Kisah Misteri – Ditindih lembaga hitam

Ditindih lembaga hitam
KETIKA itu dinihari, Ishak yang sedang tidur lena tiba-tiba didatangi satu lembaga hitam yang dipenuhi bulu. Sepantas ia datang, sepantas itu juga ia menerkam dan menindihnya.

Ishak, yang berusia awal 20-an, tidak mampu berbuat apa-apa. Dia cuba membuka mata dan bangun, tetapi gagal. Seluruh tubuhnya bagaikan ditindih satu beban yang amat berat. Kelopak matanya tidak berupaya dibuka walau sedikit pun. Nafasnya sesak. Dadanya seperti dihempap sebongkah batu.

Ishak tidak dapat bersuara, jeritannya tersekat di kerongkong. Hanya perasaan saja yang meronta sedangkan setiap inci tubuhnya tetap kejang dan kaku.

Hanya selepas menyeru nama Tuhan dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hati, barulah Ishak dapat menggerakkan jarinya. Dan sejurus jari itu digerakkan, beban yang menindih tubuhnya juga serta-merta hilang.

Ishak segera bangun, tubuhnya berpeluh. Pemuda itu melihat sekeliling, hanya dia seorang di atas katil. Lembaga itu ghaib entah ke mana. Ishak adalah kenalan lama saya dan kini berusia awal 50-an. Menurut Ishak, dia telah banyak kali ditindih lembaga hitam. Paling kerap ketika usianya 20-an. Mimpi? Tidak. Kata Ishak, ia terjadi antara jaga dan lena.

Benar, ia bermula di dalam mimpi, namun apabila terjaga, Ishak dapat merasakan dengan jelas tubuh lembaga hitam itu menindih badannya. Malah dia dapat merasakan helaian-helaian bulu yang memenuhi tubuh lembaga itu. Setiap kejadian berlangsung sekitar 10 hingga 15 saat.

Seorang lagi kenalan, Humaizah Ahmad, juga pernah beberapa kali ditindih lembaga hitam ketika tidur. Bagaimanapun, pengalaman guru berusia 45 tahun itu sedikit berbeza kerana sewaktu ditindih, dia turut mendengar lembaga itu berbisik di telinganya. Namun dia tidak dapat memahaminya.

Ditindih lembaga hitam ketika tidur adalah kejadian misteri yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimanapun, anda jangan terkejut kerana ia turut terjadi dalam kalangan masyarakat lain.

Di Fiji, mereka percaya ia dilakukan oleh kana tevoro, iaitu roh seseorang yang baru saja meninggal dunia. Tevoro muncul kerana ada perkara penting hendak diberitahu kepada orang yang ditindih, juga masyarakat yang ditinggalkannya.

Apabila melihat kejadian itu, orang yang berada berdekatan dengan mangsa akan menjerit, ‘Kania! Kania!’ (Makan! Makan!) untuk memanjangkan lagi tempoh kerasukan. Tujuannya supaya mereka dapat berhubung dengan roh dan bertanya mengapa ia kembali ke dunia.

Misteri hantu tindih turut berlaku dalam masyarakat Thailand (Phi Am), Mexico (Se me subio el muerto), Jepun (Kanashibari), Korea (Gawi nulim), Mongolia (Khar darakh), Vietnam (Made), Filipina (Bangungut) dan sebagainya.

Di Newfoundland, South Carolina dan Georgia pula, masyarakat di sana mengatakan gangguan itu disebabkan oleh syaitan bernama Hag. Manakala di New Guinea mereka percaya ia dilakukan oleh Suk ninmyo, iaitu pokok yang dianggap suci dan hidup dengan memakan semangat manusia.

Mengikut kepercayaan masyarakat ini, pokok tersebut mencari mangsanya pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Malangnya, ada mangsa yang terjaga ketika semangat mereka dimakan, menyebabkan badannya tidak dapat digerakkan.

Dalam kajian sains dan paranormal Barat, kejadian misteri ini dinamakan kelumpuhan tidur (sleep paralysis). Apa itu sleep paralysis?

Halusinasi

Ia merujuk pada ketidakmampuan kita untuk bergerak ketika sedang tidur ataupun ketika bangun tidur. Bukan sekadar tidak mampu menggerakkan badan, malah kita juga tidak mampu bersuara dan mengalami halusinasi seram serta mimpi yang menakutkan.

Untuk pengetahuan anda, tidur mempunyai banyak tahap. Kelumpuhan tidur terjadi dalam keadaan separuh tidur, sedang tidur nyenyak, ataupun terjaga.

Fasa tidur Rapid Eye Movement (mata berkedip dengan pantas) adalah tahap tidur yang paling lena. Ketika ini jantung berdegup perlahan, otot dalam keadaan yang sangat lemah manakala otak melakukan hal-hal yang ‘mengarut’ serta di luar kawalan.

Pada tahap inilah mimpi terjadi dan kita dapat ‘merasainya’ dengan jelas sekali. Kita mahu menjerit dan melepaskan diri daripada jelmaan-jelmaan menakutkan, namun setiap sendi dan anggota tubuh tidak mampu digerakkan.

Ini terjadi kerana otak kita sebenarnya masih dalam keadaan tidur tapi tubuh ingin bangun. Ketiadaan hubungan (disconnection) antara otak dan tubuh inilah yang menyebabkan tubuh kita terasa lumpuh.

Sebuah kisah misteri: Lewat malam sekitar tahun 1997, Ishak Ahmad yang bekerja sebagai penjaga Rumah Api di Port Dickson, Negeri Sembilan, merebahkan badan di atas katil bujangnya, di tingkat atas rumah api tersebut.

Sedang lena dibuai mimpi, Ishak tiba-tiba terjaga. Dia terasa seperti ada seseorang meletakkan tangan di atas dadanya. Tangan siapa pula yang mendakap dadanya itu? Seingat Ishak, tadi dia tidur seorang diri.

Ishak cuba membuka mata, namun kelopak matanya tidak mampu diangkat. Mujurlah tangannya boleh digerakkan. Lantas jari-jemari Ishak meraba-raba tangan yang sedang memeluknya itu. Halus. Lembut. Jarinya runcing.

Tangannya terus merayap. Kali ini Ishak dapat merasakan muka seseorang yang baring di sisinya. Kulitnya halus, hidung mancung dan bibirnya mongel. Ishak juga dapat merasa helaian-helaian rambut yang panjang mengurai.

Sah, perempuan! Dada Ishak berdebar. Takut ada, seram pun ada. Ingin benar Ishak melihat wajah perempuan yang begitu ghairah memeluknya pada waktu malam begitu. Tetapi dia bimbang pula ‘akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.’

Ishak terus meraba. Tangannya menjalar ke bawah lagi, ke dagu, leher, bahu dan dada. Dia mula berasa seronok. Tangannya merayap ke bawah lagi. Ke pinggang, kemudian punggung dan… tetapi belum sempat Ishak mencuit ‘kawasan larangan’ itu, perempuan berkenaan mengeratkan pelukannya. Terasa ada dua bonjolan segar dan lembut melekap ke badannya.

Apabila dipeluk erat sebegitu, tidak ada ruang lagi untuk jari-jemari Ishak merayap. Tangan Ishak terhenti di situ, tidak mampu meraba lagi. Dalam masa yang sama, Ishak juga semakin takut sebab dia yakin yang memeluknya itu bukan perempuan, tetapi…!

Ishak segera membaca ayat-ayat suci dan membiarkan saja tubuhnya dipeluk erat. Ishak tidak berani membuka mata kerana dia takut untuk melihat wajah sebenar makhluk berkenaan.

Entah pukul berapa dia terlelap, Ishak tidak tahu. Apabila membuka mata, dilihatnya hari sudah pun terang. Perempuan tersebut tiada lagi di sisinya.

Kejadian aneh itu berulang beberapa kali lagi, tetapi berakhir selepas Ishak mendirikan rumah tangga setahun kemudian. Suatu malam, Ishak bermimpi didatangi seorang gadis yang sangat cantik, persis sang puteri. Gadis itu berdiri di depan pintu rumah api sambil menundukkan mukanya.

Sampai hati abang, tak pernah nak tegur saya. Kalau jalan depan saya pun buat tak nampak saja,” kata si gadis lalu menghilangkan diri.

Sejak itu, Ishak tidak lagi ditindih atau dipeluk oleh gadis berkenaan.

Siapakah `gadis’ tersebut? Hantu tindih? Sleep paralysis? Bunian? Atau…?

Kongsi Konten di :

Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang, Singapura

cerpen.info (4)

Saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada para pembaca. Kalau tak silap saya, pengalaman ini berlaku pada tahun 2007 ketika saya menjalani latihan kerahan saya di hutan Lim Chu Kang.

Latihan kerahan saya masa itu bermulanya di hutan Marsiling dan berakhirnya di hutan Lim Chu Kang. Sebelum latihan bermula, saya dan rakan-rakan askar yang lain diberitahu oleh pegawai Leftenan saya, bahawa latihan kami akan bermula pada waktu sepuluh setengah malam. Saya masih ingat lagi, hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat. Seperti biasa, sebelum latihan bermula, kami semua mengambil kesempatan untuk berehat. Ada yang tidur, ada yang bersihkan senjata dan ada juga yang masih berbual-bual di telefon bimbit. Ketika itu masih senja, waktu Maghrib pun nak dekat, jadi kami ada lagi tiga jam untuk berehat. Masa saya berehat, sarjan saya seorang berbangsa Cina menghampiri saya dan beritahu saya bahawa malam ini saya akan berada di hadapan “company” saya untuk mengiringi “company” yang lain untuk latihan malam nanti sebab penglihatan Sarjan saya tidak begitu jelas pada waktu malam.

Dipendekkan cerita, semasa kami bertolak dari hutan Marsiling, hujan pun mula turun dengan renyai-renyai. Kami sudah pun berjalan sejauh 15 kilometer dari tempat rehat tadi dan masih lagi berjalan ke tempat destinasi kami di hutan Lim Chu Kang. Waktu pun sudah menandakan pukul dua setengah pagi. Walaupun keadaan saya bermandikan peluh dan terasa letih, saya masih lagi berada di hadapan “company” saya. Saya masih ingat lagi, malam itu bulan mengambang dan anjing-anjing berdekatan di hutan Lim Chu Kang asyik menyalak saja dari tadi.

Semasa saya berjalan di hadapan, tiba-tiba saya ternampak bayangan hitam menyerupai manusia berjalan perlahan-lahan ke arah lain. Jarak bayangan hitam itu adalah kira-kira dalam 50 meter dari mana saya berada. Saya pun cepat-cepat menunjukkan isyarat tangan saya kepada rakan-rakan askar yang lain menandakan kemungkinannya musuh di hadapan. Kami terus tunduk dan berhenti berjalan. Mata saya masih memandang ke arah bayangan hitam itu. Untuk pengetahuan semua, saiz bayangan hitam itu kelihatan besar dan agak tinggi berbandingkan saiz askar-askar di Singapura ini. Bayangan hitam yang besar dan tinggi itu kelihatan berjalan perlahan-lahan di tengah-tengah persekitaran yang dipenuhi dengan rumput-rumput tinggi dan dedaunan.

Sarjan saya terus menghampiri saya dan bertanya apa yang berlaku. Saya beritahu dia apa yang saya nampak dan dia terus mengeluarkan alat “Night Vision Binoculars” dari begnya. Untuk pengetahuan pendengar, “Night Vision Binoculars” adalah “Teropong yang digunakan untuk waktu malam” dan sesuai digunakan di waktu malam ataupun semasa keadaan gelap. Bila Sarjan saya menggunakan teropong itu, dia mengatakan pada saya yang bayangan hitam itu jelas kelihatan! Saya diam sahaja. Lalu, pegawai Leftenan saya pun menghampiri saya dan menanyakan apa yang berlaku. Leftenan saya pun menggunakan teropong yang sama, dan dia juga dapat melihat bayangan hitam itu dengan jelas juga!

Leftenan saya terus mengarahkan saya untuk terus berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bayangan hitam itu dengan diikuti rakan-rekan askar saya yang lain. Saya pun berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bayangan hitam itu. Kalau mengikut secara logika, sekiranya kalau kita berjalan dan memijak rumput ataupun daun-daun, rumput dan daun-daun itu akan menunjukkan tanda yang ia dipijak. Akan tetapi, apabila saya menuju dan mengikut jejak bayangan hitam itu, rumput-rumput ataupun daun-daun di situ masih kelihatan segar dan tidak kelihatan dipijak langsung! Saya berdiam diri sahaja!

Pada masa yang sama, bayangan hitam itu hilang dari pandangan. Saya terus berhenti dan melihat persekitaran di sekeliling saya. Saya lihat di persekitaran saya penuh dengan belukar, rumput-rumput tinggi dan dahan-dahan berduri. Saya mendapati bahawa tiada sembarang manusia pun yang boleh menembusi belukar dan dahan-dahan yang penuh duri di persekitaran saya ini. Saya menoleh ke arah pegawai Leftenan saya! Tanpa membuang masa lagi, beliau menyuruh kami beredar dari tempat itu dan teruskan perjalanan ke destinasi kami.

Itulah pengalaman saya, yang saya lalui ketika latihan kerahan pada tahun 2007, terima kasih.

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Kak Lang

Kak Lang

Kak Lang hampir diculik

Dalam sekitar tahun 1980-1996, Mak dengan abah membela lembu bagi menampung ekonomi keluarga. Anak ramai, 7 orang semuanya. Dah la ramai yang bersekolah lagi. Setiap kali nak start musim sekolah tahun baru je, mesti mak dan abah jual seekor lembu bagi membiayaiyuran sekolah, beli barang-barang sekolah. Pada mulanya, lembu yang dibela hanya kurang dari sepuluh ekor, Alhamdulillah, semakin meningkat tahun semakin bertambah bilangan lembu-lembu peliharaan orang tuaku. Paling banyak mak cakap adalah sampai mencecah 50 ekor.

Pada sebelah pagi, kakak-kakak dan abang-abang ku semua pergi sekolah… Mak dan abah pula pergi menoreh getah. Bila tengah hari, budak-budak balik sekolah, mak aku akan membawa anak-anak nya pergi menjaga lembu. Tapi, mak aku dia tak bawak semua anak-anak dia. Along aku kuat ngelat, dia malas jaga lembu. Dia selalu bagi alasan nak masak kat rumah dan menjaga adik-adik yang kecil lagi. So, yang selalu jadi mangsa jaga lembu time tu adalah kak lang dan abang ngah aku. kak tih, abang meon, kak cik dan aku masih kecil lagi masa tu. so, kitorang duk umah main konda kondi je lah.

Lokasi kandang lembu kitorang tu terletak di dalam kebun getah milik mak aku. Kebun getah tu pulak bersambung dengan kebun getah jiran-jiran aku. Boleh diklafikasikan sebagai ladang getah jugak la. Bila selepas waktu Zuhur, mak akan bawa abang ngah dan kak lang aku yang masih besekolah menengah tu pergi ke kandang lembu. Pintu pagar dibuka, maka lembu-lembu mak aku pun dengan riangnya keluarlah selepas seharian dikurung. Mak aku akan membawa lembu-lembu ni pergi meragut rumput lalang yang segar bugar di kawasan yang tak berapa jauh dari kebun getah kitorang tu. kiranya masuk kawasan kebun getah orang lain la ni.

Lembu-lembu tu dibiarkan makan kat situ. Mak, abang ngah dan kak lang duduk kat satu port yang redup untuk membuat kerja sekolah sambil memerhatikan lembu-lembu tu makan. Bila dah lewat Asar, mak aku mengajak abang ngah n kak lang balik. Maka, lembu-lembu tu pun menuruti arahan mereka bertiga. Semua lembu dah masuk dalam kandang. Mak aku dah kira siap-siap, semua cukup.

Tiba-tiba abang ngah jerit kat mak, cakap yang kak lang dah hilang. Mak aku ni dah rasa lain macam dah. Dia tau ada satu tempat dalam hutan tu macam keras sikit. So, tampa bazir masa mak aku suruh abang aku setelkan lembu yang dalam kandang tu dulu. Mak aku gi kat lokasi yang keras tu. Sah! Kak Lang tengah berjalan nak masuk dalam “kawasan” itu. Nasib baik mak aku sempat panggil dan tarik kakak aku sebelum masuk dalam belukar tu. “Orang nak cari Dara, tadi nampak dia masuk dalam hutan ni” Ujar kakak aku sambil ditarik mak aku menuju ke kandang lembu kitorang. Untuk pengetahuan semua, Dara tu adalah nama untuk satu lembu betina kitorang. Mak yakin yang Dara dah masuk dalam kandang dah tadi. Abis, lembu ke apa ke yang kak lang aku nampak tadi tu? Nak kata babi hutan, menurut kak lang, dia memang nampak jelas Dara masuk dalam hutan tu.

Menurut mak, mungkin makhluk halus yang mendiami belukar tu berminat nak menculik akak aku. Dan dengan itu, dia menjelmakan lembu supaya kakak aku terpedaya. Nasib baik tak ada apa-apa yang terjadi. Syukur Alhamdulillah

Sumber : Dunia Seram

Di Jemput oleh Pontianak

Di Jemput oleh Pontianak

Asli ini saya serem cerita dalam mimpi.. 1 tahun yang lalu, sepupu perempuan saya Mirna meninggal dunia kerana kemalangan. Sepupu saya dan saya adalah sangat rapat. Sepupu saya meninggal dunia mengerikan (terkena tayar lori terlindas sebuah trak dikepala).

Beberapa hari selepas sepupu saya meninggal, saya bermimpi pelik tentang dia.. Dalam mimpi yang saya sedang ditarik oleh sepupu saya menuju ke dalam bangunan-bangunan yang pelbagai peringkat.. Peperiksaan masih belum sebagai sepupu saya tetapi seperti syaitan pontianak. Memakai pakaian panjang putih yang dipakai. Dia punya bau busuk, dan panjang rambutnya meliputi mukanya. Dia membawa saya ke puncak sebuah bangunan bertingkat, setelah berada di atas bangunan dia memaksa saya dengan mendorong dorong supaya saya jatuh ke bawah. Saya menolak dan cuba untuk mengelakkan beliau.

Saya bertanya kepadanya “Mengapa tidak anda mahu pushed saya turun? Apakah salah saya? “. Tiba-tiba mukanya mengimbas kembali pada saya. Muka putih pucat Mirna bener-bener seperti mayat.

Mirna berkata “Saya kesepian, Jadilah saya semata-mata. Jika anda sama saya sayang? Marilah bersama-sama untuk menemani saya “. Siap katanya, sekali lagi dia cuba untuk menolak saya untuk jatuh ke bawah bangunan. Aku memintanya untuk berhenti menjerit saya ditolak. Aku menangis dengan kuat. Apabila dia menjumpai keluar saya menangis, dia berhenti menolak saya.

Saya bercakap dengan dia lagi, “Mirna, telah saya lakukan di dunia tidak lebih lagi, sila jangan mengundang saya untuk menyertai anda hari ini, saya masih belum membuat ibu bapa saya gembira, saya sweetheart sama anda mirna, kemudian jika tiba masanya Allah memanggil saya, saya pasti mengikuti anda.. Sekarang biarlah saya hidup di dunia, saya akan sering berdoa untuk anda jadi tidak untuk kesepian di luar sana “. selesai saya bercakap, tangan yang lemah keluaran Mirna, Mirna tersenyum dalam saya. Mirna, tersenyum dan hilang seperti senyuman beliau sepanjang tempoh dia hidup di dunia.

Saya terjaga dari tidur saya, memerlukan masa berjam-jam sehingga saya boleh menghapuskan kesan ketakutan dari mimpi ngeri. Siangnya saya memberitahu mimipi buruk saya pada ibu.. Ibu berkata yang tampak dalam mimpi saya bukanlah seorang Mirna (sepupu saya yang meninggal dunia) tetapi Jin yang kepunyaan impian saya. Ibu saya berterima kasih kerana saya boleh menolak jemputan, ibu saya amat takut jika saya ingin mengikuti jin, kemudian roh dibawa pergi untuk alam jin.

Kisah Misteri – Kondomanium

cerpen.info (9)

Kisah Misteri Kondomanium Kelana Jaya

Pada minggu lepas ilah tido kat umah kawan ilah kat kelana jaya, sebab ada hal sikit.. Dia sewa kat condo di kelana jaya dekat ngan giant lama.. Kawan ilah sewa bilik yang berhampiran ngan dapur, dan tingkapnya (sliding window) kalau bukak leh nampak dapur ngan tempat sidai baju dan dekat ngan tempat sidai baju tu ader ruang kecil tenpat buang sampah, Tapi ader pintu berkunci dari dalam, dimana kalau nak buang sampai, just letak kat situ.. Dan esok pagi pihak maintenance akan ambil melalui pintu sampah diluar umah.

Pada malam tu.. Kami berbual sampai lewat malam siap tutup lampu bilik, dan hanya bukak lampu tidur jer.. Masa tengah berbual tu, kami dengar macam ada orang buka pintu sampah.. Time nie kami ok lagi sebab kami fikir mungkin tu kawan serumah kawan ilah kat bilik depan.. Selepas tu.. Kami dengar bunyi orang meyelongkar kat dapur, macam cari sesuatu.. ilah nagan kawan ilah dah pandang sesama sendiri bunyi tersebut makin lama makin kuat siap berlaga-laga pinggan mangkuk “Eh..! lain macam jer bunyi kat dapur..” ujar ilah kat kawan ilah.. Yang kawan ilah lak muka dia dah lain macam

Ilah pun bangun nak gi kat tingkap sebab nak tengok sapa kat dapor.. Tetiba kawan ilah tarik tangan ilah sambil wat signal tangan kat bibir dia sruh ilah senyap.. Pas tu dia bisik kat ilah, “Ilah jangan tengoklah ntah apa tah kat dapor tu kita dok diam jerk kat sini” pujuk kawan ilah sambil peluk tangan ilah.. Yang ilah dah rasa lain macam jer.. Biler tengok muka kawan ilah terketar.. Pas tu dia bisik kat ilah.. “Sebenarnya aku selalu gak dengar bunyi orang kat dapor time-time macam nie.. Sebab tu tingkap tu .. Aku tak pernah bukak” jelas kawan ilah.. Tetiba bunyik kat dapor berhenti, dan kami dengar bunyik gelang kaki perempuan dari arah dapur terus ke ruang tamu.. Kebetulan masa nie pintu bilik kami tak tertutup rapat.. Hanya terkuak sedikit sahaja..! Bunyi gelang kaki semakin lama semakin menghampiri pintu bilik kami.. Kawan ilah dah pucat.. ilah lak dah naik bulu roma kat belakang tengkuk.. Aduih!.. Tak leh jadi nih.. Tanpa buang mase cepat-cepat ilah tutup pintu bilik tu dan kunci.

Bunyik gelang kaki tu tetiba terhenti serentak bila ilah menekan punat tombol pintu, dan time nie ilah bersandar kat pintu tu.. Bila bunyi gelang tu berhenti.. Cepat-cepat ilah tonggeng sebab, nak tengok kalau-kalau leh nampak kaki ker apa.. Tengah dok tonggeng tu tetiba tombol pintu bergoncang.. Macam orang nak masuk.. Terkejut kawan ilah dah menjerit halus.. Siap tutup mulut lagi dan start menangis.. “Ya-Allah” menyesal gak ilah sebab tido kat sini, Cepat-cepat ilah gi kat dia, dan suruh dia bacer apa yang patut.. ilah tengok dia tul-tul gabra.. Last-last ilah suruh dia ikut baca ayatul kursi ngan ilah.. Time nie ilah peluk dia dan baca ayatul kursi sama-sama ngan dia.. Sambil ilah picit kedua belah dibahagian bawah ibu jari dia Kali yang ketiga kami habis baca ayatul kursi.. Alhamdullilah.. Tombol pintu bilik kami tak bergegar lagi.

Kemudian tanpa disangka.. Bunyi gelang kaki tu berbunyi kembali.. Tapi dari ruang tamu menuju ke arah dapor.. Aduih.. Janganlah tetiba dia melekap kat tingkap nie lak.. Kawan ilah dah pejam mata sambil peluk ilah, cepat-cepat ilah bacer pendinding.. ilah bacer berulang-ulang kali.. Sebanyak 33 kali dan tekan ibu jari kaki ilah kelantai.. Manakala ibu jari jari ilah masukkan kedalam gengaman.. Time nie ilah tul tawakal.

Tetiba kami berdua dengar bunyi pintu besi kat tempat ruang sampah dihempas dengan kuat, dan bunyi hembusan angina.. Hmmm macam nie bunyiknay ok.. Kalau korang dok dalam bangunan dan time nie ader ujan ributt kat luar.. Pas tu ader angin melanggar dinding bangunan.. Dia ader kelurkan bunyikkan aaaaa macamnielah.. Cuma lagi sayuuuuuuuu lagi.

Bila pagi.. Kami berdua gi dapor, dan tengok pintu besi sampah tu ada kopak ker aper.. Sebab bunyi hentaman yang kami dengar malam tadi kuat tul.. Hmmmm.. Terkejut kami berdua.. Sebab pintu besi tu dalam keadaan elok dan siap berkunci lagi.. Pagi tu juga kawan ilah bercerita yang dia memang selalu dengar orang selongkar dapur tapi dia membungkam jer, dan ader kalanya kena tindih.. Tapi malam tadi kira gangguan paling klimaks lah Lepas tu.

Kami bertanya ngan housemate kawan ilah aaaa sorang budak Brunei.. Manakala lagi tiga orang sabah, dan kesemuannya budak student UNITAR.. Biler kitaorang bukak citer, barulah dorang bukak citer.. Housemate kawan ilah cerita yang dorang selalu dengar orang masuk bilik air tengah-tengah malam.. Pastu bunyi air pancut langgar dinding bilik air cam ader orang mandi, lama lak tu dan salah sorang daripada mereka nak guna bilik air sebab nak buang kecil.. Siap tunggu dalam bilik.. Last-last tak tahan tunggu keluarlah dari bilik.. Sebab nak sound orang kat dalam bilik air suruh keluar.. Biler kuar tengok bilik air tu gelapppp jer dan terus dia masuk bilik tak jadi buang air kecil… Dorang juga citer.. Adakalanya ader orang ketuk pintu bilik dorang tengah malam sebanyak tiga kali jerila bukak pintu takder orang tapi macam ader angina lalu, pastu siaplah memang kena tindih bila nak tido.

Ilah lak bila dengar takdernya, ilah nak tido kat umah tu lagi.. Siap sebelum keluar umah tu.. ilah dah bacer apa yang patut..pastu tepok pintu umah dorang (hu..hu..petua..dan doa abah kasi.. Biar bende kat umah tu tak ikut ilah)

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Diganggu Roh

Tentara Jepun

Tentera Jepun Diganggu Roh

Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.

Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati. Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.

Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap. Tapi suara itu tidak juga berhenti.

Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah. “Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?” getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap. Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka.

Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam. Zaliah mula merasa seram. Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.

Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dalam bahasa melayu mahupun inggeris, sebalinya bahasa jepun! Tidak menunggu lama, Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.

Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.

Hati Zaliah mula berdebar debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali ‘memakan’ mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya. Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu. Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.

Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.

Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya. Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran. Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.

Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur. Dia terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Zaliah bagaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.

Misteri Sumpahan Pelesit Turun Temurun

Pelesit - cerpen.info

Mungkin ada di antara kita pernah mendengar tentang pelesit. Pelesit merupakan makhluk halus yang dibela oleh seseorang tujuan untuk menganggu musuhnya. Biarpun pelesit ini tidak sepopular makhluk yang lain, ia tetap bahaya kerana dianggap saka yang mempunyai tuan. Kisah di bawah ini tentang seorang wanita yang dirasuk sehingga hampir-hampir dirinya bercerai dengan suaminya. Semoga menjadi iktibar buat kita semua.

Sehingga pukul 10 malam, Simah isteri Meon masih mengerang-ngerang sakit kepala. Pada mulanya saya menyangkakan dia pening kepala biasa saja, mungkin disebabkan hawa panas. Tetapi akhirnya Meon memberitahu Simah akan diserang sakit kepala setiap kali saya datang ke situ. Bagaimanapun sakit kepalanya itu akan beransur hilang bila saya meninggalkan rumahnya. Sebenarnya Simah memang selalu diserang sakit kepala, cuma sakitnya bertambah berat kalau saya datang menemui Meon. Setelah lima tahun berkahwin dengan Meon rumahtangga mereka tidak begitu tenteram. Simah sentiasa merasa tidak tenteram dengan sikap Meon.

Tetapi mengapa dia merasa tidak senang dengan Meon, dia sendiri tidak tahu. Mujurlah Meon dapat bersabar dengan perangai Simah. Kalaulah tidak bersabar memang sudah lama rumahtangga mereka runtuh. Meon dapat memikirkan tentulah ada masalah lain menyebabkan Simah berperangai benci saja melihat Meon. Bila hatinya senang Simah tetap menunjukkan kasih sayangnya terhadap Meon. Sebab itulah Meon dapat memahami bahawa Simah memang ada gangguan lain menyebabkan dia berperangai sentiasa benci saja melihat dia apabila tiba masa hatinya tidak tenang. Memang Meon berhajat untuk membawa isterinya menemui Ulung Bahar. Jadi, kedatangan saya ke rumah Meon pun, memang ada kaitannya dengan cadangan Meon untuk membawa Simah berubat kepada Ulung Bahar.

“Dah lama ke Simah sakit macam ni?” tanya saya bila Simah semakin kuat mengerang-ngerang sebaik saja saya masuk ke biliknya. “Sejak saya kahwin memang inilah sakit idapannya” ujar Meon lemah. “Sabar sungguh awak, Meon…” kata saya. Meon terdiam. Terkejut juga dia bila saya kata demikian. Pada anggapannya saya mengatakan sabar disebabkan dia boleh bertahan demikian lama dengan Simah. Saya dapat menangkap akan perasaan Meon bila saya memberitahu demikian tadi. Oleh itu cepat-cepat saya menyambung, “Maksudnya, kau tak bawa Simah berubat. Lama sangat kau bersabar membiarkan Simah macam ni…” jelas saya supaya Meon tidak terkeliru dengan kata-kata saya itu. “Inilah saya nak bawa jumpa Ulung Bahar nanti” keluh Meon memerhati isterinya mengerang-ngerang sakit kepala.

Simah isteri Meon ini berasal dari Air Tawar, Perak. Sejak berkahwin dengan Meon lima tahun dulu jarang mereka balik ke kampung Meon, di Temerloh. Lagi pun memang Meon tidak menyangka Simah mengidap penyakit demikian, sebab itulah dia tidak cepat-cepat membawa bertemu Ulung Bahar. Baru kebelakangan inilah Meon menyedari Simah sebenarnya sakit. Kadangkala bila sakit kepalanya menyerang dia akan memaki hamun Meon. Mula -mula dulu terkejut juga Meon sampai hampir-hampir dia menceraikan Simah. Apabila Simah pulih semula, dia sendiri tidak tahu apa yang telah dicakapkannya kepada Meon. Kebetulan saya berhajat mahu bertemu dengan Ulung Bahar, maka Meon bercadang membawa Simah berubat sekali dengan Ulung Bahar.

“Cubalah ustaz tengokkan dulu…” kata Meon semakin rusuh melihat isterinya mengerang-ngerang sakit kepala. “Sakit kepala lain ni Meon” jelas saya merasakan bulu roma saya meremang seram sejuk. “Kalau dia melawan tak terkawal dek kita. Cubalah kau telefon adik kau di Datuk Keramat suruh dia datang. Kalau ramai nanti panjang juga ikhtiar kita…” saya menyuruhnya menelefon adiknya Jamlus di Datuk Keramat. Saya tahu Meon mempunyai adik di Kuala Lumpur tinggal di Datuk Keramat. Sudah dua tiga kali kami bertemu di rumah Meon itu. Kalau ada saudara mara Meon tidak segan jugalah saya mahu mencuba mengetahui punca penyakitnya. Cepat-cepat Meon menelefon Jamlus adiknya. Di samping itu dia juga memanggil jirannya. Dalam keadaan demikian masing-masing kelam kabut juga melihat keadaan isteri Meon sambil menuduhnya mati pucuk kerana sudah lima tahun berkahwin masih belum mendapat anak.

Bagi Meon maki hamun demikian sudah perkara biasa kepadanya. Dia tidak tersinggung kalau Simah bercakap demikian. Tetapi bagi jiran-jiran yang baru datang menjengah terkejut juga dia mendengar kata-kata Simah itu. Tidak lama kemudian kira-kira jam 11.30 Jamlus datang bersama isterinya. Terkejut juga dia apabila Meon menelefon fasal Simah sakit. Tentulah sakit Simah berat menyebabkan abangnya menelefon dia suruh datang segera. “Kita bawa hospital aje…” kata Jamlus sebaik saja melihat kakak iparnya mengerang-ngerang kesakitan. “Boleh jadi migraine. Elok cepat kita bawa ke hospital” gesanya tidak sabar lagi melihat Simah menggelepar di atas katil. “Sabar dulu…” sahut Meon menahan kerusuhan hatinya. Jiran-jiran yang lain juga mendesak supaya Simah dibawa ke hospital memandangkan keadaannya menggelepar seperti ayam kena sembelih. Saya masih berfikir apakah cara yang harus dilakukan dengan keadaan yang demikian. Keadaan demikian begini bukanlah baru kali pertama saya tempuhi, sebab itu saya tidak tergopoh-gopoh sangat melihat keadaan Simah itu.

“Kak Simah ni kena migraine agaknya. Jangan sabar-sabar lagi, bawa aje ke hospital” desak Jamlus lagi. Tetapi Meon yakin Simah bukan dihinggapi sakit migraine. Kalaulah Simah kena sakit migraine masakan dia akan memaki hamunnya. Menuduh dirinya yang bukan-bukan. Sehingga Simah tergamak mengatakan dia mati pucuk kerana tidak mendapat seorang anak pun setelah lima tahun berkahwin. Mujurlah dia dapat menahan sabar apabila dituduh demikian. Memang dia sedar Simah sakit, tetapi tidak dapat mempastikan sakit sebenarnya. Setelah ada ura-ura saya mahu menemui Ulung Bahar, barulah dia bercadang mahu mencuba membawa Simah berubat pada Ulung Bahar.

“Ada dukun di sini yang boleh kita cuba?” saya bertanya pada Meon. Meon menggeleng kepala tidak tahu. Memang dia tidak tahu siapakah dukun di kawasan perumahan itu. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas harian, kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tidak kenal. Inikan pula mahu tahu mengenai siapa menjadi dukun di situ. “Kita cari di Sungai Pusu…” seorang jiran memberitahu. “Boleh juga kita panggil dukun tu” kata saya berpaling pada jiran yang memberitahu itu. “Saya tak tau rumahnya” sahut dia serba salah. “Tetapi saya dengar dia duduk di Sungai Pusu. Kalau kena penyakit macam ni, selalunya orang panggil dia” jelas jiran itu lagi. “Kalau tak tau rumah macam mana nak cari malam-malam ni…” keluh Jamlus pula. Kata-kata Jamlus itu benar juga. Sekiranya hari siang boleh juga bertanya pada siapa-siapa yang melintas di situ. Tetapi bila hari malam masakan mahu mengetuk rumah orang mencari dukun tersebut.

“Ah, Sungai Pusu tu bukannya besar sangat” seorang lagi jiran mencelah. “Mari kita ke sana, kita carilah sampai dapat…” ujarnya mengajak Jamlus mencari dukun berkenaan di Sungai Pusu. Setelah Jamlus dan jiran itu pergi, keadaan Simah masih juga tidak berubah. Dia menggelepar ke kiri ke kanan sambil mengerang sakit kepala. Jiran-jiran yang datang menziarah tadi tidak keruan dengan keadaan tersebut. “Sebelum dukun tu sampai, ustazlah cuba-cuba dulu…” Meon menepuk bahu saya. Saya tahu Meon memang ikhlas meminta saya mendoakan supaya isterinya sembuh. Dalam masa setahun dia mengenali saya, memang dia sudah mengagak mestilah ada sebab mengapa saya berhajat sangat mahu menemui Ulung Bahar. Selalu juga dia bila terasa sakit gigi mengusik-ngusik suruh saya ubatkan. Tetapi tidak pernah saya penuhi permintaannya. Kalau dia mendesak juga saya suruh dia ke klinik gigi.

Bagaimanapun Meon tidak pernah berkecil hati kalau saya bersikap demikian. Pernah juga dia meminta saya doakan  supaya tidak basah terkena hujan, saya beritahu dia doa supaya tidak basah terkena hujan pakailah payung. Semua ini adalah usik mengusik saja. Dia hanya mahu berolok-olok dengan saya, seperti juga dia pernah berolok-olok dengan Ulung Bahar. Tetapi kali ini saya sedar Meon bukanlah berolok-olok. Dia meminta dengan ikhlas. Saya menjadi serba salah dengan permintaan Meon, di samping keadaan Simah yang semakin membimbangkan. Dalam ingatan saya sudah tergambar mungkin ada benda lain yang mengganggu menyebabkan Simah cepat diserang penyakitnya apabila saya berada di rumah itu.

Hingga pukul 12.00 malam dukun dari Sungai Pusu yang dijemput oleh Jamlus masih belum datang. Jamlus juga tidak nampak muka hidung. Memandangkan keadaan Simah menggelepar-gelepar menahan sakit di kepalanya, saya pun meminta izin dari Meon untuk memegang kepala Simah. Kira-kira dua minit saya memegang kepalanya, tiba-tiba Simah bingkas bangun lalu meludah saya. “Kau yang tukang kacau, laknat!” bentak Simah macam mahu menerkam ke arah saya. “Buat apa kau datang selalu ke sini, kau nak nikah dengan aku ke?” dia ketawa mengilai. “Kau harus sabar Meon…” bisik saya perlahan. “Yang bercakap ni bukan Simah lagi, yang lain bercakap ni” kata saya menerangkan pada Meon. “Saya tahu ustaz” jelas Meon merapati saya. “Buatlah macam mana pun, memang saya tahu, fasal saya selalu ikut Ulung Bahar” ujarnya. Simah terus berdiri dengan tangannya mahu mencengkam leher saya. Cepat-cepat Meon memegang pinggangnya membawa rebah semula ke katil.

“Meon, kau jangan jadi bodoh!” Simah meronta-ronta mahu melepaskan diri dari Meon. “Inilah jantannya yang menggoda aku. Dia nak nikah dengan aku, tapi aku tak mau. Aku sayangkan kau Meon” dia merintih-rintih bagaikan merayu. “Siapa hendakkan kau, aku pun tak mau” bentak Meon. “Kau tak mahu pada aku?” mata Simah terjengil memerhati Meon. “Aku tak mau..!” sahut Meon keras. “Sekarang ceraikan aku…” Simah juga bersuara keras. “Berambuslah kau” kata Meon. “Lepaskan aku…!” Simah meronta-ronta sekuat tenaga. “Lepaskan aku, biar aku berambus” dia membentak-bentak sambil menumbuk dada Meon. “Kalau kau nak berambus, berambuslah” jerkah Meon semakin kuat memaut pinggang Simah. “Tapi, tinggalkan Simah tau!” katanya memahami apa sebenarnya berlaku di sebalik keadaan Simah demikian. “Kau gila, aku ni bukankah Simah” dia tertawa mengejek. “Aku tau kau setan!” bentak Meon.

Dari cara Meon bercakap itu memang saya tahu dia juga menyedari akan penyakit isterinya. Tetapi selama ini dia sengaja merahsiakan dari pengetahuan saya. Dia bimbang kalau saya mengetahuinya, nanti akan menyusahkan saya pula. Memang Meon tahu akan gangguan syaitan tersebut. Tetapi apakah jenis gangguannya tidaklah diketahui. “Sekejap lagi dukun Sungai Pusu datang, kau rasa nanti!” Meon cuba mengugut. “Ah, bapak dukun Sungai Pusu aku tak takut” balas Simah termengah-mengah mahu melepaskan diri dari Meon. Beberapa orang jiran wanita juga turut sama membantu memegangkan kakinya. “Dukun Sungai Pusu tu takut pada aku, takkan dia berani datang…!” dia tertawa macam menyindir Meon. “Diam…!” herdik saya merenung muka Simah. Ketika ini saya tidak nampak Simah lagi meronta-ronta di atas katil. Saya berada jauh dari rumah Meon di Gombak di sebuah bukit dekat Air Tawar di Perak. “Diam, kata aku. Sekarang kau datang ke sini, supaya aku bakar kau dengan Ayatul Kursi…!” saya terus membaca Ayatul Kursi sebanyak 17 kali.

Selesai saja saya membaca Ayatul Kursi wajah Simah bertukar menjadi seorang perempuan tua kurus dengan rambut menggerbang putih. Perempuan tua itu mengilai ketawa mengejek-ngejek saya. Dia merenung saya bagaikan mahu menerkam, tetapi tidak dapat mara. “Jangan nak sembunyi lagi!” suara saya semakin keras. “Ah, merepeklah kau. Jangan cuba nak goda aku…” perempuan tua itu terkekeh-kekeh ketawa. “Aku ni bini Meon, buat apa kau goda. Mentang-mentang Meon mati pucuk, kau fikir aku mudah tergoda dengan kau” dia cuba menyakitkan hati Meon yang mendengarnya. “Kau fikir Meon bodoh” sahut saya sambil memerhatikan gerak gerinya yang mencari tipu helah. “Kau dah tua, Meon tengok pun tak ada nafsu” saya pula menyakitkan hatinya. Dia menjadi marah bila saya katakan dirinya sudah tua. Dia tetap mengaku dirinya Simah, walaupun saya sudah melihat akan rupa asalnya. “Jangan kau nak berdusta!” saya membaca Ayat Yassin dan menghembuskan ke arahnya. Angin kencang bertiup menyebabkan dia melayang-layang tidak jejak ke bumi. “Aku tau kau perempuan tua simpan pelesit, tubuh kau kurus, rambut menggerbang putih macam pontianak, siapa pun tengok tak naik nafsu” kata saya lagi.

Dia bertambah marah bila saya sudah mengetahui dirinya yang sebenar. Pada sangkaannya saya hanya melihat Simah terbaring meronta-ronta menggelepar di atas katil. Barulah disedarinya saya sudah melihat dirinya yang sebenar dari kawasan hutan terbiar di sebuah bukit di kampung Simah. Bila diketahuinya dirinya sudah dapat dikesan, dia terpaksa menentang habis-habisan. Perempuan tua itu mengeluarkan botol kecil dari ikatan pinggangnya, lalu mengeluarkan seekor belalang. “Anak aku ini akan mengajar kau…!” gerutunya lalu melepaskan belalang tersebut. Seekor belalang sebesar pohon kelapa menerpa ke arah saya. Cepat-cepat saya melompat ke atas belalang tersebut. Saya menyebut Allahu Akhbar tiga kali menyebabkan belalang itu kembali menjadi kecil dan jatuh ke dalam genggaman saya. Perlahan-lahan saya memulas kepala belalang itu dengan membacakan Ayatul Kursi 33 kali. Ketika ini perempuan tua itu terjerit-jerit memegang tengkuknya menahan kesakitan. Dia terkial-kial merebahkan badan ke bumi mahu melawan balik. Apabila saya pulaskan kepala belalang itu sampai putus, tubuh perempuan itu bertukar menjadi belalang lalu terbang berligar-ligar di kepala saya mahu menyerang.

Bagaimanapun dia tidak dapat menghampiri saya. Kemudian saya membaca lanarjumannakum dari Surah Yassin menyebabkan dia terpelanting ke tanah. Berpuluh-puluh panah api datang menerjah ke tubuhnya. Dia menggeliat menahan panahan api itu, tetapi masih bertahan tidak mahu mengalah. Apabila tidak tahan dengan panahan api, belalang berkenaan berkepul-kepul menjadi asap hitam lalu membentuk satu lembaga manusia. Lama kelamaan dia menjelma di depan saya. Dia lelaki tua bertubuh kurus memakai pakaian serba hitam. Mukanya cengkung berkedut-kedut macam kulit gajah. “Aku sayang pada Simah ni…” ujar lelaki bertubuh kurus itu. “Aku nak nikah dengan dia, kenapa awak tak bagi?” suaranya lemah bagaikan meminta belas kesihan. “Simah mahukah pada awak?” tanya saya. “Ada masa dia mau, ada masa tak mau…” beritahunya perlahan berketar-ketar. “Apa fasal dia tak mau?” saya mengujinya. “Dia kata saya mati pucuk…” ujarnya serba salah. “Simah dah nikah dengan Meon” jerkah saya memberi amaran. “Kenapa awak ganggu dia lagi?” tanya saya keras sambil mengejeknya. “Saya cintakan dia” jelasnya menangis tersedu-sedu. “Buruk sangat rupa awak orang tua menangis…” sindir saya.

Dalam masa saya berkata-kata dengan lelaki tua itu, tiba-tiba perempuan tua bertubuh kurus itu menjelma semula. Dia terlalu marah kerana lelaki itu cuba berbaik-baik dengan saya. “Dia inilah yang selalu kacau kita…!” kata perempuan tua menjelirkan lidah kepada saya. Saya mendiamkan diri. Saya mahu lihat sejauh mana tindakan seterusnya dari mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidak menyerang saya. Cuma perempuan tua itu saja menyindir untuk menyakitkan hati, sementara lelaki tua itu seolah-olah dalam ketakutan. “Dia nak pisahkan kita!” ujar perempuan tua itu lagi. “Kalau dia datang dekat, aku rasa tubuh aku terbakar. Sebab itu kita mesti jauhkan dia dari berkawan dengan Meon. Aku tak tau apa ilmu yang dia pakai” perempuan tua itu menangis teresak-esak sambil menggeliat-geliat seperti menanggung bahang kepanasan. Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Dia mengusap-ngusap rambut yang menggerbang putih. Sekali sekala saya nampak muka perempuan tua itu berubah menjadi Simah. Tetapi apabila saya hembuskan ayat Hazihi jahannamullati kuntum tu ‘adun, wajah tersebut tidak jadi bertukar.

Dari situ dapatlah saya fahamkan bahawa memanglah sukar mahu mengubati Simah, kerana gangguan yang datang itu bukanlah datangnya dari luar. Gangguan ini datang dari keluarganya turun temurun yang pernah menyimpan pelesit. Apabila pelesit itu sudah tidak bertuan, maka dia mencari keturunan tuannya sebagai sumpahan untuk mencari naungan. Simah yang tidak tahu apa-apa tidaklah mahu menerima kedatangan pelesit yang berasal dari datuk nenek moyangnya dulu. Inilah yang selalu mengganggu dia kerana dirinya sudah terpisah jauh dari pelesit tersebut, sedangkan pelesit berkenaan cuba mendekatkan dirinya. Sebab itulah pelesit berkenaan menjadi seperti orang yang diganggu oleh api bila berdekatan dengan orang-orang yang mengamalkan membaca Suratul Kursi setiap hari. Mungkin Simah sendiri tidak tahu tentang asal usul datuk nenek moyangnya dulu ada memelihara pelesit.

“Jauhkan dia dari sini” rayu perempuan tua itu kepada lelaki tua yang berdiri di sampingnya. Lelaki tua itu menghentakkan kakinya ke tanah tiga kali. Kemudian beribu-ribu belalang menerpa ke arah saya. Sebaik saja belalang-belalang itu mahu menerpa saya hembuskan Fatihah, menyebabkan semuanya gugur ke bumi seperti dibakar api. Terasa saya seakan-akan lemas akibat bau hangit belalang terbakar. Merah padam muka lelaki tersebut melihat semua belalangnya habis terbakar. Semua belalang yang jatuh itu tengkuknya terpatah dan keluarlah seulas nasi dan sehelai rambut dari tengkuk terpatah itu. “Aku datang mencari anak cucu aku…” lelaki tua itu bersuara keras. “Tak patut awak putuskan hubungan kasih sayang kami” katanya kesal dengan sikap saya menghalang tindakan dia. “Simah tak perlukan awak lagi” sahut saya membentak. “Dia perlukan Meon, biar Meon yang jaga dia. Awak tak perlu jaga dia” ujar saya memarahinya.

Ketika saya menyahut kata-katanya dia menyimbahkan air ke atas bangkai-bangkai belalang tadi. Sekaligus bangkai-bangkai terbakar itu menjadi kepulan asap hitam yang berjurai-jurai seperti rambut. Juraian rambut menyerkup ke kepala saya menyebabkan pandangan saya gelap tidak kelihatan apa-apa lagi. Namun saya tetap bertenang menghadapi tekanan-tekanan seperti ini. Semua yang saya hadapi itu adalah tipu daya syaitan belaka. Beberapa ketika saya terperangkap dalam juraian rambut itu, hingga  hampir-hampir meliliti seluruh tubuh saya. Lalu saya bacakan Surah Waddhuha sepuluh kali. Tiba-tiba juraian rambut itu melayang ditiup angin. Lelaki tua itu semakin marah kerana rambut yang menyerungkup ke kepala saya tadi diterbangkan angin. Itulah pertama kali serangannya sampai ke tubuh saya. Memang kesilapan telah saya lakukan membiarkan dia menyerang sambil melayani dia bercakap.

Tok Aji pernah mengingatkan saya supaya tidak melayani syaitan apabila berhadapan dengannya. Kalau menentang syaitan mestilah digempur sampai mereka kalah. Sekiranya kita melayaninya, sudah tentulah kita termasuk ke dalam perangkap tipu dayanya untuk melalaikan kita. Setelah teringatkan Tok Aji, saya pun menguatkan zikir saya. Saya membaca beberapa ayat yang diajarkan oleh Tok Aji. Ketika ini seluruh kawasan itu bergoncang kuat seperti gempa disambut oleh petir serta kilat. Orang tua lelaki dan perempuan itu berlari-lari mahu menyelamatkan diri. Batu-batu dari atas bukit juga gugur melayang menerjah ke arahnya. Mereka berdua menjadi panik dengan gempa yang datang secara tiba-tiba. Saya tetap berdiri di tengah-tengah gempa itu memerhatikan mereka berdua berlari ke hujung ke pangkal mencari tempat selamat. Tetapi ke mana saja mereka berlindung petir dan kilat menyambar. Mereka terpelanting apabila disambar kilat dan petir bertalu-talu. Termengah-mengah mereka mencari tempat perlindungan. Akhirnya mereka lesap di dalam kepulan asap di tengah-tengah dentuman petir serta kilat menyambar. Setelah mereka berdua hilang saya memberhentikan bacaan. Lama saya menunggu di situ, namun dia tidak muncul-muncul lagi.

Saya rasa buat sementara itu dia tidak akan datang lagi mengganggu. Bagaimanapun mereka tetap akan berusaha untuk meneruskan cita-citanya untuk bernaung kepada Simah. Hal inilah yang mahu saya beritahu pada Meon, supaya dia sendiri mesti mempunyai persediaan menghadapi kemungkinan tersebut. Setelah yakin mereka tidak akan mengganggu lagi, saya meninggalkan kawasan hutan di pinggir bukit itu, dan kembali berdiri di dalam diri. Apabila saya membuka mata, saya dapati Simah sudah pulih semula. Tetapi keadaannya masih letih lagi. Rupanya ketika saya menghadapi suasana sengit tadi, Jamlus dan rakan yang pergi menjemput dukun ke Sungai Pusu sudah balik. Mereka berdua hampa kerana dukun berkenaan sudah pun dijemput oleh orang di Damansara. Sehingga hampir pukul 2.00 pagi mereka menunggu, dukun itu tidak juga balik. Akhirnya terpaksalah mereka mengambil keputusan balik semula ke rumah Meon.

Jamlus bertanyakan kepada saya siapakah yang melakukan gangguan itu. Saya hanya tersenyum dengan soalan demikian. Selalunya begitulah pertanyaan yang diterima apabila menghadapi masalah demikian. Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat menjauhkan diri dari gangguan syaitan. Siapa yang membuat gangguan itu tidak harus difikirkan lagi. Apabila saya tanyakan kepada Simah, sama ada terdapat di kalangan keluarganya di masa lalu yang menjadi dukun atau bomoh, Simah memberitahu ayah kepada moyangnya dulu memang dukun terkenal. Tetapi selepas peringkat moyangnya, dia tidak lagi mahu menjadi dukun hinggalah sampai kepada beberapa keturunan seterusnya. “Saya sedar apa yang berlaku ke atas diri saya” ujar Simah dalam keletihan. “Tetapi saya tak dapat nak mengawal diri, macam ada kuasa lain yang mengawal saya..” jelasnya bila mengingatkan peristiwa sebentar tadi.

Memang saya akui cerita Simah itu. Memang mereka yang menerima gangguan ini sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi mereka tidak dapat mengawal dirinya sama ada bercakap atau bertindak. Kejadian demikian memang aneh, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Apabila saya menerangkan kepada Simah mengenai belalang pelesit, dia teringat aruah neneknya pernah memberitahu tentang keluarganya dari keturunan dulu memang memelihara pelesit. Semasa Tok Bani meninggal dunia dia tidak sempat menurunkan pelesit peliharaannya itu kepada anak cucunya. Maka pelesitnya itu sentiasalah mencari anak cucu Tok Bani untuk tempat bernaung. Apabila pelesit itu tidak dapat bernaung maka anak cucu Tok Bani pun menjadi mangsa. Adik nenek Simah itu pernah menjadi lumpuh dengan tidak bersebab. Penyakit lumpuhnya itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas dia meninggal dunia akibat lumpuh, seorang lagi keluarganya mati muntah-muntah darah seperti termakan racun. Hingga sampailah kepada bapa saudara Simah bernama Jana, dengan tidak semena-mena diserang penyakit lemah tenaga batin hingga menyebabkan dia menjadi tidak siuman. Ketika mengubat Jana inilah Dukun Busu mendapat tahu tentang Tok Bani menyimpan pelesit. Dukun Busu mencari punca-punca Jana hilang tenaga batin hingga menjadikan dia tidak siuman. Dia mendapati pelesit Tok Bani yang sudah tidak bertuan itu mencari perlindungan kepada Jana. Disebabkan Jana tidak tahu bagaimana mahu memeliharanya, maka pelesit itu telah memakan tuan sendiri.

Credit : Sumber.

Kisah Seram – Jual Kuih

Jual Kuih

Selesai mengaminkan doa Azizul pantas menuruni anak tannga surau untuk pulang ke rumah. Dia perlu segera sampai di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka.

Tidak sampai hati dia membiarkan isterinya hanya seorang diri menyiapkan itu ini sedangkan usaha itu dilakukan untuk menambahkan pendapatan mereka. “Hai Zul awal lagi takkan dah nak balik… marilah berborak dulu” sapa tapa apabila melihat Azizul sudah berada di atas motor. “Tak bolehlah Pa… aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-kuih tu… sian bini aku buat keje sorang-sorang, bukan macam korang “balas Azizul. “Ha jaga-jaga sikit Zul kang terjumpa langsuir” celah Nordin cuba menyakat. “Ala Din tu cite zaman pelita minyak tanah, sekarang zaman moden… mana ada lagi semua tu” “Cakap besar nanti jumpa baru tau!” dalam deruman enjin motorsikalnya Azizul masih dapat mendengar tempelakan Nordin kepadanya, tapi dai buat tak tahu saja. Malas nak melayan kerenah mereka. Yang penting dia segera sampai di rumah.

Dia bukan mahu cakap besar, sudah berbulan dia berulang alik ke kawasan perumahan Taman Sejati untuk menghantar kuih kepada penjaja di situ dan acapkali itulah juga dia melalui selekoh Tok Soh yang dikatakan keras dan langsuir menjelma disitu. Namun dia tidak pernah terserempak. Acapkali juga telinganya mendengar cerita berkenaan lengsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang membawa cerita mereka menafikan pernah menjumpainya sendiri. Sekadar mendapat cerita dari orang lain. Jadi pada Azizul cerita itu sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu pada malam hari. “Esok pagi abang keluar awal sikit” kata Azizul pada isterinya ketika sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi lemak. “Kenapa pula?Kan masih sempat abang keluar macam biasa?” tanya isterinya dari sudut dapur. “Bos abang tu asyik pandang abang semacam jer kebelakangan ni sebab kerap sangat abang lewat”

Azizul bekerja sebagai tukang kebun di sebuah loji air di pinggir pekan Sungai Petani. Azizul sedar setia pagi dia berkejar menghantar kuih ke Taman Sejati yang jaraknya 13 kilometer dari rumah kemudian berpatah balik untuk menghantar anakanya ke sekolah. Selepas itu barulah dia dapat bertolak ke tempat kerja. Memang setakat ini bosnya belum bersuara tapi sekadar menjeling, jadi faham-fahamlah maksudnya itu. Keesokkan hari awal-awal pagi lagi Azizul telah bersiap-siap memasukkan nasi lemak ke dalam bakul sementara isterinya subik menggoreng karipap di dapur. “Awal sangat ni bang, jalan raya masih sunyi lagi”isterinya menyuarakan kebimbangan. “Dah pukul 5 awal ape lagi, van kilang pun dah keluar amik pekerja masa ni. Dahla mintak kuih tu”balas Azizul sambil mengikat raga di pelantar motornya. Azizul menhidupkan enjin motornya dan meredah kegelapan pagi untuk ke Taman Sejati.Memang benar kata isterinya jalan masih sunnyi.Tiada satupun van kilang yang berselisih dengan pagi itu. Rupanya hari itu hari Ahad, semua pekerja kilang bercuti.

Pagi itu suhu amat sejuk membuatkan Azizul mengeletar kesejukan. Pandangannya terhad kerana cuaca berkabus. Namun dia tidak berani menambah kelajuan motornya kerana bimbang terlanggar lembu-lembu yang mungkin tidur di tengah jalan raya. Biasanya lembu itu gemar tidur di atas tar untuk memanaskan badan. Ketika melewati Selekoh Tok Soh seorang gadis menahan motorsikalnya. Azizul memberhentikan motornya di hadapan gadis itu. Pada fikirannya mungkin gadis itu pekerja kilang yang keluar untuk bekerja pada hari minggu bagi mendapatkan duit lebih. “Nak beli kuih?” Gadis itu mengangguk, baunya sungguh harum. Namun Azizul tidak ambil pusing kerana padanya gadis dan wangi-wangian memang tidak dapat dipisahkan. Azizul sudah lali dengan bau pewangi gadis pekerja kilang apabila mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih. Bila lima gadis turun serentak bau wangi itu takkan hilang walaupun van kilang telah berlalu pergi. Oleh kerana suasana masih gelap Azizul menyalakan lampu suluh yang dibawanya bagi membolehkan gadis itu memilih kuih yang dikehendakinya. Gadis itu mencapai plastik yang tersangkut di raga motor lalu mengambil 2 bungkus nasi lemak dan 3 ketul kuih seri muka. “Dua ringgit semuanya” kata Azizul. Gadis itu menghulurkan dua keping wang kertas dan berlalu pergi. Azizul memasukkan wang itu ke dalam kocek seluar sebelum meneruskan perjalanannya. Ketika mebuat pusingan dia sengaja menghalakan cahaya lampu motornya ke arah gadis itu. Boleh tahan cantiknya, getus hati Azizul. “Cuti-cuti pun kerja juga?” Azizul sengaja melontarkan soalan itu. Tetapi tidak dibalas, hanya senyuman yang terukir id bibir. Azizul kembali meneruskan perjalananya. Dalam hati terdetik betapa beraniya gadis itu menunggu van kilang dalam kegelapan malam di tengah-tengah kebun getah pula. Biasa dia melihat gadis menunggu van kilang di awal pagi seperti itu tapi mereka tidak berseorangan, biasanya berkumpulan atau ditemani oleh seorang lelaki. “Jangan-jangan itu langsuir yang dikatakan Nordin semalam?” “Ah mengarut jer,kalau langsuir pasti dia dah pamerkan muka sebenar masa aku berenti tadi. Takkan langsuir nak makan nasi lemak. Kuih seri muka tu nak buat tambah seri muka dia ker?” kata Azizul seorang diri sambil tergelak kecil.  “Awal pagi ni?” tegur penjaja menyedari dia tiba awal dari kebiasaan. “Nak cepat Bang Man. Hari ni kuih seri muka kurang 3 ketul dan nasi lemak kurang 2 bungkus, ada orang beli tengah jalan tadi.” Beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu. Azizul bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah pula.

Dia mengerjakan solat Subuh sambil menunggu anaknya menyiapkan diri. “Ayah ,mak suruh minta duit belanja dengan ayah sebab hari ni mak takde duit kecil,” katanya anak sulungnya apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah. Azizul menyelok kocek seluarnya untuk mengambil duit 2 ringgit yang diberikan oleh gadis pagi tadi. Tapi dia hairan tiada duit cuma daun getah kering 2 helai terdapat disitu.

Tercenggan seketika Azizul dibuatnya. Merasa tak puas hati dia menyeluk pula kocek sebelah lagi, kosong. “Dari mana datangnya daun getah ni, seluar ni baru aku keluarkan dari almari” akalnya ligat berfikir. Sesusuk tubuh gadis tadi terbayang di matanya. Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa, mungkin jelmaan langsuir.  Buktinya 2 helai daun kering ditangannya kini. Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut dan selepas kejadian itu dia tidak akan keluar menghantar kuih selagi belum jam 6 pagi.

 Sumber : Dunia Seram

Cerita Seram – Hantu Polong Mengganggu Suzi

cerpen.info (20)

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku pada rakan penulis sendiri. Ianya diceritakan sendiri oleh rakan penulis. Berlaku pada tahun 2001. Kisahnya bermula di mana rakan penulis (Suzi) adalah tergolong dalam keluarga bisnes yang berjaya . Bapanya seorang usahawan yang berjaya manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Suzi baru sahaja habis  peperiksan SPM dan sedang menunggu keputusan. Suzi tidur di bilik seorang diri manakala 3 lagi adiknya berada di asrama dan sekali sekala sahaja balik ke rumah.

Pada sutu malam ketika Suzi tidur, sekitar jam 1 pagi.. Pintu bilik Suzi terbuka sendiri. Suzi sangat mengantuk dan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Dia hanya memasang telinga apa yang berlaku di sekelilingnya. Kemudian dia mendengar ada orang membuka album gambarnya, majalah dan laian-lain. Seolah-olah ada orang yang berada di sebelahnya. Dia hanya berdiam diri tanpa sepatah kata. Esok malamnya perkara yang serupa juga terjadi pada Suzi. Boleh dikatakan setiap malam gangguan berlaku pada Suzi, tidak kiralah dia tidur bersama adiknya atau sesiapa sahaja. Gangguan masih tetap berlaku.

Pada suatu malam Jumaat, Suzi melelapkan mata seperti biasa. Tiba-tiba dia terasa sejuk, lalu dia terbangun. Alangkah terperanjatnya Suzi apabila melihat tingkap terbuka luas, tanpa berlengah Suzi berlari mendapatkan ibu bapanya di tingkat bawah. Suzi, ibu dan ayahnya dengan jelas mendengar bunyi seakan-akan puting beliung berpusing-pusing di sekeliling rumah. Setelah 10 minit berlalu, dengan rasa takut mereka bertiga naik ke tingkat atas untuk ke bilik Suzi untuk melihat apa yang berlaku. Tingkap di bilik ditutup oleh bapanya. Suzi diminta tidur di bilik ibu bapanya sementara waktu. Esoknya ibu Suzi mendapati cermin muka di dalam tandas luar hilang tanpa dapat dikesan.

Malam berikutnya Suzi tidur seperti biasa di dalam biliknya. Tanpa memikirkan apa yang terjadi pada malam sebelumnya. Suzi enak tidur di dalam biliknya dengan leka membaca Majalah Mangga yang baru dibelinya. Leka membelek gosip artis Suzi tertidur sendiri akibat keletihan didapur petang tadi. Tiba-Tiba dia terdengar pintu biliknya terbuka sendiri.. Kreeeekkkkk.

“Ya Allah !!! Astagfirullah Al Azim !!! Auzubillah himinassyaitonirrojim…” Suzi menjerit. Alangkah terkejutnya Suzi melihat dihujung kaki katilnya sebungkus hantu polong yang hangus terbakar mukanya, dengan mata merah menyala yang tersembul keluar mahu menerkam Suzi. Suzi terus menutup muka dengan selimut lalu membaca ayat kursi. Hantu itu terus menyerang Suzi dengan mencekik Suzi sehingga Suzi sesak nafas… Dengan sedaya upaya Suzi melawan Hantu Polong tersebut dengan memegang jari jemari hantu tersebut yang sedang mencekik leher Suzi untuk melepaskan diri sambil membaca ayat-ayat Al-Quran sekuat hati. Akhirnya hantu polong tersebut melepaskan Suzi dan malam itu adalah malam terakhir Suzi diganggu dengan makhluk ciptaan Allah tersebut.

Banyak lagi cerita yang diceritakan Suzi kepada penulis, kerana Suzi mempunyai banyak pengalaman menarik. Suzi juga dianugerahkan Allah indera keenam yang membolehkan Suzi melihat makhluk ghaib tersebut.

Credit : Sumber

Kisah Seram – Kucing Hantu

Kucing Hitam

Kisahnya bermula di suatu pagi lebih kurang pukul 10 pagi dan kalau tak silap hari tu 10 tahun yang lalu hari cuti. Surau kat rumah Ustaz UAB lama tu ada mengadakan gotong royong dan ustaz pun ada sama-samalah jadi tukang buat sibuk.

Tetiba ustaz dapat panggilan dari kawan  minta tolong anak jiran beliau ada masaalah sikit dan diminta datang ke rumah. Pergilah ustaz ke rumah beliau yang tidak beberapa jauh dari surau dan dari luar rumah lagi sudah kedengaran teriak tanggis kanak-kanak. Lalu masuklah melihat apa sebenarnya yang berlaku, kelihatan ada di sana ialah jiran di depan rumah beliau dan isterinya sedang mendukung anak kecil yang sedang kuat menanggis

Anaknya dibawa ke rumah kawan Ustaz yang kebetulan AJK Surau juga kerana beliau sudah tidak tahu ke mana arah hendak dibawa.

Setelah dilakukan ikhtiar pada anak kecil berumur lingkungan 7-8 bulan itu, Alhamdulillah Allah Ta’ala izinkan sembuh ketika itu juga. Lalu macam biasalah ustaz cari punca awal kejadian itu. Menurut jiran ini, tidak ada apa-apa yang berlaku atau anaknya itu atau dibawa kemana-mana. Tetapi ustaz tegaskan, mengikut pengalamanlah, tidak akan berlaku sesuatu perkara itu tanpa ada puncanya.

Jiran itu mengakulah bahawa ketika mahu keluar bekerja sebelah paginya, dia terlanggar seekur kucing liar ketika mengundurkan keretanya. Dia tidak sedar ada seekur kucing sedang duduk dibawah keretanya. Mungkinlah kucing itu masuk setelah dia membuka pagar rumah. Sesudah menyedari beliau terlanggar kucing itu, lalu diambilnya bangkai kucing tersebut dan dibuangnya ke dalam semak berhampiran dan dia terus ke tempat kerja.

Tidak lama selepas itu, isterinya memintanya balik ke rumah kerana anak mereka tidak berhenti-henti menanggis. Dia pun bergegas balik dan mencuba beberapa ikhtiar tetapi tidak berjaya. Mungkin dia menggagak sesuatu yang pelik tanpa menyangka ada kaitan dengan kucing yang dilanggarnya lalu dia membawa anaknya ke rumah jiran didepan rumahnya.

Jadi, fahamlah Ustaz bahawa punca anak menanggis itu adalah gangguan dari hantu/jin atau penjaga kucing liar tersebut. Setelah menambah sedikit ikhtiar lagi termasuk pergi melihat bangkai kucing itu, Alhamdulillah anaknya sembuh seperti sediakala selepas itu.

Inilah kejadian sebagai iktibar, bahawa iblis syaitan itu ada dimana-mana dan bersedia untuk menganggu anak cucu Adam pada bila-bila masa, any time any place.

Hati-hatilah dengan kucing liar yang datang bertandang ke rumah. Ada yang datang bawa rezeqi dan Mungkin juga ada yang datang pakai jokey.. tuannya jin atau hantu !

Credit:Sumber

Cerita Hantu – Laluan Di Lebuhraya Bukit Grik

cerpen.info (13)

Pada 16-18 May 2008 kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku kecelakaan motor dengan kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta untuk balik malam itu juga.. Tetapi dalam perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dapat call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah.. Allah lebih sayangkan dia.. Al-Fatihah buat arwah..  Jadi kami teruskan juga perjalanan ke Terengganu dengan hati yang tabah.

Setelah semuanya selesai, Ahad malam Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yang perlu disiapkan, dan kami bertolak dari Kuala Terengganu dalam 10.30 malam.. Mula masuk Lebuhraya Bukit Grik dalam 1.30 pagi.. Dan sepanjang perjalanan, aku rasa macam biasa, cuma bini aku cakap dia pening dan rasa nak muntah, mungkin sebab jalan yang bengkang-bengkok.

Alhamdulillah, kami sampai ke Grik dalam kul 4.10 pagi, dan kami stop kat R&R sebab aku nak buat urusan kat toilet.. Macam biasa aku lock kereta kalau aku tinggal sat anak bini aku, tapi alhamdulillah malam tu aku tergerak nak kasi on alarm.. Tiba-tiba kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas pi tengok kereta aku, tak ada apa-apa berlaku.. Then aku pi dapatkan bini aku, dia nampak macam takut.. Aku tanya kenapa? Dia kata ada orang lalu mundar-mandir depan kereta aku tu, tengok direct kat mereka dalam kereta. Then, masa tu kereta aku berbunyi, tiba-tiba orang tu hilang.

So aku pujuk bini cakap maybe orang tu driver lorry dekat-dekat situ yang lepak sama.. Then kami teruskan perjalanan ke Penang.. Start nak masuk Lebuhraya baru Grik-Baling dalam pukul 4.30 pagi, Aku nampak kabus tebal.. Rasa berat hati nak teruskan, ingat nak U-turn, jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jalan aku nak U-turn.. Tapi bila terus.. Still takder lampu jalan, sebab bateri solar untuk lampu tu dah habis kot. So aku make desicion teruskan perjalanan.

Tiba-tiba aku rasa semacam jer.. Then bini aku tiba-tiba macam terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut.. Aku pun sama baca apa yang patut.. Then aku rasa kereta aku macam berat.. aku tekan minyak juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4.. Masa tu turun bukit! Korang bayangkan turun bukit guna gear 4 . Untuk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit.. Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit.. Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhamdulillah depan kami ada lori balak, rasa ringan semula.. Bila aku dah overtake lori tu, tak lama aku rasa berat balik. Macam tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4.. Aku nekad..  Aku mesti lawan balik demi anak bini aku..!! Sepanjang nak keluar Lebuhraya tu nak sampai ke Baling, dalam 3-4 kali aku rasa macam tu. Kadang-kadang aku macam terasa nak tengok tepi cermin. Tapi bila tengok takder apa-apa.

Alhamdulillah, kami dapat kuar dari Lebuhraya tu dan sampai ke Baling.. Then takder rasa apa-apa.. Lepas tu ada bukit-bukit nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5.

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku cakap kat bini aku.. (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-kot kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ.) Lepas aku cakap kat bini aku, barulah bini aku rasa beban yang dia rasa tadi hilang tiba-tiba.. Rasa lega.

Kami selamat sampai rumah kat Seberang Jaya dalam pukul 7.30 pagi.. Itu pun aku sempat lagi pi beli nasi kandar kat Jalil bagan.. Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yang berlaku.. Bini aku cakap, masa perjalanan nak ke Kuala Terengganu pun dah ada nampak benda pelik.. Dia nampak macam orang tua lelaki kat tepi jalan kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia.

Then masa nak balik ke Penang, still orang yang sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat Highway Grik Baling tu orang tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dengan beranikan diri buat tak tahu jer.. Kuat juga bini aku, Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga.. Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat.. Dia ada nampak macam benda putih follow kereta kami..  Nauzhubillah!!! Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah.. Then kami cerita benda tu kat family kat kampung, adik ipar aku yang sorang tu cerita, dalam bulan lepas, member dia terbabas kereta kat Highway Baling Grik sebab rasa benda yang sama.. kereta rasa berat, then lost control terbabas.. Dia kata kami Alhamdulillah kuat juga dapat lawan.

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu Highway Baling grik tu, kalau boleh jangan lewat sangat. Tunggu sat kat Pekan Grik tu dah masuk subuh, baru la boleh tempoh jalan tu.. Tapi kalau kuat, belasah jer.

Wallahu’alam.

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Disihir Oleh Pelanggan

cerpen.info (11)

Saya ingin menceritakan tentang kejadian yang tak pernah berlaku ketika menjalankan tugas saya. Saya adalah seorang jurujual di Singapura, kerja saya bertemu dengan pelanggan. Tak perlulah saya menceritakan lebih lanjut tentang pekerjaan saya kerana anda akan tahu apabila anda membaca kisah saya ini.

Saya dan isteri bersama seorang pelanggan di rumahnya di kawasan Toa Payoh. Selepas selesai saya menjalankan tugas saya, beliau menhidangkan kami air minuman dan makanan ringan. Sedang kami berborak-borak dan berbual kosong, tiba-tiba pelanggan kami itu yang kami gelarkan “kakak”, terus senyap DAN MENUNDUKKAN KEPALANYA KE BAWAH. Isteri saya mula merasa gelisah dan tidak boleh duduk diam serta rasa kepanasan.

Saya bertanya kepada isteri kenapa beliau semacam resah dan gelisah? Isteri saya berkata, “Saya rasa macam tak sedap, macam ketakutan, tapi tak tahu apa yang saya takutkan. Telinga saya macam rasa sebal seperti menaiki kapal terbang. Berdesing!”

Tiba-tiba kakak tersebut memberi salam seperti suara seorang nenek tua, “Assalamualaikum…” Isteri terperanjat, disebabkan isteri duduk di sebelah kakak itu. Saya macam nak ketawa pun ada. Ingatkan dia berdrama. Muka isteri saya dah pucat lesi macam nak pengsan. Kakak itu berkata dengan suara itu lagi, “Saya tahu apa terjadi dengan kamu, saya tahu siapa yang tidak suka dengan kamu. Mari sini, duduk dengan mbak. Biar mbak jelaskan siapa gerangan orang yang menghantar sihir kepada awak. Sihir itu juga mahukan isteri kamu sukar untuk hamil!”

Bila dia berkata begitu, saya langsung tidak percaya. Tergamam dan tidak bersuara. Adakah ini perkara yang benar atau permainan semata-mata? Berdiri bulu roma. Isteri saya langsung tidak bersuara kerana terlalu ketakutan. “Nenek tua” yang telah merasuk kakak tadi itu langsung menceritakan hal2 saya, siapakah musuh saya, dan SIAPA DIA!!! Gerun tapi tak percaya… Astaghfirullah… Hati ini tak habis-habis beristighfar.

Pelanggan saya yang tadi menurun, tiba-tiba balik ke asalnya dan bertanyakan kepada suaminya apakah yang berlaku??.. Saya tahu yang bercakap tadi itu mungkin adalah saka milik kakak tersebut. Mungkin dia sendiri tidak tahu yang dia ada saka ini.

Apabila saya balik ke rumah, saya menelefon ibu saya, Saya ceritakan hal ini dengan ibu saya. Secara kebetulan, ada ustaz yang hendak datang ke rumah saya untuk menyemah rumah kami sebab saya baru pindah. Ustaz itu pun sudah membuat temujanji untuk bertemu dengan kami sekeluarga pada keesokan malamnya selepas Isyak untuk berubat.

Pada esok malamnya, semasa saya sedang berubat, saya terasa begitu panas seperti sedang membara, padahal alat pendingin hawa jelas di depan saya dengan suhu 16 Celsius. Saya berpeluh-peluh seolah-olah sudah lama berlari-lari anak. Beberapa minit kemudian, saya rasa ada sesuatu yang keluar dari tubuh saya dan saya rebah ke lantai kepenatan. Memang benar rupanya kata kakak itu ketika beliau dirasuk, sihir itu berjaya duduk di dalam badan saya selama ini dan saya tak perasan. Saya rasa ringan selepas itu. Isteri saya cuma terkena tempias sihir itu.

Selepas “berubat”, isteri mimpi ada orang menyeru nama penuh beliau lalu sembur ke mukanya. Dia tersedar sekitar pukul 4 pagi lalu terdengar ketukan yang dasyat di tingkap seolah-olah seperti ada orang hendak masuk ke dalam.. Tak boleh tidur dibuatnya. Sekejap lagi, terdengar lagi. Lebih kuat, kali ini saya tersedar. Kuat sangat sampai bergegar bilik tidur saya. Bayangkan, rumah saya berada di tingkat tinggi.

Mulai dari malam itu, saya lebih berhati-hati untuk bercampur dan juga makan minum di rumah orang. “Buat-membuat” orang ini masih lagi wujud lagi pada zaman ini. Astaghfirullah. Semoga orang itu mendapat taufik dan hidayah. Kita sama-sama cari rezeki, sama-sama mahu berjaya. Tidak perlu hendak berlumba dan membunuh kerjaya masing-masing. Itu sahaja cerita saya.

Terima kasih.

 

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Tiga Beradik

cerpen.info (4)

Saya seorang yang amat mengemari cerita –cerita seram dan juga pernah beberapa kali mengalami sendiri kisah-kisah seram, (kata Emak saya dianugerahi pancaindera keenam kerana senang ‘terlihatkan’ benda-benda yang menyeramkan; wallahuallam..) Disini saya ingin berkongsi satu cerita yang saya alami ketika saya berusia lebih kurang 10-11 tahun yang berlaku pada awal tahun 90an.

Saya dibesarkan di kotaraya Kuala Lumpur, dan setiap kali musim cuti persekolahan, saya gemar pulang ke kampung nenek sebelah Emak di Negeri Sembilan. Dijadikan cerita, suatu hari Paksu, iaitu adik lelaki Emak saya mengajak kami (saya, adik perempuan dan sepupu) untuk tinggal di rumahnya yang baru diduduki di sebuah kawasan Felda yang baru diterokai. Saya masih ingat lagi ketika itu tiada bekalan elektrik dan malam hanya diterangi oleh lampu gasoline. Walaupun tidak pernah mengalami kehidupan sebegitu, saya begitu seronok kerana itu adalah pengalaman baru pada diri saya.

Pada malam pertama, selesai makan malam, kami beramai-ramai tidur di ruang hadapan rumah kerana hanya terdapat satu bilik di rumah tersebut yang digunakan oleh paksu dan maksu saya. Sedang lena tidur kerana kepenatan bermain pada belah siangnya, saya terjaga tanpa sebab. Suasana begitu sunyi, hanya kedengaran dengkuran sepupu-sepupu saya yang juga keletihan. Tiba-tiba dihadapan mata terlihat oleh saya tiga susuk lembaga yang berpakaian jubah dan penutup kepala yang hanya menampakkan wajah yang hitam tanpa rupa lalu menembusi pintu masuk rumah dalam formasi berbaris.

Tiga makhluk tersebut berbaris dari yang pendek didepan, diikuti yang sederhana ditengah dan yang terakhir ketinggiannya hampir menyentuh siling rumah. Apa yang menambahkan ketakutan saya ialah kaki mereka tidak kelihatan dan tergantung-gantung diawangan. Apa yang saya saksikan ini seperti menonton filem seram di dalam tv, sungguh tidak masuk akal bagaimana mereka lalu seperti angin yang menembusi pintu rumah yang bertutup.

Mereka terus lansung ke dapur dengan tinggal yang tinggi berdiri di pintu dapur seperti mengawasi keadaan. Itulah kali pertama saya melihat sesuatu yang saya rasa saat paling menakutkan sehingga kini. Adakah saya bermimpi? Saya sangat pasti yang saya tidak bermimpi kerana peluh berjuraian dan saya menggigil ketakutan di sebalik selimut yang saya selubungkan di badan dengan harapan si hantu tinggi tidak terlihatkan saya yang terjaga ini. Hendak saya kejutkan sepupu yang tidur di sebelah tapi tidak terdaya. Hanya bacaan ayat Alfatihah yang saya ketahui mampu keluar dari mulut, itupun tunggang terbalik dek ketakutan yang teramat-amat.

Ketika itu saya dengari keadaan riuh rendah dengan ucapan yang tidak difahami tapi berbaur kemarahan di dapur yang datangnya dari dua makhluk si pendek dan si sederhana. Bunyinya seperti mereka berebutkan sisa makanan di dapur, dengan kuali di ketuk-ketuk dengan senduk. Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya saya dan saya berdoa semoga semuanya berakhir dengan pantas. Si tinggi hanya berdiri di pintu dapur, setia seperti seorang pengawal. Saya pasti ‘mereka’ tidak sedar yang saya menyaksikan segalanya, jika tidak pasti si tinggi akan membalas pandangan saya.

Akhirnya dalam ketakutan itu saya tertidur kembali. Keesokannya saya ceritakan kisah tersebut kepada Maksu saya. Jawapannya, saya hanya bermimpi. Tapi saya yakinkan padanya yang saya tidak bermimpi dan semuanya nyata. Untuk pengetahuan pembaca semua, sebenarnya kisah ‘Tiga Beradik’ ini agak terkenal dikalangan peneroka-peneroka Felda pada waktu tersebut. Ada yang memanggilnya ‘Hantu Dapur’. Sudah ramai peneroka-peneroka Felda ternampakkan kelibat ‘tiga beradik’ itu sejak mereka pindah masuk ke penempatan ini. Tetapi Maksu saya tidak mahu mengiyakan kerana bimbang saya akan ketakutan. Dia hanya bercerita kepada Emak saya mengenai kesahihan kisah tersebut. Apa yang saya tahu, felda ini sebelumnya adalah hutan tebal yang diterokai untuk dijadikan penempatan. Si ‘tiga beradik’ memilih untuk mengunjungi rumah Paksu saya pada malam tersebut adalah bersebab, ini kerana pinggan mangkuk bekas makan dan juga peralatan memasak dibiarkan di dapur tidak dibersihkan oleh Maksu saya kerana pada waktu itu bekalan air juga belum ada.

Pada fikiran Maksu saya adalah lebih senang jika dibersihkan keesokkan harinya. Bekas sisa makanan dan kekotoran itulah yang menjemput syaitan dalam jelmaan rupa ‘tiga beradik’ itu datang kerana seperti yang kita ketahui, benda-benda sebegitulah yang menjadi kegemaran mereka. Dan secara kebetulan saya ada disitu untuk menyaksikan segalanya dengan izin Allah SWT. Satu benda yang saya pelajari dari kisah di atas adalah tidak sesekali membiarkan pinggan mangkuk atau peralatan memasak di dapur begitu saja tanpa di bersihkan, dan ianya menjadi amalan saya sehingga kini. Tentang ‘tiga beradik tidak lagi kedengaran kisahnya, mungkin tiada lagi dapur ‘kotor’ yang boleh dikunjungi di Felda tersebut. Wallahualam

Credit : Dunia Seram/Cerita kiriman Niza Z