Kisah Seram – Penunggu Iswara Biru

Penunggu Iswara Biru

KISAH SERAM PENUNGGU ISWARA BIRU FEDERAL HIGHWAY PJ

Ni kisah niat yang baik yang mendatangkan musibah. Kisahnya seorang pemilik iswara biru yang melalu kisah seram. Kisah bermula bila dia melalui federal highway, PJ time tu dah maghrib dan hujan renyai renyai. Maghrib ni umpama time setan berjogging jugak. Warm up untuk aktiviti tengah malam katanya.

Sambung cerita… Masa dia lalu jalan tu dia ternampak seorang wanita yang dia rasa maybe level akak-akak la dengan dia sambil dukung baby berjalan kaki.. Sebab dia berperikemanusiaan so dia berhenti la nak tumpangkan akak ni.. Akak tu pun bagitau la dia nak tumpang sampai sunway. Dia takde masalah nak hantar, so akak ni pun masuk la duduk kat seat belakang. Sebab katanya taknak duduk depan takut anak dia nanti ganggu si Mamat ni drive. Masa akak ni duduk kat seat belakang, Mamat ni cuba intai-intai jugak guna rear mirror. Tapi bila dia toleh akak tu ada jer.. walau dia rasa pelik tapi dia tetap fikir positif jer.

Dekat nak sampai tempat akak tu nak turun tetiba anak dia menangis. Dia minta la Mamat ni roti dengan air sebab katanya maybe anak dia lapar sebab dari pagi tak makan apa-apa lagi. Sebab kesian Mamat ni drive ke petrol station dengan niat nak beli makanan untuk akak ni dengan anak dia. Tapi bila dari luar dia tengok dalam kereta dia, tak nampak langsung kelibat akak tu dengan anak dia. Dia panggil pekerja kat situ suruh tengok, dorang pun kata tak nampak siapa-siapa. seat belakang kosong. Bila dia buka kereta, akak tu memang ada dalam kereta sambil senyum pada dia. Dia tutup balik kereta dan tengok dari luar memang tak ada sesiapa dalam kereta. Nak double confirm dia suruh lagi pekerja kat situ tengok.. memang confirm tak ada sesapa dalam kereta tu. Lepas tu Mamat ni masuk kereta minta akak tu keluar, katanya kereta ada masalah. Terus akak ni jadi marah dan terus hilang depan mata dia macam tu jer… Melopong kau tengok orang yang tadi ada tetiba lesap macam tu je.

Selepas kejadian tu katanya dia selalu nampak akak tu ada kat seat belakang kereta dia. Macam-macam dia cuba buat. Pergi jumpa bomoh dan buat macam-macam ritual termasuk mandi bunga kereta.. Hanya hilang sekejab je lepas rawatan tapi selepas tu dia akan muncul semula dalam kereta Mamat ni.

Katanya.. sebab tak tahan dia buang kereta tu macam tu saja sebab nak jual pun takde orang nak beli. Salesman pun tak berani nak jual. Best la hantu akak tu kan.. tak payah tumpang kereta orang dah. Dah dapat iswara biru hasil momokkan dia. kekekeke

Moral of the story.. Hantu pun tak larat nak terbang. Dia pun nak rasa travel naik kereta katanya jadi jangan biarkan kereta anda di tumpangi hantuuuuuuuuuu… sentiasa perdengarkan ayat2 Al Quran supaya kereta anda tak di tumpangi makhluk yang tak di ingini. peace!

Sumber : Iswara Biru

Kisah Seram – KUCING HITAM DI MUKA PINTU

Kucing HitamKucing hitam banyak dikisahkan didalam novelis seram yang menyatakan bahawa kucing boleh menjadi belaan ataupun makhluk halus yang menyamar sebagai menjadi haiwan untuk menjadi pemerhati kepada tuannya agar dapat mengawasi tingkah laku mangsa. kisah aku ini diceritakan ini adalah dari sedutan kisah terperinci dari kakakku berkenaan dengan kucing ini sehinggakan aku dapat mengambarkan dan mengzahirkannya di kotak fikiranku bagaimana kejadian yang berlaku itu sehinggakan aku dapat merasai keseraman tatkala berlaku dihadapan mata… yang selama ini tidak pernah aku duga…

Selalunya keluarga kami amat sukakan kucing dan pernah membela seekor kucing jantan yang yang dinamakan “untung”. Kucing kami ini sombong sikit dan tidak berapa gemar bermanja-manja tetapi jika ia pulang atau pergi keluar rumah… ia pasti akan mengiaw seakan membertahu bahwa ia hendak keluar atau meberikan salam bila balik ke rumah… Kakak ketiga aku sudah berkahwin dan berpindah ke bangi dan menetap disana. Di kawasan kejiranan flat yang dihuni dalam keadaan bertingkat-tingkat… selalunya penghuni hanya membela haiwan perliharaan di dalam rumah sahaja dan jarang dibiarkan bebas merayau di koridor agar kucing tidak membuang kotoran atau kencing merata-rata…

Bila dibela di dalam rumah kucing selalu akan manja sangat dan kadang-kadang takut dengan dunia luar… tetapi sekali kita ajar dia keluar… hari-hari macam ‘ KUCING KEPANASAN’ sebab ada ramai “awek” kat luar… mana best duduk dalam rumah… macam orang jugak… hahahaha…

Suami kakak aku pun ada membela seekor kucing hitam yang katanya dia jumpe di bawah tangga rumah… Anak kucing yang mempunyai mata yang galak dan berwarna hitam pekat itu dibawa naik atas dasar kasihan. Kebetulan kakak aku tinggal dirumah seorang diri dan surirumah tangga sepenuh masa dan atas sebab itu abang ipar aku pikir bolehlah dibuat sebagai haiwan peliharaan…

Pada mulanya kucing yang dinamakan ” tam ” itu okay sahaja… manja, pandai bawak diri dan jarang membuat bising atau merayau di dalam rumah yang banyak penjuru atau ceruk-ceruk. Tam hanya berbaing di kawasan kegemaran dia dan akan bermain dengan abang ipar aku. Abang ipar aku pun amat senang dengan sikap tam yang nampak kurang mengada-ngada.

Apabila sampai waktu malam waktu kakakku masuk ke bilik..pasti kakak aku akan melihat tam sudah tidur di tempatnya. Bila tam ada di ruang tamu..kakak aku pun masuklah tidur macam biasa.Kadang-kadang kakak ku cerita ada malam-malam yang tetentu kedengaran bunyi seakan bising dan pinggan berlaga didapur. Bila kakak aku bangun dan menjengah ke ruangan dapur… tiada apa-apa yang bergrak atau terjatuh. Kakak aku terus menuju kebilik setelah pasti tiada apa yang terjadi. Khuatir juga jika ada pencuri masuk dan menyelongkar rumahnya…

Semasa melintas di ruang tamu… kakakku terpandang kelibat kucing hitam seakan tam berlari pantas ke dapur..kakak aku menoleh tetapi melihat tam tidur di tempatnya… Sangkaan kakakku..matanya mengantuk… jadi mungkin dia salah tengok..mungkin juga tikus yang berlarian riang setelah tuan rumah dah tidur… Masa berlalu kakakku telah terlupa tentang kejadian itu. Pada suatu malam… abang iparku bali lewat kerana mengantikan pekerja yang ponteng pada malam itu. Jadi mungkin hanaya esok pagi sahaja abang iparku pulang, Kakak ku seperti biasa… pada malam jam 8.30… kakakku menonton televisyen serta menyiapkan makan malam. Sambil memasak didapur… suara penyampai tv3 membaca berita amat jelas kedengaran.Rumah flat kakakku itu pintunya tebal dan kedap bunyi… dan jika radio terpasang kuat pun… hanya berkumandang di dalam rumah sahaja… dan tidak menganggu jiran sebelah menyebelah… kakakku sengaja memasang kuat TV itu kerana kadang -kadangkala kakakku merasa seperti dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu… Apabila ada bunyi-bunyian di dalam rumah kakakku tidak terasa sunyi dan seram…

Tam seperti biasa baring dan melihat skrin televisyen yang memeaparkan gambar yang bergerak-gerak. kakakku tiba -tiba terlihat seperti seekor kucing menyelinap di celah kerusi. Kakakku terpandang sekilas dan segera mencari arah kucing (yang disangkakan Tam) di mana kali terakhir ianaya dilihat. Kakakku tersangat haitan kerana Tam masih ditempatnye..khusyuk melihat tv. Hati kakakku tak sedap dan segera menyudahkan kerja di dapur dan segera ke depan televisyen untuk menonton. Kakakku melihat Tam tiba-tiba bangun dari tempatnya dan menyembunyikan dirinya di celah kaki kakakku. Kakakku bertanya kepada Tam yang kelihatan mengeram perlahan dan merenung di sekitar seperti ada sesuatu yang menganggu matanya…

Tiba-tiba… terpaku dan mengigil kakakku melihat susuk kucing yang besar berwarna hitam merenung kakakku dengan tajam. Mata kucing itu bersinar dan berwarna merah merenung tepat ke arah kakakku. Kakakku masih terpaku kerana terlalu terperanjat dan takut. Bagaimana kucing yang agak besar itu boleh masuk ke rumah sedangkan kakakku telah mengunci pintu sedari pukul 7.00 malam tadi???

Kakakku teus beristigfar… dan cuba bertenang. Tam seperti agak takut melihat kucing yang boleh dikira sekali besar dari saiznya… Segenap kekuatan kakakku cuba melawan cara halus…

kakakku membacakan ayatul kursi dengan kuat dan cuba membacanya dengan betul walaupun terlalu gugup…semakin kakakku membaca dengan kuat… kucing itu bagai melangkah kedepan… menghampiri kakakku yang kecemasan…

Matanya yang merah menyala bagaikan ada nyalaan api didalammya amatlah menyeramkan..suasana yang agak tegang menengelamkan segala bunyi televisyen.Kakakku cuba sedaya upaya menghabiskan bacaannya dan mengulanginya beberapa kali.. Sambil itu kakakku cuab menghalau kucing misteri itu

“Aku tak kenal kau…buat apa kau datang sini…” kata kakakku…

“Baik kau keluar dari rumah ini dan balik ke rumah tuan kau…” sambung kakakku lagi yang telah mula berani..

kakakku segera mencapai sebatang kayu yang ada di tepi kerusi iaitu kayu seakan rotan padu yang memang disimpan didalam rumah untuk menghalau binatang berbisa. Kakakku mengacukan kayu itu ke arah kucing misteri itu.

Kucing misteri itu berhenti dan memandang dengan marah. Mulutnya terbuka mempamerkan taringnya yang panjang dan tajam. Sekali lagi kakakku terpaku kerana amat panjang dan luar biasa taringnya.kakakku telah pasti itu bukan kucing biasa…dan jelmaan daripada makhluk halus… Kakakku terus menghayunkan kayu dan bangun mengejar kucing misteri itu.

Kucing itu tiba-tiba terus melompat ke arah tingkap dan menghilang begitu sahaja… Kakak ku yang pucat lesi kerana amat terkejut kucing itu tiba-tiba melompat keluar terus terduduk dan mengucap beberapa kali.

Credit : Sumber

Rumah Hantu Di Shah Alam

cerpen.info (8)

Mungkin ramai dah tahu tentang Cerita Rumah Hantu Di Shah Alam, di mana budak-budak yang dok menyewa kat situ meninggal dunia kerana dikacau hantu.

Apakah kebenaran cerita tersebut? Adakah ia benar-benar berlaku? Bila ia berlaku? Banyak sangat misteri yang menyelubungi cerita ini.. Tak tahu pula kita mana satu yang betul mana satu yang salah.

Tambahan pula budak-budak UiTM ni memang suke bergossip.. (Che Yan pun budak UiTM jugak).. Makin tersebarlah cerita-cerita tentang kehantuan sebuah rumah di Shah Alam.

So atas risikan dan siasatan (ala-ala CSI sikit), Che Yan mendapati bahawa ada 2 buah rumah yang dikatakan berhantu…

RUMAH NO 1 (Rumah Banglo Seksyen 3 Shah Alam)

Ni lah diantara dua rumah yang dikatakan berhantu itu.. Scary tak?? Boleh lah.. Oleh kerana Che Yan dah biasa sikit ngan keadaan rumah-rumah berhantu ni, so Che Yan bagi 3 bintang. Seram jugak lah duduk lama-lama kat depan rumah tu.. Che Yan ambil ini gambar daripada blog bro Mazidul Akmal (mazidulakmal.com)..  Kamera Che Yan takda flash, so macam susah sikit lah mau ambil gambar tengah-tengah malam buta.

Che Yan telah pun menemuramah seorang wanita yang rumahnya berdekatan dengan rumah tersebut, Mak Cik yang sangat ayu itu mengatakan bahawa, anak dia pernah nampak Pocong kat area tu. Untuk meyakinkan bahawa ada Pocong, Mak Cik tersebut juga mengayakan tangan ke depan. (Mak Cik! Tangan kedepan tu hantu Cina, bukan Pocong). Hadeeeh!!!!!!!!!!!!

Rumah No 2 (Rumah Teres Seksyen 2 Shah Alam)

Ini merupakan rumah satu lagi di Seksyen 2 pula.. Keadaan rumah ni dah pulih sedikit tapi masih lagi seram.. Tapi ramai je yang parking kereta kat depan dan tepi rumah ni.. Maklumlah, Shah Alam dah jadi macam KL.. Memang SUSAH kalau nak cari parking, walaupun kat kawasan rumah sendiri.

Nasib baik Che Yan ni memang mat Rempit sejati, gambar ni pun Che Yan amik kat internet, sebab masa nak snap gambar, bateri kong plak.

HMMMMM… Betul ke rumah ni berantuuu??? Macam tak je… Memang lah rupe bentuknya agak scary, tapi normal lah rumah dah lama tinggal.

Che Yan rasalah, kedua-dua rumah ni memang tak berantu… Tapi yang berantu dulu budak-budak yang duduk dalamnya.. Hahaha..

“URBAN LEGEND SHAH ALAM”

Cerita Hantu – Teksi

Taxi Misterius

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan. Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja. Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung.

Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami. Sempat jugak saya bertanya, “Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?” Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat. Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila menyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat.

Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak saya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali. Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak saja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi. Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

Sumber : Dunia Seram