang pakai mini skirt dan rambut dilepaskan ala-ala iklan syampu Pantene terasa hati. Maka sengaja diwujudkan imej Hantu Kum Kum yang menutup keseluruhan badan kecuali dua biji mata sebagai tanda tidak puas hati mereka terhadap golongan yang bertuduh labuh dan berjilbab, supaya imej mereka rosak pada pandangan masyarakat.

Kesimpulannya, Kum Kum kini tinggal legenda, sebuah mitos masyarakat Melayu. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri hantu kum kum.

 

Roh Ibu Pulang

Roh Ibu Pulang

Ibu saya semasa hayatnya adalah seorang wanita yang kurang sihat. Beliau memang menghidapi penyakit lelah yang sangat kuat, kerapkali diserang semput dan lemah jantung.. akhirnya beliau meninggal dunia kira-kira lima tahun dulu. Ibu saya bernama Fatimah, beliau dan saya memanglah sangat intim seperti kawan baik, kerana ibu saya sangat memahami perasaan saya. Semasa beliau terlantar di katil dipenghujung hayatnya, saya selalu berada disisinya dan merawatnya.. kini saya merasa sangat hiba dengan ketiadaannya.

Setelah menduda selama setahun ayah saya telah berkhawin semula dengan kenalanya yang bernama makcik Aminah. Ibu tiri saya berpindah kerumah kami di Bukit Batok setelah angkat nikah, saya merasa sangat jangkal dengan kehadiran wanita lain yang mengantikan ibu tersayang dan saya dapat merasakan kehadiran ibu pada setiap malam.. seolah-olah beliau menemani saya tidur, kadang-kadang terdengar nyanyian lagu kegemaran ibu.

Pada suatu malam makcik Aminah telah meminta saya saya menolongnya menghias rumah semula mengikut seleranya dan mengarahkan saya membuang banyak perhiasan dan barang-barang peninggalan ibu. Sedang kami sibut mengemas saya terdengar bunyi geledahan yang jelas, sepertinya ada orang lain mengatur  dan mengemas barang didapur, sedangkan pada ketika itu hanya kami berdua berada dirumah. Bunyi bising itu berlarutan buat seketika, makcik Aminah bertanyakan pada saya apa yang berlaku…kerana dia juga mendegarnya. Saya beranikan diri, pelahan-lahan menuju keruang dapur untuk pastikan apa sebenarnya terjadi.

Dari pintu dapur, saya dapati semua barang dan parhiasan teratur semula seperti sediakala. Dihujung penjuru ruang dapur saya ternampak susuk tubuh seorang wanita berbaju serba putih memerhatikan saya, wajahnya seiras ibu saya yang telah meninggal dunia dan saya terjegat melihat wajahnya yang penuh kesedihan, seolah-olah ada banyak persolan yang ingin beliau katakan. Saya tersentak dengan tepukan makcik Aminah dibahu saya, bertanya apa yang saya sedang perhatikan.. kemudian kami dapat rasakan seram-sejuk dan ibu lenyap dari padangan.

Semenjak kejadian pada malam itu banyak lagi ganguan-ganguan berlaku yang sangat menakutkan makcik Aminah, seperti peralatan rumah berpindah tempat, pingan-mangkok jatuh pecah tanpa sebab, pintu bilik terhempas kuat dan kadangkala suasana didalam  rumah terasa sangat dingin walaupun disiang hari. Suatu malam saya menerima panggilan telifon dari ayah semasa saya sedang mengulangkaji pelajaran dikolong flat bersama teman.. Ayah meminta saya pulang segera kerana makcik Aminah terkunci didalam rumah menangis ketakutan dan ayah tiadak dapat pulang kerana bertugas.

Saya bergegas pulang membuka pitu pagar mengunakan kuci yang saya pegang, menolak pintu pelahan-lahan saya dapati ruang tamu gelap gelita dan tidak terlihat makcik Aminah dimana-mana. Setelah mencarinya dari ruang keruang flat lima bilik itu, saya ketemui makcik Aminah terperuk didalam kamar stor berkemban.. menutup muka dengan tanganya, menanggis ketakutan dan memeluk erat tubuh saya, sampai saya dapat rasakan getaran tanganya.

Setelah malam itu makcik Aminah pulang ke rumah ibu bapanya dan engan kembali kerumah kami. Ayah cuba memujuknya tetapi tiada membuahkan kesan, sehingga ayah tidak ada pilihan terpaksa menjual rumah kami dan berpindah kekawasan Queenstown, barulah makcik Aminah setuju untuk kembali semula. Kini saya telah berkeluarga sendiri dan berpindah bersama suami saya.

Menyingkap kembali tentang apa yang telah terjadi pada malam terakhir makcik Aminah dirumah kami, saya diberitahu ketika dia sedang mandi dibilik air ada orang mengetuk-getuk pintu bilik air dengan kuat buat beberapa ketika yang agak lama. Menyakan saya yang mengetuk, makcik Aminah segera mengenakan kain dan membuka pintu.. Dia melihat kelibat baru sahaja keluar dari bilik, Dengan memanggil nama saya dia mengejar kelibat itu hingga keruang tamu… Pada ketika itulah lampu didalam rumah semua terpadam dengan semena-mena dan lembaga itu berhenti lalu berpaling kearah makcik Aminah.

Menuruknya, lembaga itu yang bercahaya putih didalam suasan gelap dengan rambut mengelurai panjang, seolah-olah terapong-apong dan megeluarkan suara garau yang sangat menyeramkan. Makcik Aminah menjadi sangat gerun.. cuba menyalakan lampu tetapi tidak berjaya, dalam ketakutan yang amat sangat makcik Aminah menyapai telefon bimbitnya lalu bersembunyi didalam bilik stor.. lembaga itu terus mencakar-cakar dengan suara yang mengerikan.

Bagi saya .. tidak mungkin ibu yang telah menggangu kami selama ini, kerana pernah saya mendengar cerita, ada seorang wanita cina telah lompat bunuh diri dan jatuh betul-betul dihadapan rumah saya. Ada juga cerita dari mak Long saya, bercerita bahawa ayah telah berkenalan dengan ibu saya yang datang dari keluarga berada, kerana sangat mencintai ayah lalu ibu sanggup mengingkari keluarganya yang tidak merestui perkawinan itu. Katanya ayah sudah berjanji kepada ibu, akan selalu setia bersama ibu hingga keakhir hayat.

Apa pun jua kemungkinanya saya sangat merindui ibu hingga kehari ini dan selalu berdoa agar rohnya senantiasa dicucuri rahmat tuhan.

Kisah Seram – Pontianak Yang Menyamar

Pontianak Yang Menyamar

Selepas makcik selesai berubat, kini tiba giliran kawanku pula.. kawanku itu memulakan bicara bahwa dia sering sakit dan bermimpi pelik dan menakutkan setiap malam. Aku mendengar setiap butiran Wati. Aku melirik ke arah dua kawanku Amy dan Mimi. Aku terperasan yang Amy bagaikan tidak selesa dan matanya meliar. Aku menegur Amy tetapi dia buat tak kisah aje. Hembusan nafasnya juga kencang apabila Wati mengadu kepada Pakcik M sedangkan aku dapat melihat Pakcik M memandang sekilas ke arah Amy. Amy mula gelisah. Pakcik M dan aku melihat keadaan Amy yang seperti serba tak kena. Aku hanya meneka dalam kesamaran…

Pakcik M memandang tepat ke arah Amy dan membuatkan rakan aku Wati terpinga-pinga. Aku mengajak Wati dan Mimi yang duduk bersebelahan dengan Amy berganjak dan pergi ke sofa yang berhampiran. Wati kehairanan.. Lantas aku menarik tangan mereka supaya beredar segera dari duduk disebelah Amy. Aku masih lagi memerhatikan pergerakan Amy.. Tiba-tiba Pakcik M bersuara dan berkata denganku “Kau pun tahu jugak ke.. Siapa pontianak dan siapa yang sakit sebenarnya kat sini?”aku tergagap.. “Tidak.. Saya cuma meneka kerana perangainya lain sekarang..” Tetapi dalam hatiku aku juga pelik bagaimana aku dapat perasan begitu pantas.

Mata Amy semakin meliar dan mula mengeram halus.. mula resah dan secara tiba-tiba menyeringai.. aku jadi takut. Amy mengcengkam kepala lututnya dengan kejap.. aku pun tak tahu nak buat aper nih. Pakcik M bertanya siapakah namanya dan mengapa dia menganggu cucu adam??

Amy masih lagi dalam keadaan tadi dan hanya memandang sinis. Pakcik M telah bertanya berkali-kali tetapi Amy boleh buat ‘dek’ aje. Pakcik M pergi ke dapur mengambil sesuatu. Aku melihat Pakcik M mengeluarkan seseuatu yang bergumpal yang disimpan di dalam kotak kecil yang seakan-akan rambut.

Pakcik M bertanya untuk kali yang terakhirnya.. Siapakah di dalam badan Amy dan mengapa menganggu mereka sambil mengacukan gumpalan rambut dan dibawahnya tersedia lighter untuk membakar gumpalan itu.. Mata Amy merah dan teragak-agak dan tunduk. Pakcik M mengertak lagi dan mengatakan padaku bahawa gumpalan rambut yang dipegangnya adalah gumpalan rambut pontianak. Bila Pakcik M bertanya lagi tentang kenapa dia mengacau rakanku wati. Amy masih bernafas keras.. Pakcik M mengambil Lighter(pemetik api) dan mula hendak membakar rambut yang dipegang tadi.. Amy bebunyi takut dan berkata-kata seakan mengilai.. nadanya yang tinggi.. menakutkan aku, wati dan beberapa tetamu yang ada..

Aku dan tetamu mulai waspada.. Amy yang mengeletar cuba bangkit dan melangkah melepasi meja ruang tamu (meja yang selalu diletakkan antara sofa) dan jatuh. Pakcik M menerpa dan mengangkat rambut itu menghalakan pada Amy lalu dibakarnya rambut itu . Amy masih mengilai dan cuba merampas rambut itu tetapi tak berdaya dan menangis..

Tangisannya amat mendayu dan meremangkan bulu roma. Pakcik M berjaga dan kembali bertanya.. Amy berkata dia disuruh oleh seseorang. Pakcik M bertanya lagi siapa?? tetapi Amy menyambung nangisnya… tetapi Pakcik M tidak terpedaya dengan helah pontianak itu. Sambil sekali lagi menyalakan lighter dan merapati rambut itu, Pakcik M sekali lagi bertanya membuatkan Amy atau pontianak yang merasuknya memandang tajam ke arah pergerakan tangan Pakcik M..

Pakcik M bertanya lagi tetapi kali ini memintanya keluar dengan cara baik. Pontianak itu menjegilkan matanya dan berdegil.. Pakcik M menyimpan rambut pontianak itu ke dalam bekas khas dan merapatkan tangannya sambil membaca ayat suci yang dibaca di permukaan air yang diberikan oleh isterinya selepas Pakcik M minta. Pontianak itu mengilai sekali lagi apabila ada ayat yang dibaca dengan kuat oleh Pakcik M yang membuatkan pontianak itu meraung kesakitan. Selepas bertarung 15 minit.. Amy jatuh dan pengsan. Aku dari tadi memerhatikan tingkahlaku Amy ingin menolong Amy tetapi ditegah. Pakcik M menyuruhku bersabar seketika kerana Pakcik M ingin memastikan keselamatan aku. Pakcik M merenung Amy yang terbaring sambil menghembuskan nafasnya bersama ayat yang disebut olehnya.. dan Amy masih disitu pengsan.. Pakcik M memberikan isyarat kepadaku untuk mengejutkan Amy..

Aku menarik tangan Amy dan memapahnya. Wati yang dari tadi takut dan matanya terbalalak kerana tak percaya apa yang berlaku di depan matanya mula memberanikan diri menolong aku menarik Amy ketepi. Didalam hati kami masih tertanya siapa yang tidak puas hati dengan group kami? Aku disuruh oleh Pakcik M menyapukan air yang diberi oleh isterinya ke muka Amy. Dan dengan perlahan aku mengikut perintah. Amy mulai sedar dan terpinga-pinga.. badannya lemah dan dia mengadu sakit.. aku hanya menyuruh Amy berehat sebentar dan minum air kosong.

kami bertanya kepada Pakcik M, Pakcik M menyatakan bahawa benda yang merasuk Amy.. Pakcik M hanya menyatakan memang sebenarnya Wati yang sakit dan diganggu oleh pontianak itu tetapi apabila mengetahui bahawa Wati dibawa kesini, pontianak itu terus berpindah dan memerhatikan pergerakan kami. Itu sebabnya Wati merasakan biasa sahaja apabila ditanya oleh Pakcik M..

Aku masih inginkan jawapan dari Pakcik M, kenapa Amy yang terkena atau dipilih oleh pontianak itu sebab satahu aku.. dari luaran Amy nampak cergas dan sedikit kasar. Pakcik M hanya menyatakan bahawa Amy lemah semangat. Pontianak itu juga dikirim dari kampung yang bermaksud Orang dari Kampung Wati telah menyimpan dendam terhadap wati.

Wati maju kedepan dan bersungguh-sungguh bertanya siapakah orang yang sanggup melakukan perkara ini terhadapnya? Setahu Wati dia jarang balik ke rumah Mak ayahnya kerana jauh dan kerana atas tuntutan kerja. Wati hanya menjengukkan mukanya hanya ketika waktu dia dapat apply cuti panjang. Kebanyakan masanya hanya menelefon dan bertanya khabar keluarga. Itu sahaja.. Pakcik M enggan menyatakan siapakah gerangan orang yang menyihir Wati tetapi hanya memberikan klu bahawa ada sesuatu atau seseoang yang akan berhenti kerja dalam tempoh waktu terdekat.

Pakcik M membekalkan bunga 7 jenis dan dua biji limau purut kepada Wati dan Amy. Tujuannya ialah untuk membersihkan aura disamping menutup liang roma bagi menjauhkan pontianak tapi kembali merasuki atau menganggu mereka.. Kami beransur untuk pulang dan jam menunjukkan pukul 12.00 malam.. Semasa aku melangkah dan melambai tangan ke isterinya Pakcik M berkata padaku seorang supaya menjaga tingkah laku kerana aku bukan keseorangan.. Aku berkerut dahi.

Sumber : Dunia Seram

Ragam Hantu Kalimantan Timur

cerpen.info (4)

Kalimantan Timur adalah sebuah kawasan yang berpenduduk sangat sedikit dari daerah pulau pulau lain di Indonesia. Tentu daratan ini memiliki hutan yang sangat luas. Dalam sebuah desa atau dusun ada yang hanya berpenduduk paling banyak dua puluh jiwa.

Walau hutan hutan di Kalimantan Timur telah porak poranda akibat illegal logging dan ’banjir kap’ sejak tahun 70-an yang dilakukan berbagai perusahaan kayu, tetap saja hutan hutan ini tak pernah habis. Kerusakan ekosistim akibat pembabatan memang ada, namun tak banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat pedalaman yang tinggal diberbagai pelosok desa atau dusun.

Pada waktu tahun-tahun 70-an ke bawah, hutan di Kaltim sangat kaya dengan hasil hutan ikutan seperti damar dan rotan. Belum lagi hasil yang terkandung di dalam buminya. Dan setiap hutan sudah tentu ada penunggu atau penghuni yang tak terlihat, dengan sebutan lain kalau bukan orang Gaib atau Bunian, pastilah disebut “Hantu Hutan”. Begitulah kepercayaan masyarakat yang berdiam di daerah pedalaman yang hingga sampai saat sekarang masih sering menjadi buah bibir.

Kalau yang disebut orang bunian atau orang gaib hanyalah satu. Tetapi kalau yang disebut hantu, sangatlah banyak dan beragam.

Hantu Orang

Ada Hantu Orang, yang kalau berjalan dengan rambut terurai ke depan menutupi wajahnya.

Hantu Kuyang

Ada Hantu Kuyang, yang kerjanya mengincar orang beranak atau mati muda. Hantu yang satu ini senang mengisap darah orang yang hendak melahirkan atau memakan mayat wanita muda yang meninggal karena melahirkan.

Hantu Penanggalan

Ada Hantu Penanggalan. Hantu yang satu ini berbentuk kepala tanpa badan dan terbang ke sana ke mari dengan incaran yang sama seperti Hantu Kuyang. Bedanya dia dapat bepergian jauh dengan kepalanya yang bisa terbang.

Hantu Bangsi

Ada lagi yang disebut Hantu Bangsi. Hantu ini keberadaannya di dalam hutan dan berbentuk wanita menggendong anak memburu siapapun yang bisa jadi mangsanya. Anak yang digendongnya masih dengan tali pusar yang terjulur dari kemaluan hingga ke pusar si anak yang digendong. Hantu ini memberi tanda pada mangsanya yaitu dengan setumpuk bercak bercak darah di atas tanah sebanyak tujuh tumpuk. Jadi siapapun yang menemukan bercak darah tersebut jika tak cepat kembali, atau terus berjalan hingga ketumpukan yang ke tujuh, maka jadilah dia korban si hantu. Anak bayi yang digendong dilemparkannya ke arah korban. Anak tersebut langsung melengket dan mengisap darah korban dengan darah yang disalurkan melalui tali pusar kepada ibunya. Korban akan mati kehabisan darah dengan sangat mengerikan karena selain kehabisan darah korban bagai mengering keriput seperti mayat yang dikeringkan.

Hantu Kesot

Ada lagi yang disebut Hantu Kesot. Hantu ini tidak berjalan dengan kakinya tetapi dia berjalan dengan pantat yang dikesotkan di atas tanah. Hantu ini kebanyakan menunggu mangsa yang lewat ditempat dia tinggal. Sasarannya bukan hanya manusia tetapi juga binatang seperti rusa dan babi. Dia baru pindah dari tempatnya ke tempat yang baru jika sudah dapat mangsa. Tetapi jika belum selama itu pula dia berada di sana.

Hantu Kesot bentuknya seperti Orang Hutan, tetapi dia bisa tak terlihat dan mampu mempengaruhi mangsa agar mendekat kepadanya. Ini kata cerita, namun ada pula yang mengatakan Hantu Kesot ini adalah Orang Utan yang sudah tua dan tak lagi mampu berjalan sehingga dia hanya menanti mangsa yang melaluinya. Namun jika benar mahluk tersebut adalah orang utan yang telah ketuaan, tentu jika dia mati ada yang pernah menemukan bangkainya. Benar tidaknya hingga sampai sekarang tak ada yang pasti mengetahuinya.

Hantu Lungun

Ada yang disebut Hantu Lungun. (Lungun adalah semacam peti mati suku Dayak pedalaman yang masih menganut agama kepercayaan). Ceritanya jika ada orang yang meninggal, mayatnya dimasukkan ke dalam Lungun tersebut yang kemudian ditaruh bersandar pada sebatang pohon besar, tidak dikebumikan seperti orang yang sudah memeluk agama Islam atau Kristen.

Lungun tersebut tidak selamanya berada di tempat itu. Pada waktunya Lungun tersebut dibawa dan dikuburkan pada suatu lubang di tebing pinggir gunung. Kalau orang lagi bernasib sial, dia bisa berjumpa dengan hantu Lungun ini. Tetapi bukan berarti yang jadi hantu adalah orang mati yang dibuat ke dalam Lungun tersebut. Hantu yang disebut hantu Lungun ini akan mengejar mangsanya dengan jalan seperti bertumbang lesung. Korban yang dikejar akan ditimpa peti Lungun tersebut hingga tewas. Tentu saja tewas, karena yang menimpa adalah Lungun yang terbuat dari sebatang kayu yang cukup berat.

Hantu Belau

Ada lagi cerita lain tentang hantu hutan di Kalimantan Timur. Hantu yang satu ini bukanlah hantu pemangsa manusia. Tetapi hantu yang satu ini adalah hantu nakal yang kerjanya mengganggu dan menyesatkan manusia jika berada di dalam hutan. Menurut cerita orang yang pernah bertemu, hantu tersebut amatlah kecil bagai anak anak yang baru berumur lima tahun, namun wajah mereka tua-tua dan kebanyakan berambut merah.

Namun ada pula yang mengatakan kalau Hantu yang disebut “Belau“ ini bukanlah hantu. Tetapi bisa disebut manusia kerdil yang sangat liar. Kerjanya bermain di pinggiran sungai sambil mencari ikan sebagai makanan pokoknya. Dalam bahasa pedalaman “Belau“ itu adalah arti dari sebutan kata liar.

Kesukaan hantu Belau ini menyesatkan orang yang berjalan di dalam hutan. Apalagi kalau si orang tersebut memang sesat. Orang tersebut tambah disesatkan ke arah berlawanan dari asal datangnya. Sering Belau ini meniru suara seseorang dengan menyahuti jika orang yang tersesat memanggil-manggil nama temannya yang terpisah.

Makin sering memanggil dan berteriak. Belau pun makin sering menyahut dan meminta agar menyusuri arah suara sehingga orang yang tersesat tambah sesat dan berhari-hari berputar di situ situ saja.

Menurut cerita, kalau di pinggiran sungai yang berpasir banyak terdapat jejak kaki seperti anak-anak, maka dapat dipastikan jejak tersebut adalah jejak kaki Hantu Belau tersebut. Apalagi jeriji telapak kakinya hanya ada empat jari saja.

Nah hal ini hanyalah merupakan petunjuk kalau sekali waktu memasuki hutan. Jika tersesat jangan berteriak supaya tidak disesatkan oleh Hantu nakal yang bernama Belau ini. Namun kalau ingin mencoba, silakan masukilah hutan di pedalaman, siapa tahu dapat pengalaman dan bertemu dengan manusia atau hantu yang disebut “ Belau “.

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – KUCING HITAM DI MUKA PINTU

Kucing HitamKucing hitam banyak dikisahkan didalam novelis seram yang menyatakan bahawa kucing boleh menjadi belaan ataupun makhluk halus yang menyamar sebagai menjadi haiwan untuk menjadi pemerhati kepada tuannya agar dapat mengawasi tingkah laku mangsa. kisah aku ini diceritakan ini adalah dari sedutan kisah terperinci dari kakakku berkenaan dengan kucing ini sehinggakan aku dapat mengambarkan dan mengzahirkannya di kotak fikiranku bagaimana kejadian yang berlaku itu sehinggakan aku dapat merasai keseraman tatkala berlaku dihadapan mata… yang selama ini tidak pernah aku duga…

Selalunya keluarga kami amat sukakan kucing dan pernah membela seekor kucing jantan yang yang dinamakan “untung”. Kucing kami ini sombong sikit dan tidak berapa gemar bermanja-manja tetapi jika ia pulang atau pergi keluar rumah… ia pasti akan mengiaw seakan membertahu bahwa ia hendak keluar atau meberikan salam bila balik ke rumah… Kakak ketiga aku sudah berkahwin dan berpindah ke bangi dan menetap disana. Di kawasan kejiranan flat yang dihuni dalam keadaan bertingkat-tingkat… selalunya penghuni hanya membela haiwan perliharaan di dalam rumah sahaja dan jarang dibiarkan bebas merayau di koridor agar kucing tidak membuang kotoran atau kencing merata-rata…

Bila dibela di dalam rumah kucing selalu akan manja sangat dan kadang-kadang takut dengan dunia luar… tetapi sekali kita ajar dia keluar… hari-hari macam ‘ KUCING KEPANASAN’ sebab ada ramai “awek” kat luar… mana best duduk dalam rumah… macam orang jugak… hahahaha…

Suami kakak aku pun ada membela seekor kucing hitam yang katanya dia jumpe di bawah tangga rumah… Anak kucing yang mempunyai mata yang galak dan berwarna hitam pekat itu dibawa naik atas dasar kasihan. Kebetulan kakak aku tinggal dirumah seorang diri dan surirumah tangga sepenuh masa dan atas sebab itu abang ipar aku pikir bolehlah dibuat sebagai haiwan peliharaan…

Pada mulanya kucing yang dinamakan ” tam ” itu okay sahaja… manja, pandai bawak diri dan jarang membuat bising atau merayau di dalam rumah yang banyak penjuru atau ceruk-ceruk. Tam hanya berbaing di kawasan kegemaran dia dan akan bermain dengan abang ipar aku. Abang ipar aku pun amat senang dengan sikap tam yang nampak kurang mengada-ngada.

Apabila sampai waktu malam waktu kakakku masuk ke bilik..pasti kakak aku akan melihat tam sudah tidur di tempatnya. Bila tam ada di ruang tamu..kakak aku pun masuklah tidur macam biasa.Kadang-kadang kakak ku cerita ada malam-malam yang tetentu kedengaran bunyi seakan bising dan pinggan berlaga didapur. Bila kakak aku bangun dan menjengah ke ruangan dapur… tiada apa-apa yang bergrak atau terjatuh. Kakak aku terus menuju kebilik setelah pasti tiada apa yang terjadi. Khuatir juga jika ada pencuri masuk dan menyelongkar rumahnya…

Semasa melintas di ruang tamu… kakakku terpandang kelibat kucing hitam seakan tam berlari pantas ke dapur..kakak aku menoleh tetapi melihat tam tidur di tempatnya… Sangkaan kakakku..matanya mengantuk… jadi mungkin dia salah tengok..mungkin juga tikus yang berlarian riang setelah tuan rumah dah tidur… Masa berlalu kakakku telah terlupa tentang kejadian itu. Pada suatu malam… abang iparku bali lewat kerana mengantikan pekerja yang ponteng pada malam itu. Jadi mungkin hanaya esok pagi sahaja abang iparku pulang, Kakak ku seperti biasa… pada malam jam 8.30… kakakku menonton televisyen serta menyiapkan makan malam. Sambil memasak didapur… suara penyampai tv3 membaca berita amat jelas kedengaran.Rumah flat kakakku itu pintunya tebal dan kedap bunyi… dan jika radio terpasang kuat pun… hanya berkumandang di dalam rumah sahaja… dan tidak menganggu jiran sebelah menyebelah… kakakku sengaja memasang kuat TV itu kerana kadang -kadangkala kakakku merasa seperti dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu… Apabila ada bunyi-bunyian di dalam rumah kakakku tidak terasa sunyi dan seram…

Tam seperti biasa baring dan melihat skrin televisyen yang memeaparkan gambar yang bergerak-gerak. kakakku tiba -tiba terlihat seperti seekor kucing menyelinap di celah kerusi. Kakakku terpandang sekilas dan segera mencari arah kucing (yang disangkakan Tam) di mana kali terakhir ianaya dilihat. Kakakku tersangat haitan kerana Tam masih ditempatnye..khusyuk melihat tv. Hati kakakku tak sedap dan segera menyudahkan kerja di dapur dan segera ke depan televisyen untuk menonton. Kakakku melihat Tam tiba-tiba bangun dari tempatnya dan menyembunyikan dirinya di celah kaki kakakku. Kakakku bertanya kepada Tam yang kelihatan mengeram perlahan dan merenung di sekitar seperti ada sesuatu yang menganggu matanya…

Tiba-tiba… terpaku dan mengigil kakakku melihat susuk kucing yang besar berwarna hitam merenung kakakku dengan tajam. Mata kucing itu bersinar dan berwarna merah merenung tepat ke arah kakakku. Kakakku masih terpaku kerana terlalu terperanjat dan takut. Bagaimana kucing yang agak besar itu boleh masuk ke rumah sedangkan kakakku telah mengunci pintu sedari pukul 7.00 malam tadi???

Kakakku teus beristigfar… dan cuba bertenang. Tam seperti agak takut melihat kucing yang boleh dikira sekali besar dari saiznya… Segenap kekuatan kakakku cuba melawan cara halus…

kakakku membacakan ayatul kursi dengan kuat dan cuba membacanya dengan betul walaupun terlalu gugup…semakin kakakku membaca dengan kuat… kucing itu bagai melangkah kedepan… menghampiri kakakku yang kecemasan…

Matanya yang merah menyala bagaikan ada nyalaan api didalammya amatlah menyeramkan..suasana yang agak tegang menengelamkan segala bunyi televisyen.Kakakku cuba sedaya upaya menghabiskan bacaannya dan mengulanginya beberapa kali.. Sambil itu kakakku cuab menghalau kucing misteri itu

“Aku tak kenal kau…buat apa kau datang sini…” kata kakakku…

“Baik kau keluar dari rumah ini dan balik ke rumah tuan kau…” sambung kakakku lagi yang telah mula berani..

kakakku segera mencapai sebatang kayu yang ada di tepi kerusi iaitu kayu seakan rotan padu yang memang disimpan didalam rumah untuk menghalau binatang berbisa. Kakakku mengacukan kayu itu ke arah kucing misteri itu.

Kucing misteri itu berhenti dan memandang dengan marah. Mulutnya terbuka mempamerkan taringnya yang panjang dan tajam. Sekali lagi kakakku terpaku kerana amat panjang dan luar biasa taringnya.kakakku telah pasti itu bukan kucing biasa…dan jelmaan daripada makhluk halus… Kakakku terus menghayunkan kayu dan bangun mengejar kucing misteri itu.

Kucing itu tiba-tiba terus melompat ke arah tingkap dan menghilang begitu sahaja… Kakak ku yang pucat lesi kerana amat terkejut kucing itu tiba-tiba melompat keluar terus terduduk dan mengucap beberapa kali.

Credit : Sumber

Kisah Seram – Hantu Berus Gigi

Hantu Berus Gigi

Kisah yang dipaparkan ini adalah kejadian benar yang dialami sendiri oleh seorang  perawat dan diceritakan dan di olah dalam bentuk santai. Mudah-mudahan kisah ini akan  memberi teladan dan pengajaran buat kita semua.

Beberapa tahun dulu, Ustaz UAB dah lupa tahunnya; dah dekat-dekat 10 tahun atau dah  lebih pun tak taulah ; ada kawan Ustaz UAB seorang Pak Haji mengadu  mengenai masaalah  gangguan dirumah adiknya yang terletak di Negeri Perlis. Kami berdua pun bertolak dari rumah  di Pantai Timur ni se awal subuh melalui Kuala Lumpur menuju ke di Utara. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 4 petang. Sebaik sampai, kami sudah sedia disambut oleh beberapa orang  saudara Pak Haji. Mereka semua ni datang dari negeri sebelah semata-mata hendak melihat  kaedah “pulih rumah” dilakukan.

Seperti biasalah, sebelum masuk ke rumah dan melakukan apa-apa, Ustaz UAB akan round keliling  rumah tersebut untuk melihat keadaan sekeliling dan mencari petunjuk-petunjuk bagi membantu dalam melakukan proses “pulih rumah” kemudian barulah naik ke rumah.

Rumah itu didiami oleh adik perempuan Pak Haji bersama-sama 4 orang anaknya. Suaminya telah lama meninggal dunia. Turut duduk bersama mereka ialah ibu mereka. Rumah ini terletak disebelah sawah padi dan berdekatan dengan sungai. Dibelakang rumah ini ada sepohon Pokok Beringin (Pokok Bunut) yang agak besar juga  tumbuh diatas sebuah busut.

Mengikut cerita adik, abang, bapa saudara dan kakak Pak Haji ni.. pokok Beringin yang dibelakang rumah itu tidak berani ditebang oleh orang kampung walaupun sudah beberapa kali minta  ditebangkan, semua mereka kata tak berani….Al kisah, pokok beringin ni apabila waktu tengah malam.. akan ada suara menjerit melolong dari atas pokok ini. Jelas kedengaran sampai ke rumah mereka. Pokok itu hanyalah terletak lebih kurang hanya 50 kaki sahaja dari rumah. Suasana begini berterusan begitu lama sehingga menimbulkan rasa takut kepada mereka sekeluarga. Suasana didalam rumah pula menambahkan ketakutan yang sedia ada.

Ibu Pak Haji ini kalau dia pergi ke bilik air; dia akan rasa seperti dikejar sesuatu (dalam loghat Utara dia sebut kena ligan) sehinggalah keluar dari bilik air. Tapi anehnya.. hanya pada ibunya tetapi tidak berlaku pada adik perempuan dan anak-anaknya.Pelbagai usaha dan ikhtiar juga  telah dilakukan bagi memulihkan keadaaan supaya jadi seperti sediakala termasuk usaha bapa saudara Pak Haji ini yang juga seorang Bomoh. Bomoh ini juga turut ada bersama ketika ini.

Usai solat Isyak, Ustaz UAB memberi penerangan ringkas perkara-perkara yang mesti dipatuhi  oleh mereka yang hadir, yang ada di rumah tersebut semasa proses pulih rumah itu dijalankan. Ustaz juga berpesan agar Pak Haji ini jangan lari walaupun apa yang terjadi. Cuma ikut saja dibelakang  sebagai penyuluh jalan ke kawasan keliling Pokok Beingin itu. Bukannya apa.. nanti kalau dia lari, Ustaz dok dalam gelap sorang-sorang, takda torchlight; bukannya takut kat hantu tu.. sebab kawasan pokok Beringin tu terletak di kawasan yang ditakungi air. Nanti kalau Ustaz jatuh dalam air, alamatnya nanti  balik pakai kain pelikat aje lah.

Ustaz UAB mohon tuan rumah kumpulkan segala barang-barang kepunyaan arwah suami (termasuk barang-barang kesayangan) untuk dimatikan/dipulihkan dan dibuang ke sungai. Ini adalah bertujuan jikalau si mati itu ada mengamal sesuatu ilmu yang bertentangan dengan syarak (ilmu salah / ilmu khurafat), maka jin-jin atau hantu-hantu ilmu itu akan tinggal/duduk pada barangan peribadi milik si mati (jin-jin itu akan taat menjaga barangan milik si mati semasa pemiliknya masih ada atau sudah meninggal). Selepas berpuas hati melihat segala barangan milik si mati itu sudah habis dikutip dan dibuang ke sungai berhampiran, kami pun masuk tidur.

Pagi keesokannya, selepas sarapan,Ustaz tinggalkan air doa zikrullah untuk tuan rumah bagi  keperluan perubatan. Setelah ibu Pak Haji ni menyatakan sudah tidak ada masaalah apabila  masuk ke bilik air, kami pun bersiap-siap untuk pulang melalui laluan lain pula iaitu melalui Grik-Jeli. Apabila kami sampai Jeli, sudah agak tengahari, Pak Haji ni menelefon pada adiknya bertanya khabar perkembangan di rumah itu.Ibunya memberitahu bahawa dia masih kena ligan apabila memasuki bilik air tengahari tadi. Opph ! Hantu JAGA bilik ayaq tu masih ada… masih dok ligan Tok Wan ni…. Tok Wan dah tua macam ni pun..hantu tu dok masih nak ngorat lagi !! (slot tambahan jer….senyum)Ustaz UAB pun dok ingat-ingat.. rasanya semua barang-barang arwah dah clear semua dah.. kecuali Tuan rumah tak habaq.. Oppph ! Teringat Ustaz UAB pasai berus gigi. Mungkin berus gigi arwah masih ada dalam bilik ayaq tu. Lalu minta Pak Haji tanya adiknya ada tak lagi berus gigi arwah suaminya yang masih ada kat bilik ayaq tu… Ada ! masih ada ! tu lah jawapan adiknya. Ustaz pun maklumlah kat dia supaya ambil berus gigi tu kemudian direndam dalam air yang  telah tinggalkan kepadanya dan kemudian dibuang berus gigi itu ke sungai.

Keesokan harinya, Pak Haji pun maklumkan  bahawa rumah itu dah jadi macam biasa, tak dak gangguan dari hantu berus gigi dan penyanyi dari pohon Beringin tu pun tak nyanyi lagi. Begitulah maklumnya setelah beberapa minggu sehinggalah sekarang ni. Allah lah Maha Berkuasa atas  segala sesuatu, padaNyalah tempat mengadu dan tempat memohon perlindungan.

Makhluk jin dari ilmu khurafat atau ilmu salah itu akan taat kepada tuannya walaupun tuannya itu telah mati dan akan menjaga segala harta milik tuannya termasuklah anak isteri , harta benda walaupun sebatang berus gigi. Wallahua’lam.

Credit : Sumber

Kisah Misteri – Buang Makhluk Halus

cerpen.info (21)

Pengalaman Berubat Buang Makhluk Halus Yang Menumpangkan Badan Aku

TARIKH KEJADIAN: Ahad, 23 Oktober 2012

TEMPAT: Seremban, Negeri Sembilan

BAB 1: Sebulan Sebelum Kejadian.

SHAH (bkn name sebenar), housemate aku merangkap kawan baik aku kat KL nie pergi berubat.. Setelah dipaksa oleh ibundanya yang tercinta.. Ustaz kat situ telah mengesahkan die ada JIN SAKA dan JIN SIHIR/ASYIK dalam badan die.. Aku tak gi la pun.. Just tengok video yg pakcik die rakam je tu pun tak abis sebab boring.. Masa nie SHAH gi berubat dengan ditemani oleh ibu, maksu dan paksu beliau.

BAB 2: Beberapa Hari Selepas SHAH Berubat..

Buat pengetahuan semua, rumah aku nie gan rumah kedai dekat je.. Kalau makan malam, aku jalan kaki je gi kedai… Nak dijadikan cerita, on the way aku jalan kaki dari kedai mamak ke rumah, ternampak lak sebijik kereta yang aku rasa macam kenal jer… Pastu ternampak SHAH kat tepi kete tu.. Baru aku perasan kete tu kete sepupu beliau… So aku gi kete tu tegur-tegur la famili die.. Dalam kete tu ada ibu, maksu dan paksu beliau.. Aku salam cium tangan dorang… Pastu SHAH sembang-sembang gan famili die, pastu famili die pun blah.

Pastu SHAH ajak aku gi 7e jap.. Masih lagi berjalan kaki.. Pastu baru la aku terpikir nak bukak mulut pasal kes die berubat tu..

Aku: “Baru aku teringat nak cakap.. Ingat tak hari ko balik dari gi berubat tu?? Malam tu aku rasa semacam taw.. Aku takde la rasa takut ke, seram ke.. Tapi rasa something wrong… Macam ada bende je tak kene.. Terasa macam tak selesa pun ada.. Nak explain pun tak reti, tapi senang cite rasa tak best la..”

Shah: “Haaaaaaaaaa… Ko kene ikut aku..!”

Aku: “Gi mana??”

Shah: “Gi berubat jugak la.. Masa aku abis berubat tu, Uztaz tu tanye kak famili aku(ibu, maksu dan paksu) ada rasa ape-ape tak?? Famili aku kate takde.. Uztaz tu macam pelik laaa.. Sebab selalunya ada orang akan kene tempias… So aku rasa, ko la orangnya..!!!”

Pelik gak, jauhnya tempias tu…  N9-KL tuuuuuuuu…

BAB 3: Di Hari Kejadian..

Bab nie yang paling penting aku nak share..

Yang pergi masa nie aku, SHAH dan ibunda SHAH… Ustaz tu tanye sapa yang nak gi berubat.. Mule-mule aku tunjuk la SHAH tu.. Sambil tunding jari ke arah aku,”Yang nie??”… Pastu ibu SHAH yang jawab, “Yang nie just nak scan tengok ada ke tak”… So ustaz tu bagi borang isi maklumat peribadi dan tick tanda-tanda yang dorang listkan.. Pas abis cerita nnt, aku tuliskan kat bawah list yang aku ingat..

So ustaz tu start gan aku dulu.. Mule-mule die tanye aku ada pakai tangkal ke, belajar silat ke, apa-apa jenis ilmu batin la.. Aku cakap la takde… Mana la aku reti bende-bende ngarut macam nie.. Ustaz tu suh aku duk bersandar kat dinding dengan kaki menjulur dan tangan atas peha… Ustaz tu duduk kat hujung kaki aku dan start baca beberapa surah, tak silap aku yang ada surah Sulaiman.. Pastu die bagi aku segelas air, maybe air Yassi di pegang tangan kanan dan tangan kiri pegang kertas.. Pastu aku disuruh baca kandung yang tertulis kat kertas tu… Ayat penuh tak ingat, tapi kandungan kertas tu mengatakan aku tak nak ada ape makhluk dalam badan aku… Then, ustaz suh aku selawat n teguk minum 3x, pastu baru abiskan terus air tu.

Pastu Ustaz tu spray air (maybe air yassin) kat hujung kaki, belakang  tangan dan tapak tangan.. Masa tu aku pejam mata sebab dalam video SHAH tu, SHAH pejam mata… So aku ingat kene pejam mata… Ustaz tu start baca balik ayat-ayat Al-Quran.. Aku diam sambil pejam mata dan dengar ayat-ayat tu.. Masa tu terasa bergerak-gerak kaki aku.. Aku hengat, sebab lenguh ke hape.. Abis je baca, Ustaz tu cakap due-due ada.. Jin Saka ada, Jin Sihir/Asyik pun ada… “Laaaaa.. Ada ke.. Macam takde”, kata aku.. Aku tanye, boleh bukak mata ke??? aku nak tengok gak bergerak-gerak tu.. Skali boleh… hahahaha.. aku ingat wajib kene pejam..

Bermula la sesi berubat.. Ustaz tu bergerak dari duduk ke hujung kaki aku, ke sebelah kanan aku.. Aku disuruh genggam tangan kiri dan kanan tapi jari telnjuk terbukak(macam dalam tahiyat awal/akhir tu laa…), tapi masih keadaan kaki menjulur.. Sambil spray air yassin dari kaki ke tangan dengan bantuan ayat-ayat al-Quran, jin-jin tersebut si suruh pergi ke jari aku.. Bermula pertanyaan pada jin saka, Ustaz tu cakap,

“Wahai Jin Saka, aku ingin bertanya kepada kamu..  Apakah Akidah kamu?? Jika kamu Islam, gerakkan jari kanan.. Jika kamu kafir, gerakkan jari kiri”… Jari kiri bergerak-gerak, tapi tak kuat.. Ustaz tu terus baca ayat al-Quran, dan ketuk-ketuk pergelangan tangan kanan, kemudian kiri.. Spray-spray air Yassin lagi.. tak turun-turun.. Masa nie jari kiri aku bergerak-gerak kuat sikit… “Turun lagi.. lagi.. sampai sini”, kate ustaz tu sambil tunjuk peha aku… tak turun-turun jugak… Degil saka nie.

Pastu tukar, tanye Jin Sihir/Asyik… Sama macam Jin Saka… Tapi bile ustaz tu suh turun lagi, terkezut aku… jari kiri aku turun sendiri hampir cecah peha… “Kafir due-duenya”, kate ustaz tu… Ustaz tu teruskan bacaan, dan suruh Jin Sihir/Asyik masuk Islam… Kalau nak, gerak jari kanan, taknak gerak jari kiri.. lepas dipujuk-pujuk, Alhamdulillah, jari kanan aku yang bergerak… Ustaz tu suruh Jin tu ikut die bacakan Syahadah, dalam masa yang sama aku kene baca jugak sebab Jin tu akan ikut aku.

Dan ustaz tu kate nak rukyah kan jin tersebut.. Aku disuruh pejam mate dan dengar bacaan die dengan kusyuk.. Sambil pegang ubun-ubun kepala aku, kemudian die bacakan surah-surah tertentu… Setel pasal Jin Sihir/Asyik.

Kembali semula ke Jin Saka.. Proses die sama macam mule-mule tadi.. Jari telunjuk aku still bergerak-gerak sikit.. Ustaz tu suh Jin tu mengaku kalau tak dia akan bacakan ayat-ayat yang lebih ‘panas’… Still jari telunjuk kiri bergerak-gerak jer, tapi tak turun… Pastu Ustaz tu tanye aku, “Nak taw tak saka nie dari blah ayah ke mak??”.. Aku nganggung je masa.. Still dalam keadaan duduk melunjurkan kaki, aku di suruh depa tangan kedepan (macam nak lurus kan barisan) tapi tapak tangan bengkok ke bawah (Macam hantu cina yang lompat pun ada).. Lepas ustaz tu cakap, “Jika kamu datang dari blah ayah, turunkan tangan kanan.. Jika ibu, turun tangan kiri”… Serius, kali nie paling terkejut… turun tangan k_____ aku (demi menjaga nama baik ayah dan ibu aku, aku tak kat sini tak nak bagi taw tangan kanan ke, tangan kiri ke yang turun).. terasa ada orang tekan kat bahagian lengan aku (anggota badan yang dari bahu ke siku tu lengan kan kan?? tetiba macam kompius plak)…

Pastu ada lagi proses die.. Dekat sejam baru abis semua bende…

PENUTUP Kalau ikutkan, ada lagi proses-proses die selepas tu.. Tapi disebabkan ada proses yang memelukan pergerakkan tubuh, so susah aku nak cite pergerakkan tu… Yang aku cite-cite bab penting-penting  je.. macam tanda-tanda bergerak-gerak kat kaki, jari macam vibrate, tangan turun sendiri…

Macam aku cerita kat atas pasal list-list yang kene tick tu, kat bawah antara list-list die.

TANDA-TANDA KETIKA JAGA

– Nampak makhluk halus..

– Dengar bisikan

– Pelupa

– Menyepi dan masa

– Dada berdebar

– Sakit kepala

– Melihat objek bergerak

– Panas baran

– Hilang tumpuan ketika solat/zikir

TANDA-TANDA KETIKA TIDUR

– Susah tidur

– Kerap terjaga

– Kene himpit

– Kacip gigi

– Ketawa, menjerit dan menangis

– Mimpi seram

– Mimpi kanak-kanak

– Mimpi orang meninggal

– Mimpi makan

– Mimpi jatuh

– Mimpi makan

– Mimpi kubur/darah

– Mimpi banjir

– Mimpi rumah lama

– Mimpi ditempat kotor

– Mimpi terima barang

TANDA-TANDA PADA BADAN

– Sukar mengandung

– Keguguran

– Haid tak teratur

– Kayap

– Gatal-gatal pada badan

– Jerawat teruk

– Cacat sejak lahir

Aku share list-list nie, kot-kot korang ada masalah yang sama.. Maybe terkene jugak.. Kalau boleh kite tak nak la bende-bende nie kacau keturunan kite.. Sebab menujuk ustaz tu, bende nie beranak-pihak.. die kalau masuk dalam badan, die masuk sepasang.. Die boleh kacau otak dan keturunan kite.. Boleh sampai taraf kacau jodoh dan kandungan atau keturunan.. Takkan nak biar bakal-bakal anak tu jadi kaki rempit kan kan.

Pasal bayaran, seikhlas hati… sebab ustaz tu kate, ayat al-Quran tak boleh dijual beli.. Die tak letakkan harga.

Dan sebagai maklumat tambahan, tempat yang aku gi tu, Pusat rawatan.. Masa 1st time SHAH datang, dan hari yang aku datang gan die tu.. yang mengubat tu, 2 orang yang berlainan.. aku tak sure ada berapa orang ustaz kat Pusat Rawatan tu.. Kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Credit : Sumber

Cerita Hantu – Bulan Hantu

Bulan Hantu

Kisah ini belaku pada bulan Ogos tahun lepas, sewaktu menjalani “latihan outfield reservist”. Kami telah dikerahkan ke kawasan hutan pendalaman Lim Chu Kang untuk mempertahankan sebuah kubu dari serangan musuh. Pada waktu malam itu saya dan rakan telah diarahkan untuk menjaga sebuah kawasan jalan lebih kurang 1 km dari kubu kami pada waktu malam.

Dipendekkan cerita, pada pukul 2 pagi, sedang kami bersembunyi di semak samun, tiba-tiba terdengar nyanyian seorang perempuan dalam bahasa Cina dengan sayu sekali. Saya tegur rakan “Kau dengar tu? Ada suara perempuan Cina menyanyi.” Rakan menjawab “Dengarlah, tak mungkin radio. Mana ada perempuan kat hutan malam malam buta begini?”. Dengan jelas suara nyanyian itu seperti dari atas pokok tidak jauh dari kawasan persembunyian kami.

Dengan tidak membuang masa kami lari terus ke kubu dengan tidak menoleh belakang. Kami lari macam nak gila, bayangkan saya dengan senjata yang diusung dan rakan pula dengan ‘radio kawalan jauh’. Sampai sahaja di kubu, rakan-rakan dan pegawai lain terkejut dengan keadaan kami. Mereka bertanya, “Ada Musuh? Kenapa tak radio kami?” Kami pun menceritakan keadaan sebenar. Seorang pegawai kami berkata, “Oh lupa pulak, hari ni adalah malam pertama malam hantu “hungry ghost festival”, hantu berkeliaran, berjaga-jaga”.

Kami pun disuruh berehat sampai pagi di kubu. Peristiwa yang tak dapat saya lupakan.

 

Sumber : Dunia Seram

Kisah Seram – Misteri Wanita Berambut Panjang

Misteri Wanita Berambut Panjang

Misteri Wanita Berambut Panjang di Hospital Putrajaya

Kami difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Biar Betik? Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Amboi, siapa pula Shasha sebenarnya? Wanita itu digelar hantu Shasha.

Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas. Upacara memagar tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan ia dilakukan oleh 40 orang perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.

Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu. Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’. Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan. Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui KisahBest

Cerita Hantu – Disampuk “Kakak Cantik”

Kisah Seram - cerpen.info

Assalammualaikum Dzar, Nama saya Kak Sri Surib. Kisah ini berlaku semasa saya berumur 17 tahun, 45 tahun yang lalu.. Ia berlaku di kampung saya di LorongMaidin, dekat dengan MRT Kembangan. Ceritanya begini. Waktu itu, saya bakal bersanding dengan suami. Pada malam Jumaat, saya menjalani upacara berinai dan ia dipanggil “berinai curi” oleh orang-orang dahulu.

Sebelum masuk waktu Maghrib, saya dipanggil oleh kakak saya. Kakak saya sewaktu itu baru sebulan melahirkan anaknya yang keempat. Saya dipanggil kakak untuk masuk ke dalam biliknya. Sewaktu saya baru sahaja ingin memasuki ke dalam bilik, saya ditahan oleh kakak ipar agar tidak masuk ke dalam bilik kakak. Kakak ipar seorang tukang ubat dan dia tahu yang ada yang tidak kena dengan kakak saya. Sebelum saya masuk ke dalam bilik kakak, kakak ipar berikan saya sesuatu.

Kakak ipar: “Kau ambil ini. Bawa masuk ke dalam biliknya. Kau suruh dia minum. Aku tahu ada benda yang tak kena dengan kakak kau tu…”

Apa kakak ipar saya berikan kepada saya adalah secawan air putih yang berisi paku yang telah diasah dan dijampi. Nak tak hendak, saya terpaksa masuk bilik kakak saya sambil menyembunyikan cawan tadi di belakang saya. Tiba di bilik kakak, saya pun tanya, “Nak apa?”

Kakak: “Kau ada duit? Boleh pinjam? Aku sakit. Aku nak pergi klinik besok.”

Saya pun tunjukkan cawan yang berisi air putih dan paku yang diasah dan dijampi tadi kepadanya. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Ini benar-benar terjadi di depan mata saya & saya tak bohong. Kakak yang tadi terbaring terus menangis dan menjerit, “Tak mahu!! Tak mahu!!!”

Dia terus mengilai. Barulah saya tahu yang dia disampuk Cik Pon. Bila kakak menjerit, ketawa dan menangis, saudara yang ada di rumah ketika itu semua masuk ke dalam biliknya.

Kakak diubat oleh bapa saya sendiri. Bunyi kepak itik yang sangat kuat boleh didengar di atap zing rumah kampung kami. ‘Itik’ itu mengebas-ngebaskan kepaknya, mengilai lalu terbang dan hilang. Mujurlah tidak ada apa-apa yang serius terjadi. Saya disuruh masuk ke dalam bilik saya dan kata orang, pengantin baru ni darahnya manis dan mungkin sebab itulah ‘dia’ datang untuk mendampingi saya.

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – Kawasan Perumahan Misteri

cerpen.info (10)

Saya dari Johor.. Saya ingin berkongsi cerita dan perkara ini berlaku pada diri saya dan suami. Kami bercadang ingin membeli rumah lelong. Cari punya cari akhirnya jumpalah rumah pangsa, harga unit rumah di sana sangat murah, cuma RM7000, mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Tanpa berfikir panjang kami terus telefon ejen perumahan, siap daftar sekali, cuma duit cengkeram belum dilangsaikan. Saya sangat suka, niat di hati saya nak sewakan.

Semalam saya ajak suami pergi lihat rumah yang ingin dibeli. Kata suami, “Kita mana ada kunci rumah, yang???” Saya jawab, “Alah kita tengok dari luar aje, apa salahnya???” Suami pun turutlah apa kata saya. Kami sampai di rumah pangsa itu pada waktu Maghrib. Saya lihat kawasan rumah itu dari bawah, saya nampak cuma satu unit rumah saja yang bernyala lampunya. Saya pun cakap dengan suami, “Abang tingkat empat kenapa ada satu rumah saja orang tinggal, deretan yang lain kosong aje???” Suami saya menjawab, “Alah mereka belum balik kerja, lagipun kita beli untuk disewakan, awak kan takut tempat tinggi… Jom lah kita naik atas…” Saya pun ikutlah suami naik ke atas.

Ini kali pertama yang saya alami sendiri. Sampai saja tingkat empat, semua gelap gelita, dah macam kawasan perumahan yang dah ditinggalkan lama. Pintu dan tingkap pun banyak yang dah terkopak. Seluruh badan saya dah rasa seram. Rumah yang saya tengok dari bawah tadi terang-benderang siap dipasang langsir berwarna ungu, kini jadi gelap, pintunya juga terkopak. Saya dah rasa lain, terus turun tangga. Suami panggil saya, “Sinilah turun… Awak sini kita patah balik…” Tanpa disengajakan, saya tertengking suami, “Diamlah… Turun sini saja dahlah!!!” Suami terus ikut saya. Sepanjang turun tangga hingga ke bawah, kami berdua tak berkata sepatah perkataan pun.

Sampai di tempat meletak kereta, kami masuk dalam kereta dan saling berpandangan dan tengok lagi ke tingkat atas. Tadi sebelum naik ke atas, unit rumah yang terang-benderang siap saya ingat lagi dengan langsir berwarna ungu. Bila naik atas jadi gelap-gelita, pintu di deretan tingkat itu semua dah terkopak tapi bila dah sampai di bawah semula, kami berdua lihat ke atas dan nampak unit rumah itu terang-benderang. Tanpa berfikir panjang, saya dan suami terus pulang ke rumah. Sempat suami berkata, “Kita bermimpi ke???” Saya diam seribu bahasa. Jantung dah laju, tak boleh berkata apa-apa.

 

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – Kisah Cermin

Kisah Cermin

Kejadian ni berlaku pada tahun 2010. Kisahnya bermula pada suatu hari tu.

Kawan aku ni (Aku gelarkan die Ina jelah ye), Ina ni baru pindah dari puchong ke mount kiara. Name tempat or alamat aku takkan nyatakan disini.. Harap maaf.. Rumah baru die tu memang cantik dan juga mahal.. Die berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja.. Umah die jenis condo kot.. Aku pun dah tak berapa ingat.

Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama die impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah kesitu dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati die sebab tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Die pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari ,meja solek and meja menulis pun ada.. Pendek kata memang lengkap lah condo tu.

Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin yang berada di toilet biliknya itu.. Memang cantik cermin tu. Mulanya die nak buang sebab mak dia pernah pesan kat umah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak die pesan gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat die,die tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab die cakap dengan aku cermin tu boleh nampak satu body die. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan.

Malam pertama die tido kat umah tu die dapat rasakan ada bende yang tak kena sebab perasaan die rase umah ni something wrong somewhere sebab dari waktu asar tadi die tercium bau yang sangat lah busok. Macam bau taik pun ade. Puas die cari kat seluruh pelosok umah tu tapi hampehhh!! Ape pun takda. Umah tu memang bersih gile. Mana pulak datang bau ni ek?? Die pun hairan lah sebab bau tu makin busok dan buat kan die tak selesa.

Aku lupa pulak nak inform, dia tinggal sorang je kat umah tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi die gagah kan diri untuk membaca ayatul Qursi sebab die memang selalu bace ayat die sebelum tido. Die baca 7 kali pastu terus tertido..

Bukan hari tu je die bau benda busok tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang tutup mulot dan hidung tu. Tu sebab bau busok kan dan yang ini berkenaan cermin yang berada dalam toilet die tu pulak.

Die dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin ni, sebab hampir setiap kali die melihat cermin tu die mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!! Wahhh!! Aku pun takot bile dengar die cite kat aku pasal cermin tu.. Pernah jugak die bukak cermin tu dan letak kat bilik stor tetapi sekali lagi die terkejut sebab cermin tu boleh berada kat tempat asal tadi..!!! Fuhhhhh!! Die berisghtifar banyak-banyak that time sebab memang die tak pecaya dengan ape yang dialaminya.. Cermin tu juga seperti boleh berkata-kata. Ni aku tak tau lah imaginasi die or reality. Kekadang bile tengah malam die nak gi toilet die macam terperasan yang di bahagian tepi cermin tu mengeluarkan darah.. Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dgn gangguan-gangguan tu die pun pulang ke rumah ibunya di kepong kalau tak silap aku.

Sampai situ je dia cite kat aku. Setelah lebih dua bulan dia tak contact aku, aku pun call lah ibu dia nak tanya khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sebab mak die cakap sekarang dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikot kata ibu die, selepas die berpindah balik ke umah ibunya itu die mengalami perubahan yang mendadak.

Die menjadi semakin pendiam,muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil die tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak die sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu die pun risau lah sebab die ni anak tunggal kan.. Yang paling teruk seminggu sebelum aku call tu Ina mengamuk macam orang gila dan sering menyebut “Aku takot tengok cermin tu lah!!”. Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya. Dah puas ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia, sehingga badan Ina ni ditumbuhi bisul yang besar-besar diseluruh badannya.. Sehingga kini aku tak tau apakah sebenarnya yang dialami olehnya sehingga die bertukar menjadi begitu teruk.

Sekarang ni aku dah lama tak dengar berita mengenai dia lagi.. Aku doa kan dia semoga cepat sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT.. “Amin”..  Ape yang terjadi pada Ina memang sangat misteri sehingga ke hari ini.

Credit : Dunia Seram