Cerita Hantu – Kisah Cermin

Kisah Cermin

Kejadian ni berlaku pada tahun 2010. Kisahnya bermula pada suatu hari tu.

Kawan aku ni (Aku gelarkan die Ina jelah ye), Ina ni baru pindah dari puchong ke mount kiara. Name tempat or alamat aku takkan nyatakan disini.. Harap maaf.. Rumah baru die tu memang cantik dan juga mahal.. Die berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja.. Umah die jenis condo kot.. Aku pun dah tak berapa ingat.

Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama die impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah kesitu dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati die sebab tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Die pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari ,meja solek and meja menulis pun ada.. Pendek kata memang lengkap lah condo tu.

Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin yang berada di toilet biliknya itu.. Memang cantik cermin tu. Mulanya die nak buang sebab mak dia pernah pesan kat umah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak die pesan gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat die,die tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab die cakap dengan aku cermin tu boleh nampak satu body die. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan.

Malam pertama die tido kat umah tu die dapat rasakan ada bende yang tak kena sebab perasaan die rase umah ni something wrong somewhere sebab dari waktu asar tadi die tercium bau yang sangat lah busok. Macam bau taik pun ade. Puas die cari kat seluruh pelosok umah tu tapi hampehhh!! Ape pun takda. Umah tu memang bersih gile. Mana pulak datang bau ni ek?? Die pun hairan lah sebab bau tu makin busok dan buat kan die tak selesa.

Aku lupa pulak nak inform, dia tinggal sorang je kat umah tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi die gagah kan diri untuk membaca ayatul Qursi sebab die memang selalu bace ayat die sebelum tido. Die baca 7 kali pastu terus tertido..

Bukan hari tu je die bau benda busok tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang tutup mulot dan hidung tu. Tu sebab bau busok kan dan yang ini berkenaan cermin yang berada dalam toilet die tu pulak.

Die dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin ni, sebab hampir setiap kali die melihat cermin tu die mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!! Wahhh!! Aku pun takot bile dengar die cite kat aku pasal cermin tu.. Pernah jugak die bukak cermin tu dan letak kat bilik stor tetapi sekali lagi die terkejut sebab cermin tu boleh berada kat tempat asal tadi..!!! Fuhhhhh!! Die berisghtifar banyak-banyak that time sebab memang die tak pecaya dengan ape yang dialaminya.. Cermin tu juga seperti boleh berkata-kata. Ni aku tak tau lah imaginasi die or reality. Kekadang bile tengah malam die nak gi toilet die macam terperasan yang di bahagian tepi cermin tu mengeluarkan darah.. Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dgn gangguan-gangguan tu die pun pulang ke rumah ibunya di kepong kalau tak silap aku.

Sampai situ je dia cite kat aku. Setelah lebih dua bulan dia tak contact aku, aku pun call lah ibu dia nak tanya khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sebab mak die cakap sekarang dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikot kata ibu die, selepas die berpindah balik ke umah ibunya itu die mengalami perubahan yang mendadak.

Die menjadi semakin pendiam,muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil die tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak die sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu die pun risau lah sebab die ni anak tunggal kan.. Yang paling teruk seminggu sebelum aku call tu Ina mengamuk macam orang gila dan sering menyebut “Aku takot tengok cermin tu lah!!”. Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya. Dah puas ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia, sehingga badan Ina ni ditumbuhi bisul yang besar-besar diseluruh badannya.. Sehingga kini aku tak tau apakah sebenarnya yang dialami olehnya sehingga die bertukar menjadi begitu teruk.

Sekarang ni aku dah lama tak dengar berita mengenai dia lagi.. Aku doa kan dia semoga cepat sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT.. “Amin”..  Ape yang terjadi pada Ina memang sangat misteri sehingga ke hari ini.

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – Maut Dalam Locker

Langsuir

Err nie aku nak citer apa yang dah senior aku citer mase aku junior dulu.. Citer turun temurun ler nie.. Citer nie dalam era zaman 80an.. Citernya camni.. Akak K nie ade pakwe. pakwe dia tinggal kat umah sewa, tapi kak K nie tinggal kat hostel.. Jadi ujung minggu, dia selalu lerr melepak umah pak we dia tue.. Yer la.. Kalu dah berdua-duaan, mesti ade orang ketige.. So entah camne.. dok menurut sangat nafsu.. dia ngan pakwe dia dah terlanjur.. Errr tapi.. Bukan terlanjur.. Err bersekedudukan.. Lebih kurang cam tue la.. Sebab, kalu terlanjur, just sekali ajer kan??.. Ini tak.. Jadi macam suami isteri lak.

Jadi, satu hari tue.. Dah nak cuti panjang.. Last semester.. Jadi seme nak balik kg.. Jadi, bile balik ajer dari sekolah.. Senior yang lain seme dok berkemas nak balik kg.. Tapi kak K nie tak.. Dah seminggu owang nengok dia diam.. Tak nak cakap.. Murung ajer.. Ade prob, orang mengandaikan yang dia gaduh ngan balak dia.. Lantaklerrrr

Tengahari tue.. Tetibe dia cakap ngan kawan dia, Kak S, dia kate “S, bole tak ko kunci aku dalam locker aku nie??” Erk!! terkezut la pulak si kak S tue.. Ape kejadah lak dia suruh kunci nie kate dalam ati kak S “Err ko nak buat aper?? Ko dah kemas lum?? Err ko tak balik kg lagi ker? lagipun aku nak turun gie makan nie.. Pastu aku terus nak blah” Kate kak S pada kak K..”S, Aku balik esok.. Balak aku amik esok.. Aku skang nie tengah tension. That’s why nak release tension nie.. Errr tolon lerr aku.. Errr naik dari makan nanti.. Ko bukak lerrr” kata kak S.. “Oo.. Klerr ade nak release cam tue.. Cepatlerrr” So, kak S pun kunci lerr kak K nie dalam locker.. Nak dijadikan citer.. Lepas makan, kak S naik dorm amik beg terus blah.. Alamak!! kak S dah lupe kak K dalam locker.. Bayangkan!! sebulan lebih kak K dok menginap dalam locker tue.. Mau tak lemas.. Tak makan.. Tak minum.. Eeee tak kuase lerr aku nak buat camtu.. Cari nahas..!!!

So, sekolah dah mule.. Jadi.. Mana yang junior dulu dah jadi senior.. Jadi.. Mase datang kat hostel tue.. Ade ler bau yang amat kureng menyenangkan yang menusuk-nusuk lubang idung seme owang.. Jadi masing-masing dah masuk dorm.. Dalam dorm yang senior nie masuk.. Bau dia amat kuat.. Diorang pun rase tak sedap ati.. Diorangpun panggil le warden.

Warden datang dan nak bukak locker yang berkunci tue.. Sebab locker yang lain tue tak berkunci.. Warden tue kate.. May be ade binatang yang mati kot!! Warden tue pun kopak kan mangga locker tue.. Ha?? Masing-masing terkezut make terjeri-jerit lerr bebudak yang baru nak jadik senior tue.. Warden sendiri terkezut.. Yer laa dia kenal ngan kak K nie.. Warden nie terus call police dan panggil seme guru kat hostel tue.. Police datang same ngan ambulance.. So.. Bile dah dibedah siasat.. Hasilnye.. Didapati kak K sengaja masuk dalam locker tue untuk bunuh diri.. Sebabnye?? Dia dah termengandung.. Rupe-rupenye pakwe dia dah tinggalkan dia.. Jadi dia tak tau nak buat aper.. Dia buat care cam tue.

Locker tue, cikgu dah buang kat padang.. Tapi ternyata.. Kalu dah bunuh diri, memang bumi tak kan terime.. Mungkin itu yang terjadik pade kak K.. Tiap-tiap malam, orang akan nampak dia terbang masuk dalam locker dan mengaco seme student-student kat situ.. Setelah bende tue tak boleh nak dibendung lagi.. Cikgu amik keputusan nak bakar locker tue.. Mase cikgu bakar locker tue.. Mase tue terdengar suara orang merintih mintak tolong dan juga suara orang menangis.. isk! isk!! Aku plak yang sedih.. Cam biase.. Lepas tue, cikgu tue mintak parents kak K nie buat tahlil untuk ringankan sikit beban dia dalam kubur.. Al-fatihah.. Amin.. So.. Citer tue memang jadi turun temurun.. Senior akan citer pada junior, dan cam tuela hingga sekarang.

Credit : Sumber

Kisah Hantu – Tiga Kisah Misteri

cerpen.info (4)

Ada 3 kisah yang ingin aku kongsikan bersama korang di blog seram ni.

KISAH 1#

Kawan adik aku yang cite ni, aku gelar kan die Maya k. Maya ni dah berumahtangga dan warak orangnya. Satu hari tu masa bulan puasa die terdengar azan berkumandang.. Sangkaannya mungkin die dah terlepas waktu sahur. So dia kejutkan lah suaminya yang sedang nyenyak tido tu. Suami maya ni pun kelam kabut pegi ke surau berdekatan rumahnya tu. Maya ni pun nak amik wudhu tetapi. Bila die memandang ke arah jam di dinding rumahnya, baru pukul 3.30pagi!!! Hah??? Mana ada azan pepagi buta macam ni kan??!! Yang suaminya pula syok punya masuk surau, tengok-tengok surau sunyi je.. Dia pun kehairanan.. Kat surau tu ade sorang musafir yang berbaring di dalam surau tu. Suami maya ni dok tegur la. Pastu pak cik yang berumur lingkungan 60an tu mendakwa tiada azan dilaungkan sebab masih awal lagi waktu subuh.. Paginya Maya pun tanya lah jirannya, jiran dia cakap mana ada azan pagi tadi.. Bulan ramadhan tu beb!!!

KISAH 2#

Yang ni kawan adik aku, Nana punya pengalaman pulak.. Suami nana ni selalu outstation jauh-jauh dan kekadang memakan masa berbulan-bulan kalau outstation.. Kebiasaannya dia memang tinggal sorang je kalau laki die takda di rumah.. Satu hari tu seperti yang dijanjikan die menunggu kepulangan suami tercinta dia tu. Mengikot kata suaminya, beliau akan pulang hari ni..Ting Tong.. Bunyi bell kedengaran. Dia pun bukak lah pintu dan menyapa suaminya. Rindu lah kot. Seperti biasa lah dia akan melayan suaminya, menjalankan tanggungjawap seorang isteri kepada suaminya. Tetapi yang pelik suami Nana ni dok diam je. Tak bercakap walaupun sepatah kata. Muka pun pucat je. Nana tak nak menegur sikap suaminya itu takot mana tau suaminya itu keletihan akibat perjalanan yang jauh sehingga la keesokkan paginya nana menyediakan sarapan untuk suaminya tu.. tuk tuk tuk.. Nana mendengar ketukkan dipintunya. “Sapa lah yang datang pepagi ni” Dia pun bukak lah pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila suaminya tercegat didepan pintu dengan membawa bagasinya!!! ” Eh, abang pegi mana bawa bagasi ni?” Tanya nana hairan??!!” Abang baru balik lah ni, letih”, jawap suaminya. ” Aiiii bukan abang dah balik ke semalam?” Tanya Nana lagi.. “Awak jangan nak mengarut”. Sepantas kilat nana berlari masuk ke bilik dan melihat dimana bagasi suaminya yang semalam suaminya bawak. TAK ADA!!! Die mencari-cari ole-ole yang suami die berikan padanya semalam juga tidak ada!!! Siapa yang die nampak semalam??? Sebab die yakin tu adalah suaminya.

KISAH 3#

Kisah terakhir ni diceritakan oleh seorang kawan adik aku yang bernama Fiza. Fiza ni mempunyai seorang anak lelaki berusia lingkungan 5 tahun. Pada hari kejadiaan tu suami fiza ni keluar lah bersama anak lelakinya tu dengan menaiki kereta untuk pergi ke masjid dan melakukan ibadat. Masa tu fiza tak boleh solat dan sedang menonton tV di ruang tamu.. Belum sampai 5minit suaminya itu keluar dia mendengar pintu dibuka, die melihat suaminya menjengah beliau tanpa berkata apa-apa.. Tak berkedip pun mata suami fiza tu. Fiza lantas bertanya, “Abang tertinggal songkok ke?” Tetepi suaminya hanya memandang fiza sahaja. Fiza pelik kenapa suaminya tak berkata sepatah pun. Kemudian suaminya berganjak dari pintu tu dan menutup pintu. Fiza terus berlari untuk melihat suaminya itu. Pehhhh die tengok kat tingkap kereta dan suaminya tiada di situ!!! Siape yang die lihat tadi??? Bila suami dia pulang ke rumah cepat-cepat die bertanya suaminya tentang kejadian itu dan suaminya menafikan sekeras-kerasnya yang die ada patah balik ke rumah.. Kejadiaan itu membuatkan fiza berasa takut jika tinggal bersendirian di rumahnya itu..

Ni je kisah yang aku dapat kongsikan dengan korang.. Ni pun aku tak letak nama yang sebenar tau sebab mereka tak izinkan.. Diharap korang dapat iktibar dari kisah-kisah yang aku paparkan di sini.

Credit : Dunia Seram

Hantu Gergasi suku Daya Mualang

cerpen.info (5)

Cerita Rakyat Kalimantan: Hantu Gergasi

Di suatu kampung yang terletak di dekat bibir Rimba belantara yang amat lebat serta tanahnya yang subur makmur dan tidak akan kekurangan segala sumber makan serta dikelilingi oleh banyak aliran sungai, hiduplah sebuah keluarga muda sepasang suami istri. Nama kepala keluarga muda ini ialah Demong Ranjuk dan istrinya yang cantik jelita, dan ketika itu sedang mengandung anaknya yang pertama. Walau tidak disebutkan namanya, istri Demong Ranjuk yang rupawan ini memiliki rambut lurus, mata bening indah, bibir merak merekah, pipinya selalu merah apabila terkena sinar matahari bagaikan kena getah kayu rengas.

Seperti warga kampung lainya mereka juga berladang. Demong Ranjuk memiliki kegemaran berburu, maka dia memiliki banyak sekali anjing yang dipelihara untuk berburu. Anjing-anjing Demong Ranjuk ini sangat cekatan dan gesit.

Pada suatu saat istri Demong Ranjuk yang sedang hamil ini mengidam yang agak aneh yaitu dia ingin sekali makan hati pelanduk (kancil) putih. Sudah berpuluh-puluh pelanduk didapatkan namun begitu hasilnya diperiksa, hasilnya nihil karena warnanya sama seperti layaknya hati binatang lain. Demong Ranjuk selalu menenangkan hati istrinya untuk bersabar. Istrinya akhirnya tetap bersabar juga, walau ngidamnya agak aneh.

Pasangan ini tidak lupa untuk selalu berdoa memohon petunjuk dari Petara (Tuhan) agar persoalan ini dapat di luruskan dan dijawab oleh Sang Petara. Tak lupa juga Demong Ranjuk untuk bertanya dan meminta bantuan kepada teman-teman dan tetua-tetua kampung tentang sebab musabab keanehan yang terjadi pada istrinya. Namun semua warga kampung menggelengkan kepala dan akhirnya menjawab tidak mengerti. Untuk menjawab segala teka-teki ini maka Demong Ranjuk sepakat dengan istrinya untuk berburu di hutan belantara dan bermalam di sana.

Pada suatu pagi yang cerah, sebelum matahari menyingsing, Demong Ranjuk telah berangkat ke hutan dengan satu harapan dapat menemukan hati pelanduk putih guna memenuhi ngidam istrinya. Dengan perbekalan yang sangat lengkap dan anjing-anjing pilihan, Demong Ranjuk pun berjalan melintasi hutan rimba belantara yang sangat lebat untuk pergi berburu.

Di suatu tempat yang agak lapang di bibir hutan, anjing-anjing Demong Ranjuk menyalak dengan suara yang sangat riuh ketika mereka melihat seekor babi hutan yang tua dan besar. Mendengar suara salakan anjing yang sangat ramai itu, Demong Ranjuk pun segera memberi semangat kepada anjing-anjingnya untuk terus mengepung buruannya itu. Terbersit dalam pikiran Demong Ranjuk kalau pada saat itu anjing-anjingnya sedang menyalak karena menemukan seekor pelanduk putih. Namun setelah akhirnya melihat bahwa anjing-anjing tersebut menyalak karena melihat seekor babi hutan yang sangat besar dan sudah bertaring panjang, maka Demong Ranjukpun bertekat untuk membunuh babi hutan yang sangat besar tersebut dan nantinya digunakan untuk membuat ramuan campuran daun ara bila sang istri tercinta kelak selesai bersalin.

Demong Ranjuk kemudian menancapkan tombaknya ke arah rusuk babi besar tersebut dan babi itu pun kemudian jatuh tersungkur, namun masih hidup. Kemudian babi itu bangkit lagi dan melihat ke arah Demong Ranjuk dan ingin menyeruduk Demong Ranjuk. Karena Serangan babi ini lalu Demong Ranjuk secepat kilat mencabut parang dari sarungnya dan mengarahkan parang tersebut untuk memotong leher babi itu, namun salah sasaran. Parang Demong Ranjuk yang tajam dan besar itu mengenai akar blungkak. Dan nasib sialpun dialami olehnya, parang Demong Ranjuk itu memantul dan malah memotong kepalanya sendiri hingga putus.

Kepala Demong Ranjuk yang terpotong itu kemudian terjatuh ke dalam jurang yang amat dalam. Namun tangan Demong Ranjuk terus meraba-raba untuk mencari kepalanya dan akhirnya tangan Demong Ranjuk berhasil menggapai kepala anjing berburunya yang paling besar. Dalam kepanikannya itu Demong Ranjuk akhirnya dengan nekat memotong kepala anjing itu hingga putus dan menancapkan kepala anjing itu ke lehernya dan keajaiban kemudian terjadi. Kepala anjing tersebut langsung menempel dilehernya dan menyatu dengan leher Demong Ranjuk. Dengan kejadian itu akhirnya Demong Ranjuk pun berubah menjadi ” Manusia yang Berkepala Anjing”.

Karena kejadian ini Demong Ranjuk pun malu untuk pulang ke kampungnya dan bertemu dengan istri tercinta yang sedang mengadung anak pertamanya. Dia sangat malu karena kenyataan pahit yang dialami dalam hidupnya ini, memang Demong Ranjuk masih hidup seperti manusia tapi kepalanya sudah berubah menjadi kepala seekor anjing. Dengan kenyataan ini akhirnya Demong Ranjuk memilih untuk hidup mengembara dan tinggal di dalam hutan secara berpindah-pindah. Dia juga membangun pondok untuk dirinya dan anjing-anjingnya. Di setiap pondok yang dibangunnya dia menanam pohong pinang yang dulu dibawanya dari rumah sebagai kenang-kenangan.

Dengan berlalunya waktu, Demong Ranjuk sudah bertahun-tahun tinggal dan mengembara di hutan dan keadaan tubuhnyapun mulai berubah. Tubuhnya ditubuhi oleh bulu merah dan rupanya menjadi semakin seram. Anjing-anjingnyapun berubah wujud menjadi burung-burung engkererek. Demong Ranjuk sekarang tidak berburu pada siang hari lagi akan tetapi berubah menjadi pada saat malam. Demong Ranjuk sudah berubah menjadi Hantu Gergasi.

Istri Demong Ranjukmelahirkan seorang anak laki-laki dan dan tumbuh menjadi seorang pemuda yang tampan dan gagah. Tak terasa waktu berlalu selama 20 tahun sejak kejadian di hutan saat Demong Ranjuk pergi berburu.

Pada suatu saat Istri Demong Ranjuk terkejut saat ia mendengar pertanyaan putranya yang menanyakan tentang keberadaan bapaknya kepada sang ibu. Istri Demong Ranjuk pun tak dapat membendung air matanya karena terkenang akan suami tercintanya yang telah hilang bagai ditelan bumi. Akhirnya istri Demong Ranjuk pun menceritakan keadaan sesungguhnya kepada sang anak tentang bapaknya. Mengapa sang bapak pergi dan bagaimana sang bapak berusaha mencari hati pelanduk putih yang diidamkannya ketika si anak masih berada dalam kandungannya.

Mendengar cerita itu, pada suatu hari sang anak pamit kepada ibunya untuk mencari sang bapak di dalam rimba. Atas permintaan itu, sang ibu memberi ijin dan petunjuk tentang sang bapak. kalau sang anak melihat pohon pinang yang tumbuh di dalam hutan itulah tanda-tanda yang telah ditinggalkan oleh sang bapak di dalam rimba. Setelah itu berangkatlah sang anak ke dalam hutan untuk mencari sang bapak. Di dalam hutan dia menemukan banyak bekas pondok dan pohon pinang. Dari bekas pondok ke pondok dia terus menyusuri jejak sang bapak.

Pada pondok ke tujuh , dia melihat pinang yang sangat lebat dan ada tanda sapa dari kejauhan. Di tempat itu sang anak melihat sesosok makhluk yang bertubuh manusia dan berbulu merah serta berkepala anjing, nalurinya menyatakan bahwa itulah sang bapak dan sang bapak juga merasakan hal yang sama terhadap anaknya. Mereka berpelukan untuk melepas rindu mereka dalam pertemuan itu.

Tiga malam sang anak tinggal dalam pondok yang dibangun oleh sang bapak. Sang bapak karena keadaanya yang memilukan tidak pulang, karena dia sudah berubah menjadi Hantu Gergasi. Dia hanya menitip salam untuk ibunya dan agar tetap tabah dan menerima kenyataan yang ada. Dan Sang Ayah meninggalkan pesan kepada anaknya untuk selalu diingat hingga ke anak cucunya nanti.

Pesan bapak kepada sang anak, yaitu: “Bila kalian nanti sampai ke anak cucu dan turunan kalian mendengar ada orang berburu dan memanggil anjing-anjing di hutan, segeralah kalian membakar sabut pinang agar kalian tidak menjadi sasaran buruanku.” Cerita ini menjadi mitos dalam masyarakat suku Daya’ Mualang. Hingga sampai saat ini jika orang Daya’ Mualang bermalam di pondok dalam hutan dan mendengar suara orang berburu malam dan suara burung engkererek, maka pasti mereka akan membakar sabut pinang agar Hantu Gergasi pergi dan berhenti, karena dia tahu kalo mereka masih keluarga dan orang Mualang.

Namun saat ini menjadi lain suara Hantu Gergasi itu telah hilang dan berubah menjadi suara gemuruh buldoser yang membabat rimba untuk di sulap menjadi perkebunan sawit.

(Apollonaris. Sumber cerita: Perua(alm), kampong:Tapang Pulau, Sekadau. Cerita ini juga terdapat pada subsuku Daya’ Rumpun Ibanik lainnya).

Sumber : Majalah Kalimantan Review,No:174/XIX/Februari/2010.http://www.myholidaysite.blogspot.com

Makhluk Halus Mengikut Kepercayaan Orang-orang Lama

cerpen.info (10)

30 Gambaran, Sifat dan Sikap Makhluk Halus Mengikut Kepercayaan Orang-orang Lama Kita:

1.  Pontianak / Puntianak / kuntilanak

Pontianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan  bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir – perempuan

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuirberasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3. Toyol – hantu kanak-kanak bogel

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit – boleh dipelihara

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petir Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus – makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakanmengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. Polong

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polongdipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu,polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polongmakan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

9. Bota

Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Botaini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang ‘kewujudan’ Bota di sesuatu kawasan.Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang – makhluk aneh

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat.

Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajangakan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal.

Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat.

Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orangbunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai Tekali Pada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam ‘Night Walk’ yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah ‘hilang’ dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orangbunian. Kini tapak perkhemahan itu telah ‘bersih’ dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

12. Hantu Jepun

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanyadipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

13. Hantu bukit

Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

14. Hantu kubur

Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan.Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah

15. Pari-pari

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian.Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

16. Hantu punjut

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

17. Jerangkung

Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

18. Hantu laut

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya. Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak. Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

19. Hantu galah

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok.Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

20. Jin Tanah

Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan diadakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

21. Hantu Keramat

Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

22. Hantu Kum-Kum

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan “Kum-Kum” sambil mengenakan jibab.

23. Orang minyak

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai. Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

24. Puaka

Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

25. Penanggal

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

26. Hantu bidai

Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

27. Hantu kopek/tetek

Hantu Kopek/tetek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnyahantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

28. Harimau jadian

Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

29. Jembalang tanah

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

30. Hantu tengelong

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Credit : Sumber

Kisah Seram – Salah Naik Lift

cerpen.info (24)

Ni pengalaman aku sendiri… Aku ni takda lah jumpa hantu ni face to face but aku banyak kali kena gangguan-gangguan macam ni.. Aku pun confuse sama ada itu hanya perasaan aku or itu realiti.. Syaitan ni suke kat orang yang penakot tetapi aku bukan dari golongan hati kecik gitu.

Masa kejadiaan tu aku ni nak pergi umah kawan aku yang terletak di KL, aku taknak nyatakan nama tempat ni.. Die punya rumah jenis penthouse.. So mestilah tinggi dan besar. Plus suasana pun best gile.. Kawan aku ni kire somebody punya keturunan lah kan.. Penthouse die tingkat 23.. So aku fikir naik lift je sebab before that dia dah bagi akses kad untuk naik terus ke penthouse die.. Aku melangkah menuju ke arah lift penthouse tersebut.. Aku menekan butang naik.

Setelah beberapa ketika, lift tu pun terbuka dan aku terus melangkah masuk dan menekan tingkat 23. Baru sahaja lift tu tertutup, aku dapat merasakan seperti orang meniup telinga aku!! Aku pun terus berpaling untuk melihat jika ada sesiapa di lift tu, tapi seingat aku tadi memang takda orang.. Aku perhatikan sekeliling memang takda orang.. Meremang bulu roma aku, dah lahg lift die besar.. Selepas tu aku dapat merasakan bahu ku disentuh oleh seseorang dan tanpa berlengah aku pun memandang ke belakang, masih takda orang pun.. Aku dapat rasakan lift ni lambat sangat bergerak.. Dalam hati aku, aku hanya sempat menyebut ”ALLAHUAKBAR!!”

Hati aku memang tak sedap lah semasa memasuki lift ini sebentar tadi..

Sekarang baru tingkat 10.. Bermacam-macam perasaan bercampur baur ketika tu, hanya Allah sahaja yang tahu. Dah lah handphone aku signal takda.. Kali ni yang paling menakotkan.. Aku dapat mendengar dengan jelas bunyi suara orang sedang berbisik-bisik.semakin lama semakin kuat.. Aku tak dapat membaca apa-apa ketika tu.. Mulut aku seakan terkunci dan begitu berat sekali ketika itu.. Lagi 2 tingkat dah sampai, aku dah stanby untuk berlari keluar bila lift terbuka nanti.. Yang aku hairan takda orang pun yang naik lift tu, hanya aku sahaja.. Pelik bin ajaib kan.. Aku dapat rasakan yang kaki dan lututku terketar-ketar, dengan bau bangkai lagi, issshkkkkk aku benar-benar ingin keluar dari situ.

Sampai je di tingkat 23, lift tu terbuka dan aku dengan pantas berlari keluar menuju ke kediaman kawanku itu. Setelah sampai aku pun menceritakan apa yang telah terjadi di lift tadi dan kawanku menerangkan yang lift aku gunakan tadi sedang dibaik pulih!!! Sudah lebih setahun tidak digunakan!!! Juga pernah berlaku kejadian ngeri dimana ade pekerja mati di dalam lift akibat terperangkap dan lemas. Aduhaiiii aku salah naik lift ke tadi???!!!!

Credit : Dunia Seram

Kisah Hantu – Siapa Yang Bagi Tisu Tu Tadi?

cerpen.info (22)

Aku nak berkongsi pengalaman misteri aku ketika berada di pejabat tempat aku bertugas dulu.. Kisah ni terjadi 3 tahun lepas.. Bangunan pejabat ni terkenal lah kat Jb, aku tak berani nak bagitau nama kawasan ini.. Masa tu seingat aku jam dah pukul 8pm macam tu lah.. Aku kena stay back sebab nak siap kan paper work yang tak sempat aku buat pada pagi tu sebab banyak sangat kerja yang harus aku siapkan. So aku pun buat lah kerja aku macam biasa kat dalam office aku.. Aku dah rase betul-betul mengantuk dan letih sebab minggu tu memang aku super busy.. Tidur pun sampai lewat malam, makan pun tak sempat kekadang tu.

Sedang aku menghadap pc aku terasa ingin membuang air kecil, banyak minum kopi kot, yelah nak hilangkan rasa mengantuk plus aku ni penggemar kopi. Aku terus bangun dari kerusi aku dan berjalan ke arah toilet yang berada dekat dengan pantri. Aku pun masuk lah toilet.. Selepas membuang hajat aku terlupa nak bawa tisu kebetulan tisu kat toilet tu pun dah habis.

“Aiii cleaner ni memang tak guna lah, tisu pun malas nak tukar!”, Aku menyumpah-nyumpah di dalam hati. Tetiba kedengaran ketukan di pintu toilet tu. Aku pun tanya lah “Siapa tu?” Tanpa aku ingat yang sebenarnya hanya tinggal aku sahaja di pejabat ketika itu. Aku pun membuka sedikit pintu toilet tu sebab ketukan tu semakin kuat, ” ye ,nak ape?” Aku ni pergi lah tanya orang tu. Dah lah orang tu tak bersuara dari tadi. Aku nampak ada tangan menghulurkan tisu kepada aku. Aku tak fikir panjang terus ambil dan siap cakap thanks lagi tu!!!

Selepas aku keluar dari toilet aku tercari-cari siapa yang menghulurkan tisu tadi sebab pelik kan aku tak cakap ape, orang tu macam dah tau je yang aku perlukan tisu ketika itu. Aku tak nampak pun sesiapa kat situ.. Aku berjalan ke arah bilik aku sambil meninjau-ninjau mana tau ada orang lagi kan. Aku baru teringat yang semua orang dah balik. Hanya tinggal aku sahaja di pejabat malam tu. Pehhhhhh.. Berderau badan aku.. Biar betul!!! Aku pun call lah security office aku then tanya, aku terkejut sebab guard tu cakap aku je yang belum balik sebab dia dah ronda banyak kali dalam office tu tadi!!

Pucat terus muka aku!! Mak aiiii dah lah penat, ade pula tetamu tak diundang.. Aku terus kemas meja aku lepas tu terus blah dari situ. Tak sanggup aku nak bertemankan benda tu malam-malam macam tu. Kalau korang nak tau, try lah ye!! Eeeiii..seramm tau tak!! Tu lah last aku stay back sampai malam, jika ada kerja aku buat kat rumah aje.. Aku tak nak kena macam tu lagi.. Memang cari pasal lah kalau aku nak balik lewat lagi!!

Credit : Dunia Seram

Cerita Seram – Hantu Di Ofis

Hantu Di Ofis

Sepanjang 4 tahun saya berkecimpung dalam dunia bisnes, sudah pelbagai onak dan duri yang saya lalui. Tak tau lah bagaimana ranjau yang dilalui oleh mereka yang telah berkecimpung dalam dunia bisnes selama 30 – 40 tahun atau lebih daripada itu. Tak dapat nak bayang. Apatah lagi dengan pelbagai ujian yang datang jika kita hendak mencari rezeki melalui jalan yang halal. Ada orang mintak itu, ada orang nak bagi yang ni, ada yang menipu, permasalahan riba dan maca-macam lagi. Jalan yang haram nampak begitu mudah.

Percaya atau tidak, antara ujian yang saya pernah lalui ialah berhadapan dengan makhluk Allah yang dinamakan ‘Jin’. Bahasa pasarnya kita panggil ‘Hantu’. Kita tidak perlu menafikan wujudnya makhluk Allah ini kerana Allah sendiri telah menceritakan mengenai mereka di dalam Al-Quran. Ya, seperti tajuk di atas, memang betul ada hantu di ofis kami.

Pengalaman saya yang pertama berhadapan dengan hantu adalah ketika menyewa ofis di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Banyak kali telah berlaku, ketika saya sedang membuat kerja di hadapan komputer, sering kedengaran paip air di bilik air sedang diguna orang. Bahagian pantri ofis kami pula terdapat pintu koboi (macam dalam game Western Bar tu la). Banyak kali saya terdengar pintu koboi tersebut di tolak-tarik. Bila ditolak atau ditarik, spring pada pintu koboi tersebut akan berbunyi. Sebab tu saya tau bila ada orang masuk ke pantri ataupun tidak. Namun kebiasaannya, bila saya pergi untuk melihat, tiada sesiapa di kawasan tersebut.

Bukan setakat itu, pintu masuk utama ofis juga sering kedengaran orang membukanya. Tapi bila di jenguk, tiada sesiapa pun. Dan sekali sekala, terdengar bunyi derapan seperti orang berlari dengan menghentak-hentak kaki dari belakang ke bahagian depan ofis. Saya juga biasa datang ke ofis pada waktu malam dan buat kerja sehingga pukul 2-3 pagi. Ada kalanya saya tidur terus di ofis. Lepas subuh, baru pulang ke rumah.

Saya akui, pernah beberapa kali sewaktu sedang tidur, saya terjaga kerana terasa seperti ada orang menyentuh pipi saya. Ada kalanya terdengar bunyi derapan kaki dan bunyi orang membuka pintu masuk ke bilik saya. Namun seperti biasa, bila bangun dan melihat di sekeliling, tiada sesiapa yang ada.

Pernah sekali suatu malam, berlaku black out. Lepas black out je, tiba-tiba kedengaran hentakkan kaki yang begitu kuat dan pantas, “BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!” dari belakang ofis hinggalah ke depan ofis. Saya hanya terdiam dan berfikir..”Mana mungkin ada orang boleh berlari dengan begitu pantas dan menghentak begitu kuat dalam keadaan gelap gelita??!!”

Sebenarnya, semua fenomena yang berlaku di atas saya buat endah tak endah je pada mulanya. Saya hanya ingat itu semua hanya bayangan saya semata-mata. (secara jujur, sebenarnya saya tak rasa itu semua hanya banyangan. Cuba psycho diri sendiri actually. Dan memang saya tak pernah bercerita pada sesiapa pun pada waktu itu tentang apa yang saya alami) Sehinggalah rakan sepejabat membawa seorang ustaz yang mahir berkenaan permasalahan Jin ni. (rupa-rupanya dia juga perasan seperti ada ‘sesuatu’ di ofis kami)

Setelah ‘diperiksa’ memang ustaz tersebut mengakui bahawa di ofis kami, ofis di atas dan di sebelah merupakan ‘port’ makhluk-makhluk ni sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, mereka ini bukanlah jenis yang agresif ataupun jenis yang ‘dihantar’ oleh orang-orang yang dengki dan menggunakan sihir terhadap kami. Itu memang territory mereka sejak sekian lama. Lepas dah kene sebijik, baru la nak take them seriously. Nak tau apa yang saya dah kene?

Peristiwa kemuncak yang benar-benar menguji keimanan saya telah berlaku pada satu malam. Waktu tu lebih kurang jam 2 pagi. Saya sedang menghadap laptop dan ada satu botol air mineral kosong di sebelah kanan laptop saya. Sedang saya asyik membuat kerja, tiba-tiba botol tersebut telah bergoyang-goyang dengan ‘sendiri’.

Saya terus terkaku. Jari-jemari yang tadi begitu ligat menaip kini terus freeze! Jantung sudah mula nak berdegup pantas. Namun saya beranikan diri untuk memegang botol tersebut supaya berhenti bergoyang. Saya angkat dan lihat tapak botol tersebut. Mungkin kerana ada kemik di mana-mana membuatkan ia tidak stabil dan bergoyang-goyang. Namun, memang tidak ada!

Puas saya meneliti. Saya periksa pula pada bahagian meja. Memang tidak ada apa-apa yang boleh membuatkan botol tersebut tidak stabil dan bergoyang-goyang.

Saya masih tabah. Saya letak kembali botol tersebut di tempat yang sama dan merenungnya dengan tepat. Saya cuba pastikan, adakah kerana saya sudah mengantuk atau pun mungkin botol tersebut bergoyang disebabkan ada angin.. (what the heck? Angin apa kat dalam ofis yang tertutup camtu?)

Sekali lagi!!! Botol tersebut bergoyang dengan ‘sendiri’ di hadapan mata saya!!! Arrggghhhh!!! Yang pertama tadi mungkin hanya ilusi. Tapi kalau dah yang kali kedua.. Dalam keadaan saya sedang tenung tepat pada botol tersebut.. Mustahil la sekadar ilusi! Dan.. kalau botol yang bergoyang tersebut berada begitu dekat dengan saya, sudah pasti hantu yang menggoyangkan botol tersebut berada DI SEBELAH SAYA!!! Arrgghhhh!!

Apa lagi.. Bulu roma satu badan berdiri tegak tak ingat la.. Jantung pulak mula berdegup kencang. Mula la baca ayat Al Kursi dan taa’wuz banyak-banyak. Waktu tu mula la terbayang.. “Tadi dia berani ‘show off’ existence dia kat aku dengan goyangkan botol, jangan la pulak jap lagi dia jelmakan diri dengan wajah dia yang sebenar.. Oh nooo.. Rambut panjang? Gigi taring? Mata satu? Sambil senyum kat aku? or worst than that? Oh noooo.. Ya Allah Janganlah Kau uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku menghadapinya. Iman aku lemah. Belum tentu aku mampu. Tak yah nak berlagak power lah.. Aku mengaku iman aku lemah.. Tolong ya Allah..!”

Lepas tu apa lagi.. Terus packing and balik rumah la. Yang terkini, lagi sekali kami dimaklumkan oleh seorang ustaz tentang kewujudan 2 ‘ekor’ hantu di ofis kami di TTDI. Satu suka ‘port’ kat hujung sofa di bahagian entrance dan lagi satu suka ‘port’ kat bilik meeting. Sebelum ni pulak, (sebelum dapat tau ada hantu kat ofis TTDI la) saya memang biasa baring di sofa tersebut pada waktu malam. Cheh! Kacau betul la diorang ni. Tempat favourite aku gak yang korang nak port!

Ustaz tersebut menasihati kami agar selalu melakukan upacara ‘exorcism’ di ofis dengan melaungkan azan dalam keadaan semua pintu dan tingkap terbuka. Dia nasihatkan kami agar buat begitu sekali setiap minggu secara berterusan.

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – Kunchi Yang Hilang

cerpen.info (7)

Nama saya Tina. Saya ingin menceritakan pengalaman saya yang berlakupada tahun lepas di salah sebuah tandas di tempat meletak keretaKompleks Kargo Changi.

Kisahnya bermula begini.. Saya bertugas di Kompleks Kargo Changi. Saya habis bertugas sekitar jam 11 malam. Seperti biasa, suami saya akan menjemput saya pulang dengan menunggang motosikalnya. Nak dijadikan cerita, apabila keluar dari bangunan itu, saya rasa tidak tahan hendak membuang air kecil. Kerana tidak boleh tahan, suami saya membawa saya ke tandas berhampiran iaitu di tempat meletak kereta .

Apabila selesai membuang air kecil, saya dan suami pergi ke motosikal untuk pulang. Tiba sahaja di depan motosikal, suami saya pun menyeluk koceknya untuk mengeluarkan kunci motosikal. Tiba-tiba suami saya tanya sama ada saya ada simpan kunci atau tidak, sebab kunci tidak ada di dalam kocek suami. Saya memberitahu suami kunci tidak ada pada saya.

Suami dan saya pun cuba mencari kunci di sekeliling kawasan yang kami lalui untuk ke tandas. Mana tahu kunci tercicir. Hampir setengah jam saya dan suami mencari tetapi tidak terjumpa kunci motor. Saya dan suami rasa tidak sedap kerana bulu roma kami mula meremang dan hairan macamana kunci di dalam kocek boleh hilang. Lalu suami menyuruh saya cuba menyeluk kocek seluar suami untuk pastikan kunci motor ada dalam kocek, tetapi masih juga tiada di dalam kocek suami.

Suami menyuruh saya tenang lalu dia pun membaca surah-surah yang patut. Selesai sahaja membaca, suami cuba sekali lagi menyeluk koceknya. Hairannya kunci motosikal itu boleh berada di dalam kocek suami. Dengan tidak membuang masa, suami menghidupkan enjin motosikal lalu kami terus beredar dari tempat itu. Kami tidak terus pulang malah kami berhenti di kedai kopi berhampiran untuk menenangkan hati dan perasaan.

Semenjak kejadian itu, tidak tahan untuk ke tandas macamanapun, saya dan suami tidak akan ke tandas itu lagi, kerana kami dapat tahu dikawasan situ adalah tempat orang-orang India membuang abu orang mati.

Credit : Dunia Seram

Cerita Seram – Hantu Polong Mengganggu Suzi

cerpen.info (20)

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku pada rakan penulis sendiri. Ianya diceritakan sendiri oleh rakan penulis. Berlaku pada tahun 2001. Kisahnya bermula di mana rakan penulis (Suzi) adalah tergolong dalam keluarga bisnes yang berjaya . Bapanya seorang usahawan yang berjaya manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Suzi baru sahaja habis  peperiksan SPM dan sedang menunggu keputusan. Suzi tidur di bilik seorang diri manakala 3 lagi adiknya berada di asrama dan sekali sekala sahaja balik ke rumah.

Pada sutu malam ketika Suzi tidur, sekitar jam 1 pagi.. Pintu bilik Suzi terbuka sendiri. Suzi sangat mengantuk dan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Dia hanya memasang telinga apa yang berlaku di sekelilingnya. Kemudian dia mendengar ada orang membuka album gambarnya, majalah dan laian-lain. Seolah-olah ada orang yang berada di sebelahnya. Dia hanya berdiam diri tanpa sepatah kata. Esok malamnya perkara yang serupa juga terjadi pada Suzi. Boleh dikatakan setiap malam gangguan berlaku pada Suzi, tidak kiralah dia tidur bersama adiknya atau sesiapa sahaja. Gangguan masih tetap berlaku.

Pada suatu malam Jumaat, Suzi melelapkan mata seperti biasa. Tiba-tiba dia terasa sejuk, lalu dia terbangun. Alangkah terperanjatnya Suzi apabila melihat tingkap terbuka luas, tanpa berlengah Suzi berlari mendapatkan ibu bapanya di tingkat bawah. Suzi, ibu dan ayahnya dengan jelas mendengar bunyi seakan-akan puting beliung berpusing-pusing di sekeliling rumah. Setelah 10 minit berlalu, dengan rasa takut mereka bertiga naik ke tingkat atas untuk ke bilik Suzi untuk melihat apa yang berlaku. Tingkap di bilik ditutup oleh bapanya. Suzi diminta tidur di bilik ibu bapanya sementara waktu. Esoknya ibu Suzi mendapati cermin muka di dalam tandas luar hilang tanpa dapat dikesan.

Malam berikutnya Suzi tidur seperti biasa di dalam biliknya. Tanpa memikirkan apa yang terjadi pada malam sebelumnya. Suzi enak tidur di dalam biliknya dengan leka membaca Majalah Mangga yang baru dibelinya. Leka membelek gosip artis Suzi tertidur sendiri akibat keletihan didapur petang tadi. Tiba-Tiba dia terdengar pintu biliknya terbuka sendiri.. Kreeeekkkkk.

“Ya Allah !!! Astagfirullah Al Azim !!! Auzubillah himinassyaitonirrojim…” Suzi menjerit. Alangkah terkejutnya Suzi melihat dihujung kaki katilnya sebungkus hantu polong yang hangus terbakar mukanya, dengan mata merah menyala yang tersembul keluar mahu menerkam Suzi. Suzi terus menutup muka dengan selimut lalu membaca ayat kursi. Hantu itu terus menyerang Suzi dengan mencekik Suzi sehingga Suzi sesak nafas… Dengan sedaya upaya Suzi melawan Hantu Polong tersebut dengan memegang jari jemari hantu tersebut yang sedang mencekik leher Suzi untuk melepaskan diri sambil membaca ayat-ayat Al-Quran sekuat hati. Akhirnya hantu polong tersebut melepaskan Suzi dan malam itu adalah malam terakhir Suzi diganggu dengan makhluk ciptaan Allah tersebut.

Banyak lagi cerita yang diceritakan Suzi kepada penulis, kerana Suzi mempunyai banyak pengalaman menarik. Suzi juga dianugerahkan Allah indera keenam yang membolehkan Suzi melihat makhluk ghaib tersebut.

Credit : Sumber

Kisah Seram – Jenazah Pulang Ke Rumah

cerpen.info (2)

Kisah ini terjadi pada akhir tahun 1990an di sebuah kampung di Selangor. Kisah ini diceritakan semula oleh rakan penulis kepada penulis untuk dijadikan iktibar. Yusuf (bukan nama sebenar) dan Maryam (bukan nama sebenar) tinggal di sebuah kampung yang aman damai. Pada suatu hari Maryam telah mengajak Yusuf menemaninya ke Pekan untuk membeli barang dapur yang sudah kehabisan. Yusuf memang sangat memahami isterinya  yang sangat rajin memasak, sementelah dia bersetuju untuk menghantar Maryam membeli barang dapur di pekan. Setelah penat membeli belah, mereka berdua pun pulang dengan membonceng motosikal ke rumah.

Maryam sangat gembira kerana pada hari tersebut dia telah berjanji ingin memasak sedap untuk anak-anaknya. Tiba-tiba tanpa di duga motosikal mereka bergoyang dan beg tangan yang dipegang Maryam di sentap oleh peragut bermotosikal , berlaku tarik menarik dan pada masa itu Maryam jatuh ke tas jalan raya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Yusuf yang pada masa itu mengerang kesakitan. Jenazah Maryam telah disempurnakan oleh penduduk kampung dan ramai penduduk kampung yang mengucapkan takziah pada Yusuf. Pemergian Maryam sangat dirasai anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Setelah di sembahyangkan jenazah Maryam telah di bawa oleh van jenazah ke kubur untuk dikebumikan.

Sebelumnya lubang kubur khas untuk jenazah Maryam telah digali oleh Pak Kadir sementelah di mengetahui kematian Maryam seperti yang di amanahkan oleh Tok Imam Majid. Van membawa jenazah bergerak perlahan menghampiri kawasan perkuburan dan berhenti di satu sudut kawasan tersebut. Pintu bonet van dibuka, kelihatan adik beradik dan kaum keluarga arwah Maryam dan Yusuf mengusung jenazah ke lubang kubur.

Kerja-kerja mengebumikan telah berjalan dengan sempurna jenazah dimasukkan dan dihadapkan ke kiblat. Tiba-tiba hujan turun denga lebatnya tanpa da petanda. Tanah ditimbus dengan segera supaya kubur arwah tidak di masuki air. Pak Kadir dan ahli keluarga jenazah bertungkus lumus menimbus liang lahat arwah Maryam. Sesudah di timbus Tok Imam Majid segera membaca talqin untuk jenazah dalam keadaan hujan lebat dan petir tanpa menghiraukan keadaan jubah putihnya yang basah kuyub. Akhirnya, selesai sudah urusan mengebumikan jenazah tersebut.

Malam esoknya kenduri tahlil di adakan di rumah Yusuf untuk arwah Maryam, Selesai sahaja kenduri tahlil dibuat.. Yusuf yang keletihan sejak petang tadi melayan saudara mara yang melawatnya tertidur di katil. Malam itu Yusuf bermimpi didatangi oleh arwah Maryam yang meminta dia membuka tali kapannya yang terlupa dibuka sewaktu dikebumikan. ” Abang, tolonglah maryam.. tolonglah bukakan tali kapan maryam.. tolonglah”. Yusuf terjaga dari tidur dan berfikir sejenak, adakah dia belum membuka tali kain kapan Maryam? Persoalan itu bermain di fikiran Yusuf berulang kali pada malam itu dan menyebabkan Yusuf tidak lena tidur. Yusuf juga terlupa ketika itu.. kerana pada masa itu dia hanya memerhatikan dan sedang kesakitan dan tidak dapat membantu menurunkan jenazah Maryam. Tugas itu diambil oleh adik arwah dan beberapa kaum keluarga yang lain. Mimpi itu tidak diceritakan oleh sesiapa, sehinggalah hari yang ketiga berturut-turut dia bermimpi yang serupa. Yusuf menjadi tidak tenteram, lalu menceritakan pada Tok Imam Majid.

Tok Imam Majid menyarankan Yusuf membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Setelah laporan telah dibuat oleh Yusuf, Pihak Polis, Tok Imam Majid dan beberapa penduduk kampung yang dijemput Yusuf datang untuk membantu Yusuf menggali semula kubur Maryam. Walaupun berat hati, tetapi bagi Yusuf, dia cuba menghuraikan apa yang telah terjadi di sebalik mimpinya. Setelah kubur digali, ternyata benar sangkaan Yusuf.. tali kain kapan Maryam masih belum dibuka, masing-masing yang berada disitu diam membisu dan tergamam dengan apa yang terjadi ke atas Maryam. Subhanallah !!! Kuasa Allah menentukan segala-galanya. Tali kain dibuka dan tanpa berlengah jenazah dikebumikan semula. Tok Imam membaca talqin semula untuk menghomati jenazah simati.

Petang itu, gempar cerita mengenai jenazah Maryam digali semula. Namun, bagi Yusuf dia redha dengan ketentuanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Cerita ini sudah 13 tahun berlaku, tetapi ia sentiasa di ingatan penulis. Kuasa  Allah mengatasi segala-galanya.

 

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Hotel

cerpen.info (3)

Cite ni kene mase bulan lepas.. “kire-kire baru gak la” agak menakutkan gak la sebab citer betul, kitorang sampai takut mase pergi bercuti tuh.. Cerite panjang sikit ye..

Ajad ngan family ajad pergi bercuti kat Peneng alang-alang nak pergi kenduri kawen kazen ajad..  So kitorang tinggal la kat 1 hotel ni.. “S… M’laysia” lepas kitorang check out, masing-masing pegi bilik masing-masing.. Ade 3 bilik.. Abang Ajad yang 2nd duduk bilik dekat koridor depan sekali dengan kakak ipar Ajad.. Bilik diorang tu kire jauh cam 10m camtu jelah.. Kire dekat gak la.. Mak, abang Ajad yang 1st dengan ayah Ajad duduk bilik sebelah bilik Ajad, abang Ajad 3rd dengan soon to be sister in law.. makcik Ajad dengan family die pon tido situ gak mase tuh sebab isnin tu lak anak die nikah kat masjid dekat ngan hotel ni.. Die tinggal kat bilik sebelah bilk mak Ajad.

Lepas dah check in ngan rehat-rehat kejap, kitorang 1 family keluar la pegi singgah kulim umah tok Ajad kejap, lepas tu kitorang naik feri balik ke peneng  “View Peneng waktu malam cantik sebab berlampu-lampu” mase tu christmas plak, memang traffic jam gile la dekat peneng.. Nak cari kedai makan pon susah sebab kedai tutup pastu dengan jamnye.. Haih, memang berzaman la kalau nak pegi batu feringghi ke, padang kota ke..  “Mementang-mentang aritu jalan-jalan kat peneng, tros ingat name-name tempat” jadi kitorang makan jelah kat 1 kedai mamak nih  “Apa pon tidak ada! lapo punye pasal, tolan jelah ape yang patut”.

Lepas makan, kitorang pon balik la hotel, masing-masing balik bilik masing-masing… bilik Ajad dengan bilik abang Ajad yang 2nd sume dah tido.. Bilik mak Ajad je yang menyalo lagi lampu nye.. Diorang tengah tegok tv mase tuh “Malam christmas kan banyak movies” jadi mak Ajad lepas die mandi, die letak towel kat 1 kerusi ni.. Pastu die terus masuk katil nak tido la.. Pastu abang Ajad dengan ayah Ajad pon tido gak.

Esok pagi tu, sebelum kul 7 la, mak ngan ayah Ajad bangun siap-siap nak pegi breakfast.. Ayah Ajad die pegi mandi dulu.. Mak Ajad nak amik la towel dekat atas kerusi tu.. Tengok-tengok dah takde.. Mak Ajad pon heran, ni mesti ayah ajad gune towel lap lantai.. Tegok kat lantai tidak ade plak.. Nie mesti abang Ajad pakai towel ni.. Cari-cari tak jumpe-jumpe.. Mak Ajad check kat katil.. Tengok-tengok, towel tu elok je terletak kat bawah selimut.. Mak Ajad heran la sebab malam tu die tidak pegi toilet pon, memang tido tros sampai pagi.. Jadi sape yang letak towel tu dekat bawah mak Ajad??? bile time breakfast, mak pon citer la kat kitorang sume.. Memang takut la kitorang sume.. lagi-lagi yang bilik Ajad sebab kitorang punye depan pintu dah la takde lampu bile malam.. Gelap gile.. Pastu bilik 2nd last dari hujung dunie lak tu.. aiii, memang TAK takut la sangat.

Lepas breakfast kitorang pegi la sambung jalan-jalan kat peneng, kitorang pegi bukit bendera – Terjumpe ade 1 group pompuan-pompuan yang agak berusia la dari korea, excited gile diorang naik cable car.. Bile diorang cakap macam diorang sebut “mari potong sayo” dengan slang korea, hahahaha.. Mesti korang try sebut mari potong sayo tu macam slang korea kan??? Hahahaha.. Pastu pegi jalan kat kebun bunge, ade plak monyet nak ngikut kitorang “Nak jadikan pet la tuh, mesti nak kawan dengan TOBEK kucing Ajad”.. Kitorang jalan-jalan sampai penat gile-gile, bile balik hotel mase petang cam kul 3 petang camtu, kitorang mandi pastu tido kejap dalam 2 jam camtuh “penat kot!”.

Sebelum tido tu, kitorang bertige 1 bilik sembang-sembang la kejap, tibe-tibe lampu jalan kat pintu masuk sebelah almari tu kelip-kelip.. Pastu Ajad cakap kat abang Ajad pasal lampu tu.. Abang cakap la kot-kot tu la hantu yang bikin kacau kat bilik mak tu, tros Ajad menyorok dalam selimut.. Yela, katil orang yang paling tepi sekali, dekat dengan KERUSI macam kat bilik mak Ajad tu.. Memang takut la.. kot-kot malam bile tido, ade plak yang duduk kat situ, tenung den yang tongah lena tidak brape nak lena ni.. Aiii, memang jerit sekuat hati la

“MAKKK!! TOLONG!! ADO YANG MEMERHATI!!”

Rupe-rupenye, lutut abang Ajad tertekan suis lampu tu kat tepi katil.. “LEGA RASE HATI”, ingatkan ado plak budak kocik macam juon tu main suis.. Memang gelak-gelak la kitorang, sebab masing-masing cuak.

Malam tu kitorang sambung berjalan-jalan pegi padang kota, makan pasembor, char koey teow, mee udang yang mahal gile-gile… Pastu g lak batu feringghi… Beso beno uptown kat situ, panjang bebeno.. Dah penat jalan, kitorang balik la hotel.. Malam tu, kat bilik abang Ajad yang 2nd, kakak ipar Ajad die tegah nak tido, abang Ajad menyinggah bilik kitorang kejap sebab nak tuntut maggie in cup die tu.. So kakak ipar Ajad tu sorang-sorang… Tibe-tibe, die terdengar bunyi orang berjalan kat atas.. Orang baru check in bilik kot kat atas ni.. TAPI, macam mane plak diorang check in bilik dekat atas sebab floor yang kitorang tinggal ni paling ATAS sekali.. Atas kitorang ni, bumbung je.. Bile kakak ipar Ajad terfikir macam tu, memang tak de nak fikir lain la, teros tido je la.. Buat tak tau sudah.

Pagi esoknye, Ajad bangun awal  “Hari kenduri, kene siap awal sebab nak pegi breakfast skali” Ajad pegi bilik mak, nak hairdryer rambut.. Ajad tanye la mak Ajad yang hantu tu dah tak kacau lagi ke?? ingatkan dah takde, upe-upenye ngaco manusie lagi.. Mak Ajad mase tu tengah packing barang dalam beg.. Mak Ajad cucuk la mascara dalam ade satu ruang ni la.. Ruang ni ketat gile la dalam beg tu.. kire-kire susah la nak keluarkan balik, mak Ajad pergi tempat lain kejap je, tegok-tengok mascara tu terletak balik kat atas meja.. “Aiiii, main-main Nampak” mak Ajad buat tak tau je.. “Nasib bondo tu tak tunjuk muke, kalau tak, sume kat hotel tu pengsan.”

Hotel tu berhantu mungkin sebab bilik kitorng ni tingkat paling atas skali, pastu paling hujung lak tu.. Macam kawasan terpinggir plak.. Mungkin bile cuti je hotel tu penuh, kalau tak asyik kosong je.. Tu yang berpenghuni tu.. So sampai sini je lah citer kali ni.

Credit : Dunia Seram

Misteri Kanak-kanak di Sekolah Rendah

Misteri Kanak-kanak - cerpen.info

Saya adalah seorang suri rumah yang bekerja sebagai guru sekolah rendah.

Kejadian ini saya alami apabila saya mendapat panggilan daripada Ketua sekolah rendah di mana saya pernah mengajar, saya diberitahu untuk menggantikan guru-guru yang memberi pelajaran pada pelajar gred enam pada hari itu. Secara kebetulan saya mempunyai tiada aktiviti lain pada masa itu, saya menerima arahan dari Ketua sekolah dengan keseronokan.

5 pm aku baru sahaja selesai memberikan kelas-kelas tambahan. Dari situ saya mendapati jika ianya pada sebelah petang, kejiranan di mana saya mengajar dalam suasana yang tenang dan jarang ada orang yang melalui di hadapan sekolah.

Apabila memberi kelas tambahan, maka saya teringat Jadilah tugasan murid-murid saya yang pembetulan saya dan lagi saya akan berkongsi esok pagi.

Selesai memberikan pengajaran yang tambahan bagi gred enam, saya tidak segera pulang ke rumah dan saya akan meneruskan tugas betul murid-murid saya di sekolah sehingga 7 petang. Buat masa ini saya asiknya membetulkan tugasan pelajar-pelajar saya, hampir tdk dari luar ia kedengaran seperti ada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di Taman sekolah.

Pada mulanya aku merasa tidak acuh tak acuh, kerana saya fikir mungkin itu penduduk sekitar sekolah yang mahu bermain buaian, prosotan dan sebagainya. Kemudian suara itu semakin jelas dan saya tertanya-tanya untuk melihatnya. Apabila saya keluar, dan ia ternyata di luar tidak nampak kanak-kanak bermain di Taman. Tapi swing di Sekolah Taman menggegarkan kerana ada yang bermain, dan bulu occipital saya mula berdiri, saya mula rasa seksa yang amat besar, dan kaki saya mula suara kerana takut.

Saya memutuskan untuk pulang ke rumah dan menguruskan kertas-kertas tugasan pelajar-pelajar saya. Apabila saya mengurus kerja-kerja saya, suara anak itu terdengar lagi dan saya berlari secepat mungkin keluar untuk mengambil motosikal saya dan pergi.

Manakala di tempat letak dan mula motosikal saya untuk pulang ke rumah, ia akan menjadi kagetnya yang saya nampak cantik muda kanak-kanak dari cermin spion yang berdiri dalam jarak yang jauh, merenung saya. Saya terus tancap gas dan berdoa untuk dalam perjalanan rumah harapan saya melihat kanak-kanak di sekolah itu tidak mengikut saya ke rumah.