Kisah Seram – Pontianak Yang Menyamar

Pontianak Yang Menyamar

Selepas makcik selesai berubat, kini tiba giliran kawanku pula.. kawanku itu memulakan bicara bahwa dia sering sakit dan bermimpi pelik dan menakutkan setiap malam. Aku mendengar setiap butiran Wati. Aku melirik ke arah dua kawanku Amy dan Mimi. Aku terperasan yang Amy bagaikan tidak selesa dan matanya meliar. Aku menegur Amy tetapi dia buat tak kisah aje. Hembusan nafasnya juga kencang apabila Wati mengadu kepada Pakcik M sedangkan aku dapat melihat Pakcik M memandang sekilas ke arah Amy. Amy mula gelisah. Pakcik M dan aku melihat keadaan Amy yang seperti serba tak kena. Aku hanya meneka dalam kesamaran…

Pakcik M memandang tepat ke arah Amy dan membuatkan rakan aku Wati terpinga-pinga. Aku mengajak Wati dan Mimi yang duduk bersebelahan dengan Amy berganjak dan pergi ke sofa yang berhampiran. Wati kehairanan.. Lantas aku menarik tangan mereka supaya beredar segera dari duduk disebelah Amy. Aku masih lagi memerhatikan pergerakan Amy.. Tiba-tiba Pakcik M bersuara dan berkata denganku “Kau pun tahu jugak ke.. Siapa pontianak dan siapa yang sakit sebenarnya kat sini?”aku tergagap.. “Tidak.. Saya cuma meneka kerana perangainya lain sekarang..” Tetapi dalam hatiku aku juga pelik bagaimana aku dapat perasan begitu pantas.

Mata Amy semakin meliar dan mula mengeram halus.. mula resah dan secara tiba-tiba menyeringai.. aku jadi takut. Amy mengcengkam kepala lututnya dengan kejap.. aku pun tak tahu nak buat aper nih. Pakcik M bertanya siapakah namanya dan mengapa dia menganggu cucu adam??

Amy masih lagi dalam keadaan tadi dan hanya memandang sinis. Pakcik M telah bertanya berkali-kali tetapi Amy boleh buat ‘dek’ aje. Pakcik M pergi ke dapur mengambil sesuatu. Aku melihat Pakcik M mengeluarkan seseuatu yang bergumpal yang disimpan di dalam kotak kecil yang seakan-akan rambut.

Pakcik M bertanya untuk kali yang terakhirnya.. Siapakah di dalam badan Amy dan mengapa menganggu mereka sambil mengacukan gumpalan rambut dan dibawahnya tersedia lighter untuk membakar gumpalan itu.. Mata Amy merah dan teragak-agak dan tunduk. Pakcik M mengertak lagi dan mengatakan padaku bahawa gumpalan rambut yang dipegangnya adalah gumpalan rambut pontianak. Bila Pakcik M bertanya lagi tentang kenapa dia mengacau rakanku wati. Amy masih bernafas keras.. Pakcik M mengambil Lighter(pemetik api) dan mula hendak membakar rambut yang dipegang tadi.. Amy bebunyi takut dan berkata-kata seakan mengilai.. nadanya yang tinggi.. menakutkan aku, wati dan beberapa tetamu yang ada..

Aku dan tetamu mulai waspada.. Amy yang mengeletar cuba bangkit dan melangkah melepasi meja ruang tamu (meja yang selalu diletakkan antara sofa) dan jatuh. Pakcik M menerpa dan mengangkat rambut itu menghalakan pada Amy lalu dibakarnya rambut itu . Amy masih mengilai dan cuba merampas rambut itu tetapi tak berdaya dan menangis..

Tangisannya amat mendayu dan meremangkan bulu roma. Pakcik M berjaga dan kembali bertanya.. Amy berkata dia disuruh oleh seseorang. Pakcik M bertanya lagi siapa?? tetapi Amy menyambung nangisnya… tetapi Pakcik M tidak terpedaya dengan helah pontianak itu. Sambil sekali lagi menyalakan lighter dan merapati rambut itu, Pakcik M sekali lagi bertanya membuatkan Amy atau pontianak yang merasuknya memandang tajam ke arah pergerakan tangan Pakcik M..

Pakcik M bertanya lagi tetapi kali ini memintanya keluar dengan cara baik. Pontianak itu menjegilkan matanya dan berdegil.. Pakcik M menyimpan rambut pontianak itu ke dalam bekas khas dan merapatkan tangannya sambil membaca ayat suci yang dibaca di permukaan air yang diberikan oleh isterinya selepas Pakcik M minta. Pontianak itu mengilai sekali lagi apabila ada ayat yang dibaca dengan kuat oleh Pakcik M yang membuatkan pontianak itu meraung kesakitan. Selepas bertarung 15 minit.. Amy jatuh dan pengsan. Aku dari tadi memerhatikan tingkahlaku Amy ingin menolong Amy tetapi ditegah. Pakcik M menyuruhku bersabar seketika kerana Pakcik M ingin memastikan keselamatan aku. Pakcik M merenung Amy yang terbaring sambil menghembuskan nafasnya bersama ayat yang disebut olehnya.. dan Amy masih disitu pengsan.. Pakcik M memberikan isyarat kepadaku untuk mengejutkan Amy..

Aku menarik tangan Amy dan memapahnya. Wati yang dari tadi takut dan matanya terbalalak kerana tak percaya apa yang berlaku di depan matanya mula memberanikan diri menolong aku menarik Amy ketepi. Didalam hati kami masih tertanya siapa yang tidak puas hati dengan group kami? Aku disuruh oleh Pakcik M menyapukan air yang diberi oleh isterinya ke muka Amy. Dan dengan perlahan aku mengikut perintah. Amy mulai sedar dan terpinga-pinga.. badannya lemah dan dia mengadu sakit.. aku hanya menyuruh Amy berehat sebentar dan minum air kosong.

kami bertanya kepada Pakcik M, Pakcik M menyatakan bahawa benda yang merasuk Amy.. Pakcik M hanya menyatakan memang sebenarnya Wati yang sakit dan diganggu oleh pontianak itu tetapi apabila mengetahui bahawa Wati dibawa kesini, pontianak itu terus berpindah dan memerhatikan pergerakan kami. Itu sebabnya Wati merasakan biasa sahaja apabila ditanya oleh Pakcik M..

Aku masih inginkan jawapan dari Pakcik M, kenapa Amy yang terkena atau dipilih oleh pontianak itu sebab satahu aku.. dari luaran Amy nampak cergas dan sedikit kasar. Pakcik M hanya menyatakan bahawa Amy lemah semangat. Pontianak itu juga dikirim dari kampung yang bermaksud Orang dari Kampung Wati telah menyimpan dendam terhadap wati.

Wati maju kedepan dan bersungguh-sungguh bertanya siapakah orang yang sanggup melakukan perkara ini terhadapnya? Setahu Wati dia jarang balik ke rumah Mak ayahnya kerana jauh dan kerana atas tuntutan kerja. Wati hanya menjengukkan mukanya hanya ketika waktu dia dapat apply cuti panjang. Kebanyakan masanya hanya menelefon dan bertanya khabar keluarga. Itu sahaja.. Pakcik M enggan menyatakan siapakah gerangan orang yang menyihir Wati tetapi hanya memberikan klu bahawa ada sesuatu atau seseoang yang akan berhenti kerja dalam tempoh waktu terdekat.

Pakcik M membekalkan bunga 7 jenis dan dua biji limau purut kepada Wati dan Amy. Tujuannya ialah untuk membersihkan aura disamping menutup liang roma bagi menjauhkan pontianak tapi kembali merasuki atau menganggu mereka.. Kami beransur untuk pulang dan jam menunjukkan pukul 12.00 malam.. Semasa aku melangkah dan melambai tangan ke isterinya Pakcik M berkata padaku seorang supaya menjaga tingkah laku kerana aku bukan keseorangan.. Aku berkerut dahi.

Sumber : Dunia Seram

Cerita Hantu – Disampuk “Kakak Cantik”

Kisah Seram - cerpen.info

Assalammualaikum Dzar, Nama saya Kak Sri Surib. Kisah ini berlaku semasa saya berumur 17 tahun, 45 tahun yang lalu.. Ia berlaku di kampung saya di LorongMaidin, dekat dengan MRT Kembangan. Ceritanya begini. Waktu itu, saya bakal bersanding dengan suami. Pada malam Jumaat, saya menjalani upacara berinai dan ia dipanggil “berinai curi” oleh orang-orang dahulu.

Sebelum masuk waktu Maghrib, saya dipanggil oleh kakak saya. Kakak saya sewaktu itu baru sebulan melahirkan anaknya yang keempat. Saya dipanggil kakak untuk masuk ke dalam biliknya. Sewaktu saya baru sahaja ingin memasuki ke dalam bilik, saya ditahan oleh kakak ipar agar tidak masuk ke dalam bilik kakak. Kakak ipar seorang tukang ubat dan dia tahu yang ada yang tidak kena dengan kakak saya. Sebelum saya masuk ke dalam bilik kakak, kakak ipar berikan saya sesuatu.

Kakak ipar: “Kau ambil ini. Bawa masuk ke dalam biliknya. Kau suruh dia minum. Aku tahu ada benda yang tak kena dengan kakak kau tu…”

Apa kakak ipar saya berikan kepada saya adalah secawan air putih yang berisi paku yang telah diasah dan dijampi. Nak tak hendak, saya terpaksa masuk bilik kakak saya sambil menyembunyikan cawan tadi di belakang saya. Tiba di bilik kakak, saya pun tanya, “Nak apa?”

Kakak: “Kau ada duit? Boleh pinjam? Aku sakit. Aku nak pergi klinik besok.”

Saya pun tunjukkan cawan yang berisi air putih dan paku yang diasah dan dijampi tadi kepadanya. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Ini benar-benar terjadi di depan mata saya & saya tak bohong. Kakak yang tadi terbaring terus menangis dan menjerit, “Tak mahu!! Tak mahu!!!”

Dia terus mengilai. Barulah saya tahu yang dia disampuk Cik Pon. Bila kakak menjerit, ketawa dan menangis, saudara yang ada di rumah ketika itu semua masuk ke dalam biliknya.

Kakak diubat oleh bapa saya sendiri. Bunyi kepak itik yang sangat kuat boleh didengar di atap zing rumah kampung kami. ‘Itik’ itu mengebas-ngebaskan kepaknya, mengilai lalu terbang dan hilang. Mujurlah tidak ada apa-apa yang serius terjadi. Saya disuruh masuk ke dalam bilik saya dan kata orang, pengantin baru ni darahnya manis dan mungkin sebab itulah ‘dia’ datang untuk mendampingi saya.

Credit : Dunia Seram

Pontianak Keganasan Dalam Perjalanan Pulang

Pontianak Keganasan Dalam Perjalanan Pulang

Saya ingin berkongsi satu pengalaman peribadi yang sehingga kini tidak dapat hilang daripada fikiran saya.

Apa yang berlaku berlaku tepat pada Disember 2010. Waktu itu malam Jumaat, saya pergi keluar untuk menetapkan telefon rakan saya di Kampung sebelah, aku telah berangkat masuk 7 pm. Pada mulanya saya tidak berasa apa-apa lepas masa sempadan Kampung gelap, tidak ada satu rumah, hanya pokok-pokok renek yang melihat saya di sebelah kiri dan sebelah kanan jalan.

8 pm saya mendapat pengimpal tempat perkhidmatan mudah alih, dan pembaikan persekitaran lengkap mudah alih at 10 pm. Setelah lama tunggu jam sudah merasakan tiada 11:45 pada waktu malam, dan saya mengambil keputusan untuk pulang kerana saya merasa takut jika terpaksa berjalan kaki balik rumah terlalu lewat.

Sewaktu dalam perjalanan balik rumah betul-betul di sempadan Kampung, aku merasa sesuatu yang pelik, Semua tiba-tiba ada bunyi meminati batu berputar di belakang saya. Mula-mula saya tidak benar-benar peduli kerana sesuatu telah berlaku sering di tempat, tetapi semakin lama bunyi bising adalah semakin hampir. Saya cuba untuk menterbalikkan muka lihat kembali, saya tidak nampak apa-apa di belakang saya dan badan saya mula berpeluh.

Saya ingin jalankan sekencang-kencangnya tetapi saya tidak mahu saya rasa takut yang semakin meningkat, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti untuk seketika. Bunyi masih ada dan bertukar menjadi suara seorang memanggil, tapi suaranya tidak begitu jelas. Dari situ saya mula merasa jijik tidak karuan.

Tidak lama selepas itu saya cuba untuk tidak mengendahkan suara panggilan itu. Tetapi tiba-tiba suara yang itu mendengar telah semakin hampir, dan saya akan cuba menterbalikkan badan, dan aku terkejut melihat sosok menyeramkan tidak sangat jauh dari saya berdiri, seorang tokoh yang mempunyai muka tiada, dia rambut panjang ke tanah tetapi tidak kakinya atas tanah.

Secara spontan saya menjalankan sekencang-kencangnya tanpa mengira dia dengan saya atau tidak, saya fikir hanya secepat pulang dengan cepat. Selepas memasuki ke kampung-kampung yang terdapat di dalam rumah dan lampu saya mula memperlahankan larian, saya cuba untuk melihat kembali dengan rasa takut adalah sangat tinggi, saya tidak melihat mana-mana tokoh yang lebih jahat, saya fikir mungkin ianya tidak mahu di tempat-tempat yang terang.

Aku mula berjalan menuju ke rumah dengan tanda soal yang besar di kepala, tertanya-tanya kepada diri saya sendiri Apakah makhluk buat saya nampak tadi. Saya akhirnya mula berasa lega kerana itu sudah di depan rumah.

Sebaik sahaja saya menjejakkan kaki di tangga, tiba-tiba bulu tengkuk saya semua kembali. Cukup yakin, Bilakah persekitaran kaki di anak tangga ketujuh tiba-tiba kaki saya di drag. seperti yang saya tampak tadi, tangan dengan kuku yang sangat panjang memegang kaki saya. Masa itu aku cuba menjerit tetapi tidak dapat, seolah-olah saya telah kehilangan suara saya. Saya mula membaca Al-Quran di dalam hati dan akhirnya tangan itu tanpa mengira terlepas. Aku segera berlari masuk rumah dan menuju ke bilik tidur.

Masa itu orang-orang di dalam rumah adalah tidur itu. Saya dengan serta-merta meletakkan badan di katil yang berharap segalanya telah berakhir. Tetapi apa yang saya boleh… hantu yang muncul dalam Bilik manakala berlegar, dan sekarang mukanya kelihatan dapat dilihat dengan jelas kepada saya, wajah hancur dan penuh ulat-ulat menjijikkan.

Aku ingin menjerit hanyasaja sukar, seperti dibahagian depan rumah tadi, saya tidak boleh bercakap. Dari situ saya mula melepaskan jika memang hantu ini mahu membunuh saya tak apa. Saya tutup mata saya di dalam hati saya mula memberi tumpuan membaca semua ayat-ayat Al-Quran yang saya mengingati. Hantu menakutkan itupun akhirnya hilang dan tidak kembali lagi, dan aku akan tidur dengan tahap kebimbangan yang tinggi…

Keesokan harinya saya tidak diberitahu kejadian malam tadi pada orang lain termasuk keluarga saya, cukup saya sendiri tahu kejadian dengan hantu menyeramkan itu.

Kisah Seram – Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki

Jelmaan Bigfoot, Pontianak usik pendaki

SELAIN cabaran bentuk muka bumi yang mencabar, golongan pendaki juga berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri. TERSEREMPAK bigfoot, pontianak bertenggek di atas batu, mendaki bertemankan ‘pelanduk dua serupa’, laluan mendaki dihalang tembok dan suara perempuan mengilai pada tengah malam. Itu antara pengalaman yang pernah dikongsikan rakan-rakan sehobi sewaktu penulis masih aktif dalam aktiviti mendaki dan meneroka hutan beberapa tahun lalu.

Walaupun kedengaran seperti terlalu tipikal dan tidak masuk akal, kebenaran cerita itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana dialami sendiri oleh rakan-rakan terdekat. Malah satu daripada kejadian tersebut berlaku semasa aktiviti perkhemahan yang disertai sendiri oleh penulis di Hutan Lipur Berkelah di Maran, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu itu, rakan sependakian yang sedang tidur di khemah berhampiran air terjun dikejutkan dengan lembaga seperti bigfoot di depan pintu khemahnya. Kehadiran makhluk berbulu itu disedari beliau selepas terdengar bunyi degusan seperti binatang buas dan ranting kayu dipijak.

“Kami tidur bertiga dalam satu khemah. Dalam samar-samar, saya nampak seperti ada orang mencangkung di hujung kaki (di depan khemah)”.

“Badannya berbulu hitam dan mukanya memandang tepat ke arah saya. Bila saya toleh ke sebelah untuk kejutkan kawan, ia terus hilang,” ujar beliau pada keesokan hari sebelum kami meninggalkan tapak perkhemahan.

Pengalaman bertemu dengan makhluk yang hampir sama turut dilalui oleh tiga lagi rakan pendaki semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor, kira-kira 15 tahun lalu. Dalam kejadian itu, makhluk yang mempunyai ketinggian manusia dewasa itu dikatakan muncul kira-kira 50 meter di depan mereka.

“Ketika itu hujan renyai-renyai, kami berjalan perlahan kerana jalan mendaki licin”.

“Tiba-tiba makhluk berbulu hitam melintas di depan kami”.

“Tak nampak macam Siamang kerana saiznya tinggi dan berjalan tegap seperti manusia,” ujar salah seorang daripada mereka.

Walaupun jarang berlaku, pertembungan manusia dengan bigfoot bukan sesuatu yang baharu di negara ini. Kisah penemuan kesan tapak kaki bersaiz luar biasa pernah beberapa kali dilaporkan di hutan negeri Johor dan Pahang. Bahkan kewujudan orang mawas itu turut dipercayai oleh masyarakat Orang Asli yang menggelarkannya Ta’woi atau Bojos.

Selain bigfoot, kejadian misteri dan seram di hutan tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah gangguan makhluk halus yang menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Antara kejadian yang kerap dialami golongan pendaki adalah terdengar suara perempuan menangis, suara manusia berbual, kelibat manusia berjubah dan kerlipan lampu seolah-olah melihat sebuah perkampungan di tengah-tengah hutan. Bagi yang kurang bernasib baik, makhluk halus kadangkala datang berdampingan dalam jelmaan ‘pelanduk dua serupa’. Kejadian pendaki bertemu rakan sependakian sedangkan individu sebenar berada di suatu tempat lain boleh dikatakan antara yang kerap berlaku.

Dalam kejadian di Gunung Irau, Pahang kira-kira 15 tahun lalu, rakan-rakan penulis pernah berdepan dengan situasi misteri apabila laluan pendakian mereka dihalang tembok batu yang sebenarnya tidak wujud di situ. Menurut ketua ekspedisi, kejadian paranormal itu adalah bentuk amaran oleh makhluk bunian yang mendiami kawasan berkenaan supaya manusia tidak berjalan pada waktu Maghrib.

“Laluan denai hutan yang diselaputi lumut di situ tiba-tiba disekat oleh tembok yang entah dari mana datangnya”.

“Sudah banyak kali saya naik ke Irau tapi tak pernah jumpa tembok di situ”.

“Selepas berpatah ke belakang dan solat Maghrib, tembok itu hilang dan laluan ke puncak Irau ‘dibuka’ semula,” tambah beliau.

Jelasnya, waktu pertukaran antara siang dan malam adalah masa ‘paling aktif’ bagi jin dan syaitan. Justeru katanya, pendaki dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan pada waktu itu.

“Kalau jin Islam mungkin dia mahu kita berhenti sembahyang dahulu. Kalau kena yang kafir, mungkin kita dirasuknya,” ujarnya.

Kisah-kisah pendaki dicuit dan ditepuk ketika sedang mendaki merupakan sebahagian daripada kejadian yang biasa berlaku. Bukan itu sahaja, gangguan makhluk halus juga datang dalam ‘gurauan’ yang lebih agresif. Penulis sendiri pernah melihat penderitaan rakan yang meneguk minyak petrol selepas meracau dipercayai akibat gangguan makhluk halus semasa di kampus. Gangguan selama beberapa hari itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang membawa turun seketul batu dari Gunung Tahan.

Hakikatnya, kejadian-kejadian yang diceritakan di sini hanya mewakili sebahagian kisah-kisah yang dilalui oleh golongan pendaki dan peneroka hutan di negara itu. Walaupun kebenarannya sukar untuk dijelaskan dengan bukti, hakikat kewujudan alam ghaib dan ‘penghuninya’ sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita sejak sekian lama.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20141018/re_06/Jelmaan-bigfoot-pontianak-usik-pendaki#ixzz3t69lVX2x
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kisah Seram – Terjumpa Cik Langsuir Di Masjid Ubudiah

Terjumpa Cik Langsuir Di Masjid UbudiahKisah di berlaku di sekitar tahun 1996-97. Lama dah, tapi masih segar di ingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam di Sungai Perak. Sebenarnya sangat banyak port untuk memancing lampam di sekitar bukit chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing di belakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. Walaupun dengar-dengar cerita tempat yang nak dituju agak keras. Tapi disebabkan ramai, dan musim lampam tengok rancak, hantu setan tolak tepi dulu.

Nak di jadikan cerita, dalam ramai-ramai tu, ada seorang yang last minit kensel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai-ramai mengutuk budak yang tak jadi pergi tu kononnya dia tu penakut la, anak emak la, memacam la kene kutuk budak yang tak jadi pergi tu.

Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta memang tak muat. mana muat 8 orang naik kereta beb… hehehe…

Sampai je ke destinasi, kami semua kene turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yang berdataran. Lokasi sesuai untuk memancing. Turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita, semua pasang jorang dah letak umpan. Umpan pulak pakai perut ayam yang dah peram 2-3 hari, dia punya bau… wow, hehehe… tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam.. kami semua duduk berbaris di tepi tebing sungai.

Masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat. tapi aktiviti memancing diteruskan, ikan tgh main, takkan mau berenti kot.. Tiba tiba..

plop ..!!! plopp…!!!

Bunyi air dilempar batu-batu kecil. Mula-mula kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul-betul, kami dapati bunyi itu terhasil dari batu yang dibaling kedalam sungai.

Pada mulanya, semua orang pakat-pekat buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi… yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dengan tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan sorang pun yang tak kena baling dengan batu. power betul orang yang baling tu.

Dan kami mulanya ingatkan orang yang baling batu itu adalah kawan kami yang tak jadi pergi, tak puas hati kene kutuk punya pasal, saja je datang senyap-senyap dan nak takutkan kami semua. jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada.

Ada la dua-tiga orang yang mulutnya mak babak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yang baling batu tu.. Hati memasing mula rasa tak sedap. kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk. Baru je letak punggung kat atas tanah..

Bedebab..!!!!

Seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul-betul dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tau la.. terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul-betul di tepi tebing. aku pulak time tu dah tengok kira kanan, kalau sorang start lari.. aku pun lari jugak.. takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari… tu yang terpacak je semua tu..

Nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan… elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.. masa dia terbang atas kepala tu, semua otomatik meniarap atas tanah takut kene sambar, angin memang kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang…

Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yang kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit, sekor-sekor kelam kabut nak naik dulu.. dan yg paling tak bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yang ikan lampam tertinggal.. sorang pun tak berani nak patah balik amek.

sumber : Dunia Seram – carigold

Menyertai Pontianak

Menyertai PontianakTiga tahun lalu, apabila Encik perlu pada pesakit luar hospital, hanya saya dan adik saya yang tinggal di rumah. Selepas makcik saya tahu hanya saya dan adik yang tinggal di rumah, saya terlalu diambil oleh makcik saya untuk tinggal bersamanya di rumah bapa saudara. 2 hari kemudian abang saya yang tinggal di luar bandar panggilan ketika ayah saya sakit kerana sihir orang-orang yang benci dengan ayah, bapa saudara saya dan meminta untuk mencari objek kayu hijau di hadapan rumah saya.

Kami melihat ke atas dan mendapati sebilah pisau dengan perlindungan yang hijau, di atas tiada pisau yang coconut shell di sana adalah bunga yang sudah Kering, kulit telur ayam dan Kemenyan. Bapa saudara saya fikir jika ini adalah yang jailangkung, kerana ia mempunyai Cangkerang kelapa yang serupa dengan jailangkung.

Akhirnya saya dan saudara pulang ke rumah bapa saudara saya. Apabila abang saya membuat panggilan beliau berkata jika objek ini perlu didapati tidak lama lagi di ekzos, tetapi bapa saudara saya lupa, dia pun letakkan di dalam Bilik belakang di mana aku dan adik tidur. Malam itu aku bergaduh dengan adik kecil saya, Semua orang dalam rumah kecewa saya kerana ia telah membuat kecoh, malam-malam, adik saya untuk tidur di ruang tamu dan saya tidur sendirian di dalam bilik.

kejadian jam 10 malam, kerana marah saya menangis atas katil, maka saya hanya semata-mata di dalam Bilik dan saya terkejut mendengar bunyi objek jatuh di dalam Bilik, selepas saya melihat lihat tiada siapa objek yang jatuh di bilik itu. Tidak lama suara wanita saya telinga “JANGAN MENANGIS”. Kemudian pintu bilik yang saya membuka kunci dengan sendirinya, kerana takut saya pergi ke ruang tidur bersama-sama dengan adik saya. Suara wanita terus mengikuti saya, saya menutup telinga saya dan mata saya tertutup cuba untuk tidur.

Keesokan harinya aku pergi ke hospital bersama-sama dengan bapa saudara saya melihat bapa saya, saya bertemu dengan ibuku dan memberitahu semua peristiwa-peristiwa yang saya alami malam tadi. Mendengar cerita saya pakcik terkejut, beliau telah memikirkan mesej abang saya jika itu terkutuk benda-benda yang terdapat di depan rumah saya jadi yang ekzos terus ke laut.

Seminggu kemudian ayah saya datang rumah dari hospital. Dia memberitahu saya, apabila saya berada di hospital tersebut, Jadilah seorang wanita berambut panjang yang sentiasa mengikuti saya, pakcik saya juga pernah melihat saya sementara saya menunggu di bapa beliau itu pulang ke rumah dari hospital tiada adalah seorang wanita yang memakai baju putih lanjutan saya sentiasa, sengaja tidak memberitahu saudara saya kepada saya. Tetapi selepas itu celaka objek dalam buangan telah pun tak pernah lagi melihat wanita yang memakai pakaian putih yang diikuti saya. Sejak itu saya telah mula merasa kehadiran makhluk ghaib okay itulah semua di sekeliling saya, dan wanita berambut panjang yang memakai baju putih adalah masih ada di dalam Bilik belakang daripada bapa saudara saya, kadang-kadang jika malam datang suka wanita yang memanggil saya pakcik.

Cerita Hantu – JELMAAN LANGSUIR

Langsuir

JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS

Rasanya dalam segmen seram serik belum pernah share kisah seram yang berlaku kat rumah anak yatim.. Jadi malam ni cerita terpilih malam ni adalah jelmaan seram seorang wanita berambut panjang & berjubah putih.. Kalau dah macam tu ciri ciri nya memang langsuir sebab cerita asal pun memang mengKlasifikasikan makhluk tu sebagai langsuir. Bukan lagi anggapan ku lah yer…

Alkisahnya di ceritakan oleh seorang bekas guru sambilan di rumah anak yatim yang terletak di Sri Damansara. Katanya sebelum anak murid dia tu di tempatkan kat rumah anak yatim Sri Damansara ni.. dia pernah menetap kat kompleks anak yatim cheras. Masa dia tinggal kat situ berlaku satu peristiwa seram yang rasanya selagi dia tak hilang ingatan mungkin dia takkan lupa. Gila kau! Sapa boleh lupa pengalaman jumpa hantu. Masuk rumah hantu pun trauma sampai 10 tahun inikan tengok live hantu perform depan mata. Ni bukan hantu ala-ala makeup bebudak gothic atau black metal.. Yang tu tak seram sangat la beb!

Cerita bermula pada satu malam ketika budak ni dan seorang lagi rakan yang dia panggil akak sedang jemur baju kat ampaian. Tengah dok jemur baju kat ampaian tetiba budak ni nampak seorang perempuan muda yang cantik dan berbaju kurung mundar-mandir di luar pagar, di kawasan belakang rumah mereka. Dia pun bagitau la si kakak tu.. ternyata si akak pun nampak apa yang si adik nampak tapi melarang dia menegur sebab katanya belakang rumah depa tu kawasan semak mustahil la ada orang yang dok jenjalan makan angin kat situ. Risau yang depa nampak tu bukan manusia jer. Gila kau semak.. orang shooting rancangan survivor je sanggup redah semak malam buta.

So, dia pun buat dono je la.. Malas dah nak ambil port pasal perempuan tu. Tapi tetiba perempuan tu menghampiri pagar & terjenguk-jenguk dari luar pagar seolah-olah mencari sesuatu dalam kawasan rumah mereka. Bukan tu jer tetiba dia ketawa mengilai ngilai.. Mengundang mood seram. Sebab perlakuan perempuan tu pelik dan menyeramkan dia ajak la si kakak ni masuk.. Risau jugak kalau bukan hantu pun maybe orang gila. Risau tetiba dia ambil tindakkan luar dugaan..

Lepas dia ajak akak dia masuk belum sempat depa berdua ni masuk tetiba perempuan cantik berbaju kurung tadi mula berubah wajah.. dari putih jelita dah bertukar pucat. Baju kurung dah jadi jubah putih, panjang, lusuh dan buruk. Tambah lagi dok mengilai.. bukan takat meremang boleh tercabut bulu roma jadinya. Bila dah nampak macam tu.. apa lagi depa pun siap-siap nak lari tapi tak sempat lari kekdahnya.. tiba-tiba lembaga perempuan tu terbang kearah dorang parking betul-betul atas ampaian depan dorang. Kaku kelu jadinya dua beradik tu. Tiba-tiba.. masing-masing padam..

Sedar-sedar je tengok dorang dah dalam bilik di kelilingi penjaga dan kawan kawan yang lain. Menurut cerita penjaga mereka… masa dorang tengah tengok tv tiba-tiba dengar 2 beradik ni menjerit sambil berlari masuk ke bilik baring dan terus tutup muka sambil dok cakap pasal hantu perempuan yang dorang nampak…

Ingatkan rumah anak yatim takde la hantu langsuir bagai nak menyakat.. Yelah kot-kot hantu pun ada perikehantuan kan.. Tapi menurut pencerita ni memang benda-benda macam biasa berlaku di rumah anak yatim. Maybe faktor lokasi rumah jugak kot..

Moral of the story… hantu pun setakat menyakat je tak makan harta anak yatim so jangan jadi keji lebih dari hantu dengan memakan harta anak yatim. Jadikan pengajaran kisah banglo tiba-tiba hilang akibat makan harta anak yatim. Peace yo!

Sumber cerita : PENGALAMAN MELIHAT LANGSUIR

Cerita Hantu – Disampuk Pontianak

Disampuk Pontianak

Kisah ini terjadi dirumah nenekku masa itu aku umur 12 tahun darjah 6. kebetulan cuti sekolah jadi sepupu-sepupu pun balik kampung bersama keluarga mereka masing-masing. aku masih lagi tinggal dengan nenekku. keluarga ku menetap di KL aku pula tinggal di sabah. ini adalah pengalaman benar ku dan nak jadikan cerita..

Masa tu makcik aku yang bongsu dirasuk hantu disebuah pohon dibelakang kebun. Sebelum kejadian.. nenek ada menyuruh maksu ngan makngah p cari sayur di kebun. maksu menyangka makngah telah pergi dulu meningglknnya walhal makngah tengah bersiap dalam bilik. maksu pergi sorang-sorang masa tu da hampir senja. pulang dirumah maksu diam dan lansung pergi ke biliknya. nenek yang sedar perubahan sikap maksu tu menyuruh makngah bagitau datuk dan pakcik-pakcik ku berjaga. jelas dimata maksu agak merah galak serta raub wajah seakan pucat. nenek aku ni orangnya pandai mengubat juga dikenali sebagai bidan kampung serta pengamal perubatan tradisional. jadi tidak hairan lah jika nenek aku ni banyak pengalaman serta kisah-kisah ‘menarik’ sepanjang dia ‘ berkerier’ dalam bidang berkenaan.

Maksu meracau-racau tidak keruan sewaktu di ubati oleh nenek juga dibantu datuk serta 2 orang lagi pakcik ku.. aku melihat maksu ketawa mengilai2 seperti bukan dirinya nenek dengan tangkas membaca berapa ayat suci seraya berkata, “Hai, mahluk terkutuk! keluar lah dikau dari tubuh anak ku jika tidak mahu dibinasakan!” maksu yang sedari tadi ketawa mengilai2 merenung tajam ke arah nenek. maksu meronta-ronta dengan kuat pakcik-pakcik ku yang masa tu memegang tangan maksu terlepas dan lantas maksu cuba lari namun sempat ditahan oleh datuk. makngah yang ada sekali menutup pintu bilik untuk mengelakukan maksu yang kerasukkan terlepas lari. aku yang menyaksikan dari luar bilik merasa takut mengajak sepupu-sepupu ku yang lain yang turut melihat kesurupan itu untuk beredar pergi ke ruang tamu. Adalah dalam sejam lebih kami duduk diruang tamu tu, bermacam benda yang kami dapat dengar.

Seusai merawat maksu yang tersampuk nenek keluar pergi ke ruang tamu, nenek cakap maksu da pulih cuma dia dalam keadaan letih, datuk dan makngah juga. Nenek cakap maksu tersampuk masa pergi cari sayur di belakang kebun dia ada jua ambil buah mangga luruh dibawah pokok dimana diatasnya tempat seekor puntianak bertenggek. Nenek cakap, puntianak tu suka dengan maksu.. tu yaang dia ikut maksu balik rumah. Aku tanya dengan nenek macam mana nenek halau puntianak tu.. nenek cakap dengan membaca berapa ayat suci Al-Quran serta picit di ibu jari kaki, dan kalau nak senang.. ancam dengan menyebut namanya. kami yang musykil Tanya balik. Nek, macam mana pula puntianak ni ada nama?

Nenek senyum dan cakap kalau dulu dia pernah diberitahu ada kejadian masa dulu dia dengar dari mulut ke mulut dikampungnya masa tu nenek muda lagi sebelum berkhwin bersama datuk. iaitu 2 beradik hilang di pulau penunggu.. Nenek dapat tahu nama puntianak daripada kisah ini. Nenek cakap setiap benda mesti ada namanya.. seperti mana puntianak itu jelmaan daripada iblis syaitan. Syaitan itu ada nama-namanya begitu juga jelmaannya sebagai puntianak.

Nenek cakap, masa picit ibu jari kaki maksu suara maksu berubah-ubah seperti nada haiwan diselang seli ketawa mengilai dan menangis. Sungguh mengerikan sesiapa yg mendengar! ini benar sebab dari tadi kami duduk sebelum nenek tiba kami memang terdengar bunyi menyeramkan, kami memang sedia maklum itu memang datang dari bilik maksu namun suara maksu jauh berbeza, meremangkan bulu roma kala itu. Nenek lanjut lagi, puntianak tu berkeras enggan keluar dari tubuh maksu.. ia berbicara mahu mengunakan tubuh maksu untuk mendapatkan darah dan daging kambing, jika tidak ia akan mengganggu lagi. Lalu nenek membantah bahawa perbuatan itu syirik tidak sekali akan akan melakukan hajat sedemikian, maka nenek mengunakan ayat-ayat suci yang ampuh serta menyebut namanya..

“AKU TAHU NAMA MU SIAPA DAN ASAL USUL MU DIMANA.. DENGAN NAMA ALLAH MAHA KUASA SERTA IZINAN-NYA TERBAKAR LAH ENGKAU DIDALAM KHALIMAH-KALIMAH SUCI NI.’CINDAI’..!!”

Baru berapa potong ayat suci dibacakan tubuh maksu terketar-ketar dan menutup telinga. Bilang nenek lagi sejurus nama tu disebut atap zink rumah seperti ada ‘benda’ jatuh!dan kedengaran juga cakaran ditepi dinding bilik maksu. Nenek lanjutkan bacaan dengan laungan kuat tidak lama pokok dibelakang jendela maksu seakan digocang-goncang.. rupanya puntianak tu dah keluar.. suara puntianak mengilai terbang semakin menjauh.. keesokkan paginya, maksu pun pulih sepenuhnya. Apa yang maksu ingat dia hanya memugut buah mangga yang jatuh dan masa tu banyak sangat buah bagus-bagus.. tiba-tiba dia tak ingat dah. datuk dan pakcik-pakcik ku pergi tebang pokok mangga lama dibelakang kebun tu, takut akan menjadi tempat tinggl mahluk berkenaan. 2 hari kemudian nenek buat kenduri tolak bala.

TQ to Puteri hatiku

Credit : Sumber