Kisah Seram – Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki

Jelmaan Bigfoot, Pontianak usik pendaki

SELAIN cabaran bentuk muka bumi yang mencabar, golongan pendaki juga berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri. TERSEREMPAK bigfoot, pontianak bertenggek di atas batu, mendaki bertemankan ‘pelanduk dua serupa’, laluan mendaki dihalang tembok dan suara perempuan mengilai pada tengah malam. Itu antara pengalaman yang pernah dikongsikan rakan-rakan sehobi sewaktu penulis masih aktif dalam aktiviti mendaki dan meneroka hutan beberapa tahun lalu.

Walaupun kedengaran seperti terlalu tipikal dan tidak masuk akal, kebenaran cerita itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana dialami sendiri oleh rakan-rakan terdekat. Malah satu daripada kejadian tersebut berlaku semasa aktiviti perkhemahan yang disertai sendiri oleh penulis di Hutan Lipur Berkelah di Maran, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu itu, rakan sependakian yang sedang tidur di khemah berhampiran air terjun dikejutkan dengan lembaga seperti bigfoot di depan pintu khemahnya. Kehadiran makhluk berbulu itu disedari beliau selepas terdengar bunyi degusan seperti binatang buas dan ranting kayu dipijak.

“Kami tidur bertiga dalam satu khemah. Dalam samar-samar, saya nampak seperti ada orang mencangkung di hujung kaki (di depan khemah)”.

“Badannya berbulu hitam dan mukanya memandang tepat ke arah saya. Bila saya toleh ke sebelah untuk kejutkan kawan, ia terus hilang,” ujar beliau pada keesokan hari sebelum kami meninggalkan tapak perkhemahan.

Pengalaman bertemu dengan makhluk yang hampir sama turut dilalui oleh tiga lagi rakan pendaki semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor, kira-kira 15 tahun lalu. Dalam kejadian itu, makhluk yang mempunyai ketinggian manusia dewasa itu dikatakan muncul kira-kira 50 meter di depan mereka.

“Ketika itu hujan renyai-renyai, kami berjalan perlahan kerana jalan mendaki licin”.

“Tiba-tiba makhluk berbulu hitam melintas di depan kami”.

“Tak nampak macam Siamang kerana saiznya tinggi dan berjalan tegap seperti manusia,” ujar salah seorang daripada mereka.

Walaupun jarang berlaku, pertembungan manusia dengan bigfoot bukan sesuatu yang baharu di negara ini. Kisah penemuan kesan tapak kaki bersaiz luar biasa pernah beberapa kali dilaporkan di hutan negeri Johor dan Pahang. Bahkan kewujudan orang mawas itu turut dipercayai oleh masyarakat Orang Asli yang menggelarkannya Ta’woi atau Bojos.

Selain bigfoot, kejadian misteri dan seram di hutan tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah gangguan makhluk halus yang menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Antara kejadian yang kerap dialami golongan pendaki adalah terdengar suara perempuan menangis, suara manusia berbual, kelibat manusia berjubah dan kerlipan lampu seolah-olah melihat sebuah perkampungan di tengah-tengah hutan. Bagi yang kurang bernasib baik, makhluk halus kadangkala datang berdampingan dalam jelmaan ‘pelanduk dua serupa’. Kejadian pendaki bertemu rakan sependakian sedangkan individu sebenar berada di suatu tempat lain boleh dikatakan antara yang kerap berlaku.

Dalam kejadian di Gunung Irau, Pahang kira-kira 15 tahun lalu, rakan-rakan penulis pernah berdepan dengan situasi misteri apabila laluan pendakian mereka dihalang tembok batu yang sebenarnya tidak wujud di situ. Menurut ketua ekspedisi, kejadian paranormal itu adalah bentuk amaran oleh makhluk bunian yang mendiami kawasan berkenaan supaya manusia tidak berjalan pada waktu Maghrib.

“Laluan denai hutan yang diselaputi lumut di situ tiba-tiba disekat oleh tembok yang entah dari mana datangnya”.

“Sudah banyak kali saya naik ke Irau tapi tak pernah jumpa tembok di situ”.

“Selepas berpatah ke belakang dan solat Maghrib, tembok itu hilang dan laluan ke puncak Irau ‘dibuka’ semula,” tambah beliau.

Jelasnya, waktu pertukaran antara siang dan malam adalah masa ‘paling aktif’ bagi jin dan syaitan. Justeru katanya, pendaki dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan pada waktu itu.

“Kalau jin Islam mungkin dia mahu kita berhenti sembahyang dahulu. Kalau kena yang kafir, mungkin kita dirasuknya,” ujarnya.

Kisah-kisah pendaki dicuit dan ditepuk ketika sedang mendaki merupakan sebahagian daripada kejadian yang biasa berlaku. Bukan itu sahaja, gangguan makhluk halus juga datang dalam ‘gurauan’ yang lebih agresif. Penulis sendiri pernah melihat penderitaan rakan yang meneguk minyak petrol selepas meracau dipercayai akibat gangguan makhluk halus semasa di kampus. Gangguan selama beberapa hari itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang membawa turun seketul batu dari Gunung Tahan.

Hakikatnya, kejadian-kejadian yang diceritakan di sini hanya mewakili sebahagian kisah-kisah yang dilalui oleh golongan pendaki dan peneroka hutan di negara itu. Walaupun kebenarannya sukar untuk dijelaskan dengan bukti, hakikat kewujudan alam ghaib dan ‘penghuninya’ sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita sejak sekian lama.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20141018/re_06/Jelmaan-bigfoot-pontianak-usik-pendaki#ixzz3t69lVX2x
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kisah Seram – Terjumpa Cik Langsuir Di Masjid Ubudiah

Terjumpa Cik Langsuir Di Masjid UbudiahKisah di berlaku di sekitar tahun 1996-97. Lama dah, tapi masih segar di ingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam di Sungai Perak. Sebenarnya sangat banyak port untuk memancing lampam di sekitar bukit chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing di belakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. Walaupun dengar-dengar cerita tempat yang nak dituju agak keras. Tapi disebabkan ramai, dan musim lampam tengok rancak, hantu setan tolak tepi dulu.

Nak di jadikan cerita, dalam ramai-ramai tu, ada seorang yang last minit kensel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai-ramai mengutuk budak yang tak jadi pergi tu kononnya dia tu penakut la, anak emak la, memacam la kene kutuk budak yang tak jadi pergi tu.

Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta memang tak muat. mana muat 8 orang naik kereta beb… hehehe…

Sampai je ke destinasi, kami semua kene turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yang berdataran. Lokasi sesuai untuk memancing. Turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita, semua pasang jorang dah letak umpan. Umpan pulak pakai perut ayam yang dah peram 2-3 hari, dia punya bau… wow, hehehe… tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam.. kami semua duduk berbaris di tepi tebing sungai.

Masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat. tapi aktiviti memancing diteruskan, ikan tgh main, takkan mau berenti kot.. Tiba tiba..

plop ..!!! plopp…!!!

Bunyi air dilempar batu-batu kecil. Mula-mula kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul-betul, kami dapati bunyi itu terhasil dari batu yang dibaling kedalam sungai.

Pada mulanya, semua orang pakat-pekat buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi… yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dengan tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan sorang pun yang tak kena baling dengan batu. power betul orang yang baling tu.

Dan kami mulanya ingatkan orang yang baling batu itu adalah kawan kami yang tak jadi pergi, tak puas hati kene kutuk punya pasal, saja je datang senyap-senyap dan nak takutkan kami semua. jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada.

Ada la dua-tiga orang yang mulutnya mak babak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yang baling batu tu.. Hati memasing mula rasa tak sedap. kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk. Baru je letak punggung kat atas tanah..

Bedebab..!!!!

Seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul-betul dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tau la.. terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul-betul di tepi tebing. aku pulak time tu dah tengok kira kanan, kalau sorang start lari.. aku pun lari jugak.. takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari… tu yang terpacak je semua tu..

Nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan… elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.. masa dia terbang atas kepala tu, semua otomatik meniarap atas tanah takut kene sambar, angin memang kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang…

Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yang kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit, sekor-sekor kelam kabut nak naik dulu.. dan yg paling tak bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yang ikan lampam tertinggal.. sorang pun tak berani nak patah balik amek.

sumber : Dunia Seram – carigold

Kisah Seram – Seorang Ibu Mencari Bayi nya

Seorang Ibu Mencari Bayi nya

Setiap hari tanpa jemu Saripah akan melakukan kerja menjaga bayi di wad penjagaan bayi yang baru dilahirkan. Apa yang membuatkan Saripah seronok dengan tugas tersebut kerana sikap yang menyukai kanak-kanak yang memang tersemat di dalam dirinya. Tambahan pula Saripah turut mempunyai seorang cahaya mata yang baru sahaja berusia setahun membuatkan naluri keibuannya terserlah.

Jika sesetengah orang tidak akan selesa dengan tangisan bayi yang laparkan susu atau kerana lampinnya sudah basah, namun bagi Saripah tangisan tersebut seakan satu bunyi yang sudah sebati dalam dirinya. Sebagai ibu dia pernah merasai keadaan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan pada mulanya dia juga tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi lama kelamaan dia telah biasa dan lali.

Setelah 2 bulan ditugaskan bekerja syift siang, kini tiba gilirannya pula untuk bertugas pada syift malam. Sebagai kakitangan baru, Saripah hanya mampu mengikut jadual tanpa banyak soal. Nasib baik jugalah suaminya bekerja bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, maka Saripah tidak risau akan penjagaan anaknya di rumah.

Jadual kerja Saripah memerlukannya sentiasa memeriksa bayi-bayi di wad berkenaan agar segala-galanya berjalan dengan sempurna. Selain Saripah, terdapat juga 3 orang jururawat yang bertugas menjaga bayi ini secara bergilir-gilir. Dengan cara ini dapat jugalah mereka berehat sambil melakukan kerja-kerja lain.

Hari pertama bekerja malam, segala-galanya berjalan lancer. Cuma kadang-kadang Saripah dan rakan sekerjanya sibuk sedikit apabila terdapatnya kelahiran baru pada waktu itu. Namun disebabkan diri masing-masing sudah dilatih untuk mengatasi sebarang masalah, setiap tugas mampu dilakukan dengan baik sekali.

TANGISAN KUAT

Begitu juga hari kedua. Segala-galanya baik dan ini membuatkan Saripah berasa senang walaupun ditugaskan pada waktu malam. Namun begitu pada malam yang ke-3, sesuatu yang tidak disangka telah berlaku ketika tiba giliran Saripah member minum susu kepada bayi-bayi yang terjaga pada pukul 2 pagi.

Tangisan seorang bayi lelaki yang agak kuat memecah keheningan awal pagi membuatkan Saripah yang baru bertukar giliran berasa amat terkejut. Sepanjang pengalamannya bekerja, tidak pernah dia mendengar bunyi tangisan yang sebegitu.

Sedang Saripah tergesa-gesa mahu menuju ke bilik yang menempatkan katil bayi tersebut, tiba-tiba dia mendengar suara seorang wanita yang mahukannya agar cepat ke sana. Terkejut juga Saripah mendengar suara itu, sebab setahunya pada waktu begini tiada ibu-ibu yang terjaga. Mungkin itu hanya khayalannya. Fikir Saripah dalam hati.

Sebaik sahaja Saripah sampai ke dalam bilik tersebut, dia berasa amat terkejut apabila melihat bayangan seorang wanita berada di luar cermin bilik itu. Tambah menghairankannya ialah cermin tersebut pula menghala ke balkoni luar dan tidak ada tempat berpijak yang cukup walaupun untuk seorang insan.

Saripah agak kaget, tasingan bayi tersebut tidak diendahkan. Apa yang terdetik di hatinya ketika itu ialah menyelamatkan wanita tersebut dari terjatuh. Tanpa membuang masa Saripah pun menuju ke cermin tingkap yang boleh dibuka bersebelahan dengan balkoni tersebut. Namun belum sempat Saripah tiba di situ, tiba-tiba bayangan tersebut terbang dengan pantas. Saripah berasa terkejut dan menjerit ketakutan.

Apabila mendengar jeritan Saripah itu, dua orang rakannya yang berada berhampiran bergegas mendapatkannya. Sebaik sahaja mereka sampai di bilik tersebut, segera mereka mendapatkan Saripah. Beberapa ketika kemudian Saripah tersedar dari terkejut lalu mendapatkan bayi yang menangis itu. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada bayi lelaki itu.

Setelah berpuas hati dengan keadaan bayi itu, barulah Saripah menceritakan keadaan yang berlaku pada rakannya. Terkejut juga mereka sebab sewaktu mereka bertugas tiada apa-apa yang berlaku.

Saripah tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut. Terus sahaja dia mengambil keputusan untuk menyiasat bayi siapa yang menangis dan mengapa bayangan tersebut berada di sana. Setelah disiasat barulah Saripah faham apa yang berlaku.

Ibu bayi tersebut sebenarnya telah meninggal dunia sebaik sahaja bayi tersebut dilahirkan. Mungkin disebabkan rindu dan kasihan dengan anaknya, roh wanita tersebut datang melawat anaknya pada malam itu.

Credit : Sumber

Cerita Hantu – Rumah Teres

cerpen.info (8)

Pengalaman yang ingin saya ceritakan ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada waktu itu saya baru berumur 11 tahun. Kami sekeluarga tinggal di Johor di sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu telah dibeli oleh ayah. Pada mulanya, rumah yang kami diami itu sememangnya agak keras, mungkin kerana rumah itu sudah lama dibiarkan kosong. Macam-macam perkara yang sering terjadi dalam rumah yang kami diami itu. Walaupun saya baru berumur 11 tahun, tetapi setiap kejadian aneh yang berlaku, saya pasti akan mengingatinya.

Kejadian aneh yang saya katakan antaranya dialami oleh adik saya yang berumur lima tahun. Pada waktu itu, dia ingin ke tingkat atas di biliknya selepas dia mandi. Tiba-tiba, dia menjerit dan turun ke bawah sehingga dia terjatuh dari tangga rumah kami. Ketika itu ibu dan bapa saya sedang bekerja, nenek yang melihat adik dalam ketakutan segera bertanya, “Kenapa adik menjerit tadi? Turun tangga pun sampai terjatuh?”.. Lalu adik menjawab, “Nek, adik nampak hantu, badan dia besar, banyak bulu, mata dia merah. Adik takut Nek.”

Mungkin hantu yang dikatakan adik itu adalah lembaga yang berbulu dan bermata merah. Seorang budak kecil memang dapat melihat benda halus, saya yakin adik tidak berbohong.

Dari hari itu, bukan kejadian itu sahaja yang berlaku. Malah kali ini lebih menyeramkan. Pada waktu jam 6.30 petang, saya merasakan badan saya agak lemah dan sakit kepala. Saya terus baring di sofa ruang tamu. Sambil memejamkan mata dan tidur-tidur ayam saya dapat mendengar ibu, pakcik dan makcik saya baru pulang dari tempat kerja pada jam 7 malam. Pada waktu saya berbaring di sofa, pakcik saya mengadu lehernya sakit dan meminta nenek saya urutkan lehernya. Sedang nenek saya urut leher pakcik, tiba-tiba pakcik saya itu ketawa. Katanya geli seperti lehernya digeletek oleh nenek.

Nenek yang tahu serba sedikit untuk menghalau makhluk-makhluk halus ini segera membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an. Pada masa yang sama, ibu saya pula tiba-tiba menunjukkan jari ke arah nenek sambil ketawa mengilai-ngilai. Makcik saya yang berada di situ seperti dirasuk dan seakan-akan ada orang yang mencekik lehernya. Sambil menarik sesuatu di lehernya dan seakan-akan sesak nafas dan makcik saya menarik tali yang ada di lehernya, tetapi tiada tali yang terikat di lehernya.

Kami dirasuk seorang demi seorang dan waktu itu saya sedang mencekik diri saya sendiri sambil menangis sekuat hati. Tetapi pada masa itu saya tidak sedarkan diri. Adik dan kakak saya yang lain yang menceritakan keadaan saya pada waktu saya dirasuk oleh makhluk halus.

Pada waktu kami dirasuk seakan-akan ada benda yang memasuki tubuh kami. Rupanya keadaan badan saya lemah pada waktu petang itu kerana ada benda sudah mula masuk dalam badan saya. Nasib baiklah nenek saya tahu cara untuk menghalau benda yang tidak nampak oleh mata kasar manusia. Sejak dari itu, kami sekeluarga berpindah ke rumah lain dan menyewakan rumah itu.

Ini adalah pengalaman yang benar-benar berlaku dalam hidup saya.

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Salah Naik Lift

cerpen.info (24)

Ni pengalaman aku sendiri… Aku ni takda lah jumpa hantu ni face to face but aku banyak kali kena gangguan-gangguan macam ni.. Aku pun confuse sama ada itu hanya perasaan aku or itu realiti.. Syaitan ni suke kat orang yang penakot tetapi aku bukan dari golongan hati kecik gitu.

Masa kejadiaan tu aku ni nak pergi umah kawan aku yang terletak di KL, aku taknak nyatakan nama tempat ni.. Die punya rumah jenis penthouse.. So mestilah tinggi dan besar. Plus suasana pun best gile.. Kawan aku ni kire somebody punya keturunan lah kan.. Penthouse die tingkat 23.. So aku fikir naik lift je sebab before that dia dah bagi akses kad untuk naik terus ke penthouse die.. Aku melangkah menuju ke arah lift penthouse tersebut.. Aku menekan butang naik.

Setelah beberapa ketika, lift tu pun terbuka dan aku terus melangkah masuk dan menekan tingkat 23. Baru sahaja lift tu tertutup, aku dapat merasakan seperti orang meniup telinga aku!! Aku pun terus berpaling untuk melihat jika ada sesiapa di lift tu, tapi seingat aku tadi memang takda orang.. Aku perhatikan sekeliling memang takda orang.. Meremang bulu roma aku, dah lahg lift die besar.. Selepas tu aku dapat merasakan bahu ku disentuh oleh seseorang dan tanpa berlengah aku pun memandang ke belakang, masih takda orang pun.. Aku dapat rasakan lift ni lambat sangat bergerak.. Dalam hati aku, aku hanya sempat menyebut ”ALLAHUAKBAR!!”

Hati aku memang tak sedap lah semasa memasuki lift ini sebentar tadi..

Sekarang baru tingkat 10.. Bermacam-macam perasaan bercampur baur ketika tu, hanya Allah sahaja yang tahu. Dah lah handphone aku signal takda.. Kali ni yang paling menakotkan.. Aku dapat mendengar dengan jelas bunyi suara orang sedang berbisik-bisik.semakin lama semakin kuat.. Aku tak dapat membaca apa-apa ketika tu.. Mulut aku seakan terkunci dan begitu berat sekali ketika itu.. Lagi 2 tingkat dah sampai, aku dah stanby untuk berlari keluar bila lift terbuka nanti.. Yang aku hairan takda orang pun yang naik lift tu, hanya aku sahaja.. Pelik bin ajaib kan.. Aku dapat rasakan yang kaki dan lututku terketar-ketar, dengan bau bangkai lagi, issshkkkkk aku benar-benar ingin keluar dari situ.

Sampai je di tingkat 23, lift tu terbuka dan aku dengan pantas berlari keluar menuju ke kediaman kawanku itu. Setelah sampai aku pun menceritakan apa yang telah terjadi di lift tadi dan kawanku menerangkan yang lift aku gunakan tadi sedang dibaik pulih!!! Sudah lebih setahun tidak digunakan!!! Juga pernah berlaku kejadian ngeri dimana ade pekerja mati di dalam lift akibat terperangkap dan lemas. Aduhaiiii aku salah naik lift ke tadi???!!!!

Credit : Dunia Seram

Kisah Hantu – Siapa Yang Bagi Tisu Tu Tadi?

cerpen.info (22)

Aku nak berkongsi pengalaman misteri aku ketika berada di pejabat tempat aku bertugas dulu.. Kisah ni terjadi 3 tahun lepas.. Bangunan pejabat ni terkenal lah kat Jb, aku tak berani nak bagitau nama kawasan ini.. Masa tu seingat aku jam dah pukul 8pm macam tu lah.. Aku kena stay back sebab nak siap kan paper work yang tak sempat aku buat pada pagi tu sebab banyak sangat kerja yang harus aku siapkan. So aku pun buat lah kerja aku macam biasa kat dalam office aku.. Aku dah rase betul-betul mengantuk dan letih sebab minggu tu memang aku super busy.. Tidur pun sampai lewat malam, makan pun tak sempat kekadang tu.

Sedang aku menghadap pc aku terasa ingin membuang air kecil, banyak minum kopi kot, yelah nak hilangkan rasa mengantuk plus aku ni penggemar kopi. Aku terus bangun dari kerusi aku dan berjalan ke arah toilet yang berada dekat dengan pantri. Aku pun masuk lah toilet.. Selepas membuang hajat aku terlupa nak bawa tisu kebetulan tisu kat toilet tu pun dah habis.

“Aiii cleaner ni memang tak guna lah, tisu pun malas nak tukar!”, Aku menyumpah-nyumpah di dalam hati. Tetiba kedengaran ketukan di pintu toilet tu. Aku pun tanya lah “Siapa tu?” Tanpa aku ingat yang sebenarnya hanya tinggal aku sahaja di pejabat ketika itu. Aku pun membuka sedikit pintu toilet tu sebab ketukan tu semakin kuat, ” ye ,nak ape?” Aku ni pergi lah tanya orang tu. Dah lah orang tu tak bersuara dari tadi. Aku nampak ada tangan menghulurkan tisu kepada aku. Aku tak fikir panjang terus ambil dan siap cakap thanks lagi tu!!!

Selepas aku keluar dari toilet aku tercari-cari siapa yang menghulurkan tisu tadi sebab pelik kan aku tak cakap ape, orang tu macam dah tau je yang aku perlukan tisu ketika itu. Aku tak nampak pun sesiapa kat situ.. Aku berjalan ke arah bilik aku sambil meninjau-ninjau mana tau ada orang lagi kan. Aku baru teringat yang semua orang dah balik. Hanya tinggal aku sahaja di pejabat malam tu. Pehhhhhh.. Berderau badan aku.. Biar betul!!! Aku pun call lah security office aku then tanya, aku terkejut sebab guard tu cakap aku je yang belum balik sebab dia dah ronda banyak kali dalam office tu tadi!!

Pucat terus muka aku!! Mak aiiii dah lah penat, ade pula tetamu tak diundang.. Aku terus kemas meja aku lepas tu terus blah dari situ. Tak sanggup aku nak bertemankan benda tu malam-malam macam tu. Kalau korang nak tau, try lah ye!! Eeeiii..seramm tau tak!! Tu lah last aku stay back sampai malam, jika ada kerja aku buat kat rumah aje.. Aku tak nak kena macam tu lagi.. Memang cari pasal lah kalau aku nak balik lewat lagi!!

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Gangguan Di Tiang Seri

Tiang Seri

TIANG SERI, BUMBUNG DAN PINTU DI GANGGU

Kisah ni sering terjadi tak kira dari aku kecik ke sampai aku besar. sampai aku dah kawen ni pun. rumah atok aku yang buat nesan ni memang ada yang jaga. biasalah, atok-atok dulu. dia tanam tah semangat jin tanah ke, mambang tanah ke aku pun tak sure. tapi bukan dari atok aku yang buat nesan ni. tapi dari atok kepada atok kepada atok, membawak kepada atok kepada atok-atok aku yang dulu tu.

So nak keluarkan, nak buang kene ada orang yang tanam tu buang benda tu. tapi yang tanam, yang buat benda-benda ni pun dah arwah. so tak boleh nak buat apa la kot. aku pun kurang arif dengan benda-benda ni. cuma yang menjadi misteri dari dulu sehingga sekarang adalah, bilamana dekat rumah atok aku ni. kalo ada anak cucu balik. then bising-bising ; alahhh… budak. dah jumpe regu, bising je lah. main kejar-kejar. main wrestling, main tembak-tembak, mulut semua berterabur sana sini. buat bising tak kira time. akan ada satu goncangan yang kuat dekat pintu rumah.

Selain pintu rumah, tiang seri pulak bergegar. selain dari 2 tempat ni, bumbung rumah pun selalu di attack nya jugak. macam mana benda tu menyerang?? oke, benda tu menyerang bila satu masa tu rumah itu terlalu riuh, terlalu bising samada suara budak bermain, bergurau, menangis atau yang tua-tua ni pun tak nak kalah jugak kalau bercakap. cakap kuat-kuat macam teman berbual dia tu 1km dari dia.. paten sedara mara aku memang suka cakap kuat-kuat. aku pun rimas!

Once dalam rumah ni buat bising, nanti tak semena-mena ada satu goncangan plus ketukan yang terlalu kuat sampai rasa bergegar pintu rumah. macam nak tanggal dia punya skru. so bila dah ada yang goncang pintu macam tu, sapa je yang berani bukak on the spot? takda sorang pun yang berani. bila dah reda 2-3 minit barulah ada yang bukak. tapi kalau bukak memang takda sesiapa melainkan angin kuat dekat luar.

Depan umah atok aku ada hutan kebun. pokok besar-besar, tinggi-tinggi. sekali angin, memang boleh nampak la pokok-pokok tu meliuk lentuk kiri kanan. kalau angin kuat, memang nampak la pokok tu bergerak macam mana. macam tu lah yang kami nampak bila bukak pintu takda orang, tapi cuma pokok je yang bergoyang kesan dari angin. walaupun dari tadi takda pun angin kuat macam ni.

Mak aku kata, benda ni dari kecik. dari dia kecik! dulu tak attack pintu. tapi attack tiang seri. dulu rumah atok aku ada tiang dalam rumah. time ni bila tiba-tiba semua buat bising, kejap lagi bergegar la tiang seri tu. macam ada yang goncang dari bawah. bila atok aku dan arwah pak long aku (pakcik aku yang datang time aku nak kawen tu) turun bawah tengok kat punca benda ni bergegar, tak ada sapa melainkan pokok-pokok dekat sekeliling rumah ditiup angin kuat.

Baru-baru ni pun jadik jugak. aku tak ada masa tu. tapi mak aku yang ceritakan. masa tu ada kenduri rumah atok aku. aku memang tak dapat balik. so riuh la macam biasa. masa tu petang pukul 2. tengah masing-masing meriuhkan diri, berborak bergurau semua. tiba-tiba atas bumbung macam ada batu besar yang dibaling dari tempat yang tinggi. kuat giler! macam nak bocor bumbung. tapi tak bocor pun. aku tau kuat dia macam mana, sebab aku sendiri pun pernah mengalami masa duduk dekat kampung dulu. so bila mak aku cerita, aku boleh bayangkan lah macam mana kuatnya. lepas dengar bumbung dibaling something yang berat and besar tu, serentak tu ada anging semacam puting beliung kat luar.

Mak aku cerita, pokok masa tu dia punya goyang lain macam betul. macam berpusing-pusing dahan-dahan dia. kuat sangat masa tu. pasir dekat laman rumah pun boleh nampak berpusing-pusing. tapi sekejap je dalam 5-10 minit. then benda tu berhenti. keadaan jadi macam sedia kala. macam tak ada apa-apa. so semua masuk rumah la. petang tu pakcik dan abang ipar aku naik bumbung. nak tengok jugak keadaan bumbung rumah. sekali tengok memang clear. cantik lagi bumbung tu. macam tak ada apa-apa yang menimpa. termasuk lah area yang kena baling tadi. sikit pun tak terjejas. tak ada calar langsung.

Kesimpulannya, aku tak tau motif apa yang membuatkan dia nak mengamuk tak tentu hala. then aku tak sure gerangan apakah yang membuat angkara. tapi yang pasti, benda ni akan bertindak kalau kita tengah leka berborak, bergurau dan ketawa. aku rasa dia ni nak mengingatkan kami, bahawasanya jangan terlalu seronok dan bergembira dengan sesuatu perkara. beringat-ingat dalam setiap perbuatan.

Tapi benda ni tak pernah pun di ambik pot kat sedara mara aku. jumpa lagi kang, memekak macam biasa.

Credit : Sumber

Hantu Raya Diikuti Saya Sehingga Dewan

Hantu Raya

Ini adalah cerita hantu yang menyeramkan yang pernah dialami oleh seorang gadis, sebuah syarikat berpangkalan di kalimantan Timur. Cerita ini asalnya dialami oleh Erlin kerana dia telah mengembara ke Malaysia di kawasan Penang yang merupakan salah satu Negeri dalam Malaysia. Apakah jenis penghujahan bertulis daripada Erlin yang boleh kita rujuk di bawah.

Nama saya ialah sekolah menengah kelas 2 Erlin di salah satu daripada sekolah menengah Balikpapan. Pada awal tahun 2013 yang lalu saya dan rakan-rakan saya untuk mengikuti salah satu daripada golongan bersiar-siar di menempah bercuti tahun baru ke Malaysia di Pulau Pinang. Pada masa kejadian untuk mengikuti saya dan rakan-rakan saya merasakan ada suatu perkara yang menghairankan terutamanya apabila di hotel berdekatan National Park Pulau Pinang.

Kerajaan mimpi hantu

Pelik dan menyeramkan kejadian berlaku sejak saya tinggal di hotel. Kejadian itu bermula apabila saya rasa di bilik mandi cahaya kedap-kedip kepada bunyi air paip mengalir dengan sendirinya apabila kita telah dikejutkan tidur slumbering, jadi saya dan rakan-rakan saya.

Jam masih menunjukkan 2 pagi, kami pergi kembali ke katil. Kira-kira 3 pagi kembali saya dikejutkan oleh salah seorang rakan saya kerana impian menangis menjerit-menjerit.

Dalam hanya beberapa jam tidur saya bermimpi untuk bertemu hantu raya seorang tokoh menyeramkan berkata bahawa dia ingin menyertai saya. Nasib baik kawan saya Rini bangun saya, jika tidak dibangunkan lah sama ada apa yang akan berlaku.

Pada keesokan harinya, ia adalah masa yang kita jaunt ke National park Pulau Pinang. Air Main fun-a menangis di hutan dan bergembira bersama-sama. Tetapi di tengah-tengah keghairahan saya masih rasa kebimbangan dan mengingatkan mimpi saya malam tadi. Wajah hantu raya sangat menyeramkan dan badannya datang berhampiran saya, ketinggian yang besar seolah-olah menghulur tangannya.

Tiada siapa yang berasa bila-bila masa sehingga saya beralalu dan kawan-kawan perlu bertolak dari tempat-tempat perlancongan dan bergegas rumah ke Indonesia. Aku pulang keesokan harinya iaitu hari Ahad pada jam kira-kira 6 pagi. Kerana ianya begitu penat saya pergi untuk tidur di bilik saya dalam keadaan masih memakai jaket tersebut.

Dalam tidur saya lagi ini menyeramkan hantu raya datang dalam mimpi saya, saya ketakutan dan menjerit sehingga ibu saya terkejut bahawa membuat adalah memasak di dapur, ibu saya kemudian saya bangun. Sebaik sahaja mengetahui tentang impian saya hanya diingati jika tokoh mendatangiku hantu dalam impian adalah hantu sama bila saya tidur di Hotel.

Memenuhi kerajaan hantu

Nampaknya impian menyeramkan saya sudah mengalami benar-benar berlaku pada waktu malam. Apabila saya pulang ke keluar dari bilik ke arah tandas seolah-olah ada seorang tokoh memperhatikanku tersebut dari jarak yang sangat dekat. Rasa ia menakutkan saya dan saya memutuskan untuk mengejutkan ibu saya di bilik sebelah untuk menganterku ke dalam tandas.

Kerana ia tidak berlaku apa-apa dalam tandas, ibu pergi semula ke bilik dan saya juga pergi semula ke bilik saya. Apabila membuka pintu bilik saya, berapa banyak kagetnya apabila saya membuka pintu, Jadilah bunyi besar di belakang saya dan menyeramkan menjadikan seluruh badan saya tempang, seolah-olah saya mahu pengsan. Perasaan terkejut, malahan dan saya merasakan angsa lebam apabila menoleh ke arah katil saya.

Seorang tokoh yang kelihatan menyeramkan dan asing berdiri betul-betul di bahagian atas ranjangku, rupa-rupanya ia mempunyai seorang tokoh yang ghostly muka dan badan yang tinggi menyeramkan besar.

Jadi takut saya pergi balik bilik dan mengetuk pintu bilik ibu bapak saya sehingga mereka bangun naik dan keluar dari bilik bertanya tentang peristiwa yang melanda saya.

Peliknya cukup Bilakah bapa melihat bilik haiwan tidak lebih daripada seorang tokoh ghostly. Tidak lama lagi, bapa membawa saya untuk tidur dengan mereka sehingga datang waktu pagi.

Semasa tidur di dalam bilik dengan ibu bapa saya, saya tidak lagi mimpi hantu yang menyeramkan akan saya telah dialami sebelum. Tapi besar tinggi memahami dengan mata yang tajam yang saya lihat di dalam Bilik yang di atas membuat saya tidur, lampu tidak menyala. sedikit-saya bangun dan menangis seperti kanak-kanak sehingga pagi hari.

Keesokan harinya bapa saya meminta bantuan pada salah seorang ulama besar yang berada di kawasan Balikpapan. Selepas beliau datang ke rumah dan melihat sekeliling bilik tidur saya, beliau berkata bahawa terdapat seorang tokoh hantu raya berikutan Dewan yang menyeramkan. Ulama itu adalah bercakap dengan hantu raya untuk kembali ke tempat, dan sejak itu hantu raya sudah tiada lagi dalam hidup saya.

Cerita Seram – Hantu Di Ofis

Hantu Di Ofis

Sepanjang 4 tahun saya berkecimpung dalam dunia bisnes, sudah pelbagai onak dan duri yang saya lalui. Tak tau lah bagaimana ranjau yang dilalui oleh mereka yang telah berkecimpung dalam dunia bisnes selama 30 – 40 tahun atau lebih daripada itu. Tak dapat nak bayang. Apatah lagi dengan pelbagai ujian yang datang jika kita hendak mencari rezeki melalui jalan yang halal. Ada orang mintak itu, ada orang nak bagi yang ni, ada yang menipu, permasalahan riba dan maca-macam lagi. Jalan yang haram nampak begitu mudah.

Percaya atau tidak, antara ujian yang saya pernah lalui ialah berhadapan dengan makhluk Allah yang dinamakan ‘Jin’. Bahasa pasarnya kita panggil ‘Hantu’. Kita tidak perlu menafikan wujudnya makhluk Allah ini kerana Allah sendiri telah menceritakan mengenai mereka di dalam Al-Quran. Ya, seperti tajuk di atas, memang betul ada hantu di ofis kami.

Pengalaman saya yang pertama berhadapan dengan hantu adalah ketika menyewa ofis di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Banyak kali telah berlaku, ketika saya sedang membuat kerja di hadapan komputer, sering kedengaran paip air di bilik air sedang diguna orang. Bahagian pantri ofis kami pula terdapat pintu koboi (macam dalam game Western Bar tu la). Banyak kali saya terdengar pintu koboi tersebut di tolak-tarik. Bila ditolak atau ditarik, spring pada pintu koboi tersebut akan berbunyi. Sebab tu saya tau bila ada orang masuk ke pantri ataupun tidak. Namun kebiasaannya, bila saya pergi untuk melihat, tiada sesiapa di kawasan tersebut.

Bukan setakat itu, pintu masuk utama ofis juga sering kedengaran orang membukanya. Tapi bila di jenguk, tiada sesiapa pun. Dan sekali sekala, terdengar bunyi derapan seperti orang berlari dengan menghentak-hentak kaki dari belakang ke bahagian depan ofis. Saya juga biasa datang ke ofis pada waktu malam dan buat kerja sehingga pukul 2-3 pagi. Ada kalanya saya tidur terus di ofis. Lepas subuh, baru pulang ke rumah.

Saya akui, pernah beberapa kali sewaktu sedang tidur, saya terjaga kerana terasa seperti ada orang menyentuh pipi saya. Ada kalanya terdengar bunyi derapan kaki dan bunyi orang membuka pintu masuk ke bilik saya. Namun seperti biasa, bila bangun dan melihat di sekeliling, tiada sesiapa yang ada.

Pernah sekali suatu malam, berlaku black out. Lepas black out je, tiba-tiba kedengaran hentakkan kaki yang begitu kuat dan pantas, “BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!” dari belakang ofis hinggalah ke depan ofis. Saya hanya terdiam dan berfikir..”Mana mungkin ada orang boleh berlari dengan begitu pantas dan menghentak begitu kuat dalam keadaan gelap gelita??!!”

Sebenarnya, semua fenomena yang berlaku di atas saya buat endah tak endah je pada mulanya. Saya hanya ingat itu semua hanya bayangan saya semata-mata. (secara jujur, sebenarnya saya tak rasa itu semua hanya banyangan. Cuba psycho diri sendiri actually. Dan memang saya tak pernah bercerita pada sesiapa pun pada waktu itu tentang apa yang saya alami) Sehinggalah rakan sepejabat membawa seorang ustaz yang mahir berkenaan permasalahan Jin ni. (rupa-rupanya dia juga perasan seperti ada ‘sesuatu’ di ofis kami)

Setelah ‘diperiksa’ memang ustaz tersebut mengakui bahawa di ofis kami, ofis di atas dan di sebelah merupakan ‘port’ makhluk-makhluk ni sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, mereka ini bukanlah jenis yang agresif ataupun jenis yang ‘dihantar’ oleh orang-orang yang dengki dan menggunakan sihir terhadap kami. Itu memang territory mereka sejak sekian lama. Lepas dah kene sebijik, baru la nak take them seriously. Nak tau apa yang saya dah kene?

Peristiwa kemuncak yang benar-benar menguji keimanan saya telah berlaku pada satu malam. Waktu tu lebih kurang jam 2 pagi. Saya sedang menghadap laptop dan ada satu botol air mineral kosong di sebelah kanan laptop saya. Sedang saya asyik membuat kerja, tiba-tiba botol tersebut telah bergoyang-goyang dengan ‘sendiri’.

Saya terus terkaku. Jari-jemari yang tadi begitu ligat menaip kini terus freeze! Jantung sudah mula nak berdegup pantas. Namun saya beranikan diri untuk memegang botol tersebut supaya berhenti bergoyang. Saya angkat dan lihat tapak botol tersebut. Mungkin kerana ada kemik di mana-mana membuatkan ia tidak stabil dan bergoyang-goyang. Namun, memang tidak ada!

Puas saya meneliti. Saya periksa pula pada bahagian meja. Memang tidak ada apa-apa yang boleh membuatkan botol tersebut tidak stabil dan bergoyang-goyang.

Saya masih tabah. Saya letak kembali botol tersebut di tempat yang sama dan merenungnya dengan tepat. Saya cuba pastikan, adakah kerana saya sudah mengantuk atau pun mungkin botol tersebut bergoyang disebabkan ada angin.. (what the heck? Angin apa kat dalam ofis yang tertutup camtu?)

Sekali lagi!!! Botol tersebut bergoyang dengan ‘sendiri’ di hadapan mata saya!!! Arrggghhhh!!! Yang pertama tadi mungkin hanya ilusi. Tapi kalau dah yang kali kedua.. Dalam keadaan saya sedang tenung tepat pada botol tersebut.. Mustahil la sekadar ilusi! Dan.. kalau botol yang bergoyang tersebut berada begitu dekat dengan saya, sudah pasti hantu yang menggoyangkan botol tersebut berada DI SEBELAH SAYA!!! Arrgghhhh!!

Apa lagi.. Bulu roma satu badan berdiri tegak tak ingat la.. Jantung pulak mula berdegup kencang. Mula la baca ayat Al Kursi dan taa’wuz banyak-banyak. Waktu tu mula la terbayang.. “Tadi dia berani ‘show off’ existence dia kat aku dengan goyangkan botol, jangan la pulak jap lagi dia jelmakan diri dengan wajah dia yang sebenar.. Oh nooo.. Rambut panjang? Gigi taring? Mata satu? Sambil senyum kat aku? or worst than that? Oh noooo.. Ya Allah Janganlah Kau uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku menghadapinya. Iman aku lemah. Belum tentu aku mampu. Tak yah nak berlagak power lah.. Aku mengaku iman aku lemah.. Tolong ya Allah..!”

Lepas tu apa lagi.. Terus packing and balik rumah la. Yang terkini, lagi sekali kami dimaklumkan oleh seorang ustaz tentang kewujudan 2 ‘ekor’ hantu di ofis kami di TTDI. Satu suka ‘port’ kat hujung sofa di bahagian entrance dan lagi satu suka ‘port’ kat bilik meeting. Sebelum ni pulak, (sebelum dapat tau ada hantu kat ofis TTDI la) saya memang biasa baring di sofa tersebut pada waktu malam. Cheh! Kacau betul la diorang ni. Tempat favourite aku gak yang korang nak port!

Ustaz tersebut menasihati kami agar selalu melakukan upacara ‘exorcism’ di ofis dengan melaungkan azan dalam keadaan semua pintu dan tingkap terbuka. Dia nasihatkan kami agar buat begitu sekali setiap minggu secara berterusan.

Credit : Dunia Seram

Menyertai Pontianak

Menyertai PontianakTiga tahun lalu, apabila Encik perlu pada pesakit luar hospital, hanya saya dan adik saya yang tinggal di rumah. Selepas makcik saya tahu hanya saya dan adik yang tinggal di rumah, saya terlalu diambil oleh makcik saya untuk tinggal bersamanya di rumah bapa saudara. 2 hari kemudian abang saya yang tinggal di luar bandar panggilan ketika ayah saya sakit kerana sihir orang-orang yang benci dengan ayah, bapa saudara saya dan meminta untuk mencari objek kayu hijau di hadapan rumah saya.

Kami melihat ke atas dan mendapati sebilah pisau dengan perlindungan yang hijau, di atas tiada pisau yang coconut shell di sana adalah bunga yang sudah Kering, kulit telur ayam dan Kemenyan. Bapa saudara saya fikir jika ini adalah yang jailangkung, kerana ia mempunyai Cangkerang kelapa yang serupa dengan jailangkung.

Akhirnya saya dan saudara pulang ke rumah bapa saudara saya. Apabila abang saya membuat panggilan beliau berkata jika objek ini perlu didapati tidak lama lagi di ekzos, tetapi bapa saudara saya lupa, dia pun letakkan di dalam Bilik belakang di mana aku dan adik tidur. Malam itu aku bergaduh dengan adik kecil saya, Semua orang dalam rumah kecewa saya kerana ia telah membuat kecoh, malam-malam, adik saya untuk tidur di ruang tamu dan saya tidur sendirian di dalam bilik.

kejadian jam 10 malam, kerana marah saya menangis atas katil, maka saya hanya semata-mata di dalam Bilik dan saya terkejut mendengar bunyi objek jatuh di dalam Bilik, selepas saya melihat lihat tiada siapa objek yang jatuh di bilik itu. Tidak lama suara wanita saya telinga “JANGAN MENANGIS”. Kemudian pintu bilik yang saya membuka kunci dengan sendirinya, kerana takut saya pergi ke ruang tidur bersama-sama dengan adik saya. Suara wanita terus mengikuti saya, saya menutup telinga saya dan mata saya tertutup cuba untuk tidur.

Keesokan harinya aku pergi ke hospital bersama-sama dengan bapa saudara saya melihat bapa saya, saya bertemu dengan ibuku dan memberitahu semua peristiwa-peristiwa yang saya alami malam tadi. Mendengar cerita saya pakcik terkejut, beliau telah memikirkan mesej abang saya jika itu terkutuk benda-benda yang terdapat di depan rumah saya jadi yang ekzos terus ke laut.

Seminggu kemudian ayah saya datang rumah dari hospital. Dia memberitahu saya, apabila saya berada di hospital tersebut, Jadilah seorang wanita berambut panjang yang sentiasa mengikuti saya, pakcik saya juga pernah melihat saya sementara saya menunggu di bapa beliau itu pulang ke rumah dari hospital tiada adalah seorang wanita yang memakai baju putih lanjutan saya sentiasa, sengaja tidak memberitahu saudara saya kepada saya. Tetapi selepas itu celaka objek dalam buangan telah pun tak pernah lagi melihat wanita yang memakai pakaian putih yang diikuti saya. Sejak itu saya telah mula merasa kehadiran makhluk ghaib okay itulah semua di sekeliling saya, dan wanita berambut panjang yang memakai baju putih adalah masih ada di dalam Bilik belakang daripada bapa saudara saya, kadang-kadang jika malam datang suka wanita yang memanggil saya pakcik.

Kisah Nyata – Gangguan Sihir

cerpen.info (11)

Pertengahan Mei, selepas kesemua penyiksaan menjadi terlalu biasa buat kami, suami saya didatangi Ustaz Alwi, yang membeli sebahagian besar stok cincin suami saya. Suami saya bertanya tentang makhluk asing, gangguan jin, sihir dan sebagainya. Suami saya juga bercerita kepada beliau bagaimana setiap malam dia diganggu dengan mimpi yang menyeramkan. Selalu juga dia mengingau, berlawan dengan serigala, dengan anjing hitam, bertemu ular tedung dan macam-macam lagi. Ustaz ALwi menyarankan agar suami saya mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membeli buku tentang sihir dan gangguan jin tulisan Dr Harun Din terbitan Dewan Bahasa. Bagi Ustaz ALwi, sihir dan jin tidak dapat dipisahkan biarpun dunia kini amat modern. Disebabkan kemodernan ini, makanya ramai di antara kita yang tidak mengendahkan perlunya mempelajari ilmu menghalang sihir. Ramai di antara kita yang tidak percaya kemungkinan mereka disihir kerana logic akal mengatakan “Mana mungkin ada orang dengki dengan aku. Kita sama saja”. Kita terlalu lurus dan jujur menghadapi semua orang. Itu sesuatu yang amat baik, namun, tidak semua manusia baik seperti kita.

Suami saya membeli kitab Manzil yang hanya berharga RM2. Dia mula mengamalkannya. Di kedai, dipasangnya CD Yassin dan surah-surah pilihan sambil dia dan pekerja-pekerjanya mengikut bacaan dan menghafal. Satu pagi, lebih kurang pukul 9 pagi, suami saya menalipon saya dengan suara begitu teruja.

‘You know what? Tadi ada customer datang, sembang-sembang dengan Abang. Dia ni Makcik tua, serebeh-serebeh orangnya. Jalan pun dok seret-seret kaki. Abang ajak dia duduk, sambil tu Abang baiki gelang dia. Dia cerita pasal anak-anak dia, bla bla bla….Pastu, dia bagi Abang cincin kayu kokka. Cantik cincin ni. Abang takut gak kot-kot dia suruh Abang beli, tapi dia kata dia bagi. So, nak elakkan dari terhutang, Abang bagi satu cincin kat dia….Pas tu dia jalan je.”

Saya cuak mendengar cerita suami saya. “Biar betul Bang…orang betul ke? Baru pukul 9 ni. Dari mana dia datang?” Tanya saya.

“Dia kata dia dari Perak. Macam orang susah je. Tudung senget menget, mulut pun macam banyak putih-putih…Tapi, dah dia bagi, Abang ambik je la cincin ni. Cantik.”

Bila dah suami saya kata begitu, saya hanya diamkan diri saya. Malam itu, suami saya balik dan memberitahu yang Makcik tadi datang balik ke kedainya mencari serkupnya yang tertinggal. Dia memang tak dapat cam Makcik ni kerana parasnya yang telah berubah. Pakaiannya bersih, tidak lagi jalan terseret-seret dan cantik. Bila suami saya tunjukkan cincin yang diberi pagi tadinya, dia hanya mengerutkan dahi, seolah-olah dia tidak dapat mengingat langsung kejadian yang telah berlaku di sebelah pagi tadi.

Sejak kehadiran Ustaz Alwi dan Makcik special tu, jualan suami saya di kedai bertambah baik. Suami saya semakin yakin yang selama ini dia memang diuji dengan gangguan jin. Suami saya semakin rajin ke surau dan setiap ada waktu terluang, dia akan menghabiskan bacaan ayat-ayat Quran. Namun, keadaan kesihatan suami saya agak tidak baik. Dia sering sakit tengkuk, mengantuk yang melampau setiap kali masuknya waktu solat dan sendi-sendinya sentiasa dalam keadaan sakit. Cuti sekolah bulan Mei, kami sekeluarga bercuti ke Kuantan. Sedang asyik memandu, suami saya memberhentikan kereta dan menyuruh saya memandu. Dia terlena sebaik sahaja kami bertukar tempat….Nyenyak sungguh tidurnya. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 4 petang…Oh! Waktu Asar akan tiba sekejap lagi….

Dua malam di Kuantan amat menyeksakan buat saya kerana anak kecil saya, Abo, asyik menjerit-jerit dan menangis. Sebelum ke Kuantan, Abo memang menangis dan menjerit setiap malam sambil matanya tertutup. Abo langsung tidak mahu tidur di sebelah suami saya, yang mana akhirnya, saya terpaksa meribanya sambil duduk di atas lantai sepanjang malam.

Sekembalinya kami dari Kuantan, suami saya mendapat tahu yang Apet, sepupunya, juga diserang sakit misteri. Suami saya mencari Apet dan Apet menceritakan apa yang dialaminya, yang hampir sama dengan apa yang suami saya alami. Malangnya, Ustaz yang mengubat Apet telah pulang ke Thailand. Kebetulannya, Ustaz tersebut datang menziarah adiknya yang berjiran dengan Apet. Kata Apet, dia teruk dikenakan oleh rakan sepejabatnya.

Satu malam, kedai suami saya dikunjungi pelanggan wanita jelita yang datang bersama emak dan suaminya. Selepas wanita tadi memilih barang-barang yang dikehendakinya, dia bertanya kepada suami saya tentang cincin yang suami saya pakai. Suami saya menceritakan apa yang dialaminya, siapa yang memberi cincin tersebut dan sebagainya.

Wanita tadi meminta izin suami saya untuk ‘scan’ suami saya. Rupanya beliau pandai mengubat orang. Beliau belajar dari ayahnya yang berketurunan Wali Songo dari Indonesia. Katanya lah…

Selepas sahaja wanita ini duduk di hadapan suami saya, tona suara dan pelat bahasanya bertukar menjadi seperti orang Indonesia. Kata beliau, suami saya dihantar dengan sihir dari Siam. Bukan hanya kepada suami saya, tetapi juga ke kedainya. Teruk dah situasinya. Alang-alang orang yang kena, dah lama tumbang. Sihir ini dihantar oleh sahabat suami saya sendiri. Agak rapat, kerana suami saya selalunya bersalam dengan orang ini. Biarpun teruk, suami saya bertuah kerana beliau punya ‘pendamping’. Alamak….takut dengarnya. Hanya ada 2 orang yang boleh mengubat suami saya, Ustaz Harun Din dan Ustaz Zul dari Muar…. Mana nak jumpa mereka ni? Wanita tersebut juga berkata bahawa cincin yang diberi oleh makcik tua itu ‘berisi’. Makcik tu hanya wakil seorang kiyai….Macam Misteri Nusantara pulak.

Seperti biasa, kami memang agak keberatan untuk percaya dengan perkara-perkara mistik ini. Tak masuk akal…

Pagi Isnin, 11 Jun 2007, Adli, sahabat karib suami saya menalipon dan memberitahu yang dia baru sembuh dari sakitnya yang panjang. Dia berubat dengan seorang Ustaz di Cheras. Adli baru pulang dari menunaikan umrah beberapa minggu sebelumnya. Bagi Adli, doanya dimakbulkan Tuhan bila dia dikenalkan dengan Ustaz tersebut sekembalinya dari umrah.

Lepas Maghrib hari itu juga, saya dan suami ke Kelana Jaya menjemput Adli dan Nomi untuk ke rumah Ustaz tersebut. Dalam perjalanan Nomi menceritakan apa yang telah dialaminya. Saya bantai ketawa kerana cerita-cerita Nomi macam tak lojik. Nomi marah betul dengan saya. Katanya, dia tau ada yang tak kena dengan suami saya kerana bulu romanya sentiasa berdiri sejak kami sampai ke rumahnya tadi!!!

Sesampainya kami di rumah Ustaz (biar saya rahsiakan namanya. Hubungi saya jika perlu), Alhamdulillah tidak ada orang lain. Ustaz bertanya kepada suami saya apa sakitnya. Suami saya bercerita sedikit….termasuk kisah Makcik yang memberinya cincin.

Ustaz membuka helaian Al-Quran yang terletak di sampingnya sambil membaca beberapa ayat. Dada saya berdebar kencang. Entah mengapa, tiba-tiba saya merasa takut yang melampau. Meremang-remang bulu tengkuk saya duduk di belakang suami saya.

Ustaz berdiam diri seketika sambil memejamkan mata. Suasana sekeliling begitu sunyi dan menyeramkan. Nomi dan Adli di sebelah saya mengangguk-angguk, seolah cuba menenangkan hati saya yang seperti dilanda badai.

Kamu ada amalan yang ditinggalkan ye? Sebab itu bolos. Kamu memang disihir, dah lama. Sejak awal tahun lepas?

Amalan apa Ustaz? Tanya suami saya.

Wah! Banyak amalan kamu? Tersenyum simpul Ustaz, begitu juga Adli dan Nomi.

Yelah, makan, minum…tu kan amalan?

“Zikir Munjat”, jawab ustaz.

Kami yang mendengar tercengang. Hanya kerana zikir itu tidak diamalkan, kita jadi bolos?

Kamu dihantar ‘sihir pelalau’. Yang menghantarnya sepasang suami isteri. Mereka tidak suka kamu senang. Mari kita scan, kata Ustaz.

Suami saya diminta berbaring. Fikirannya diminta dikosongkan dan matanya dipejam. Sambil itu, Ustaz memicit jari hantu tangan kiri suami saya. Suami saya menjadi marah. Dia mengherdik Ustaz. Macam-macam yang dikatakannya, namun dia tidak mahu memberitahu apa-apa. Ustaz agak terkilan dengan keadaan itu. Kaki dan tangan suami saya sejuk, namun dia betul-betul berada dalam kemarahan.

Ustaz kemudiannya memberikan beberapa bahan yang perlu dibawa balik ke rumahnya dalam masa tiga hari. Saya mencatatkan kesemuanya dan kami pulang dengan seribu satu persoalan. Ustaz juga berkata yang suami saya akan mimpikan seseorang malam itu.

Di dalam kereta, Adli cuba memecahkan suasana. Dia agak kecewa kerana suami saya seolah menurut kata jin yang bersarang di badannya yang tidak mahu diketahui siapa yang mengupahnya. Tanpa sesiapa menduga, suami saya menengking Adli. Dia berkata Ustaz tu pembohong, tidak mengikut sunnah, dan macam-macam lagi. Aiikk… kenapa mamat ni? Malunya saya…Kalau tak setuju dengan Ustaz ni, kenapa datang tadi? Kenapa bersusah payah mencari ubat jika tidak setuju dengan semua benda?

Saya mula takut. Saya dapat rasakan yang suami saya telah dikuasai. Ketakutan saya semakin menjadi-jadi. Kami singgah di kedai mamak dan selepas beberapa ketika, wajah suami saya agak kendur. Tidak lagi setegang awal tadi.

Credit : Sumber

Cerita Hantu – Mt Kiara

Cerita Hantu – Mt Kiara

Interesting story dari Hardy Jay.. Gambar asal dari Hardy Jay..

Cerita pasal ular memang saya ada pengalaman berbual hati ke hati kat KL Mt Kiara semasa berbasikal dalam hutan keseorangan.

Cerita berlaku sekitar 3 tahun yang lalu. Saya drive up selepas subuh sorangdiri from Singapore to Kuala Lumpur first x goin to Mt Kiara mountain bike trail. Sampai sana dalam tengahari but take me 2 hours sesat just to look for the entrance of the trail. 1st day tak ride sebab too tired driving almost 6 hours straight so decide to ride next day morning to book hotel and rest.

Bila next day morning selepas subuh, Saya set up bawa kereta to the trail terpusing-pusing lost my way almost 2 hours baru jumpa. Pada hal its only 3km away from my hotel.

Selepas rest sekejap set up terus ride. As usual first x ride banyak juga jatuh berkali-kali.. Tapi semangat nak ride just carry on. Selepas hampir satu jam naik ke puncak was almost tepi lereng mendadak oleh saya terdengar bunyi guruh seolah-olah macam satu batu boulder besar bergoleng-goleng coming towards me dari atas Bukit dengan pantas. Saya stop my bicycle and dismount. Hati jantung berdengup dengan cepat menunggu apa yang mendatang.

Saya turun berdiri sebelah kiri basikal @ dia mendatang dari atas kanan liring Bukit terus terberhenti abt 2 meter Dari saya. Dengan denyutan jantung yang just Dan menyirap darah ni saya angkat basikal supaya manjadi perisai saya antara benda tu. Benda tu terus bertukar menjadi se ekor ular tendung yang hitam besar naik setinggi hampir 2 meter bersiap sedia untuk patuk saya.. Dalam hati ada ayat di Al Quran yang saya pelajari untuk menundukkan binatang buas jadi saya bacakan lepas tu ia seolah-olah terpaku tak jadi memetok.

Dalam masa yang sama saya terasa suara dalam hati menyoal saya..” Kau siapa dan buat apa di sini?”

Saya menjawab”Kau siapa? Kenapa kau ganggu aku?”

Dia jawab..” Aku penunggu di sini.. Kau telah mencerobohi kawasan aku..”

Saya jawab pada dia.. “Ni Bukan Kawasan kau tapi Kawasan awam Dan aku di sini untuk beriadah tumpang lalu.”

Sambil jawab dalam hati saya Masih baca ayat itu perlahan-lahan saya sembur kearahnye. Dia melihat saya dengan mata yang Merah Susah nak membayangkan..

Dia berkata..” Aku tak suka manusia menganggu ketenteraman kami di sini.. Kalau kau nak Selamat pergi patah balek klau tak nanti kau Akan parah..”

Saya jawab.. “Kau Dan aku Kita sama-sama makhluk Allah berkungsi tempat hidup di dunia ini.. Walaupun bagaimana pun sekarang antara kau dengan aku.. Kita beriadah Secara Aman atau Kita bertarung sekarang.”

Saya sendiri pun tak tahu macam mana saya dapat berkata macam tu.. Seolah-olah confident bole menewaskan dia.. We see eye to eye, yang hairan saya tak gentar pun masa tu.. Lepas tu dia cakap.. Fikirkan apa yang aku cakap kan pada kau.. Lepas tu dia menaikan badan nye menunduk Dan terus lompat kekanan.. Mangelusur on e trail panjang nye Ada dalam 6 meter Dan Lebar badan ada dalam 5 inchi.. Dengan Cepat macam stealth beredar Dari situ menghala he Arah depan trail yang saya Akan lalui seolah-olah badannye tak menjejak tanah.. Susah nak menjelaskan..

Selepas tu saya rasa seolah-olah tersedar Dan berkata pada diri sendiri betul ke apa yang terjadi.. Macam sebuah khayalan mimpi. Belum decide to continue atau tak tapi badan ni terketar-ketar.. Jantung heart beat macam macam lari 100 meter sprint.. Oleh kerana dah kasi warning.. saya pun gostan balek another  1 hours ride sorang-sorang.. Bila sampai di Kereta saya nampak ambulance sampai Dan ramai orang di sana.. Sedang menunggu Kecoh. saya sempat Tanya pada one of the Malaysian riders apa yang berlaku.. Dia cakap Ada budak riding dekat trail saya tadi jatuh lereng bukit patah kaki.. Just 100 meters dari tempat saya jumpa that ular dan buat saya pun berfikir.. Adakah penunggu ular kasi warning kat saya supaya ini tidak berlaku kepada saya..

Sampai sekarang that insident Masih fresh in my mind..

Credit:Sumber

Kisah Hantu – Siapa Yang Aku Tegur Tadi?

cerpen.info (4)

Masa kejadian, aku nak hantar kak aku ke bus stop. Masa tu kak aku kena kerja shift pagi. Oleh kerana nak ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam, kak aku terpaksa keluar awal. Bas kilang akan datang pada pukul 5 pagi. Masa tu kampung aku dikelilingi oleh pokok getah. So, jarak dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain memang agak jauh. Aku selalu teman kak aku kat bas stop tu sehingga bas kilang sampai. Bila kak aku dah naik bas, aku pun terus pulang ke rumah.

Ada sorang penduduk kampung aku yang sama shift dengan kak aku. Disebabkan dia tinggal tak jauh dari bas stop, dia cuma berjalan kaki untuk ke bas stop tu. Masa aku sampai kat jambatan (kat jambatan tu memang gelap dan di keliling jambatan tu ada rimbunan pokok buluh) aku nampak jiran aku yang kerja sama shift dengan kak aku sedang berjalan mundar mandir dalam gelap. Aku cuma nampak dia pakai tudung labuh dan jubah menutupi kaki. (Dia memang pakai jubah bila pergi kerja) Aku pun menegur kawan kak aku tu..

“Hai kak lambat hari ni”

Tapi dia cuma berdiam diri dan langsung tak toleh kat aku.. Aku naik hairan.. Tapi aku tak kisah ler. Aku tak rasa apa-apa pun masa tu. Cuma rasa sejuk jer suasana di pagi tu dan angin sepoi-sepoi bahasa meniup daun-daun pokok di sekeliling jalan tu. Tiba-tiba baru aku teringat bas kilang baru saja pergi dan aku nak bagitau kawan kak aku yang dia dah ketinggalan bas. Aku pun berpatah balik. Aku dah tak nampak pun kawan kak aku tu. Padahal aku baru saja menegur dia. Aku mula rasa semacam. Aku terus jer pecut motor laju-laju dan terus pulang ker rumah.

Lepas solat subuh, aku rasa tak sedap badan. Rasa macam nak demam. Mungkin aku terkejut sangat dengan kejadian dekat jambatan tadi. Aku telan 2 biji panadol dan lepas tu aku terlelap. Aku terjaga dari tidur bila aku terdengar riuh rendah dekat halaman rumah. Aku terus bangun perlahan-lahan dari katil dan aku dengar mak aku sedang bercakap dengan seorang perampuan. Aku seperti kenal suara perempuan tu. Perempuan tu nak minta kat mak aku daun semambu. Katanya anak dia demam campak dan hari ini dia pun tak pergi kerja sebab anak sakit.

Aku rasa tak sedap hati dan aku nak pastikan sipakah yang sedang bercakap dengan mak aku. Aku terus keluar dari bilik dan meluru ke pintu untuk melihat orang itu. Memang sangkaan aku tepat sekali. Apa yang aku lihat dekat jambatan tadi, bukanlah kawan kak aku sebab kawan kak aku sekarang berada di depan mata aku. Dia tak pergi kerja kerana anak sakit.

Credit : Dunia Seram