Kisah Misteri – Buang Makhluk Halus

cerpen.info (21)

Pengalaman Berubat Buang Makhluk Halus Yang Menumpangkan Badan Aku

TARIKH KEJADIAN: Ahad, 23 Oktober 2012

TEMPAT: Seremban, Negeri Sembilan

BAB 1: Sebulan Sebelum Kejadian.

SHAH (bkn name sebenar), housemate aku merangkap kawan baik aku kat KL nie pergi berubat.. Setelah dipaksa oleh ibundanya yang tercinta.. Ustaz kat situ telah mengesahkan die ada JIN SAKA dan JIN SIHIR/ASYIK dalam badan die.. Aku tak gi la pun.. Just tengok video yg pakcik die rakam je tu pun tak abis sebab boring.. Masa nie SHAH gi berubat dengan ditemani oleh ibu, maksu dan paksu beliau.

BAB 2: Beberapa Hari Selepas SHAH Berubat..

Buat pengetahuan semua, rumah aku nie gan rumah kedai dekat je.. Kalau makan malam, aku jalan kaki je gi kedai… Nak dijadikan cerita, on the way aku jalan kaki dari kedai mamak ke rumah, ternampak lak sebijik kereta yang aku rasa macam kenal jer… Pastu ternampak SHAH kat tepi kete tu.. Baru aku perasan kete tu kete sepupu beliau… So aku gi kete tu tegur-tegur la famili die.. Dalam kete tu ada ibu, maksu dan paksu beliau.. Aku salam cium tangan dorang… Pastu SHAH sembang-sembang gan famili die, pastu famili die pun blah.

Pastu SHAH ajak aku gi 7e jap.. Masih lagi berjalan kaki.. Pastu baru la aku terpikir nak bukak mulut pasal kes die berubat tu..

Aku: “Baru aku teringat nak cakap.. Ingat tak hari ko balik dari gi berubat tu?? Malam tu aku rasa semacam taw.. Aku takde la rasa takut ke, seram ke.. Tapi rasa something wrong… Macam ada bende je tak kene.. Terasa macam tak selesa pun ada.. Nak explain pun tak reti, tapi senang cite rasa tak best la..”

Shah: “Haaaaaaaaaa… Ko kene ikut aku..!”

Aku: “Gi mana??”

Shah: “Gi berubat jugak la.. Masa aku abis berubat tu, Uztaz tu tanye kak famili aku(ibu, maksu dan paksu) ada rasa ape-ape tak?? Famili aku kate takde.. Uztaz tu macam pelik laaa.. Sebab selalunya ada orang akan kene tempias… So aku rasa, ko la orangnya..!!!”

Pelik gak, jauhnya tempias tu…  N9-KL tuuuuuuuu…

BAB 3: Di Hari Kejadian..

Bab nie yang paling penting aku nak share..

Yang pergi masa nie aku, SHAH dan ibunda SHAH… Ustaz tu tanye sapa yang nak gi berubat.. Mule-mule aku tunjuk la SHAH tu.. Sambil tunding jari ke arah aku,”Yang nie??”… Pastu ibu SHAH yang jawab, “Yang nie just nak scan tengok ada ke tak”… So ustaz tu bagi borang isi maklumat peribadi dan tick tanda-tanda yang dorang listkan.. Pas abis cerita nnt, aku tuliskan kat bawah list yang aku ingat..

So ustaz tu start gan aku dulu.. Mule-mule die tanye aku ada pakai tangkal ke, belajar silat ke, apa-apa jenis ilmu batin la.. Aku cakap la takde… Mana la aku reti bende-bende ngarut macam nie.. Ustaz tu suh aku duk bersandar kat dinding dengan kaki menjulur dan tangan atas peha… Ustaz tu duduk kat hujung kaki aku dan start baca beberapa surah, tak silap aku yang ada surah Sulaiman.. Pastu die bagi aku segelas air, maybe air Yassi di pegang tangan kanan dan tangan kiri pegang kertas.. Pastu aku disuruh baca kandung yang tertulis kat kertas tu… Ayat penuh tak ingat, tapi kandungan kertas tu mengatakan aku tak nak ada ape makhluk dalam badan aku… Then, ustaz suh aku selawat n teguk minum 3x, pastu baru abiskan terus air tu.

Pastu Ustaz tu spray air (maybe air yassin) kat hujung kaki, belakang  tangan dan tapak tangan.. Masa tu aku pejam mata sebab dalam video SHAH tu, SHAH pejam mata… So aku ingat kene pejam mata… Ustaz tu start baca balik ayat-ayat Al-Quran.. Aku diam sambil pejam mata dan dengar ayat-ayat tu.. Masa tu terasa bergerak-gerak kaki aku.. Aku hengat, sebab lenguh ke hape.. Abis je baca, Ustaz tu cakap due-due ada.. Jin Saka ada, Jin Sihir/Asyik pun ada… “Laaaaa.. Ada ke.. Macam takde”, kata aku.. Aku tanye, boleh bukak mata ke??? aku nak tengok gak bergerak-gerak tu.. Skali boleh… hahahaha.. aku ingat wajib kene pejam..

Bermula la sesi berubat.. Ustaz tu bergerak dari duduk ke hujung kaki aku, ke sebelah kanan aku.. Aku disuruh genggam tangan kiri dan kanan tapi jari telnjuk terbukak(macam dalam tahiyat awal/akhir tu laa…), tapi masih keadaan kaki menjulur.. Sambil spray air yassin dari kaki ke tangan dengan bantuan ayat-ayat al-Quran, jin-jin tersebut si suruh pergi ke jari aku.. Bermula pertanyaan pada jin saka, Ustaz tu cakap,

“Wahai Jin Saka, aku ingin bertanya kepada kamu..  Apakah Akidah kamu?? Jika kamu Islam, gerakkan jari kanan.. Jika kamu kafir, gerakkan jari kiri”… Jari kiri bergerak-gerak, tapi tak kuat.. Ustaz tu terus baca ayat al-Quran, dan ketuk-ketuk pergelangan tangan kanan, kemudian kiri.. Spray-spray air Yassin lagi.. tak turun-turun.. Masa nie jari kiri aku bergerak-gerak kuat sikit… “Turun lagi.. lagi.. sampai sini”, kate ustaz tu sambil tunjuk peha aku… tak turun-turun jugak… Degil saka nie.

Pastu tukar, tanye Jin Sihir/Asyik… Sama macam Jin Saka… Tapi bile ustaz tu suh turun lagi, terkezut aku… jari kiri aku turun sendiri hampir cecah peha… “Kafir due-duenya”, kate ustaz tu… Ustaz tu teruskan bacaan, dan suruh Jin Sihir/Asyik masuk Islam… Kalau nak, gerak jari kanan, taknak gerak jari kiri.. lepas dipujuk-pujuk, Alhamdulillah, jari kanan aku yang bergerak… Ustaz tu suruh Jin tu ikut die bacakan Syahadah, dalam masa yang sama aku kene baca jugak sebab Jin tu akan ikut aku.

Dan ustaz tu kate nak rukyah kan jin tersebut.. Aku disuruh pejam mate dan dengar bacaan die dengan kusyuk.. Sambil pegang ubun-ubun kepala aku, kemudian die bacakan surah-surah tertentu… Setel pasal Jin Sihir/Asyik.

Kembali semula ke Jin Saka.. Proses die sama macam mule-mule tadi.. Jari telunjuk aku still bergerak-gerak sikit.. Ustaz tu suh Jin tu mengaku kalau tak dia akan bacakan ayat-ayat yang lebih ‘panas’… Still jari telunjuk kiri bergerak-gerak jer, tapi tak turun… Pastu Ustaz tu tanye aku, “Nak taw tak saka nie dari blah ayah ke mak??”.. Aku nganggung je masa.. Still dalam keadaan duduk melunjurkan kaki, aku di suruh depa tangan kedepan (macam nak lurus kan barisan) tapi tapak tangan bengkok ke bawah (Macam hantu cina yang lompat pun ada).. Lepas ustaz tu cakap, “Jika kamu datang dari blah ayah, turunkan tangan kanan.. Jika ibu, turun tangan kiri”… Serius, kali nie paling terkejut… turun tangan k_____ aku (demi menjaga nama baik ayah dan ibu aku, aku tak kat sini tak nak bagi taw tangan kanan ke, tangan kiri ke yang turun).. terasa ada orang tekan kat bahagian lengan aku (anggota badan yang dari bahu ke siku tu lengan kan kan?? tetiba macam kompius plak)…

Pastu ada lagi proses die.. Dekat sejam baru abis semua bende…

PENUTUP Kalau ikutkan, ada lagi proses-proses die selepas tu.. Tapi disebabkan ada proses yang memelukan pergerakkan tubuh, so susah aku nak cite pergerakkan tu… Yang aku cite-cite bab penting-penting  je.. macam tanda-tanda bergerak-gerak kat kaki, jari macam vibrate, tangan turun sendiri…

Macam aku cerita kat atas pasal list-list yang kene tick tu, kat bawah antara list-list die.

TANDA-TANDA KETIKA JAGA

– Nampak makhluk halus..

– Dengar bisikan

– Pelupa

– Menyepi dan masa

– Dada berdebar

– Sakit kepala

– Melihat objek bergerak

– Panas baran

– Hilang tumpuan ketika solat/zikir

TANDA-TANDA KETIKA TIDUR

– Susah tidur

– Kerap terjaga

– Kene himpit

– Kacip gigi

– Ketawa, menjerit dan menangis

– Mimpi seram

– Mimpi kanak-kanak

– Mimpi orang meninggal

– Mimpi makan

– Mimpi jatuh

– Mimpi makan

– Mimpi kubur/darah

– Mimpi banjir

– Mimpi rumah lama

– Mimpi ditempat kotor

– Mimpi terima barang

TANDA-TANDA PADA BADAN

– Sukar mengandung

– Keguguran

– Haid tak teratur

– Kayap

– Gatal-gatal pada badan

– Jerawat teruk

– Cacat sejak lahir

Aku share list-list nie, kot-kot korang ada masalah yang sama.. Maybe terkene jugak.. Kalau boleh kite tak nak la bende-bende nie kacau keturunan kite.. Sebab menujuk ustaz tu, bende nie beranak-pihak.. die kalau masuk dalam badan, die masuk sepasang.. Die boleh kacau otak dan keturunan kite.. Boleh sampai taraf kacau jodoh dan kandungan atau keturunan.. Takkan nak biar bakal-bakal anak tu jadi kaki rempit kan kan.

Pasal bayaran, seikhlas hati… sebab ustaz tu kate, ayat al-Quran tak boleh dijual beli.. Die tak letakkan harga.

Dan sebagai maklumat tambahan, tempat yang aku gi tu, Pusat rawatan.. Masa 1st time SHAH datang, dan hari yang aku datang gan die tu.. yang mengubat tu, 2 orang yang berlainan.. aku tak sure ada berapa orang ustaz kat Pusat Rawatan tu.. Kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Credit : Sumber

Kisah Nyata – Gangguan Sihir

cerpen.info (11)

Pertengahan Mei, selepas kesemua penyiksaan menjadi terlalu biasa buat kami, suami saya didatangi Ustaz Alwi, yang membeli sebahagian besar stok cincin suami saya. Suami saya bertanya tentang makhluk asing, gangguan jin, sihir dan sebagainya. Suami saya juga bercerita kepada beliau bagaimana setiap malam dia diganggu dengan mimpi yang menyeramkan. Selalu juga dia mengingau, berlawan dengan serigala, dengan anjing hitam, bertemu ular tedung dan macam-macam lagi. Ustaz ALwi menyarankan agar suami saya mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membeli buku tentang sihir dan gangguan jin tulisan Dr Harun Din terbitan Dewan Bahasa. Bagi Ustaz ALwi, sihir dan jin tidak dapat dipisahkan biarpun dunia kini amat modern. Disebabkan kemodernan ini, makanya ramai di antara kita yang tidak mengendahkan perlunya mempelajari ilmu menghalang sihir. Ramai di antara kita yang tidak percaya kemungkinan mereka disihir kerana logic akal mengatakan “Mana mungkin ada orang dengki dengan aku. Kita sama saja”. Kita terlalu lurus dan jujur menghadapi semua orang. Itu sesuatu yang amat baik, namun, tidak semua manusia baik seperti kita.

Suami saya membeli kitab Manzil yang hanya berharga RM2. Dia mula mengamalkannya. Di kedai, dipasangnya CD Yassin dan surah-surah pilihan sambil dia dan pekerja-pekerjanya mengikut bacaan dan menghafal. Satu pagi, lebih kurang pukul 9 pagi, suami saya menalipon saya dengan suara begitu teruja.

‘You know what? Tadi ada customer datang, sembang-sembang dengan Abang. Dia ni Makcik tua, serebeh-serebeh orangnya. Jalan pun dok seret-seret kaki. Abang ajak dia duduk, sambil tu Abang baiki gelang dia. Dia cerita pasal anak-anak dia, bla bla bla….Pastu, dia bagi Abang cincin kayu kokka. Cantik cincin ni. Abang takut gak kot-kot dia suruh Abang beli, tapi dia kata dia bagi. So, nak elakkan dari terhutang, Abang bagi satu cincin kat dia….Pas tu dia jalan je.”

Saya cuak mendengar cerita suami saya. “Biar betul Bang…orang betul ke? Baru pukul 9 ni. Dari mana dia datang?” Tanya saya.

“Dia kata dia dari Perak. Macam orang susah je. Tudung senget menget, mulut pun macam banyak putih-putih…Tapi, dah dia bagi, Abang ambik je la cincin ni. Cantik.”

Bila dah suami saya kata begitu, saya hanya diamkan diri saya. Malam itu, suami saya balik dan memberitahu yang Makcik tadi datang balik ke kedainya mencari serkupnya yang tertinggal. Dia memang tak dapat cam Makcik ni kerana parasnya yang telah berubah. Pakaiannya bersih, tidak lagi jalan terseret-seret dan cantik. Bila suami saya tunjukkan cincin yang diberi pagi tadinya, dia hanya mengerutkan dahi, seolah-olah dia tidak dapat mengingat langsung kejadian yang telah berlaku di sebelah pagi tadi.

Sejak kehadiran Ustaz Alwi dan Makcik special tu, jualan suami saya di kedai bertambah baik. Suami saya semakin yakin yang selama ini dia memang diuji dengan gangguan jin. Suami saya semakin rajin ke surau dan setiap ada waktu terluang, dia akan menghabiskan bacaan ayat-ayat Quran. Namun, keadaan kesihatan suami saya agak tidak baik. Dia sering sakit tengkuk, mengantuk yang melampau setiap kali masuknya waktu solat dan sendi-sendinya sentiasa dalam keadaan sakit. Cuti sekolah bulan Mei, kami sekeluarga bercuti ke Kuantan. Sedang asyik memandu, suami saya memberhentikan kereta dan menyuruh saya memandu. Dia terlena sebaik sahaja kami bertukar tempat….Nyenyak sungguh tidurnya. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 4 petang…Oh! Waktu Asar akan tiba sekejap lagi….

Dua malam di Kuantan amat menyeksakan buat saya kerana anak kecil saya, Abo, asyik menjerit-jerit dan menangis. Sebelum ke Kuantan, Abo memang menangis dan menjerit setiap malam sambil matanya tertutup. Abo langsung tidak mahu tidur di sebelah suami saya, yang mana akhirnya, saya terpaksa meribanya sambil duduk di atas lantai sepanjang malam.

Sekembalinya kami dari Kuantan, suami saya mendapat tahu yang Apet, sepupunya, juga diserang sakit misteri. Suami saya mencari Apet dan Apet menceritakan apa yang dialaminya, yang hampir sama dengan apa yang suami saya alami. Malangnya, Ustaz yang mengubat Apet telah pulang ke Thailand. Kebetulannya, Ustaz tersebut datang menziarah adiknya yang berjiran dengan Apet. Kata Apet, dia teruk dikenakan oleh rakan sepejabatnya.

Satu malam, kedai suami saya dikunjungi pelanggan wanita jelita yang datang bersama emak dan suaminya. Selepas wanita tadi memilih barang-barang yang dikehendakinya, dia bertanya kepada suami saya tentang cincin yang suami saya pakai. Suami saya menceritakan apa yang dialaminya, siapa yang memberi cincin tersebut dan sebagainya.

Wanita tadi meminta izin suami saya untuk ‘scan’ suami saya. Rupanya beliau pandai mengubat orang. Beliau belajar dari ayahnya yang berketurunan Wali Songo dari Indonesia. Katanya lah…

Selepas sahaja wanita ini duduk di hadapan suami saya, tona suara dan pelat bahasanya bertukar menjadi seperti orang Indonesia. Kata beliau, suami saya dihantar dengan sihir dari Siam. Bukan hanya kepada suami saya, tetapi juga ke kedainya. Teruk dah situasinya. Alang-alang orang yang kena, dah lama tumbang. Sihir ini dihantar oleh sahabat suami saya sendiri. Agak rapat, kerana suami saya selalunya bersalam dengan orang ini. Biarpun teruk, suami saya bertuah kerana beliau punya ‘pendamping’. Alamak….takut dengarnya. Hanya ada 2 orang yang boleh mengubat suami saya, Ustaz Harun Din dan Ustaz Zul dari Muar…. Mana nak jumpa mereka ni? Wanita tersebut juga berkata bahawa cincin yang diberi oleh makcik tua itu ‘berisi’. Makcik tu hanya wakil seorang kiyai….Macam Misteri Nusantara pulak.

Seperti biasa, kami memang agak keberatan untuk percaya dengan perkara-perkara mistik ini. Tak masuk akal…

Pagi Isnin, 11 Jun 2007, Adli, sahabat karib suami saya menalipon dan memberitahu yang dia baru sembuh dari sakitnya yang panjang. Dia berubat dengan seorang Ustaz di Cheras. Adli baru pulang dari menunaikan umrah beberapa minggu sebelumnya. Bagi Adli, doanya dimakbulkan Tuhan bila dia dikenalkan dengan Ustaz tersebut sekembalinya dari umrah.

Lepas Maghrib hari itu juga, saya dan suami ke Kelana Jaya menjemput Adli dan Nomi untuk ke rumah Ustaz tersebut. Dalam perjalanan Nomi menceritakan apa yang telah dialaminya. Saya bantai ketawa kerana cerita-cerita Nomi macam tak lojik. Nomi marah betul dengan saya. Katanya, dia tau ada yang tak kena dengan suami saya kerana bulu romanya sentiasa berdiri sejak kami sampai ke rumahnya tadi!!!

Sesampainya kami di rumah Ustaz (biar saya rahsiakan namanya. Hubungi saya jika perlu), Alhamdulillah tidak ada orang lain. Ustaz bertanya kepada suami saya apa sakitnya. Suami saya bercerita sedikit….termasuk kisah Makcik yang memberinya cincin.

Ustaz membuka helaian Al-Quran yang terletak di sampingnya sambil membaca beberapa ayat. Dada saya berdebar kencang. Entah mengapa, tiba-tiba saya merasa takut yang melampau. Meremang-remang bulu tengkuk saya duduk di belakang suami saya.

Ustaz berdiam diri seketika sambil memejamkan mata. Suasana sekeliling begitu sunyi dan menyeramkan. Nomi dan Adli di sebelah saya mengangguk-angguk, seolah cuba menenangkan hati saya yang seperti dilanda badai.

Kamu ada amalan yang ditinggalkan ye? Sebab itu bolos. Kamu memang disihir, dah lama. Sejak awal tahun lepas?

Amalan apa Ustaz? Tanya suami saya.

Wah! Banyak amalan kamu? Tersenyum simpul Ustaz, begitu juga Adli dan Nomi.

Yelah, makan, minum…tu kan amalan?

“Zikir Munjat”, jawab ustaz.

Kami yang mendengar tercengang. Hanya kerana zikir itu tidak diamalkan, kita jadi bolos?

Kamu dihantar ‘sihir pelalau’. Yang menghantarnya sepasang suami isteri. Mereka tidak suka kamu senang. Mari kita scan, kata Ustaz.

Suami saya diminta berbaring. Fikirannya diminta dikosongkan dan matanya dipejam. Sambil itu, Ustaz memicit jari hantu tangan kiri suami saya. Suami saya menjadi marah. Dia mengherdik Ustaz. Macam-macam yang dikatakannya, namun dia tidak mahu memberitahu apa-apa. Ustaz agak terkilan dengan keadaan itu. Kaki dan tangan suami saya sejuk, namun dia betul-betul berada dalam kemarahan.

Ustaz kemudiannya memberikan beberapa bahan yang perlu dibawa balik ke rumahnya dalam masa tiga hari. Saya mencatatkan kesemuanya dan kami pulang dengan seribu satu persoalan. Ustaz juga berkata yang suami saya akan mimpikan seseorang malam itu.

Di dalam kereta, Adli cuba memecahkan suasana. Dia agak kecewa kerana suami saya seolah menurut kata jin yang bersarang di badannya yang tidak mahu diketahui siapa yang mengupahnya. Tanpa sesiapa menduga, suami saya menengking Adli. Dia berkata Ustaz tu pembohong, tidak mengikut sunnah, dan macam-macam lagi. Aiikk… kenapa mamat ni? Malunya saya…Kalau tak setuju dengan Ustaz ni, kenapa datang tadi? Kenapa bersusah payah mencari ubat jika tidak setuju dengan semua benda?

Saya mula takut. Saya dapat rasakan yang suami saya telah dikuasai. Ketakutan saya semakin menjadi-jadi. Kami singgah di kedai mamak dan selepas beberapa ketika, wajah suami saya agak kendur. Tidak lagi setegang awal tadi.

Credit : Sumber

Kisah Misteri – Apa Itu Saka

Rawatan Awal Memudahkan Kesembuhan

Mari kita mengenali apa itu Saka

Saka adalah sejenis sihir di mana seseorang akan membuat perjanjian dengan syaitan jin heathen atau untuk tujuan tertentu. Sebagainya jin yang mengiringi lelaki itu akan datang dari generasi ke generasi. Amalan saka ini dipercayai telah lama wujud di Malaysia dan walaupun ia telah berusia beratus atau berpuluh-puluh tahun, tetapi satyrs yang mengiringi lelaki dipercayai masih datang begitu hingga ke hari ini.

[Perjanjian dengan syaitan] Majlis perjanjian dengan jin adalah haram di sisi Islam, kerana ada antara kaedahnya jelas bertentangan dengan undang-undang berasaskan Syariah Islam. Ini, seseorang perlu menghina Islam seperti memijak Al Quran atau membaca surah Suci secara reverse order selain melakukan yang besar seperti revere kubur, tengkorak, darah minum dan sebagainya. Segala Surat Ikatan adalah individu-individu komited yang terlibat sambil membaca dengan jampunya atau incantations untuk sumpah-seranah untuk menyeru kehadiran jin.

Apabila jin berjaya diseru dan muncul, maka seseorang akan membuat perjanjian untuk kepentingan dirinya dan perjanjian telah dimeterai dengan yang dilarang terma dan pantang. Selepas termeterainya perjanjian tersebut, maka Jin tersebut akan sentiasa bersama individu-individu yang terlibat untuk menjalankan tugas-tugas dipertanggugjawabkan bahawa beliau dan individu juga perlu memenuhi keperluan untuk jin yang terlibat seperti yang dikehendaki.

Walau bagaimanapun, tujuan sebenar Jin yang berdiri seorang lelaki adalah untuk menyesatkan mereka dan bukannya Allah SWT dengan terus lelaki menjunam ke dala perkara-perkara yang diharamkan Islam yang termasuk menjadikan mereka syirik. Tujuan oknum atau syaitan jin yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran pada ayat 39, Surah Al Hijr makna.”Syaitan berkata, Tuhanku, oleh engkau memutuskan aku keji, sudah tentu aku akan menjadikan mereka (manusia) looked baik (perbuatan tidak bermoral) dalam menghadapi bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua.”

Walau bagaimanapun, masih terdapat individu tertentu tanpa mengambil kira undang-undang Islam dengan terus memeterai perjanjian dengan saka ke pelbagai destinasi. Antara lain, untuk memelihara harta benda dan Keselamatan diri sendiri dan keturunan para pemilik, membantu pelakuan individu heavy bekerja di ladang atau lautan, Cekalkan hati, dilihat murni atau takut orang lain dan sebagainya. Antara jenis-jenis saka saka adalah harimau (membuat digeruni pemilik kepada manusia lain terutamanya musuh), saka saka buaya dan ular (membolehkan pemilik telekonferensi dan menjinakkan haiwan yang terlibat), bomoh saka (membolehkan pemilik seolah-olah mampu untuk menyembuhkan atau memperbaiki makhluk sakit gangguan lain).

Di samping itu, Terdapat juga sebuah saka kuat atau saka penimbul (memberi kekuatan atau imun kepada pemiliknya, kebiasaan saka terdiri daripada jin-angin), saka susuk (menukar pemilik untuk sentiasa kelihatan cantik) dan dinasihatkan (jin saka akan membantu mencuri wang dalam occult bagi pemilik mereka).

Saka disertakan yang berkata akan membawa pelbagai masalah dan kesan yang buruk kepada seseorang itu. Selain kemerosotan chiefly dosa besar syirik, saka tuan rumah juga dikhuatiri akan mati dalam keadaan terseksa, kerana roh adalah sukar untuk keluar daripada badan mereka.

Malah, Terdapat juga beberapa tuntutan yang akan mengambil ‘saka’ kebimbangan tetap pemilik mati yang membawa kepada satu, seolah-olah masih hidup walaupun fakta bahawa dia telah lama meninggal dunia. Jin saka yang terlibat juga boleh mengganggu keluarga termasuk, mencemarkan maruah keluarga wanita dengan kemaluan persetubuhan dengannya. Terdapat juga gangguan yang menyebabkan saka orang pengalaman penyakit misteri yang gagal diubati oleh Sains Perubatan moden.

Antara syarat-syarat perjanjian untuk mendapatkan saka itu adalah Jin tersebut perlu diserahkan kepada orang lain jika warisan pemilik lama hampir bertemu dengan kematiannya. Saka perlu dirawat dengan makanan seperti Kemenyan, darah dan sebagainya. Islam menjelaskan bahawa ia adalah haram untuk menerima warisan saka Firman Allah bermaksud.

‘ Dan pada hari penghakiman Tuhan akan himpunkan mereka semua, dan kemudian berkata, Wahai Jin (syaitan), sesungguhnya banyak mengelirukan seorang lelaki, kemudian berkata sahabat mereka dari lelaki, Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendapat sebahagian daripada keseronokan daripada pihak yang lain (jin) dan kita sampai kepada masa yang anda tentukan bagi kami (hari kiamat) ‘

“Allah berkata: ‘ itulah neraka tempat anda diam anda selamanya di dalamnya, melainkan Tuhan bermakna oleh yang (lain). Sesungguhnya engkau bijaksana lagi Doth Tuhan yang mengetahui. “

Surah Al An’aam ayat 128

Masalah saka berlaku apabila pemiliknya tidak mewarisi jin yang berkaitan sebelum kematiannya. Keadaan ini menyebabkan jin saka tidak lagi mempunyai seorang Nakhoda dan bebas merayau-rayau dan melakukan gangguan kepada orang lain. Jika saka ini telah mewarisi orang lain pula, pemilik baru mungkin tidak tahu syarat-syarat dan pantang beliau di dalam perjanjian yang dimeterai sehingga menyebabkan mereka mengabaikan terma-terma dan yang pantang beliau. Keadaan yang menyebabkan berkenaan Jin menjadi marah dan mula mencederakan pemiliknya serta lain-lain. Gangguan akan menyertai dalam jika sesuatu menggunakan barang-barang pemilik saka diserahkan atau dijual kepada orang lain.

Terdapat juga kes jin saka mewarisi seseorang itu membuang sampah pinak sebab ia perlu disampaikan kepada orang lain untuk tidak dapat ‘dipertahankan’ pemilik sahaja. Sebagai tambahan kepada keturunannya, saka juga dapat diwarisi kepada orang lain dan bukan sains hitam pengulas perlu mencari bahawa terdapat beberapa cara untuk mewarisi saka yang dimasukkan salah orang lain. Yang dengan cara itu boleh melemahkan atau menyebut seperti “anda adalah rakan saya terbaik di dunia dan akhirat”

Kaedah yang dijangka hanya menyerahkan saka berwasiat barang-barang tertentu seperti batu, keris lama, selain cincin azimat termasuk ayat Al-Quran yang Suci yang ditulis. Malah, seseorang yang mendapat rawatan daripada bomoh yang menggunakan bantuan jin juga akan mewarisi saka yang salah. Begitu juga dengan persilatan yang belajar pesilat songsang. Saka akan diturunkan kepada amalan mereka berkongsi bacaan atau tidak menggalakkan pantang tertentu jika melanggar, akan menjadikan pesilat gila isim itu.

Terdapat juga individu yang tidak sedar bahawa mereka telah telah diiringi oleh saka. Antara tanda-tanda bahawa diiringi semangat orang yang ia adalah perubahan dalam sikap untuk ganas, seperti derhaka, emosi terganggu dan sebagainya, bergantung kepada jenis Jin yang menemani mereka.

Menurut pengamal perubatan Islam, saka adalah antara gangguan makhluk-makhluk yang paling halus sering dirujuk kepada mereka berbanding dengan gangguan sihir dan santau. Walau bagaimanapun, berbanding dua yang lain gangguan itu, diubati saka paling sukar dan mengambil masa yang lama terutamanya kepada orang-orang yang kerana terlalu lama bersama jin yang terlibat.

Antara cara-cara menghapuskan semua sembuh atau pembaikan saka adalah syirik dan kepercayaan bahawa saka itu adalah keturunan. Manakala, tanpa apa-apa hasil dengan izin Allah SWT, saka mungkin tentang seseorang. Di samping itu, sunnah membaca ayat-ayat dari Al-Quran dan doa Nabi Muhammad yang Thabit untuk pesakit saka…

Credit : Sumber

Misteri Sumpahan Pelesit Turun Temurun

Pelesit - cerpen.info

Mungkin ada di antara kita pernah mendengar tentang pelesit. Pelesit merupakan makhluk halus yang dibela oleh seseorang tujuan untuk menganggu musuhnya. Biarpun pelesit ini tidak sepopular makhluk yang lain, ia tetap bahaya kerana dianggap saka yang mempunyai tuan. Kisah di bawah ini tentang seorang wanita yang dirasuk sehingga hampir-hampir dirinya bercerai dengan suaminya. Semoga menjadi iktibar buat kita semua.

Sehingga pukul 10 malam, Simah isteri Meon masih mengerang-ngerang sakit kepala. Pada mulanya saya menyangkakan dia pening kepala biasa saja, mungkin disebabkan hawa panas. Tetapi akhirnya Meon memberitahu Simah akan diserang sakit kepala setiap kali saya datang ke situ. Bagaimanapun sakit kepalanya itu akan beransur hilang bila saya meninggalkan rumahnya. Sebenarnya Simah memang selalu diserang sakit kepala, cuma sakitnya bertambah berat kalau saya datang menemui Meon. Setelah lima tahun berkahwin dengan Meon rumahtangga mereka tidak begitu tenteram. Simah sentiasa merasa tidak tenteram dengan sikap Meon.

Tetapi mengapa dia merasa tidak senang dengan Meon, dia sendiri tidak tahu. Mujurlah Meon dapat bersabar dengan perangai Simah. Kalaulah tidak bersabar memang sudah lama rumahtangga mereka runtuh. Meon dapat memikirkan tentulah ada masalah lain menyebabkan Simah berperangai benci saja melihat Meon. Bila hatinya senang Simah tetap menunjukkan kasih sayangnya terhadap Meon. Sebab itulah Meon dapat memahami bahawa Simah memang ada gangguan lain menyebabkan dia berperangai sentiasa benci saja melihat dia apabila tiba masa hatinya tidak tenang. Memang Meon berhajat untuk membawa isterinya menemui Ulung Bahar. Jadi, kedatangan saya ke rumah Meon pun, memang ada kaitannya dengan cadangan Meon untuk membawa Simah berubat kepada Ulung Bahar.

“Dah lama ke Simah sakit macam ni?” tanya saya bila Simah semakin kuat mengerang-ngerang sebaik saja saya masuk ke biliknya. “Sejak saya kahwin memang inilah sakit idapannya” ujar Meon lemah. “Sabar sungguh awak, Meon…” kata saya. Meon terdiam. Terkejut juga dia bila saya kata demikian. Pada anggapannya saya mengatakan sabar disebabkan dia boleh bertahan demikian lama dengan Simah. Saya dapat menangkap akan perasaan Meon bila saya memberitahu demikian tadi. Oleh itu cepat-cepat saya menyambung, “Maksudnya, kau tak bawa Simah berubat. Lama sangat kau bersabar membiarkan Simah macam ni…” jelas saya supaya Meon tidak terkeliru dengan kata-kata saya itu. “Inilah saya nak bawa jumpa Ulung Bahar nanti” keluh Meon memerhati isterinya mengerang-ngerang sakit kepala.

Simah isteri Meon ini berasal dari Air Tawar, Perak. Sejak berkahwin dengan Meon lima tahun dulu jarang mereka balik ke kampung Meon, di Temerloh. Lagi pun memang Meon tidak menyangka Simah mengidap penyakit demikian, sebab itulah dia tidak cepat-cepat membawa bertemu Ulung Bahar. Baru kebelakangan inilah Meon menyedari Simah sebenarnya sakit. Kadangkala bila sakit kepalanya menyerang dia akan memaki hamun Meon. Mula -mula dulu terkejut juga Meon sampai hampir-hampir dia menceraikan Simah. Apabila Simah pulih semula, dia sendiri tidak tahu apa yang telah dicakapkannya kepada Meon. Kebetulan saya berhajat mahu bertemu dengan Ulung Bahar, maka Meon bercadang membawa Simah berubat sekali dengan Ulung Bahar.

“Cubalah ustaz tengokkan dulu…” kata Meon semakin rusuh melihat isterinya mengerang-ngerang sakit kepala. “Sakit kepala lain ni Meon” jelas saya merasakan bulu roma saya meremang seram sejuk. “Kalau dia melawan tak terkawal dek kita. Cubalah kau telefon adik kau di Datuk Keramat suruh dia datang. Kalau ramai nanti panjang juga ikhtiar kita…” saya menyuruhnya menelefon adiknya Jamlus di Datuk Keramat. Saya tahu Meon mempunyai adik di Kuala Lumpur tinggal di Datuk Keramat. Sudah dua tiga kali kami bertemu di rumah Meon itu. Kalau ada saudara mara Meon tidak segan jugalah saya mahu mencuba mengetahui punca penyakitnya. Cepat-cepat Meon menelefon Jamlus adiknya. Di samping itu dia juga memanggil jirannya. Dalam keadaan demikian masing-masing kelam kabut juga melihat keadaan isteri Meon sambil menuduhnya mati pucuk kerana sudah lima tahun berkahwin masih belum mendapat anak.

Bagi Meon maki hamun demikian sudah perkara biasa kepadanya. Dia tidak tersinggung kalau Simah bercakap demikian. Tetapi bagi jiran-jiran yang baru datang menjengah terkejut juga dia mendengar kata-kata Simah itu. Tidak lama kemudian kira-kira jam 11.30 Jamlus datang bersama isterinya. Terkejut juga dia apabila Meon menelefon fasal Simah sakit. Tentulah sakit Simah berat menyebabkan abangnya menelefon dia suruh datang segera. “Kita bawa hospital aje…” kata Jamlus sebaik saja melihat kakak iparnya mengerang-ngerang kesakitan. “Boleh jadi migraine. Elok cepat kita bawa ke hospital” gesanya tidak sabar lagi melihat Simah menggelepar di atas katil. “Sabar dulu…” sahut Meon menahan kerusuhan hatinya. Jiran-jiran yang lain juga mendesak supaya Simah dibawa ke hospital memandangkan keadaannya menggelepar seperti ayam kena sembelih. Saya masih berfikir apakah cara yang harus dilakukan dengan keadaan yang demikian. Keadaan demikian begini bukanlah baru kali pertama saya tempuhi, sebab itu saya tidak tergopoh-gopoh sangat melihat keadaan Simah itu.

“Kak Simah ni kena migraine agaknya. Jangan sabar-sabar lagi, bawa aje ke hospital” desak Jamlus lagi. Tetapi Meon yakin Simah bukan dihinggapi sakit migraine. Kalaulah Simah kena sakit migraine masakan dia akan memaki hamunnya. Menuduh dirinya yang bukan-bukan. Sehingga Simah tergamak mengatakan dia mati pucuk kerana tidak mendapat seorang anak pun setelah lima tahun berkahwin. Mujurlah dia dapat menahan sabar apabila dituduh demikian. Memang dia sedar Simah sakit, tetapi tidak dapat mempastikan sakit sebenarnya. Setelah ada ura-ura saya mahu menemui Ulung Bahar, barulah dia bercadang mahu mencuba membawa Simah berubat pada Ulung Bahar.

“Ada dukun di sini yang boleh kita cuba?” saya bertanya pada Meon. Meon menggeleng kepala tidak tahu. Memang dia tidak tahu siapakah dukun di kawasan perumahan itu. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas harian, kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tidak kenal. Inikan pula mahu tahu mengenai siapa menjadi dukun di situ. “Kita cari di Sungai Pusu…” seorang jiran memberitahu. “Boleh juga kita panggil dukun tu” kata saya berpaling pada jiran yang memberitahu itu. “Saya tak tau rumahnya” sahut dia serba salah. “Tetapi saya dengar dia duduk di Sungai Pusu. Kalau kena penyakit macam ni, selalunya orang panggil dia” jelas jiran itu lagi. “Kalau tak tau rumah macam mana nak cari malam-malam ni…” keluh Jamlus pula. Kata-kata Jamlus itu benar juga. Sekiranya hari siang boleh juga bertanya pada siapa-siapa yang melintas di situ. Tetapi bila hari malam masakan mahu mengetuk rumah orang mencari dukun tersebut.

“Ah, Sungai Pusu tu bukannya besar sangat” seorang lagi jiran mencelah. “Mari kita ke sana, kita carilah sampai dapat…” ujarnya mengajak Jamlus mencari dukun berkenaan di Sungai Pusu. Setelah Jamlus dan jiran itu pergi, keadaan Simah masih juga tidak berubah. Dia menggelepar ke kiri ke kanan sambil mengerang sakit kepala. Jiran-jiran yang datang menziarah tadi tidak keruan dengan keadaan tersebut. “Sebelum dukun tu sampai, ustazlah cuba-cuba dulu…” Meon menepuk bahu saya. Saya tahu Meon memang ikhlas meminta saya mendoakan supaya isterinya sembuh. Dalam masa setahun dia mengenali saya, memang dia sudah mengagak mestilah ada sebab mengapa saya berhajat sangat mahu menemui Ulung Bahar. Selalu juga dia bila terasa sakit gigi mengusik-ngusik suruh saya ubatkan. Tetapi tidak pernah saya penuhi permintaannya. Kalau dia mendesak juga saya suruh dia ke klinik gigi.

Bagaimanapun Meon tidak pernah berkecil hati kalau saya bersikap demikian. Pernah juga dia meminta saya doakan  supaya tidak basah terkena hujan, saya beritahu dia doa supaya tidak basah terkena hujan pakailah payung. Semua ini adalah usik mengusik saja. Dia hanya mahu berolok-olok dengan saya, seperti juga dia pernah berolok-olok dengan Ulung Bahar. Tetapi kali ini saya sedar Meon bukanlah berolok-olok. Dia meminta dengan ikhlas. Saya menjadi serba salah dengan permintaan Meon, di samping keadaan Simah yang semakin membimbangkan. Dalam ingatan saya sudah tergambar mungkin ada benda lain yang mengganggu menyebabkan Simah cepat diserang penyakitnya apabila saya berada di rumah itu.

Hingga pukul 12.00 malam dukun dari Sungai Pusu yang dijemput oleh Jamlus masih belum datang. Jamlus juga tidak nampak muka hidung. Memandangkan keadaan Simah menggelepar-gelepar menahan sakit di kepalanya, saya pun meminta izin dari Meon untuk memegang kepala Simah. Kira-kira dua minit saya memegang kepalanya, tiba-tiba Simah bingkas bangun lalu meludah saya. “Kau yang tukang kacau, laknat!” bentak Simah macam mahu menerkam ke arah saya. “Buat apa kau datang selalu ke sini, kau nak nikah dengan aku ke?” dia ketawa mengilai. “Kau harus sabar Meon…” bisik saya perlahan. “Yang bercakap ni bukan Simah lagi, yang lain bercakap ni” kata saya menerangkan pada Meon. “Saya tahu ustaz” jelas Meon merapati saya. “Buatlah macam mana pun, memang saya tahu, fasal saya selalu ikut Ulung Bahar” ujarnya. Simah terus berdiri dengan tangannya mahu mencengkam leher saya. Cepat-cepat Meon memegang pinggangnya membawa rebah semula ke katil.

“Meon, kau jangan jadi bodoh!” Simah meronta-ronta mahu melepaskan diri dari Meon. “Inilah jantannya yang menggoda aku. Dia nak nikah dengan aku, tapi aku tak mau. Aku sayangkan kau Meon” dia merintih-rintih bagaikan merayu. “Siapa hendakkan kau, aku pun tak mau” bentak Meon. “Kau tak mahu pada aku?” mata Simah terjengil memerhati Meon. “Aku tak mau..!” sahut Meon keras. “Sekarang ceraikan aku…” Simah juga bersuara keras. “Berambuslah kau” kata Meon. “Lepaskan aku…!” Simah meronta-ronta sekuat tenaga. “Lepaskan aku, biar aku berambus” dia membentak-bentak sambil menumbuk dada Meon. “Kalau kau nak berambus, berambuslah” jerkah Meon semakin kuat memaut pinggang Simah. “Tapi, tinggalkan Simah tau!” katanya memahami apa sebenarnya berlaku di sebalik keadaan Simah demikian. “Kau gila, aku ni bukankah Simah” dia tertawa mengejek. “Aku tau kau setan!” bentak Meon.

Dari cara Meon bercakap itu memang saya tahu dia juga menyedari akan penyakit isterinya. Tetapi selama ini dia sengaja merahsiakan dari pengetahuan saya. Dia bimbang kalau saya mengetahuinya, nanti akan menyusahkan saya pula. Memang Meon tahu akan gangguan syaitan tersebut. Tetapi apakah jenis gangguannya tidaklah diketahui. “Sekejap lagi dukun Sungai Pusu datang, kau rasa nanti!” Meon cuba mengugut. “Ah, bapak dukun Sungai Pusu aku tak takut” balas Simah termengah-mengah mahu melepaskan diri dari Meon. Beberapa orang jiran wanita juga turut sama membantu memegangkan kakinya. “Dukun Sungai Pusu tu takut pada aku, takkan dia berani datang…!” dia tertawa macam menyindir Meon. “Diam…!” herdik saya merenung muka Simah. Ketika ini saya tidak nampak Simah lagi meronta-ronta di atas katil. Saya berada jauh dari rumah Meon di Gombak di sebuah bukit dekat Air Tawar di Perak. “Diam, kata aku. Sekarang kau datang ke sini, supaya aku bakar kau dengan Ayatul Kursi…!” saya terus membaca Ayatul Kursi sebanyak 17 kali.

Selesai saja saya membaca Ayatul Kursi wajah Simah bertukar menjadi seorang perempuan tua kurus dengan rambut menggerbang putih. Perempuan tua itu mengilai ketawa mengejek-ngejek saya. Dia merenung saya bagaikan mahu menerkam, tetapi tidak dapat mara. “Jangan nak sembunyi lagi!” suara saya semakin keras. “Ah, merepeklah kau. Jangan cuba nak goda aku…” perempuan tua itu terkekeh-kekeh ketawa. “Aku ni bini Meon, buat apa kau goda. Mentang-mentang Meon mati pucuk, kau fikir aku mudah tergoda dengan kau” dia cuba menyakitkan hati Meon yang mendengarnya. “Kau fikir Meon bodoh” sahut saya sambil memerhatikan gerak gerinya yang mencari tipu helah. “Kau dah tua, Meon tengok pun tak ada nafsu” saya pula menyakitkan hatinya. Dia menjadi marah bila saya katakan dirinya sudah tua. Dia tetap mengaku dirinya Simah, walaupun saya sudah melihat akan rupa asalnya. “Jangan kau nak berdusta!” saya membaca Ayat Yassin dan menghembuskan ke arahnya. Angin kencang bertiup menyebabkan dia melayang-layang tidak jejak ke bumi. “Aku tau kau perempuan tua simpan pelesit, tubuh kau kurus, rambut menggerbang putih macam pontianak, siapa pun tengok tak naik nafsu” kata saya lagi.

Dia bertambah marah bila saya sudah mengetahui dirinya yang sebenar. Pada sangkaannya saya hanya melihat Simah terbaring meronta-ronta menggelepar di atas katil. Barulah disedarinya saya sudah melihat dirinya yang sebenar dari kawasan hutan terbiar di sebuah bukit di kampung Simah. Bila diketahuinya dirinya sudah dapat dikesan, dia terpaksa menentang habis-habisan. Perempuan tua itu mengeluarkan botol kecil dari ikatan pinggangnya, lalu mengeluarkan seekor belalang. “Anak aku ini akan mengajar kau…!” gerutunya lalu melepaskan belalang tersebut. Seekor belalang sebesar pohon kelapa menerpa ke arah saya. Cepat-cepat saya melompat ke atas belalang tersebut. Saya menyebut Allahu Akhbar tiga kali menyebabkan belalang itu kembali menjadi kecil dan jatuh ke dalam genggaman saya. Perlahan-lahan saya memulas kepala belalang itu dengan membacakan Ayatul Kursi 33 kali. Ketika ini perempuan tua itu terjerit-jerit memegang tengkuknya menahan kesakitan. Dia terkial-kial merebahkan badan ke bumi mahu melawan balik. Apabila saya pulaskan kepala belalang itu sampai putus, tubuh perempuan itu bertukar menjadi belalang lalu terbang berligar-ligar di kepala saya mahu menyerang.

Bagaimanapun dia tidak dapat menghampiri saya. Kemudian saya membaca lanarjumannakum dari Surah Yassin menyebabkan dia terpelanting ke tanah. Berpuluh-puluh panah api datang menerjah ke tubuhnya. Dia menggeliat menahan panahan api itu, tetapi masih bertahan tidak mahu mengalah. Apabila tidak tahan dengan panahan api, belalang berkenaan berkepul-kepul menjadi asap hitam lalu membentuk satu lembaga manusia. Lama kelamaan dia menjelma di depan saya. Dia lelaki tua bertubuh kurus memakai pakaian serba hitam. Mukanya cengkung berkedut-kedut macam kulit gajah. “Aku sayang pada Simah ni…” ujar lelaki bertubuh kurus itu. “Aku nak nikah dengan dia, kenapa awak tak bagi?” suaranya lemah bagaikan meminta belas kesihan. “Simah mahukah pada awak?” tanya saya. “Ada masa dia mau, ada masa tak mau…” beritahunya perlahan berketar-ketar. “Apa fasal dia tak mau?” saya mengujinya. “Dia kata saya mati pucuk…” ujarnya serba salah. “Simah dah nikah dengan Meon” jerkah saya memberi amaran. “Kenapa awak ganggu dia lagi?” tanya saya keras sambil mengejeknya. “Saya cintakan dia” jelasnya menangis tersedu-sedu. “Buruk sangat rupa awak orang tua menangis…” sindir saya.

Dalam masa saya berkata-kata dengan lelaki tua itu, tiba-tiba perempuan tua bertubuh kurus itu menjelma semula. Dia terlalu marah kerana lelaki itu cuba berbaik-baik dengan saya. “Dia inilah yang selalu kacau kita…!” kata perempuan tua menjelirkan lidah kepada saya. Saya mendiamkan diri. Saya mahu lihat sejauh mana tindakan seterusnya dari mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidak menyerang saya. Cuma perempuan tua itu saja menyindir untuk menyakitkan hati, sementara lelaki tua itu seolah-olah dalam ketakutan. “Dia nak pisahkan kita!” ujar perempuan tua itu lagi. “Kalau dia datang dekat, aku rasa tubuh aku terbakar. Sebab itu kita mesti jauhkan dia dari berkawan dengan Meon. Aku tak tau apa ilmu yang dia pakai” perempuan tua itu menangis teresak-esak sambil menggeliat-geliat seperti menanggung bahang kepanasan. Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Dia mengusap-ngusap rambut yang menggerbang putih. Sekali sekala saya nampak muka perempuan tua itu berubah menjadi Simah. Tetapi apabila saya hembuskan ayat Hazihi jahannamullati kuntum tu ‘adun, wajah tersebut tidak jadi bertukar.

Dari situ dapatlah saya fahamkan bahawa memanglah sukar mahu mengubati Simah, kerana gangguan yang datang itu bukanlah datangnya dari luar. Gangguan ini datang dari keluarganya turun temurun yang pernah menyimpan pelesit. Apabila pelesit itu sudah tidak bertuan, maka dia mencari keturunan tuannya sebagai sumpahan untuk mencari naungan. Simah yang tidak tahu apa-apa tidaklah mahu menerima kedatangan pelesit yang berasal dari datuk nenek moyangnya dulu. Inilah yang selalu mengganggu dia kerana dirinya sudah terpisah jauh dari pelesit tersebut, sedangkan pelesit berkenaan cuba mendekatkan dirinya. Sebab itulah pelesit berkenaan menjadi seperti orang yang diganggu oleh api bila berdekatan dengan orang-orang yang mengamalkan membaca Suratul Kursi setiap hari. Mungkin Simah sendiri tidak tahu tentang asal usul datuk nenek moyangnya dulu ada memelihara pelesit.

“Jauhkan dia dari sini” rayu perempuan tua itu kepada lelaki tua yang berdiri di sampingnya. Lelaki tua itu menghentakkan kakinya ke tanah tiga kali. Kemudian beribu-ribu belalang menerpa ke arah saya. Sebaik saja belalang-belalang itu mahu menerpa saya hembuskan Fatihah, menyebabkan semuanya gugur ke bumi seperti dibakar api. Terasa saya seakan-akan lemas akibat bau hangit belalang terbakar. Merah padam muka lelaki tersebut melihat semua belalangnya habis terbakar. Semua belalang yang jatuh itu tengkuknya terpatah dan keluarlah seulas nasi dan sehelai rambut dari tengkuk terpatah itu. “Aku datang mencari anak cucu aku…” lelaki tua itu bersuara keras. “Tak patut awak putuskan hubungan kasih sayang kami” katanya kesal dengan sikap saya menghalang tindakan dia. “Simah tak perlukan awak lagi” sahut saya membentak. “Dia perlukan Meon, biar Meon yang jaga dia. Awak tak perlu jaga dia” ujar saya memarahinya.

Ketika saya menyahut kata-katanya dia menyimbahkan air ke atas bangkai-bangkai belalang tadi. Sekaligus bangkai-bangkai terbakar itu menjadi kepulan asap hitam yang berjurai-jurai seperti rambut. Juraian rambut menyerkup ke kepala saya menyebabkan pandangan saya gelap tidak kelihatan apa-apa lagi. Namun saya tetap bertenang menghadapi tekanan-tekanan seperti ini. Semua yang saya hadapi itu adalah tipu daya syaitan belaka. Beberapa ketika saya terperangkap dalam juraian rambut itu, hingga  hampir-hampir meliliti seluruh tubuh saya. Lalu saya bacakan Surah Waddhuha sepuluh kali. Tiba-tiba juraian rambut itu melayang ditiup angin. Lelaki tua itu semakin marah kerana rambut yang menyerungkup ke kepala saya tadi diterbangkan angin. Itulah pertama kali serangannya sampai ke tubuh saya. Memang kesilapan telah saya lakukan membiarkan dia menyerang sambil melayani dia bercakap.

Tok Aji pernah mengingatkan saya supaya tidak melayani syaitan apabila berhadapan dengannya. Kalau menentang syaitan mestilah digempur sampai mereka kalah. Sekiranya kita melayaninya, sudah tentulah kita termasuk ke dalam perangkap tipu dayanya untuk melalaikan kita. Setelah teringatkan Tok Aji, saya pun menguatkan zikir saya. Saya membaca beberapa ayat yang diajarkan oleh Tok Aji. Ketika ini seluruh kawasan itu bergoncang kuat seperti gempa disambut oleh petir serta kilat. Orang tua lelaki dan perempuan itu berlari-lari mahu menyelamatkan diri. Batu-batu dari atas bukit juga gugur melayang menerjah ke arahnya. Mereka berdua menjadi panik dengan gempa yang datang secara tiba-tiba. Saya tetap berdiri di tengah-tengah gempa itu memerhatikan mereka berdua berlari ke hujung ke pangkal mencari tempat selamat. Tetapi ke mana saja mereka berlindung petir dan kilat menyambar. Mereka terpelanting apabila disambar kilat dan petir bertalu-talu. Termengah-mengah mereka mencari tempat perlindungan. Akhirnya mereka lesap di dalam kepulan asap di tengah-tengah dentuman petir serta kilat menyambar. Setelah mereka berdua hilang saya memberhentikan bacaan. Lama saya menunggu di situ, namun dia tidak muncul-muncul lagi.

Saya rasa buat sementara itu dia tidak akan datang lagi mengganggu. Bagaimanapun mereka tetap akan berusaha untuk meneruskan cita-citanya untuk bernaung kepada Simah. Hal inilah yang mahu saya beritahu pada Meon, supaya dia sendiri mesti mempunyai persediaan menghadapi kemungkinan tersebut. Setelah yakin mereka tidak akan mengganggu lagi, saya meninggalkan kawasan hutan di pinggir bukit itu, dan kembali berdiri di dalam diri. Apabila saya membuka mata, saya dapati Simah sudah pulih semula. Tetapi keadaannya masih letih lagi. Rupanya ketika saya menghadapi suasana sengit tadi, Jamlus dan rakan yang pergi menjemput dukun ke Sungai Pusu sudah balik. Mereka berdua hampa kerana dukun berkenaan sudah pun dijemput oleh orang di Damansara. Sehingga hampir pukul 2.00 pagi mereka menunggu, dukun itu tidak juga balik. Akhirnya terpaksalah mereka mengambil keputusan balik semula ke rumah Meon.

Jamlus bertanyakan kepada saya siapakah yang melakukan gangguan itu. Saya hanya tersenyum dengan soalan demikian. Selalunya begitulah pertanyaan yang diterima apabila menghadapi masalah demikian. Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat menjauhkan diri dari gangguan syaitan. Siapa yang membuat gangguan itu tidak harus difikirkan lagi. Apabila saya tanyakan kepada Simah, sama ada terdapat di kalangan keluarganya di masa lalu yang menjadi dukun atau bomoh, Simah memberitahu ayah kepada moyangnya dulu memang dukun terkenal. Tetapi selepas peringkat moyangnya, dia tidak lagi mahu menjadi dukun hinggalah sampai kepada beberapa keturunan seterusnya. “Saya sedar apa yang berlaku ke atas diri saya” ujar Simah dalam keletihan. “Tetapi saya tak dapat nak mengawal diri, macam ada kuasa lain yang mengawal saya..” jelasnya bila mengingatkan peristiwa sebentar tadi.

Memang saya akui cerita Simah itu. Memang mereka yang menerima gangguan ini sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi mereka tidak dapat mengawal dirinya sama ada bercakap atau bertindak. Kejadian demikian memang aneh, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Apabila saya menerangkan kepada Simah mengenai belalang pelesit, dia teringat aruah neneknya pernah memberitahu tentang keluarganya dari keturunan dulu memang memelihara pelesit. Semasa Tok Bani meninggal dunia dia tidak sempat menurunkan pelesit peliharaannya itu kepada anak cucunya. Maka pelesitnya itu sentiasalah mencari anak cucu Tok Bani untuk tempat bernaung. Apabila pelesit itu tidak dapat bernaung maka anak cucu Tok Bani pun menjadi mangsa. Adik nenek Simah itu pernah menjadi lumpuh dengan tidak bersebab. Penyakit lumpuhnya itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas dia meninggal dunia akibat lumpuh, seorang lagi keluarganya mati muntah-muntah darah seperti termakan racun. Hingga sampailah kepada bapa saudara Simah bernama Jana, dengan tidak semena-mena diserang penyakit lemah tenaga batin hingga menyebabkan dia menjadi tidak siuman. Ketika mengubat Jana inilah Dukun Busu mendapat tahu tentang Tok Bani menyimpan pelesit. Dukun Busu mencari punca-punca Jana hilang tenaga batin hingga menjadikan dia tidak siuman. Dia mendapati pelesit Tok Bani yang sudah tidak bertuan itu mencari perlindungan kepada Jana. Disebabkan Jana tidak tahu bagaimana mahu memeliharanya, maka pelesit itu telah memakan tuan sendiri.

Credit : Sumber.

Kisah Seram – Disihir Oleh Pelanggan

cerpen.info (11)

Saya ingin menceritakan tentang kejadian yang tak pernah berlaku ketika menjalankan tugas saya. Saya adalah seorang jurujual di Singapura, kerja saya bertemu dengan pelanggan. Tak perlulah saya menceritakan lebih lanjut tentang pekerjaan saya kerana anda akan tahu apabila anda membaca kisah saya ini.

Saya dan isteri bersama seorang pelanggan di rumahnya di kawasan Toa Payoh. Selepas selesai saya menjalankan tugas saya, beliau menhidangkan kami air minuman dan makanan ringan. Sedang kami berborak-borak dan berbual kosong, tiba-tiba pelanggan kami itu yang kami gelarkan “kakak”, terus senyap DAN MENUNDUKKAN KEPALANYA KE BAWAH. Isteri saya mula merasa gelisah dan tidak boleh duduk diam serta rasa kepanasan.

Saya bertanya kepada isteri kenapa beliau semacam resah dan gelisah? Isteri saya berkata, “Saya rasa macam tak sedap, macam ketakutan, tapi tak tahu apa yang saya takutkan. Telinga saya macam rasa sebal seperti menaiki kapal terbang. Berdesing!”

Tiba-tiba kakak tersebut memberi salam seperti suara seorang nenek tua, “Assalamualaikum…” Isteri terperanjat, disebabkan isteri duduk di sebelah kakak itu. Saya macam nak ketawa pun ada. Ingatkan dia berdrama. Muka isteri saya dah pucat lesi macam nak pengsan. Kakak itu berkata dengan suara itu lagi, “Saya tahu apa terjadi dengan kamu, saya tahu siapa yang tidak suka dengan kamu. Mari sini, duduk dengan mbak. Biar mbak jelaskan siapa gerangan orang yang menghantar sihir kepada awak. Sihir itu juga mahukan isteri kamu sukar untuk hamil!”

Bila dia berkata begitu, saya langsung tidak percaya. Tergamam dan tidak bersuara. Adakah ini perkara yang benar atau permainan semata-mata? Berdiri bulu roma. Isteri saya langsung tidak bersuara kerana terlalu ketakutan. “Nenek tua” yang telah merasuk kakak tadi itu langsung menceritakan hal2 saya, siapakah musuh saya, dan SIAPA DIA!!! Gerun tapi tak percaya… Astaghfirullah… Hati ini tak habis-habis beristighfar.

Pelanggan saya yang tadi menurun, tiba-tiba balik ke asalnya dan bertanyakan kepada suaminya apakah yang berlaku??.. Saya tahu yang bercakap tadi itu mungkin adalah saka milik kakak tersebut. Mungkin dia sendiri tidak tahu yang dia ada saka ini.

Apabila saya balik ke rumah, saya menelefon ibu saya, Saya ceritakan hal ini dengan ibu saya. Secara kebetulan, ada ustaz yang hendak datang ke rumah saya untuk menyemah rumah kami sebab saya baru pindah. Ustaz itu pun sudah membuat temujanji untuk bertemu dengan kami sekeluarga pada keesokan malamnya selepas Isyak untuk berubat.

Pada esok malamnya, semasa saya sedang berubat, saya terasa begitu panas seperti sedang membara, padahal alat pendingin hawa jelas di depan saya dengan suhu 16 Celsius. Saya berpeluh-peluh seolah-olah sudah lama berlari-lari anak. Beberapa minit kemudian, saya rasa ada sesuatu yang keluar dari tubuh saya dan saya rebah ke lantai kepenatan. Memang benar rupanya kata kakak itu ketika beliau dirasuk, sihir itu berjaya duduk di dalam badan saya selama ini dan saya tak perasan. Saya rasa ringan selepas itu. Isteri saya cuma terkena tempias sihir itu.

Selepas “berubat”, isteri mimpi ada orang menyeru nama penuh beliau lalu sembur ke mukanya. Dia tersedar sekitar pukul 4 pagi lalu terdengar ketukan yang dasyat di tingkap seolah-olah seperti ada orang hendak masuk ke dalam.. Tak boleh tidur dibuatnya. Sekejap lagi, terdengar lagi. Lebih kuat, kali ini saya tersedar. Kuat sangat sampai bergegar bilik tidur saya. Bayangkan, rumah saya berada di tingkat tinggi.

Mulai dari malam itu, saya lebih berhati-hati untuk bercampur dan juga makan minum di rumah orang. “Buat-membuat” orang ini masih lagi wujud lagi pada zaman ini. Astaghfirullah. Semoga orang itu mendapat taufik dan hidayah. Kita sama-sama cari rezeki, sama-sama mahu berjaya. Tidak perlu hendak berlumba dan membunuh kerjaya masing-masing. Itu sahaja cerita saya.

Terima kasih.

 

Credit : Dunia Seram