Apakah Pesan Roh Kepada Manusia?

Apakah Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

“Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

“Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :

“Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

“Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”.

“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab:

“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah saw lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as.Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt”. Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

“Roh itu menuju ketujuh tempat:

  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  1. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  2. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  1. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wallahualam

Credit : Sumber

Rasai Kehadiran Makhluk Halus

Rasai Kehadiran Makhluk Halus

Berikut adalah enam (6) tanda tanda kehadiran makhluk halus. Makhluk halus ialah sejenis makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar oleh sebanrangan orang, namum kita boleh merasainya, kadangkala kita juga mampu mendengarnya.Makhluk halus biasanya berada di tempat-tempat kotor, berair, hutan, semak, belukar, rumah kosong mahupun di sekeliling kita jika dizinkan. Tanda-tanda kehadiran makhluk halus :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.

4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing. Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.

Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala mengikut kepercayaan orang dulu-dulu.

Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.Sehinggakan rumah anda akan berbau

hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.

Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepada kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahawa Allah SWT Maha mengetahui disebalik setiap kejadian yang berlaku.

Credit : Dunia Seram

Diantara Amalan-amalan Pada Malam Jumaat dan Hari Jumaat.

AMALAN - cerpen.info

Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memanjangkan usia kita supaya kita dapat mengejar redha-Nya. Marilah kita perbanyakkan amalan dan ibadat kepada-Nya terutama pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan yang baik hamba-Nya yang soleh.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Amalan-amalan pada malam dan hari Jumaat

1. Solat Subuh berjemaah

Dari Abu Ubaidah al-Jarrah r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Tidak ada daripada mana-mana sembahyang yang paling afdhal daripada sembahyang Suboh pada hari Jumaat secara berjemaah dan saya berpendapat bahawa tidak ada sesiapa yang menghadirinya di antara kamu melainkan dia memperoleh keampunan” (At-thabarani)

Pahala sembahyang Subuh berjemaah adalah yang paling besar diantara sembahyang berjemaah yang lain.

2. Membaca surah Al-Kahfi pada siangnya

Dari Ibnu Umar r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat”

3. Membaca surah Al-Kahfi pada malamnya

Dari Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud)

“sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah”

4. Memperbanyakkan sedeqah

Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka,ab r.a, katanya: (bermaksud)

“Bersedeqah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya”

5. Membaca surah Ad-Dukhaan

Dari Abu Hurairah r.a, katanya,

“Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) “sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-dukhaan’ pada malam Jumaat, dia akan diberi keampunan” (Tarmizi).

Abu Umamah r.a, katanya “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)

“Sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat atau hari Jumaat, Allah membina sebuah rumah baginya di syurga” (At-Thabarani)

6. Membaca surah Yasiin pada malam Jumaat

Abu Hurairah r.a, katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Haa Miim Addukhaan’ dan ‘yasiin’ jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni” (Al-Baihaqi)

7. Zikir memohon ampun sebelum suboh hari Jumaat

Dari Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud)

“Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani)

8. Memperbanyakkan selawat

Abu Umamah r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku” (Al-Baihaqi)

Wasallam.

Credit:Sumber

Fenomena ‘Ditindih Hantu’ dan Psikologi

Ditindih lembaga hitam

Masa sekolah dulu, sekolah KUSESS dikatakan amat berhantu especially setiap tahun ganjil. Pada tahun 2005 misalnya, kes histeria adalah amat bersepah sampaikan ada cerita yang pasal budak perempuan histeria pukul 3 pagi, nampak pocong, nenek kira katil, makcik jual karipap dan maca-macam lah. Tapi yang paling real masa tu ialah kes kena tindih masa tidur.

 

“Malam tadi kan, aku terbangun dalam pukul 3 macam tu, lepastu aku tak boleh gerak tau. Yang boleh bergerak mata aku je yang lain semua macam lumpuh. Lepas tu, aku nampak ada hantu tindih aku sampai sesak nafas!” (Mangsa, 2005)

Aku ni jenis manusia yang tak percaya hantu tapi ada la jugak pengalaman aku yang agak seram cumanya aku tak pernah lagi nampak hantu tu secara nyata. Maknanya ada aku sorang, dan lagi 3 kawan yang nampak benda tu dan kami setuju benda tu ialah seorang (seekor?) hantu. Unless benda ni terjadi, aku masih skeptical bahawa wujudnya hantu. Anyway, kali ni bukan nak cerita pasal hantu lain, kita nak cerita pasal hantu tindih sahaja

Sebenarnya, ada penjelasan saintifik pasal fenomena kena tindih hantu. Untuk kes hantu ini sahaja yang kita dah temui penjelasannya dari sudut psikologi. Mari sini abang terangkan. Kita mulakan dengan mengenali kitaran tidur manusia. Tengok gambarajah di bawah

Pada tahap pertama tidur, ini tahap mamai-mamai lagi antara tido dan tak tido. Masa ni, otak menghasilkan gelombang theta yang tinggi dan berlanjutan antara 5-10 minit. Kalau kejut orang time ni, dia akan kata “eh mana ada, aku belum tidurlah”

Pada tahap kedua tidur, otak mula nak rilek dah dan menyebabkan denyutan jantung berkurangan dan suhu badan menurun. Keadaan ini berlanjutan sehingga 20 minit

Pada tahap ketiga tidur, otak menghasilkan gelombang yang slow, dinamakan sebagai gelombang delta. Proses pertukaran tidoq ayam ke tidoq mampuih kat part ni la

Pada tahap keempat tidur, iaitu pada tahap delta sleep selama 30 minit, gelombang delta dan take over dah dan kajian menunjukkan yang berjalan masa tidur dan ngompol (kencing malam) terjadi di akhir tahap ini biasanya.

Pada tahap kelima tidur, ialah part di mana yang paling penting sekali iaitu part REM sleep. REM bermaksud “Rapid Eye Movement” dan seperti pada namanya, mata kita actually tergedik-gedik bawah kelopak mata tu semasa kita tidur. Manusia paling lama mengalami REM Sleep ni ialah ketika kita masih baby. Kalau tak percaya, pergi cari baby dan sentuh kelopak mata dia masa dia tengah tidur. Korang akan rasa kelopak mata dia tergedik-gedik.

Satu benda yang korang kena tahu pasal REM Sleep ialah ia juga dipanggil sebagai paradoxical sleep sebabnya pada tahap ini, ketika kita tengah tidur:

Aktiviti otak meningkat semula (proses mimpi berlaku biasanya)

Sistem badan lain meningkat

Aktiviti otot dilemahkan

Jadi, ya seperti yang korang sangkakan, orang yang ‘ditindih’ semasa tidur ni ialah mereka yang tidurnya terganggu di peringkat kelima dimana aktiviti otak dah power, tapi otot pulak macam cacat. Bayangkan Professor X dalam cerita X-Men, tapi tanpa kuasa. Lebih kurang gitu la. Maka disebabkan manusia ni actually masih berada dalam situasi tidur, maka datanglah bayangan yang pelik-pelik dan biasanya menakutkan seperti hantu, raksasa, dan juga jelmaan Mona Fandey yang berlegar-legar di sekeliling katil semasa kita tak boleh bergerak tu.

Jadi, kalau kita masih sedang tidur tapi terganggu? Mengapa agaknya hantu aje yang dilihat masa tengah ‘kena tindih’ tu? Jawapannya dijelaskan oleh Evolutionary Theorist yang mengatakan bahawa manusia ni dicipta untuk mempertahankan diri dalam keadaan yang terdedah pada bahaya. Jadi, sebenarnya ‘hantu’ yang kita nampak masa ‘kena tindih’ tu ialah apa yang otak kita tafsirkan sebagai “ancaman” untuk membolehkan kita mempertahankan diri. Tapi tu lah masalahnya, otot pula lemah masa tu

Fakta: 7.6% populasi dunia mengalami sleep paralysis at least sekali dalam hidup mereka. Seramai 28.3% pelajar dan 31.9% pesakit mental juga mengalami pengalaman kena tindih

Ini bermakna, kita perlu tanya diri kita, selalunya kan, dan almost everytime cerita kena tindih ni ialah

Pelajar yang dah penat dan stress belajar lalu tidur

Orang yang penat

Dah tidur lama baru ‘kena tindih’. Takde la baru baring dah kena tindih (REM sleep ambil masa. Tengok 5 langkah atas)

Nampak tak golongan yang terlibat ialah mereka yang sudah penat mentalnya dan senang terganggu kitaran tidur mereka. Kita belum pernah lagi mendengar orang yang kuat dan sihat mengalami kena tindih hantu ni. Contohnya, pasangan baru kahwin di malam pertama (happy dan bertenaga). Ada mereka kena tindih? Tak ada…

Jadi penjelasan dia senang aje. Tidur kita terganggu di peringkat REM Sleep dan disebabkan kita actually masih ‘tidur’, maka kita nampak lah benda-benda merepek yang tak sepatutnya. Sekian, entry tingkas malam ni. Link berkaitan ada di bawah. Boleh klik untuk tengok journal papers. atau Google. kalau ada soalan, letak di bahagian komen dan aku akan cuba jawab bila ada masa dan internet connection

 

Credit : Sumber

Doa ismul a`dzam

Doa - cerpen.info

Doa ismul a`dzam (Aplikasi Doa IA didalam rawatan sihir, saka, gangguan dan lain lain)

Mulakan dengan nama Allah…

Setiap perbuatan yang di mulakan dengan Bismillah :

بسم الله

( Dengan Menyebut Nama Allah)

Bacalah Ketika memulai segala perkara yang penting dan Bermanfaat :-

Khasiat-Khasiatnya yang telah teruji dan bermanfaat :

  1. Di jaga dari syaitan , sehingga ia tidak ikut makan dan menginap bersama orang yang membacanya (*1)
  2. Menyempurnakan Keberkahan sesuatu urusan (*2)
  3. Dijaga dari syaitan dan Basmalah itu menjadi tutupan dari pandangan syaitan, sehingga ia tidak akan bisa membahayakan orang yang membacanya (*3)

______________________________________________________________________________

(*1) HR.Muslim (no 2018)

(*2) Di sohehkan oleh sekelompo ulama, di antaranya Ibnush Shalah dan An Nawawi dan al Adzkaar. Syeikh yang mulia Ibnu Baaz mengatakan bahwa hadits ini hassan denga didukung oleh hadits-hadits yang lain( yang semakna denganya )

(*3) HR.AtTirmidzi. Dishahhkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih a-Tirmidzi (no.496)

Wallah hualam

DOA ISMUL A’DZAM (IA)

Apabila ingin berdoa atau sesuatu hajat

Mulakan dengan Bismillah .


بسم الله

يا الله
يا ارحم الراحمين
يا حنان يا منان
يا حي يا قيوم
يا كريم يا رذاق
يا ذا الجلا ل و الاءكرام
لا اله الا انت سبحنك اني كنت من الظلمين

Ya Allah,

Ya Rahman, Ya Rahim

Ya Hannan, Ya Mannan

Ya Hayyu , Ya Qayyum

Ya Karim, Ya razzaq

Ya Zal jala liwal ikram

La ila Ha il la Anta, subha naka inni kun tu minazzolimin

A`u zubikalima tillahi minsyarrima kholaq…

(Aku Berlindung Dengan kalimat Allah Yang Sempurna Dari Kejahatan makhluk CiptaaNya)

La hau lawala quwa ta illa billah

(Doa lah yg baik baik insyallah di makbulkan yakin pada Allah yg meng kabulkan)

Penutup doa. (Alhamdulillah hirabbil alamin)

______________________________________________________________________________

IKRAR PEMUTUS HUBUNGAN DENGAN JIN ‘

Segala Puji dan Syukur milik Allah dan Salawat serta Salam buat junjungan Rasulullah SAW. Ikhtiar di bawah untuk memutuskan perjanjian kita atau datuk/nenek moyang kita dengan spesis jin/saka. Ikhtiarkan bacaan ikrar di bawah ini bersungguh-sungguh dengan harapan bantuan Allah untuk memutuskan perjanjian dengan semua jenis jin.

Ambil air mineral/zamzam/Rukyah Surah-Surah ini (Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al-Baqarah ayat 285 dan 286, Al-Ikhlas, Al-Falaq, Annas.), kemudian bacakan ikrar di bawah ini perlahan-lahan, memadai boleh didengar sendiri dan bulatkan hati memohon pertolongan dari ALLAH SWT.

Habis baca tiupkan di dalam air serta minum, ikhtiarkan berterusan, Insya Allah anda akan rasa kesannya. Selamat Mencuba, Wallahu’alam.

______________________________________________________________________________

Doa Ismul A’dzam

IKRAR PEMUTUS


بسم الله

Ya Allah , sesungguhnya saya dan mewakili keluarga saya dengan penuh sedar dan insaf dengan ini mengisytiharkan :

1.Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum kami pernah lakukan secara sedar atau tidak dengan golongan jin sekiranya ada

2.Mengharamkan tubuh kami dr dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin

3.Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah.


بسم الله

Ya Allah mulai dari saat ini :

Saya haramkan semua makanan saya, minuman saya, seluruh anggota tubuh saya dari semua jin di dalam dan di luar tubuh saya atau yang mengganggu saya,

Sekiranya Ya Allah

Mereka makan, minum, guna, ganggu, jadikanlah Ya Allah semua pemberian dan milikMu itu Ya Allah sebagai racun,

Racun yang amat panas

Racun yang amat bisa

Racun yang membakar

Racun yang membunuh

Semua jin-jin itu Ya Allah

Amin 3x Ya Rabbal A’lamin .

Adab Doa

  1. Niat /tujuan doa, semata-mata kerana Allah SWT bukan/jangan kerana makhluk atau selain dari Allah.
  2. Hadirkan dalam hati perasaan berhajat kepada bantuan Allah dengan sungguh-sungguh, iaitu sebelum berdoa.
  3. Ketika sedang berdoa hadirkan rasa takut doa tidak dikabulkan dan ada keinginan yang sangat kuat dan sungguh sungguh supaya Allah Swt terima doa kita.( Allah SWT sebagaimana hambaNYa sangkakan)
  4. Pelihara hati dan jaga perasaan supaya jangan ada sedikit pun ragu-ragu terhadap penerimaan doa iaitu didalam seruan Ismul Adzam.

Cara Seruan Ismul A’dzam

  1. Yakin dengan Janji Nabi SAW.
  2. Semasa membaca doa Ismul Adzam atau seruan Ismul Adzam HATI perlu tawajjuh (tumpuan yang sangat kuat) dan juga sesuai dengan Makna Asma Ul HUsna. Amin

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam telah berpesan kepada kita untuk tetap berpegang dengan sunnahnya dan sunnah para sahabatnya:

dan dihasankan oleh Al-Albani

عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ. – أخرجه الترمذي وحسنه الشيخ الألباني

“Wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnahnya para khulafaur Rasyidin yang diberi petunjuk. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu”. (HR. Tirmidzi)

Pada suatu hari Rasulullah menggaris di depan kami satu garisan lalu beliau berkata : “Ini adalah jalan Allah”. Kemudian beliau menggaris beberapa garis di sebelah kanan dan kirinya lalu beliau berkata : “Ini adalah jalan-jalan, yang di atas setiap jalan ada syaitan menyeru kepadanya”. Kemudian beliau membaca (ayat) : “Dan sesungguhnya ini adalah jalanKu maka ikutilah jalan itu dan jangan kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) maka kalian akan terpecah dari jalanNya”. [QS. Al ‘An’am : 6 / 153]

Sharing is caring

Assalamualaikum.

______________________________________________________________________________

Dzikir Dan Berdoa

Adapun adab berdzikir yang sesuai dengan sunnah adalah sebagai berikut :

Pertama, dilakukan dengan suara lemah lembut/merendahkan suara, karena Allah Ta’ala berfirman,

“Wadzkur rabbaka fii nafsika tadharru’aaw wa khiifataw wa duunal jahri minal qauli bil ghuwwi wal ashaali wa laa takum minal ghaafiliin” yang artinya “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai” (QS Al A’raaf 205)

Kedua, hendaknya dilakukan sendirian atau tidak beramai-ramai atau tidak dipimpin oleh seseorang, karena jika dzikir secara beramai-ramai atau dipimpin oleh seseorang maka menyelisihi firman Allah Ta’ala di atas pada surat Al-A’raaf ayat 205 yaitu pada kalimat “dengan tidak mengeraskan suara” dan juga berdasarkan keumuman hadits berikut,

Dari Abu Hurairah radhiyallaHu ‘anHu, Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda, “Tujuh orang yang dilindungi Allah dalam naunganNya pada hari tidak ada naumgan selain naunganNya yaitu : Imam (pemimpin) yang adil…dan seseorang yang berdzikir kepada Allah di tempat yang sunyi lalu matanya mencucurkan (air mata)” (HR. al Bukhari)

Syaikh Hamid At Tuwaijiry dalam Kitabnya Inkaru At Takbir Al Jama’i wa Ghairihi berkata,

Dalam Shahih Bukhari (no. 1830) dan Shahih Muslim (1704) dari ‘Ashim Al Ahwal dari Abu Utsman dari Abu Musa Radhiyallahu ‘anhu berkata, ‘Ketika Rasulullah berjihad pada perang Khaibar…, mereka (para sahabat) menyerukan takbir seraya membaca, ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah’ dengan suara keras,

Maka Rasulullah bersabda, “Tahanlah diri kalian, sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada Dzat yang tuli maupun jauh, sesungguhnya kalian berdoa kepada Dzat yang Maha mendengar yang dekat dan Dia selalu bersama kalian”.

Jika Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam melarang orang – orang yang meneriakan takbir padahal mereka berada di tanah lapang, maka perbuatan orang-orang yang bersahut-sahutan di dalam Masjidil Haram lebih terlarang lagi, karena mereka telah melakukan beberapa bid’ah yaitu berdzikir dengan suara keras, bersama -sama melagukannya sebagaimana yang dilakukan paduan suara, mendendangkannya dan mengganggu orang lain, yang semuanya ini tidak boleh dilakukan”

Ketiga, jika menghitung bacaan dzikir maka hendaknya menggunakan jari – jari tangan kanan sebagaimana hadits berikut :

Abdullah bin Amr radhiyallaHu ‘anHu berkata, “Ra-aytu rasulullahi ya’qidut tasbiiha bi yamiinihi” yang artinya “Aku melihat Rasulullah menghitung bacaan tasbih (dengan jari – jari) tangan kanannya” (HR. Abu Dawud no. 1502, At Tirmidzi no. 3486, Al Hakim I/547 dan Baihaqi II/253, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahiih At Tirmidzi III/146 dan Shahiih Abu Dawud I/280)

Wallahu’alam

Credit : Sumber

 

Kisah Misteri – ASAL USUL PERAYAAN BULAN HANTU

Perayaan Bulan Hantu

ASAL USUL PERAYAAN BULAN HANTU OLEH ETNIS TIONGHOA

Festival Hantu (Hanzi: 鬼節, hanyu pinyin: gui jie) adalah sebuah tradisi perayaan dalam kebudayaan Tionghoa. Festival ini juga sering disebut sebagai Festival Tionggoan (Hanzi: 中元, hanyu pinyin: zhong yuan).

Perayaan ini jatuh pada tanggal 15 bulan 7 penanggalan Tionghoa, bulan 7 dalam penanggalan Tionghoa juga dikenal sebagai bulan hantu dimana ada kepercayaan bahwa dalam kurun waktu satu bulan ini, pintu alam baka terbuka dan hantu-hantu di dalamnya dapat bersuka ria berpesiar ke alam manusia.

Demikian halnya sehingga pada pertengahan bulan 7 diadakan perayaan dan sembahyangan sebagai penghormatan kepada hantu-hantu tersebut. Tradisi ini sebenarnya merupakan produk masyarakat agraris di zaman dahulu yang bermula dari penghormatan kepada leluhur serta dewa-dewa supaya panen yang biasanya jatuh di musim gugur dapat terberkati dan berlimpah.

Namun pengaruh religius terutama dari Buddhisme menjadikan tradisi perayaan ini sarat dengan mitologi tentang hantu-hantu kelaparan yang perlu dijamu pada masa kehadiran mereka di dunia manusia.

Di dalam Buddhisme, tradisi ini disebut sebagai Ulambana yang juga dirayakan dan eksis dalam kebudayaan Jepang. Namun, Ulambana tidak dapat diartikan langsung sebagai Festival Hantu dan sebaliknya juga.

Terlepas dari semua mitologi religius di atas, hikmah dari perayaan ini sebenarnya adalah penghormatan kepada leluhur dan penjamuan fakir miskin. Ini ditandai dengan tradisi sembahyang rebutan, yang membagi-bagikan makanan sembahyangan kepada para fakir miskin setelah penghormatan selesai.

Perayaan Hantu

Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7.

Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月), yaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib.

Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup.

Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal.

Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka.

Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup.

Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Credit : Sumber

Fadhilat Ramadhan Al-Mubarak

Fadhilat Ramadhan Al-Mubarak

Subhanahua ta’ala menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan pahala, dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bererti  “Sekiranya umatku mengetahui kemulian dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun”.

Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti  “Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain”.

Muslimin yang terhormat,

Terdapat banyak hadis yang menerangkan keagungan Ramadhan Al-Mubarak, diantaranya sabda Rasullullah S.A.W, Ertinya “Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala iblis dan syaitan”.

Hadis di atas ini memberi pengertian bahawa bulan Ramadhan adalah bulan keemasan untuk umat Islam meningkatkan amal ibadah serta memantapkan iman dan membersihkan diri dari kerja-kerja maksiat yang didorong oleh hawa nafsu atau godaan syaitan. Di dalam bulan yang suci inilah sepatutnya mereka melakukan hisab atau muhasabah diri di atas kerja-kerja yang telah dilalui dan akan dihadapi samada yang bermanfaat atau sebaliknya.

Para ulama menjelaskan, Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat amal soleh samada di awal, pertengahan ataupun di akhirnya. Sebaliknya mereka yang malas dan yang terus melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa, atau memandang bulan Ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain, bukan sahaja mereka tidak dapat pahala yang dijanjikan malahan akan menerima azab akibat dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kesucian Ramadhan dan keluhuran akhlak umat Islam seluruhnya.

Ramadhan adalah semulia-mulia bulan, berbagai-bagai kejadian atau peristiwa berlaku di dalamnya, yang menjadikan tarafnya lebih agong dan lebih berkat, di antaranya :

Pertama, perintah Allah Subhanahua taala ke atas kaum muslimin untuk mengerjakan puasa, firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud : “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti yang diwajibkan ke atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan dengan berpuasa itu kamu akan terpelihara dan bertaqwa”.

Tidak syak lagi, perintah mengerjakan puasa yang menjadi rukun Islam ketiga dalam bulan yang mulia ini menjadikan ia lebih agong dari yang lain.

Kedua, mula turunnya kitab suci Al-Quran dari ayat pertama hingga kelima dari surah Al-Alaq iaitu tanggal 17 haribulan. Firman Allah Subhanahua ta’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : “Didalam bulan Ramadhan ini diturunkan di dalamnya kitab Al-Quran yang menjadi hadiah kepada umat manusia dan membezakan antara yang hak dan bathil”.

Ketiga, dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah atau zakat badan serta zakat harta benda ke atas mereka yang mencukupi syaratnya. Kefardhuan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini menggambarkan betapa eratnya hubungan puasa dengan zakat. Kedua-duanya wajib dikerjakan dengan sempurna. Maka tidak sempurna agama seseorang itu jika hanya melakukan salah satu daripadanya. Hal ini dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya, yang bermaksud “Pahala puasa Ramadhan tergantung-gantung di antara langit dengan bumi, ia tidak terangkat ke langit kecuali dengan zakat fitrah”.

Keempat, di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, Allah Subhanahua ta’ala menghadiahkan kepada umat Islam satu malam yang pahala atau keberkatannya seribu bulan, yang dinamakan Lailatulqadar. Kerana itu, maka menjadi kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimat berusaha untuk mendapatkan keagongannya. Iaitu memperbanyakkan zikrullah, bertakbir, bertahlil, berdoa dan lain-lain ibadah yang dituntut dalam Al-Quran dan sunah Rasul. Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya beribadah pada malam tersebut dengan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahua taala melalui majlis Qiamullail, beristighfar dan bertadarrus Al-Quran di sepanjang malam pengampunan dosa ini. Janganlah ada orang Islam yang memandang kelebihan malam LailatulQadar sama seperti malam-malam yang lain.

Dipandang dari sudut mana sekalipun, ibadat puasa perlu dilakukan oleh manusia. Agama Islam yang , mengutamakan kesejahteraan umatnya dari segi rohani dan jasmani, tidak menyuruh mereka melakukan ibadat agong ini sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mereka. Maka di antara sebab ibadah ini diwajibkan ialah : Pertama, meningkatkan taqwa dan iman manusia dengan melaksanakan suruhan Al-Khaliq secara ikhlas sebagai melahirkan kesyukuran terhadapnya ; Kedua, melahirkan sifat mulia dan jiwa murni dan bersimpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh fakir miskin dan yang menderita ; Ketiga, menguji kesabaran dalam menghadapi kelazatan makan dan minum, keinginan nafsu jantina atau godaan yang ditegah oleh syarak ; Keempat, melatih diri untuk terus berjihad bagi meninggikan syiar Islam disamping menjaga maruah dan keselamatan diri serta membersihkan jiwa dari sifat-sifat tamak, gelojoh dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Bagi memastikan perlaksanaan rukun Islam ketiga ini diterima Allah serta mendapat keredhaannya, ia hendaklah dilakukan mengikut syarat-syarat atau rukun dengan sempurna, berniat ikhlas, berdisplin dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahalanya. Ini disebabkan tujuan berpuasa bukanlah menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan semua anggota dari melakukan kerja-kerja yang tidak berakhlak atau yang dilarang oleh agama.

Dalam hal ini kita harus gerun dengan hadis Rasullullah S.A.W yang bererti  “Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan dari puasa melainkan lapar dan dahaga”.

Mengambil sempena keagongan Ramadhan, marilah kita meletakkan azam untuk menaikkan maruah dan sahsiah dengan menambah iman taqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya dengan berpuasa pada siang hari dan bersalawat tarawih pada malam harinya. Orang yang menghormati tuntutan Ramadhan bererti memuliakan dirinya dan mencemari Ramadhan bererti ia menjatuhkan harga dirinya sendiri.

TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID

SELURUH NEGERI MELAKA

CreditSumber

Kisah Misteri – Apa Itu Saka

Rawatan Awal Memudahkan Kesembuhan

Mari kita mengenali apa itu Saka

Saka adalah sejenis sihir di mana seseorang akan membuat perjanjian dengan syaitan jin heathen atau untuk tujuan tertentu. Sebagainya jin yang mengiringi lelaki itu akan datang dari generasi ke generasi. Amalan saka ini dipercayai telah lama wujud di Malaysia dan walaupun ia telah berusia beratus atau berpuluh-puluh tahun, tetapi satyrs yang mengiringi lelaki dipercayai masih datang begitu hingga ke hari ini.

[Perjanjian dengan syaitan] Majlis perjanjian dengan jin adalah haram di sisi Islam, kerana ada antara kaedahnya jelas bertentangan dengan undang-undang berasaskan Syariah Islam. Ini, seseorang perlu menghina Islam seperti memijak Al Quran atau membaca surah Suci secara reverse order selain melakukan yang besar seperti revere kubur, tengkorak, darah minum dan sebagainya. Segala Surat Ikatan adalah individu-individu komited yang terlibat sambil membaca dengan jampunya atau incantations untuk sumpah-seranah untuk menyeru kehadiran jin.

Apabila jin berjaya diseru dan muncul, maka seseorang akan membuat perjanjian untuk kepentingan dirinya dan perjanjian telah dimeterai dengan yang dilarang terma dan pantang. Selepas termeterainya perjanjian tersebut, maka Jin tersebut akan sentiasa bersama individu-individu yang terlibat untuk menjalankan tugas-tugas dipertanggugjawabkan bahawa beliau dan individu juga perlu memenuhi keperluan untuk jin yang terlibat seperti yang dikehendaki.

Walau bagaimanapun, tujuan sebenar Jin yang berdiri seorang lelaki adalah untuk menyesatkan mereka dan bukannya Allah SWT dengan terus lelaki menjunam ke dala perkara-perkara yang diharamkan Islam yang termasuk menjadikan mereka syirik. Tujuan oknum atau syaitan jin yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran pada ayat 39, Surah Al Hijr makna.”Syaitan berkata, Tuhanku, oleh engkau memutuskan aku keji, sudah tentu aku akan menjadikan mereka (manusia) looked baik (perbuatan tidak bermoral) dalam menghadapi bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua.”

Walau bagaimanapun, masih terdapat individu tertentu tanpa mengambil kira undang-undang Islam dengan terus memeterai perjanjian dengan saka ke pelbagai destinasi. Antara lain, untuk memelihara harta benda dan Keselamatan diri sendiri dan keturunan para pemilik, membantu pelakuan individu heavy bekerja di ladang atau lautan, Cekalkan hati, dilihat murni atau takut orang lain dan sebagainya. Antara jenis-jenis saka saka adalah harimau (membuat digeruni pemilik kepada manusia lain terutamanya musuh), saka saka buaya dan ular (membolehkan pemilik telekonferensi dan menjinakkan haiwan yang terlibat), bomoh saka (membolehkan pemilik seolah-olah mampu untuk menyembuhkan atau memperbaiki makhluk sakit gangguan lain).

Di samping itu, Terdapat juga sebuah saka kuat atau saka penimbul (memberi kekuatan atau imun kepada pemiliknya, kebiasaan saka terdiri daripada jin-angin), saka susuk (menukar pemilik untuk sentiasa kelihatan cantik) dan dinasihatkan (jin saka akan membantu mencuri wang dalam occult bagi pemilik mereka).

Saka disertakan yang berkata akan membawa pelbagai masalah dan kesan yang buruk kepada seseorang itu. Selain kemerosotan chiefly dosa besar syirik, saka tuan rumah juga dikhuatiri akan mati dalam keadaan terseksa, kerana roh adalah sukar untuk keluar daripada badan mereka.

Malah, Terdapat juga beberapa tuntutan yang akan mengambil ‘saka’ kebimbangan tetap pemilik mati yang membawa kepada satu, seolah-olah masih hidup walaupun fakta bahawa dia telah lama meninggal dunia. Jin saka yang terlibat juga boleh mengganggu keluarga termasuk, mencemarkan maruah keluarga wanita dengan kemaluan persetubuhan dengannya. Terdapat juga gangguan yang menyebabkan saka orang pengalaman penyakit misteri yang gagal diubati oleh Sains Perubatan moden.

Antara syarat-syarat perjanjian untuk mendapatkan saka itu adalah Jin tersebut perlu diserahkan kepada orang lain jika warisan pemilik lama hampir bertemu dengan kematiannya. Saka perlu dirawat dengan makanan seperti Kemenyan, darah dan sebagainya. Islam menjelaskan bahawa ia adalah haram untuk menerima warisan saka Firman Allah bermaksud.

‘ Dan pada hari penghakiman Tuhan akan himpunkan mereka semua, dan kemudian berkata, Wahai Jin (syaitan), sesungguhnya banyak mengelirukan seorang lelaki, kemudian berkata sahabat mereka dari lelaki, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendapat sebahagian daripada keseronokan daripada pihak yang lain (jin) dan kita sampai kepada masa yang anda tentukan bagi kami (hari kiamat) ‘

“Allah berkata: ‘ itulah neraka tempat anda diam anda selamanya di dalamnya, melainkan Tuhan bermakna oleh yang (lain). Sesungguhnya engkau bijaksana lagi Doth Tuhan yang mengetahui. “

Surah Al An’aam ayat 128

Masalah saka berlaku apabila pemiliknya tidak mewarisi jin yang berkaitan sebelum kematiannya. Keadaan ini menyebabkan jin saka tidak lagi mempunyai seorang Nakhoda dan bebas merayau-rayau dan melakukan gangguan kepada orang lain. Jika saka ini telah mewarisi orang lain pula, pemilik baru mungkin tidak tahu syarat-syarat dan pantang beliau di dalam perjanjian yang dimeterai sehingga menyebabkan mereka mengabaikan terma-terma dan yang pantang beliau. Keadaan yang menyebabkan berkenaan Jin menjadi marah dan mula mencederakan pemiliknya serta lain-lain. Gangguan akan menyertai dalam jika sesuatu menggunakan barang-barang pemilik saka diserahkan atau dijual kepada orang lain.

Terdapat juga kes jin saka mewarisi seseorang itu membuang sampah pinak sebab ia perlu disampaikan kepada orang lain untuk tidak dapat ‘dipertahankan’ pemilik sahaja. Sebagai tambahan kepada keturunannya, saka juga dapat diwarisi kepada orang lain dan bukan sains hitam pengulas perlu mencari bahawa terdapat beberapa cara untuk mewarisi saka yang dimasukkan salah orang lain. Yang dengan cara itu boleh melemahkan atau menyebut seperti “anda adalah rakan saya terbaik di dunia dan akhirat”

Kaedah yang dijangka hanya menyerahkan saka berwasiat barang-barang tertentu seperti batu, keris lama, selain cincin azimat termasuk ayat Al-Quran yang Suci yang ditulis. Malah, seseorang yang mendapat rawatan daripada bomoh yang menggunakan bantuan jin juga akan mewarisi saka yang salah. Begitu juga dengan persilatan yang belajar pesilat songsang. Saka akan diturunkan kepada amalan mereka berkongsi bacaan atau tidak menggalakkan pantang tertentu jika melanggar, akan menjadikan pesilat gila isim itu.

Terdapat juga individu yang tidak sedar bahawa mereka telah telah diiringi oleh saka. Antara tanda-tanda bahawa diiringi semangat orang yang ia adalah perubahan dalam sikap untuk ganas, seperti derhaka, emosi terganggu dan sebagainya, bergantung kepada jenis Jin yang menemani mereka.

Menurut pengamal perubatan Islam, saka adalah antara gangguan makhluk-makhluk yang paling halus sering dirujuk kepada mereka berbanding dengan gangguan sihir dan santau. Walau bagaimanapun, berbanding dua yang lain gangguan itu, diubati saka paling sukar dan mengambil masa yang lama terutamanya kepada orang-orang yang kerana terlalu lama bersama jin yang terlibat.

Antara cara-cara menghapuskan semua sembuh atau pembaikan saka adalah syirik dan kepercayaan bahawa saka itu adalah keturunan. Manakala, tanpa apa-apa hasil dengan izin Allah SWT, saka mungkin tentang seseorang. Di samping itu, sunnah membaca ayat-ayat dari Al-Quran dan doa Nabi Muhammad yang Thabit untuk pesakit saka…

Credit : Sumber