Kisah Misteri – Buang Makhluk Halus

cerpen.info (21)

Pengalaman Berubat Buang Makhluk Halus Yang Menumpangkan Badan Aku

TARIKH KEJADIAN: Ahad, 23 Oktober 2012

TEMPAT: Seremban, Negeri Sembilan

BAB 1: Sebulan Sebelum Kejadian.

SHAH (bkn name sebenar), housemate aku merangkap kawan baik aku kat KL nie pergi berubat.. Setelah dipaksa oleh ibundanya yang tercinta.. Ustaz kat situ telah mengesahkan die ada JIN SAKA dan JIN SIHIR/ASYIK dalam badan die.. Aku tak gi la pun.. Just tengok video yg pakcik die rakam je tu pun tak abis sebab boring.. Masa nie SHAH gi berubat dengan ditemani oleh ibu, maksu dan paksu beliau.

BAB 2: Beberapa Hari Selepas SHAH Berubat..

Buat pengetahuan semua, rumah aku nie gan rumah kedai dekat je.. Kalau makan malam, aku jalan kaki je gi kedai… Nak dijadikan cerita, on the way aku jalan kaki dari kedai mamak ke rumah, ternampak lak sebijik kereta yang aku rasa macam kenal jer… Pastu ternampak SHAH kat tepi kete tu.. Baru aku perasan kete tu kete sepupu beliau… So aku gi kete tu tegur-tegur la famili die.. Dalam kete tu ada ibu, maksu dan paksu beliau.. Aku salam cium tangan dorang… Pastu SHAH sembang-sembang gan famili die, pastu famili die pun blah.

Pastu SHAH ajak aku gi 7e jap.. Masih lagi berjalan kaki.. Pastu baru la aku terpikir nak bukak mulut pasal kes die berubat tu..

Aku: “Baru aku teringat nak cakap.. Ingat tak hari ko balik dari gi berubat tu?? Malam tu aku rasa semacam taw.. Aku takde la rasa takut ke, seram ke.. Tapi rasa something wrong… Macam ada bende je tak kene.. Terasa macam tak selesa pun ada.. Nak explain pun tak reti, tapi senang cite rasa tak best la..”

Shah: “Haaaaaaaaaa… Ko kene ikut aku..!”

Aku: “Gi mana??”

Shah: “Gi berubat jugak la.. Masa aku abis berubat tu, Uztaz tu tanye kak famili aku(ibu, maksu dan paksu) ada rasa ape-ape tak?? Famili aku kate takde.. Uztaz tu macam pelik laaa.. Sebab selalunya ada orang akan kene tempias… So aku rasa, ko la orangnya..!!!”

Pelik gak, jauhnya tempias tu…  N9-KL tuuuuuuuu…

BAB 3: Di Hari Kejadian..

Bab nie yang paling penting aku nak share..

Yang pergi masa nie aku, SHAH dan ibunda SHAH… Ustaz tu tanye sapa yang nak gi berubat.. Mule-mule aku tunjuk la SHAH tu.. Sambil tunding jari ke arah aku,”Yang nie??”… Pastu ibu SHAH yang jawab, “Yang nie just nak scan tengok ada ke tak”… So ustaz tu bagi borang isi maklumat peribadi dan tick tanda-tanda yang dorang listkan.. Pas abis cerita nnt, aku tuliskan kat bawah list yang aku ingat..

So ustaz tu start gan aku dulu.. Mule-mule die tanye aku ada pakai tangkal ke, belajar silat ke, apa-apa jenis ilmu batin la.. Aku cakap la takde… Mana la aku reti bende-bende ngarut macam nie.. Ustaz tu suh aku duk bersandar kat dinding dengan kaki menjulur dan tangan atas peha… Ustaz tu duduk kat hujung kaki aku dan start baca beberapa surah, tak silap aku yang ada surah Sulaiman.. Pastu die bagi aku segelas air, maybe air Yassi di pegang tangan kanan dan tangan kiri pegang kertas.. Pastu aku disuruh baca kandung yang tertulis kat kertas tu… Ayat penuh tak ingat, tapi kandungan kertas tu mengatakan aku tak nak ada ape makhluk dalam badan aku… Then, ustaz suh aku selawat n teguk minum 3x, pastu baru abiskan terus air tu.

Pastu Ustaz tu spray air (maybe air yassin) kat hujung kaki, belakang  tangan dan tapak tangan.. Masa tu aku pejam mata sebab dalam video SHAH tu, SHAH pejam mata… So aku ingat kene pejam mata… Ustaz tu start baca balik ayat-ayat Al-Quran.. Aku diam sambil pejam mata dan dengar ayat-ayat tu.. Masa tu terasa bergerak-gerak kaki aku.. Aku hengat, sebab lenguh ke hape.. Abis je baca, Ustaz tu cakap due-due ada.. Jin Saka ada, Jin Sihir/Asyik pun ada… “Laaaaa.. Ada ke.. Macam takde”, kata aku.. Aku tanye, boleh bukak mata ke??? aku nak tengok gak bergerak-gerak tu.. Skali boleh… hahahaha.. aku ingat wajib kene pejam..

Bermula la sesi berubat.. Ustaz tu bergerak dari duduk ke hujung kaki aku, ke sebelah kanan aku.. Aku disuruh genggam tangan kiri dan kanan tapi jari telnjuk terbukak(macam dalam tahiyat awal/akhir tu laa…), tapi masih keadaan kaki menjulur.. Sambil spray air yassin dari kaki ke tangan dengan bantuan ayat-ayat al-Quran, jin-jin tersebut si suruh pergi ke jari aku.. Bermula pertanyaan pada jin saka, Ustaz tu cakap,

“Wahai Jin Saka, aku ingin bertanya kepada kamu..  Apakah Akidah kamu?? Jika kamu Islam, gerakkan jari kanan.. Jika kamu kafir, gerakkan jari kiri”… Jari kiri bergerak-gerak, tapi tak kuat.. Ustaz tu terus baca ayat al-Quran, dan ketuk-ketuk pergelangan tangan kanan, kemudian kiri.. Spray-spray air Yassin lagi.. tak turun-turun.. Masa nie jari kiri aku bergerak-gerak kuat sikit… “Turun lagi.. lagi.. sampai sini”, kate ustaz tu sambil tunjuk peha aku… tak turun-turun jugak… Degil saka nie.

Pastu tukar, tanye Jin Sihir/Asyik… Sama macam Jin Saka… Tapi bile ustaz tu suh turun lagi, terkezut aku… jari kiri aku turun sendiri hampir cecah peha… “Kafir due-duenya”, kate ustaz tu… Ustaz tu teruskan bacaan, dan suruh Jin Sihir/Asyik masuk Islam… Kalau nak, gerak jari kanan, taknak gerak jari kiri.. lepas dipujuk-pujuk, Alhamdulillah, jari kanan aku yang bergerak… Ustaz tu suruh Jin tu ikut die bacakan Syahadah, dalam masa yang sama aku kene baca jugak sebab Jin tu akan ikut aku.

Dan ustaz tu kate nak rukyah kan jin tersebut.. Aku disuruh pejam mate dan dengar bacaan die dengan kusyuk.. Sambil pegang ubun-ubun kepala aku, kemudian die bacakan surah-surah tertentu… Setel pasal Jin Sihir/Asyik.

Kembali semula ke Jin Saka.. Proses die sama macam mule-mule tadi.. Jari telunjuk aku still bergerak-gerak sikit.. Ustaz tu suh Jin tu mengaku kalau tak dia akan bacakan ayat-ayat yang lebih ‘panas’… Still jari telunjuk kiri bergerak-gerak jer, tapi tak turun… Pastu Ustaz tu tanye aku, “Nak taw tak saka nie dari blah ayah ke mak??”.. Aku nganggung je masa.. Still dalam keadaan duduk melunjurkan kaki, aku di suruh depa tangan kedepan (macam nak lurus kan barisan) tapi tapak tangan bengkok ke bawah (Macam hantu cina yang lompat pun ada).. Lepas ustaz tu cakap, “Jika kamu datang dari blah ayah, turunkan tangan kanan.. Jika ibu, turun tangan kiri”… Serius, kali nie paling terkejut… turun tangan k_____ aku (demi menjaga nama baik ayah dan ibu aku, aku tak kat sini tak nak bagi taw tangan kanan ke, tangan kiri ke yang turun).. terasa ada orang tekan kat bahagian lengan aku (anggota badan yang dari bahu ke siku tu lengan kan kan?? tetiba macam kompius plak)…

Pastu ada lagi proses die.. Dekat sejam baru abis semua bende…

PENUTUP Kalau ikutkan, ada lagi proses-proses die selepas tu.. Tapi disebabkan ada proses yang memelukan pergerakkan tubuh, so susah aku nak cite pergerakkan tu… Yang aku cite-cite bab penting-penting  je.. macam tanda-tanda bergerak-gerak kat kaki, jari macam vibrate, tangan turun sendiri…

Macam aku cerita kat atas pasal list-list yang kene tick tu, kat bawah antara list-list die.

TANDA-TANDA KETIKA JAGA

– Nampak makhluk halus..

– Dengar bisikan

– Pelupa

– Menyepi dan masa

– Dada berdebar

– Sakit kepala

– Melihat objek bergerak

– Panas baran

– Hilang tumpuan ketika solat/zikir

TANDA-TANDA KETIKA TIDUR

– Susah tidur

– Kerap terjaga

– Kene himpit

– Kacip gigi

– Ketawa, menjerit dan menangis

– Mimpi seram

– Mimpi kanak-kanak

– Mimpi orang meninggal

– Mimpi makan

– Mimpi jatuh

– Mimpi makan

– Mimpi kubur/darah

– Mimpi banjir

– Mimpi rumah lama

– Mimpi ditempat kotor

– Mimpi terima barang

TANDA-TANDA PADA BADAN

– Sukar mengandung

– Keguguran

– Haid tak teratur

– Kayap

– Gatal-gatal pada badan

– Jerawat teruk

– Cacat sejak lahir

Aku share list-list nie, kot-kot korang ada masalah yang sama.. Maybe terkene jugak.. Kalau boleh kite tak nak la bende-bende nie kacau keturunan kite.. Sebab menujuk ustaz tu, bende nie beranak-pihak.. die kalau masuk dalam badan, die masuk sepasang.. Die boleh kacau otak dan keturunan kite.. Boleh sampai taraf kacau jodoh dan kandungan atau keturunan.. Takkan nak biar bakal-bakal anak tu jadi kaki rempit kan kan.

Pasal bayaran, seikhlas hati… sebab ustaz tu kate, ayat al-Quran tak boleh dijual beli.. Die tak letakkan harga.

Dan sebagai maklumat tambahan, tempat yang aku gi tu, Pusat rawatan.. Masa 1st time SHAH datang, dan hari yang aku datang gan die tu.. yang mengubat tu, 2 orang yang berlainan.. aku tak sure ada berapa orang ustaz kat Pusat Rawatan tu.. Kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Credit : Sumber

Apakah Pesan Roh Kepada Manusia?

Apakah Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

“Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

“Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :

“Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

“Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”.

“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab:

“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah saw lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as.Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt”. Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

“Roh itu menuju ketujuh tempat:

  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  1. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  2. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  1. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wallahualam

Credit : Sumber

Rasai Kehadiran Makhluk Halus

Rasai Kehadiran Makhluk Halus

Berikut adalah enam (6) tanda tanda kehadiran makhluk halus. Makhluk halus ialah sejenis makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar oleh sebanrangan orang, namum kita boleh merasainya, kadangkala kita juga mampu mendengarnya.Makhluk halus biasanya berada di tempat-tempat kotor, berair, hutan, semak, belukar, rumah kosong mahupun di sekeliling kita jika dizinkan. Tanda-tanda kehadiran makhluk halus :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.

4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing. Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.

Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala mengikut kepercayaan orang dulu-dulu.

Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.Sehinggakan rumah anda akan berbau

hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.

Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepada kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahawa Allah SWT Maha mengetahui disebalik setiap kejadian yang berlaku.

Credit : Dunia Seram

Doa ismul a`dzam

Doa - cerpen.info

Doa ismul a`dzam (Aplikasi Doa IA didalam rawatan sihir, saka, gangguan dan lain lain)

Mulakan dengan nama Allah…

Setiap perbuatan yang di mulakan dengan Bismillah :

بسم الله

( Dengan Menyebut Nama Allah)

Bacalah Ketika memulai segala perkara yang penting dan Bermanfaat :-

Khasiat-Khasiatnya yang telah teruji dan bermanfaat :

  1. Di jaga dari syaitan , sehingga ia tidak ikut makan dan menginap bersama orang yang membacanya (*1)
  2. Menyempurnakan Keberkahan sesuatu urusan (*2)
  3. Dijaga dari syaitan dan Basmalah itu menjadi tutupan dari pandangan syaitan, sehingga ia tidak akan bisa membahayakan orang yang membacanya (*3)

______________________________________________________________________________

(*1) HR.Muslim (no 2018)

(*2) Di sohehkan oleh sekelompo ulama, di antaranya Ibnush Shalah dan An Nawawi dan al Adzkaar. Syeikh yang mulia Ibnu Baaz mengatakan bahwa hadits ini hassan denga didukung oleh hadits-hadits yang lain( yang semakna denganya )

(*3) HR.AtTirmidzi. Dishahhkan oleh Syaikh al Albani dalam Shahiih a-Tirmidzi (no.496)

Wallah hualam

DOA ISMUL A’DZAM (IA)

Apabila ingin berdoa atau sesuatu hajat

Mulakan dengan Bismillah .


بسم الله

يا الله
يا ارحم الراحمين
يا حنان يا منان
يا حي يا قيوم
يا كريم يا رذاق
يا ذا الجلا ل و الاءكرام
لا اله الا انت سبحنك اني كنت من الظلمين

Ya Allah,

Ya Rahman, Ya Rahim

Ya Hannan, Ya Mannan

Ya Hayyu , Ya Qayyum

Ya Karim, Ya razzaq

Ya Zal jala liwal ikram

La ila Ha il la Anta, subha naka inni kun tu minazzolimin

A`u zubikalima tillahi minsyarrima kholaq…

(Aku Berlindung Dengan kalimat Allah Yang Sempurna Dari Kejahatan makhluk CiptaaNya)

La hau lawala quwa ta illa billah

(Doa lah yg baik baik insyallah di makbulkan yakin pada Allah yg meng kabulkan)

Penutup doa. (Alhamdulillah hirabbil alamin)

______________________________________________________________________________

IKRAR PEMUTUS HUBUNGAN DENGAN JIN ‘

Segala Puji dan Syukur milik Allah dan Salawat serta Salam buat junjungan Rasulullah SAW. Ikhtiar di bawah untuk memutuskan perjanjian kita atau datuk/nenek moyang kita dengan spesis jin/saka. Ikhtiarkan bacaan ikrar di bawah ini bersungguh-sungguh dengan harapan bantuan Allah untuk memutuskan perjanjian dengan semua jenis jin.

Ambil air mineral/zamzam/Rukyah Surah-Surah ini (Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al-Baqarah ayat 285 dan 286, Al-Ikhlas, Al-Falaq, Annas.), kemudian bacakan ikrar di bawah ini perlahan-lahan, memadai boleh didengar sendiri dan bulatkan hati memohon pertolongan dari ALLAH SWT.

Habis baca tiupkan di dalam air serta minum, ikhtiarkan berterusan, Insya Allah anda akan rasa kesannya. Selamat Mencuba, Wallahu’alam.

______________________________________________________________________________

Doa Ismul A’dzam

IKRAR PEMUTUS


بسم الله

Ya Allah , sesungguhnya saya dan mewakili keluarga saya dengan penuh sedar dan insaf dengan ini mengisytiharkan :

1.Memutuskan semua perjanjian atau ikatan yg kami atau orang sebelum kami pernah lakukan secara sedar atau tidak dengan golongan jin sekiranya ada

2.Mengharamkan tubuh kami dr dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin

3.Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah.


بسم الله

Ya Allah mulai dari saat ini :

Saya haramkan semua makanan saya, minuman saya, seluruh anggota tubuh saya dari semua jin di dalam dan di luar tubuh saya atau yang mengganggu saya,

Sekiranya Ya Allah

Mereka makan, minum, guna, ganggu, jadikanlah Ya Allah semua pemberian dan milikMu itu Ya Allah sebagai racun,

Racun yang amat panas

Racun yang amat bisa

Racun yang membakar

Racun yang membunuh

Semua jin-jin itu Ya Allah

Amin 3x Ya Rabbal A’lamin .

Adab Doa

  1. Niat /tujuan doa, semata-mata kerana Allah SWT bukan/jangan kerana makhluk atau selain dari Allah.
  2. Hadirkan dalam hati perasaan berhajat kepada bantuan Allah dengan sungguh-sungguh, iaitu sebelum berdoa.
  3. Ketika sedang berdoa hadirkan rasa takut doa tidak dikabulkan dan ada keinginan yang sangat kuat dan sungguh sungguh supaya Allah Swt terima doa kita.( Allah SWT sebagaimana hambaNYa sangkakan)
  4. Pelihara hati dan jaga perasaan supaya jangan ada sedikit pun ragu-ragu terhadap penerimaan doa iaitu didalam seruan Ismul Adzam.

Cara Seruan Ismul A’dzam

  1. Yakin dengan Janji Nabi SAW.
  2. Semasa membaca doa Ismul Adzam atau seruan Ismul Adzam HATI perlu tawajjuh (tumpuan yang sangat kuat) dan juga sesuai dengan Makna Asma Ul HUsna. Amin

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam telah berpesan kepada kita untuk tetap berpegang dengan sunnahnya dan sunnah para sahabatnya:

dan dihasankan oleh Al-Albani

عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ. – أخرجه الترمذي وحسنه الشيخ الألباني

“Wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnahnya para khulafaur Rasyidin yang diberi petunjuk. Gigitlah ia dengan gigi gerahammu”. (HR. Tirmidzi)

Pada suatu hari Rasulullah menggaris di depan kami satu garisan lalu beliau berkata : “Ini adalah jalan Allah”. Kemudian beliau menggaris beberapa garis di sebelah kanan dan kirinya lalu beliau berkata : “Ini adalah jalan-jalan, yang di atas setiap jalan ada syaitan menyeru kepadanya”. Kemudian beliau membaca (ayat) : “Dan sesungguhnya ini adalah jalanKu maka ikutilah jalan itu dan jangan kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) maka kalian akan terpecah dari jalanNya”. [QS. Al ‘An’am : 6 / 153]

Sharing is caring

Assalamualaikum.

______________________________________________________________________________

Dzikir Dan Berdoa

Adapun adab berdzikir yang sesuai dengan sunnah adalah sebagai berikut :

Pertama, dilakukan dengan suara lemah lembut/merendahkan suara, karena Allah Ta’ala berfirman,

“Wadzkur rabbaka fii nafsika tadharru’aaw wa khiifataw wa duunal jahri minal qauli bil ghuwwi wal ashaali wa laa takum minal ghaafiliin” yang artinya “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai” (QS Al A’raaf 205)

Kedua, hendaknya dilakukan sendirian atau tidak beramai-ramai atau tidak dipimpin oleh seseorang, karena jika dzikir secara beramai-ramai atau dipimpin oleh seseorang maka menyelisihi firman Allah Ta’ala di atas pada surat Al-A’raaf ayat 205 yaitu pada kalimat “dengan tidak mengeraskan suara” dan juga berdasarkan keumuman hadits berikut,

Dari Abu Hurairah radhiyallaHu ‘anHu, Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda, “Tujuh orang yang dilindungi Allah dalam naunganNya pada hari tidak ada naumgan selain naunganNya yaitu : Imam (pemimpin) yang adil…dan seseorang yang berdzikir kepada Allah di tempat yang sunyi lalu matanya mencucurkan (air mata)” (HR. al Bukhari)

Syaikh Hamid At Tuwaijiry dalam Kitabnya Inkaru At Takbir Al Jama’i wa Ghairihi berkata,

Dalam Shahih Bukhari (no. 1830) dan Shahih Muslim (1704) dari ‘Ashim Al Ahwal dari Abu Utsman dari Abu Musa Radhiyallahu ‘anhu berkata, ‘Ketika Rasulullah berjihad pada perang Khaibar…, mereka (para sahabat) menyerukan takbir seraya membaca, ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah’ dengan suara keras,

Maka Rasulullah bersabda, “Tahanlah diri kalian, sesungguhnya kalian tidak berdoa kepada Dzat yang tuli maupun jauh, sesungguhnya kalian berdoa kepada Dzat yang Maha mendengar yang dekat dan Dia selalu bersama kalian”.

Jika Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam melarang orang – orang yang meneriakan takbir padahal mereka berada di tanah lapang, maka perbuatan orang-orang yang bersahut-sahutan di dalam Masjidil Haram lebih terlarang lagi, karena mereka telah melakukan beberapa bid’ah yaitu berdzikir dengan suara keras, bersama -sama melagukannya sebagaimana yang dilakukan paduan suara, mendendangkannya dan mengganggu orang lain, yang semuanya ini tidak boleh dilakukan”

Ketiga, jika menghitung bacaan dzikir maka hendaknya menggunakan jari – jari tangan kanan sebagaimana hadits berikut :

Abdullah bin Amr radhiyallaHu ‘anHu berkata, “Ra-aytu rasulullahi ya’qidut tasbiiha bi yamiinihi” yang artinya “Aku melihat Rasulullah menghitung bacaan tasbih (dengan jari – jari) tangan kanannya” (HR. Abu Dawud no. 1502, At Tirmidzi no. 3486, Al Hakim I/547 dan Baihaqi II/253, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahiih At Tirmidzi III/146 dan Shahiih Abu Dawud I/280)

Wallahu’alam

Credit : Sumber

 

Saka – Rawatan Awal Memudahkan Kesembuhan

Rawatan Awal Memudahkan Kesembuhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi pesakit gangguan saka yang telah dikenal pasti bolehlah mengamalkan amalan pemutus saka seperti terdapat dalam blog ini dibaca sekali selepas solat lima waktu selama sebulan

Bagi yang tidak dapat mengenal pasti gangguan boleh juga cuba membacanya. Andai ada respon seperti menangis, seram sejuk, getaran dan lain-lain maka kemungkinan terdapat gangguan jin saka adalah besar. Mendahulukan rawatan saka menyebabkan proses penyembuhan gangguan akibat sihir menjadi lebih mudah.

Saka bukanlah satu penyakit yang berat/sukar untuk dirawat. Mentaliti sebegini menyebabkan kesembuhan jadi sukar kerana sangkaan yang salah telah tertanam di dalam minda sebegitu lama. Sangkaan suatu penyakit itu sukar sembuh, jin tu kuat, tempat itu keras adalah sikap minda yang salah dan akan diterjemahkan benar-benar terjadi di dalam kenyataan.

Oleh itu persepsi kita terhadap sesuatu penyakit/perkara adakalanya perlu diubah terlebih dahulu untuk memudahkan kesembuhan. Tidak ada yang sukar jika Allah menghendaki. Semua penyakit sembuh hanya dengan keizinan Allah dan kesusahan kita di dunia menanggung sakit,mencari pusat rawatan @ulangan rawatan yang kadang-kadang sehingga mencapai tempoh setahun atau lebih diharapkan menjadi kafarah dosa dan amat kecil jika dibandingkan dengan kesusahan dan azab akhirat.

Perlu istiqomah dengan rawatan dan kesembuhan sepenuhnya bukanlah perkara mustahil.

Kaedah Rawatan Saka peringkat awal-ruqyah, mandi ais, bekam, baca amalan pemutus saka, zikir pedinding diri berterusan walaupun telah sembuh.

Saka kronik/lama-ruqyah, mandi ais, mandi ais intensif (kekerapan bergantung kepada kes), kerap berbekam, baca amalan pemutus saka, minum madu, baca quran satu juzuk sehari, kurma,minyak habbatussawda, minyak zaitun, rotan(kalau perlu), zikir pedinding diri berterusan, banyakkan amalan sunnah dan dakwah, sedekah, nazar yang baik, jihad fi sabilillah

Semua amalan ini bergantung kepada kemampuan dan kesungguhan pesakit untuk sembuh.

Saka kronik/lama kadang-kadang mengakibatkan : kanser, batu karang, kencing manis, kudis yang sukar sembuh walaupun disapu ubat krim, tanda merah pada kulit/betis, pening yang kuat dan lain-lain lagi

Credit:Sumber

Dirasuk Makhluk Al-Hin

Mahluk Al-Hin

Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin..

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii…hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak…

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba…

Pesakit: Ermm..wanginya… lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish…tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam….

Saya: Hah…sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah…Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni…!..Kang….

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer…

Pesakit: Aku tak tipu lah…Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah…banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan…aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi… Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami….

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari… Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa….

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu…

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah…

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia…Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la…aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia…

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan…?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah…

Pesakit: ku tahu…tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran…

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi…

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku…boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah…kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah…kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu…Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi…

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku…Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat…

Saya: Ooo…macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer…baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii…lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak…Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar…? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu…Rasa nak tengok jer diri kamu tu…

Pesakit: Boleh dengan izin Allah…kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur…Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

———

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

———-

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap… Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi….

Sekian..

Jawapan Ustaz Azhar idrus

p/s : …Fakul innamal ghaibulillah. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah

(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)