Ragam Hantu Kalimantan Timur

cerpen.info (4)

Kalimantan Timur adalah sebuah kawasan yang berpenduduk sangat sedikit dari daerah pulau pulau lain di Indonesia. Tentu daratan ini memiliki hutan yang sangat luas. Dalam sebuah desa atau dusun ada yang hanya berpenduduk paling banyak dua puluh jiwa.

Walau hutan hutan di Kalimantan Timur telah porak poranda akibat illegal logging dan ’banjir kap’ sejak tahun 70-an yang dilakukan berbagai perusahaan kayu, tetap saja hutan hutan ini tak pernah habis. Kerusakan ekosistim akibat pembabatan memang ada, namun tak banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat pedalaman yang tinggal diberbagai pelosok desa atau dusun.

Pada waktu tahun-tahun 70-an ke bawah, hutan di Kaltim sangat kaya dengan hasil hutan ikutan seperti damar dan rotan. Belum lagi hasil yang terkandung di dalam buminya. Dan setiap hutan sudah tentu ada penunggu atau penghuni yang tak terlihat, dengan sebutan lain kalau bukan orang Gaib atau Bunian, pastilah disebut “Hantu Hutan”. Begitulah kepercayaan masyarakat yang berdiam di daerah pedalaman yang hingga sampai saat sekarang masih sering menjadi buah bibir.

Kalau yang disebut orang bunian atau orang gaib hanyalah satu. Tetapi kalau yang disebut hantu, sangatlah banyak dan beragam.

Hantu Orang

Ada Hantu Orang, yang kalau berjalan dengan rambut terurai ke depan menutupi wajahnya.

Hantu Kuyang

Ada Hantu Kuyang, yang kerjanya mengincar orang beranak atau mati muda. Hantu yang satu ini senang mengisap darah orang yang hendak melahirkan atau memakan mayat wanita muda yang meninggal karena melahirkan.

Hantu Penanggalan

Ada Hantu Penanggalan. Hantu yang satu ini berbentuk kepala tanpa badan dan terbang ke sana ke mari dengan incaran yang sama seperti Hantu Kuyang. Bedanya dia dapat bepergian jauh dengan kepalanya yang bisa terbang.

Hantu Bangsi

Ada lagi yang disebut Hantu Bangsi. Hantu ini keberadaannya di dalam hutan dan berbentuk wanita menggendong anak memburu siapapun yang bisa jadi mangsanya. Anak yang digendongnya masih dengan tali pusar yang terjulur dari kemaluan hingga ke pusar si anak yang digendong. Hantu ini memberi tanda pada mangsanya yaitu dengan setumpuk bercak bercak darah di atas tanah sebanyak tujuh tumpuk. Jadi siapapun yang menemukan bercak darah tersebut jika tak cepat kembali, atau terus berjalan hingga ketumpukan yang ke tujuh, maka jadilah dia korban si hantu. Anak bayi yang digendong dilemparkannya ke arah korban. Anak tersebut langsung melengket dan mengisap darah korban dengan darah yang disalurkan melalui tali pusar kepada ibunya. Korban akan mati kehabisan darah dengan sangat mengerikan karena selain kehabisan darah korban bagai mengering keriput seperti mayat yang dikeringkan.

Hantu Kesot

Ada lagi yang disebut Hantu Kesot. Hantu ini tidak berjalan dengan kakinya tetapi dia berjalan dengan pantat yang dikesotkan di atas tanah. Hantu ini kebanyakan menunggu mangsa yang lewat ditempat dia tinggal. Sasarannya bukan hanya manusia tetapi juga binatang seperti rusa dan babi. Dia baru pindah dari tempatnya ke tempat yang baru jika sudah dapat mangsa. Tetapi jika belum selama itu pula dia berada di sana.

Hantu Kesot bentuknya seperti Orang Hutan, tetapi dia bisa tak terlihat dan mampu mempengaruhi mangsa agar mendekat kepadanya. Ini kata cerita, namun ada pula yang mengatakan Hantu Kesot ini adalah Orang Utan yang sudah tua dan tak lagi mampu berjalan sehingga dia hanya menanti mangsa yang melaluinya. Namun jika benar mahluk tersebut adalah orang utan yang telah ketuaan, tentu jika dia mati ada yang pernah menemukan bangkainya. Benar tidaknya hingga sampai sekarang tak ada yang pasti mengetahuinya.

Hantu Lungun

Ada yang disebut Hantu Lungun. (Lungun adalah semacam peti mati suku Dayak pedalaman yang masih menganut agama kepercayaan). Ceritanya jika ada orang yang meninggal, mayatnya dimasukkan ke dalam Lungun tersebut yang kemudian ditaruh bersandar pada sebatang pohon besar, tidak dikebumikan seperti orang yang sudah memeluk agama Islam atau Kristen.

Lungun tersebut tidak selamanya berada di tempat itu. Pada waktunya Lungun tersebut dibawa dan dikuburkan pada suatu lubang di tebing pinggir gunung. Kalau orang lagi bernasib sial, dia bisa berjumpa dengan hantu Lungun ini. Tetapi bukan berarti yang jadi hantu adalah orang mati yang dibuat ke dalam Lungun tersebut. Hantu yang disebut hantu Lungun ini akan mengejar mangsanya dengan jalan seperti bertumbang lesung. Korban yang dikejar akan ditimpa peti Lungun tersebut hingga tewas. Tentu saja tewas, karena yang menimpa adalah Lungun yang terbuat dari sebatang kayu yang cukup berat.

Hantu Belau

Ada lagi cerita lain tentang hantu hutan di Kalimantan Timur. Hantu yang satu ini bukanlah hantu pemangsa manusia. Tetapi hantu yang satu ini adalah hantu nakal yang kerjanya mengganggu dan menyesatkan manusia jika berada di dalam hutan. Menurut cerita orang yang pernah bertemu, hantu tersebut amatlah kecil bagai anak anak yang baru berumur lima tahun, namun wajah mereka tua-tua dan kebanyakan berambut merah.

Namun ada pula yang mengatakan kalau Hantu yang disebut “Belau“ ini bukanlah hantu. Tetapi bisa disebut manusia kerdil yang sangat liar. Kerjanya bermain di pinggiran sungai sambil mencari ikan sebagai makanan pokoknya. Dalam bahasa pedalaman “Belau“ itu adalah arti dari sebutan kata liar.

Kesukaan hantu Belau ini menyesatkan orang yang berjalan di dalam hutan. Apalagi kalau si orang tersebut memang sesat. Orang tersebut tambah disesatkan ke arah berlawanan dari asal datangnya. Sering Belau ini meniru suara seseorang dengan menyahuti jika orang yang tersesat memanggil-manggil nama temannya yang terpisah.

Makin sering memanggil dan berteriak. Belau pun makin sering menyahut dan meminta agar menyusuri arah suara sehingga orang yang tersesat tambah sesat dan berhari-hari berputar di situ situ saja.

Menurut cerita, kalau di pinggiran sungai yang berpasir banyak terdapat jejak kaki seperti anak-anak, maka dapat dipastikan jejak tersebut adalah jejak kaki Hantu Belau tersebut. Apalagi jeriji telapak kakinya hanya ada empat jari saja.

Nah hal ini hanyalah merupakan petunjuk kalau sekali waktu memasuki hutan. Jika tersesat jangan berteriak supaya tidak disesatkan oleh Hantu nakal yang bernama Belau ini. Namun kalau ingin mencoba, silakan masukilah hutan di pedalaman, siapa tahu dapat pengalaman dan bertemu dengan manusia atau hantu yang disebut “ Belau “.

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Hantu Berus Gigi

Hantu Berus Gigi

Kisah yang dipaparkan ini adalah kejadian benar yang dialami sendiri oleh seorang  perawat dan diceritakan dan di olah dalam bentuk santai. Mudah-mudahan kisah ini akan  memberi teladan dan pengajaran buat kita semua.

Beberapa tahun dulu, Ustaz UAB dah lupa tahunnya; dah dekat-dekat 10 tahun atau dah  lebih pun tak taulah ; ada kawan Ustaz UAB seorang Pak Haji mengadu  mengenai masaalah  gangguan dirumah adiknya yang terletak di Negeri Perlis. Kami berdua pun bertolak dari rumah  di Pantai Timur ni se awal subuh melalui Kuala Lumpur menuju ke di Utara. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 4 petang. Sebaik sampai, kami sudah sedia disambut oleh beberapa orang  saudara Pak Haji. Mereka semua ni datang dari negeri sebelah semata-mata hendak melihat  kaedah “pulih rumah” dilakukan.

Seperti biasalah, sebelum masuk ke rumah dan melakukan apa-apa, Ustaz UAB akan round keliling  rumah tersebut untuk melihat keadaan sekeliling dan mencari petunjuk-petunjuk bagi membantu dalam melakukan proses “pulih rumah” kemudian barulah naik ke rumah.

Rumah itu didiami oleh adik perempuan Pak Haji bersama-sama 4 orang anaknya. Suaminya telah lama meninggal dunia. Turut duduk bersama mereka ialah ibu mereka. Rumah ini terletak disebelah sawah padi dan berdekatan dengan sungai. Dibelakang rumah ini ada sepohon Pokok Beringin (Pokok Bunut) yang agak besar juga  tumbuh diatas sebuah busut.

Mengikut cerita adik, abang, bapa saudara dan kakak Pak Haji ni.. pokok Beringin yang dibelakang rumah itu tidak berani ditebang oleh orang kampung walaupun sudah beberapa kali minta  ditebangkan, semua mereka kata tak berani….Al kisah, pokok beringin ni apabila waktu tengah malam.. akan ada suara menjerit melolong dari atas pokok ini. Jelas kedengaran sampai ke rumah mereka. Pokok itu hanyalah terletak lebih kurang hanya 50 kaki sahaja dari rumah. Suasana begini berterusan begitu lama sehingga menimbulkan rasa takut kepada mereka sekeluarga. Suasana didalam rumah pula menambahkan ketakutan yang sedia ada.

Ibu Pak Haji ini kalau dia pergi ke bilik air; dia akan rasa seperti dikejar sesuatu (dalam loghat Utara dia sebut kena ligan) sehinggalah keluar dari bilik air. Tapi anehnya.. hanya pada ibunya tetapi tidak berlaku pada adik perempuan dan anak-anaknya.Pelbagai usaha dan ikhtiar juga  telah dilakukan bagi memulihkan keadaaan supaya jadi seperti sediakala termasuk usaha bapa saudara Pak Haji ini yang juga seorang Bomoh. Bomoh ini juga turut ada bersama ketika ini.

Usai solat Isyak, Ustaz UAB memberi penerangan ringkas perkara-perkara yang mesti dipatuhi  oleh mereka yang hadir, yang ada di rumah tersebut semasa proses pulih rumah itu dijalankan. Ustaz juga berpesan agar Pak Haji ini jangan lari walaupun apa yang terjadi. Cuma ikut saja dibelakang  sebagai penyuluh jalan ke kawasan keliling Pokok Beingin itu. Bukannya apa.. nanti kalau dia lari, Ustaz dok dalam gelap sorang-sorang, takda torchlight; bukannya takut kat hantu tu.. sebab kawasan pokok Beringin tu terletak di kawasan yang ditakungi air. Nanti kalau Ustaz jatuh dalam air, alamatnya nanti  balik pakai kain pelikat aje lah.

Ustaz UAB mohon tuan rumah kumpulkan segala barang-barang kepunyaan arwah suami (termasuk barang-barang kesayangan) untuk dimatikan/dipulihkan dan dibuang ke sungai. Ini adalah bertujuan jikalau si mati itu ada mengamal sesuatu ilmu yang bertentangan dengan syarak (ilmu salah / ilmu khurafat), maka jin-jin atau hantu-hantu ilmu itu akan tinggal/duduk pada barangan peribadi milik si mati (jin-jin itu akan taat menjaga barangan milik si mati semasa pemiliknya masih ada atau sudah meninggal). Selepas berpuas hati melihat segala barangan milik si mati itu sudah habis dikutip dan dibuang ke sungai berhampiran, kami pun masuk tidur.

Pagi keesokannya, selepas sarapan,Ustaz tinggalkan air doa zikrullah untuk tuan rumah bagi  keperluan perubatan. Setelah ibu Pak Haji ni menyatakan sudah tidak ada masaalah apabila  masuk ke bilik air, kami pun bersiap-siap untuk pulang melalui laluan lain pula iaitu melalui Grik-Jeli. Apabila kami sampai Jeli, sudah agak tengahari, Pak Haji ni menelefon pada adiknya bertanya khabar perkembangan di rumah itu.Ibunya memberitahu bahawa dia masih kena ligan apabila memasuki bilik air tengahari tadi. Opph ! Hantu JAGA bilik ayaq tu masih ada… masih dok ligan Tok Wan ni…. Tok Wan dah tua macam ni pun..hantu tu dok masih nak ngorat lagi !! (slot tambahan jer….senyum)Ustaz UAB pun dok ingat-ingat.. rasanya semua barang-barang arwah dah clear semua dah.. kecuali Tuan rumah tak habaq.. Oppph ! Teringat Ustaz UAB pasai berus gigi. Mungkin berus gigi arwah masih ada dalam bilik ayaq tu. Lalu minta Pak Haji tanya adiknya ada tak lagi berus gigi arwah suaminya yang masih ada kat bilik ayaq tu… Ada ! masih ada ! tu lah jawapan adiknya. Ustaz pun maklumlah kat dia supaya ambil berus gigi tu kemudian direndam dalam air yang  telah tinggalkan kepadanya dan kemudian dibuang berus gigi itu ke sungai.

Keesokan harinya, Pak Haji pun maklumkan  bahawa rumah itu dah jadi macam biasa, tak dak gangguan dari hantu berus gigi dan penyanyi dari pohon Beringin tu pun tak nyanyi lagi. Begitulah maklumnya setelah beberapa minggu sehinggalah sekarang ni. Allah lah Maha Berkuasa atas  segala sesuatu, padaNyalah tempat mengadu dan tempat memohon perlindungan.

Makhluk jin dari ilmu khurafat atau ilmu salah itu akan taat kepada tuannya walaupun tuannya itu telah mati dan akan menjaga segala harta milik tuannya termasuklah anak isteri , harta benda walaupun sebatang berus gigi. Wallahua’lam.

Credit : Sumber

Kisah Seram – Misteri Wanita Berambut Panjang

Misteri Wanita Berambut Panjang

Misteri Wanita Berambut Panjang di Hospital Putrajaya

Kami difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Biar Betik? Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Amboi, siapa pula Shasha sebenarnya? Wanita itu digelar hantu Shasha.

Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas. Upacara memagar tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan ia dilakukan oleh 40 orang perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.

Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu. Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’. Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan. Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

Sumber: KoleksiCeritaBest melalui KisahBest

Cerita Hantu – Disampuk “Kakak Cantik”

Kisah Seram - cerpen.info

Assalammualaikum Dzar, Nama saya Kak Sri Surib. Kisah ini berlaku semasa saya berumur 17 tahun, 45 tahun yang lalu.. Ia berlaku di kampung saya di LorongMaidin, dekat dengan MRT Kembangan. Ceritanya begini. Waktu itu, saya bakal bersanding dengan suami. Pada malam Jumaat, saya menjalani upacara berinai dan ia dipanggil “berinai curi” oleh orang-orang dahulu.

Sebelum masuk waktu Maghrib, saya dipanggil oleh kakak saya. Kakak saya sewaktu itu baru sebulan melahirkan anaknya yang keempat. Saya dipanggil kakak untuk masuk ke dalam biliknya. Sewaktu saya baru sahaja ingin memasuki ke dalam bilik, saya ditahan oleh kakak ipar agar tidak masuk ke dalam bilik kakak. Kakak ipar seorang tukang ubat dan dia tahu yang ada yang tidak kena dengan kakak saya. Sebelum saya masuk ke dalam bilik kakak, kakak ipar berikan saya sesuatu.

Kakak ipar: “Kau ambil ini. Bawa masuk ke dalam biliknya. Kau suruh dia minum. Aku tahu ada benda yang tak kena dengan kakak kau tu…”

Apa kakak ipar saya berikan kepada saya adalah secawan air putih yang berisi paku yang telah diasah dan dijampi. Nak tak hendak, saya terpaksa masuk bilik kakak saya sambil menyembunyikan cawan tadi di belakang saya. Tiba di bilik kakak, saya pun tanya, “Nak apa?”

Kakak: “Kau ada duit? Boleh pinjam? Aku sakit. Aku nak pergi klinik besok.”

Saya pun tunjukkan cawan yang berisi air putih dan paku yang diasah dan dijampi tadi kepadanya. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Ini benar-benar terjadi di depan mata saya & saya tak bohong. Kakak yang tadi terbaring terus menangis dan menjerit, “Tak mahu!! Tak mahu!!!”

Dia terus mengilai. Barulah saya tahu yang dia disampuk Cik Pon. Bila kakak menjerit, ketawa dan menangis, saudara yang ada di rumah ketika itu semua masuk ke dalam biliknya.

Kakak diubat oleh bapa saya sendiri. Bunyi kepak itik yang sangat kuat boleh didengar di atap zing rumah kampung kami. ‘Itik’ itu mengebas-ngebaskan kepaknya, mengilai lalu terbang dan hilang. Mujurlah tidak ada apa-apa yang serius terjadi. Saya disuruh masuk ke dalam bilik saya dan kata orang, pengantin baru ni darahnya manis dan mungkin sebab itulah ‘dia’ datang untuk mendampingi saya.

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – Kawasan Perumahan Misteri

cerpen.info (10)

Saya dari Johor.. Saya ingin berkongsi cerita dan perkara ini berlaku pada diri saya dan suami. Kami bercadang ingin membeli rumah lelong. Cari punya cari akhirnya jumpalah rumah pangsa, harga unit rumah di sana sangat murah, cuma RM7000, mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Tanpa berfikir panjang kami terus telefon ejen perumahan, siap daftar sekali, cuma duit cengkeram belum dilangsaikan. Saya sangat suka, niat di hati saya nak sewakan.

Semalam saya ajak suami pergi lihat rumah yang ingin dibeli. Kata suami, “Kita mana ada kunci rumah, yang???” Saya jawab, “Alah kita tengok dari luar aje, apa salahnya???” Suami pun turutlah apa kata saya. Kami sampai di rumah pangsa itu pada waktu Maghrib. Saya lihat kawasan rumah itu dari bawah, saya nampak cuma satu unit rumah saja yang bernyala lampunya. Saya pun cakap dengan suami, “Abang tingkat empat kenapa ada satu rumah saja orang tinggal, deretan yang lain kosong aje???” Suami saya menjawab, “Alah mereka belum balik kerja, lagipun kita beli untuk disewakan, awak kan takut tempat tinggi… Jom lah kita naik atas…” Saya pun ikutlah suami naik ke atas.

Ini kali pertama yang saya alami sendiri. Sampai saja tingkat empat, semua gelap gelita, dah macam kawasan perumahan yang dah ditinggalkan lama. Pintu dan tingkap pun banyak yang dah terkopak. Seluruh badan saya dah rasa seram. Rumah yang saya tengok dari bawah tadi terang-benderang siap dipasang langsir berwarna ungu, kini jadi gelap, pintunya juga terkopak. Saya dah rasa lain, terus turun tangga. Suami panggil saya, “Sinilah turun… Awak sini kita patah balik…” Tanpa disengajakan, saya tertengking suami, “Diamlah… Turun sini saja dahlah!!!” Suami terus ikut saya. Sepanjang turun tangga hingga ke bawah, kami berdua tak berkata sepatah perkataan pun.

Sampai di tempat meletak kereta, kami masuk dalam kereta dan saling berpandangan dan tengok lagi ke tingkat atas. Tadi sebelum naik ke atas, unit rumah yang terang-benderang siap saya ingat lagi dengan langsir berwarna ungu. Bila naik atas jadi gelap-gelita, pintu di deretan tingkat itu semua dah terkopak tapi bila dah sampai di bawah semula, kami berdua lihat ke atas dan nampak unit rumah itu terang-benderang. Tanpa berfikir panjang, saya dan suami terus pulang ke rumah. Sempat suami berkata, “Kita bermimpi ke???” Saya diam seribu bahasa. Jantung dah laju, tak boleh berkata apa-apa.

 

Credit : Dunia Seram

Kisah Hantu – Tiga Kisah Misteri

cerpen.info (4)

Ada 3 kisah yang ingin aku kongsikan bersama korang di blog seram ni.

KISAH 1#

Kawan adik aku yang cite ni, aku gelar kan die Maya k. Maya ni dah berumahtangga dan warak orangnya. Satu hari tu masa bulan puasa die terdengar azan berkumandang.. Sangkaannya mungkin die dah terlepas waktu sahur. So dia kejutkan lah suaminya yang sedang nyenyak tido tu. Suami maya ni pun kelam kabut pegi ke surau berdekatan rumahnya tu. Maya ni pun nak amik wudhu tetapi. Bila die memandang ke arah jam di dinding rumahnya, baru pukul 3.30pagi!!! Hah??? Mana ada azan pepagi buta macam ni kan??!! Yang suaminya pula syok punya masuk surau, tengok-tengok surau sunyi je.. Dia pun kehairanan.. Kat surau tu ade sorang musafir yang berbaring di dalam surau tu. Suami maya ni dok tegur la. Pastu pak cik yang berumur lingkungan 60an tu mendakwa tiada azan dilaungkan sebab masih awal lagi waktu subuh.. Paginya Maya pun tanya lah jirannya, jiran dia cakap mana ada azan pagi tadi.. Bulan ramadhan tu beb!!!

KISAH 2#

Yang ni kawan adik aku, Nana punya pengalaman pulak.. Suami nana ni selalu outstation jauh-jauh dan kekadang memakan masa berbulan-bulan kalau outstation.. Kebiasaannya dia memang tinggal sorang je kalau laki die takda di rumah.. Satu hari tu seperti yang dijanjikan die menunggu kepulangan suami tercinta dia tu. Mengikot kata suaminya, beliau akan pulang hari ni..Ting Tong.. Bunyi bell kedengaran. Dia pun bukak lah pintu dan menyapa suaminya. Rindu lah kot. Seperti biasa lah dia akan melayan suaminya, menjalankan tanggungjawap seorang isteri kepada suaminya. Tetapi yang pelik suami Nana ni dok diam je. Tak bercakap walaupun sepatah kata. Muka pun pucat je. Nana tak nak menegur sikap suaminya itu takot mana tau suaminya itu keletihan akibat perjalanan yang jauh sehingga la keesokkan paginya nana menyediakan sarapan untuk suaminya tu.. tuk tuk tuk.. Nana mendengar ketukkan dipintunya. “Sapa lah yang datang pepagi ni” Dia pun bukak lah pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila suaminya tercegat didepan pintu dengan membawa bagasinya!!! ” Eh, abang pegi mana bawa bagasi ni?” Tanya nana hairan??!!” Abang baru balik lah ni, letih”, jawap suaminya. ” Aiiii bukan abang dah balik ke semalam?” Tanya Nana lagi.. “Awak jangan nak mengarut”. Sepantas kilat nana berlari masuk ke bilik dan melihat dimana bagasi suaminya yang semalam suaminya bawak. TAK ADA!!! Die mencari-cari ole-ole yang suami die berikan padanya semalam juga tidak ada!!! Siapa yang die nampak semalam??? Sebab die yakin tu adalah suaminya.

KISAH 3#

Kisah terakhir ni diceritakan oleh seorang kawan adik aku yang bernama Fiza. Fiza ni mempunyai seorang anak lelaki berusia lingkungan 5 tahun. Pada hari kejadiaan tu suami fiza ni keluar lah bersama anak lelakinya tu dengan menaiki kereta untuk pergi ke masjid dan melakukan ibadat. Masa tu fiza tak boleh solat dan sedang menonton tV di ruang tamu.. Belum sampai 5minit suaminya itu keluar dia mendengar pintu dibuka, die melihat suaminya menjengah beliau tanpa berkata apa-apa.. Tak berkedip pun mata suami fiza tu. Fiza lantas bertanya, “Abang tertinggal songkok ke?” Tetepi suaminya hanya memandang fiza sahaja. Fiza pelik kenapa suaminya tak berkata sepatah pun. Kemudian suaminya berganjak dari pintu tu dan menutup pintu. Fiza terus berlari untuk melihat suaminya itu. Pehhhh die tengok kat tingkap kereta dan suaminya tiada di situ!!! Siape yang die lihat tadi??? Bila suami dia pulang ke rumah cepat-cepat die bertanya suaminya tentang kejadian itu dan suaminya menafikan sekeras-kerasnya yang die ada patah balik ke rumah.. Kejadiaan itu membuatkan fiza berasa takut jika tinggal bersendirian di rumahnya itu..

Ni je kisah yang aku dapat kongsikan dengan korang.. Ni pun aku tak letak nama yang sebenar tau sebab mereka tak izinkan.. Diharap korang dapat iktibar dari kisah-kisah yang aku paparkan di sini.

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Upsi Peristiwa 10 Oktober

Universiti Sultan Idris

Setelah hampir 3 tahun aku menuntut ilmu dekat UPSI dalam bidang diploma muzik, macam-macam kisah seram yang berlaku di UPSI antaranya kawasan tadahan air selatan, fakulti muzik dan seni persembahan (Fakulti aku) dan yang paling popular sekali adalah kawasan bangunan E-Learning kampus lama.

Aku tau korang yang baru masuk ni kurang ke kampus lama dekat Tanjung Malim ni, sejak adanya kampus baru dekat Proton City, kampus lama kurang digunakan. Yang selalu gunakan kampus lama macam biasalah budak muzik, PAKK, dan ada satu dua fakulti lagi yang masih kekal dekat kampus lama ni.

Berhantukah bangunan di UPSI ?

Perghh.. Jangan tanya macam tu, pada yang tak kena memang tak akan percaya benda-benda halus sebegini tapi bagi aku dan certain mates aku yang dah melalui perkara ini, boleh dikatakan ianya benar dan tak tipu la.

Sebab aku student music, so aku lebihkan sikit cerita yang ada dekat fakulti aku.

Sebagai pelajar muzik, fakulti tu dah jadi rumah no.2 kami. Siang malam practise kadangkala sehingga larut malam dalam 12.30 am sehingga 1.00 am. Tak lain tak bukan practise dan sebagainya.

Ada peristiwa seram yang berlaku dibahagian parking kereta sebelah belakang fakulti muzik bersebelahan dengan fakulti Seni, Area parking tu ada pokok-pokok agak besar yang merimbun sebagai tempat berteduh bagi yang bawa motor.

Nak dijadikan cerita, aku yang baru je habis practise malam dalam jam 11.30pm nak balik tetiba kawan pempuan aku sorang ni menjerit bila lalu dekat pokok tu. Mak Aihh.. Berderau darah dibuatnya . Rupa-rupanya dia menjerit sebab ternampak kakak pakai baju putih (pontianak) tengah bertenggek dekat atas pokok tu.

Haih.. Seriau dibuatnya , tak pasal-pasal panggil unit penerbit fakulti muzik untuk berikan bantuan. Jika nak diceritakan pasal fakulti muzik macam-macam area yang BENDA tu port. Dalam Panggung Budaya Fakulti muzik dan Seni persembahan, Tak boleh duduk dalam tu waktu maghrib, dikatakan laluan panggung tu “Jalan” untuk mereka (makhluk halus) menuju ke sungai belakang fakulti.

Bukan setakat tu jer, area bilik tradisional (Gamelan terutamanya ) lagi seram dekat pokok besar depan tu. kawasan loker tingkat 2 (Area bilik pensyarah ), kawasan bilik recital, pergh meremang aku cter ni. kawasan-kawasan ni kalau lalu siang pon rasa lain macam.. Sejuk jer dan suram.

Memang la benda-benda tu semua ada, tapi diri sendiri yang kena kuat untuk hadapi benda tu. hahaha..

Aku rasa aku nak sambung artikel ni dalam Kisah Seram Upsi 10 Oktober , Aku nak tulis panjang-panjang lenguh pulak jari ni, keep in touch, artikel ni aku akan update sebab malam ni aku nak study esok final exam dah.

Jadi kepada yang baca artikel ni, share-share lah dengan kengkawan lain agar semua dapat tahu mengenai kewujudan entiti asing yang berada di sekitar kawasan upsi terutama kampus lama yang terletak di tanjung malim.

Pada yang lemah semangat, tidak digalakkan untuk membaca artikel ini sampai habis, takut terbawa-bawa sampai ke mimpi tapi nanti korang rugi la sebab tak baca sampai habis.

Berikut merupakan pengalaman aku sendiri dan petikan-petikan dari cerita-cerita legend yang sempat aku salin dan jadikan bahan bacaan korang semua.

Wanita Berbaju Putih Muncul Di dalam Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan

Kisah ini aku kongsikan secara terbuka dengan korang semua kerana benda ni berlaku pada tahun 2013 dan aku berada di tempat kejadian. 10 oktober 2013, Batch Pertama diploma muzik tengah buat reheasel untuk final project dalam panggung (Fippro2013), kejadian berlaku dalam tempoh masa 9.30 – 11.30 malam.

Yang mana reheasel sedang dijalankan, lampu gelap dan sebagainya, semua berada di tempat masing-masing dekat atas pentas. Malam itu semua yang terlibat memakai pakaian hitam termasuk krew (Aku jadi krew time ni), tiba-tiba, kami nampak ade kelibat perempuan berambut panjang memakai t-shirt putih lalu dekat kawasan tempat duduk penonton sekali lalu, Kehadirannya disertakan dengan bau wangi yang datang secara tiba-tiba dan hilang macam tu jer.. Huh. Siapa yang tak seram wei, yang penting , time reheasel tu, semua benda tak menjadi, spoil sana – sini .. huh dugaan2.

Sekelip mata jer hilang dan jadi persoalan pada kami siapa perempuan tu sebab tengok dari gaya, kami tak kenal siapa dia dan dari mana dia datang, Kalau korang nak tau, orang kata, Area panggung budaya tu laluan bunian menuju ke kampung mereka yang ada dekat sungai belakang fakulti muzik tu.

Cik Bedah Berkeliaran di Tadahan Utara Upsi.

Untuk kes yang ni aku tak dapat cari lagi, so korang ley la google mana-mana port untuk pastikan kesahihan berita ni, yang penting kawasan ni pernah dijadikan lokasi shooting drama yang meletop awal tahun 2014 ni.

Kes Bunuh Diri Wanita Mengandung.

”Kes perempuan bunuh diri tu yek… nanti ada satu tarikh setiap tahun ada nampak jelmaan perempuan nak bunuh diri kat bangunan lama tu… pompuan bunuh diri sebab ditinggalkan bf dalam keadaan dia ngandung tu ke? pernah dengar cerita daripada kawan serumah masa lawat UPSI dulu. masa tu stay 3 hari kat Kolej Za’aba. dah lupa kisah sebenar macam mana. yang pasti salah satu tempat jelmaan pompuan tu selalu datang mengilai kat belakang rumah diorang… yang ku tau tarikh hantu tu kuar kat upsi setiap 10 Oktober

Aku ada dengar orang cakap la…. kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla.

Mati Terjun Bangunan.

kes budak nie bunuh diri sebab kecewa dengan pakwe dia yang hamilkan dia.. Dia terjun dari bangunan.. Tak leh bagi tau.. Bagunan tu stil ader.. Bilik pompuan tu pun masih ader.. Dulu tu bangunan asrama.. Now dah tak der asrama dalam kampus utama.. Anak dia plak dia letak kat loker.. Mati gak.. Setiap kali 10.10 roh dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia tu.. Semo lecturer disuruh tuk kosongkan bangunan canselori b4 maghrib (agaknya)

Credit : Sumber 

Kisah Seram – Kranji Dam

Kranji Dam

Nama saya, Faddy Seah. Saya ingin berkongsi pengalaman saya. Ini terjadi sekitar dua tahun lalu. Saya merupakan seorang penunggang motosikal. Saya ni jenis degil sedikit. Kalau saya marah atau bersedih, saya gemar beronda-ronda seorang diri ke satu tempat yang digelar “Kranji Dam”. Tempat itu berangin, sunyi, dan boleh melihat kawasan perairan Selat Johor. Apabila saya duduk di sana seorang diri, tenang hati saya.

Ada satu malam, saya tak ingat hari apa, teman baik saya S, mengajak saya lepak di “Kranji Dam”. Oleh kerana saya bosan di rumah, saya ikutkan saja. Boleh panaskan enjin motosikal saya sekali. Saya tak fikir apa pun kerana dah biasa beronda di tempat itu. Bila lepak, tak ada apa-apa yang terjadi. Apabila sampai waktu untuk pulang, saya terpaksa menggunakan tandas untuk sahut seruan alam. Oleh kerana dah lewat sekitar pukul 1 atau 2 pagi, dan tempatnya sunyi, saya suruh S tunggu saya betul-betul di depan pintu masuk tandas wanita. S seorang lelaki, jadi tak boleh teman hingga ke dalam tandas.

Tandas mempunyai dua ruang kecil, satu yang ada jamban duduk, lagi satu yang menyangkung. Bila saya masuk, saya perasan hanya saya seorang yang menggunakan tandas, saya pilih ruang yang ada jamban duduk. Bila saya sedang hendak keluar dari tandas, saya perasan di ruang sebelah bunyi jamban dipam, saya tak fikir apa-apa, mungkin orang lain menggunakan tandas sebelah. Bila saya dah selesai, nak cuci tangan, saya perasan pintu tandas sebelah tutup. Saya panggil S, dan bertanya:

“Ada orang masuk tandas eh?”

S kata, “Tak, tak ada orang yang masuk tandas ni tadi…”

Saya bertanya lagi, “Awak dari tadi tunggu di luar pintu tandas ni ke awak ada jalan-jalan ke tempat lain bila saya dalam tandas?”

S kata lagi, “Dari tadi saya di sini tak ada sesiapa yang masuk kecuali awak, lepas awak, tak ada orang lagi.”

Saya tak percaya kata-kata S, kerana kalau tak ada orang yang masuk selepas saya, siapa pula yang berada di dalam tandas sebelah kan? Kalau S memang dari tadi tunggu saya di luar pintu tandas wanita, mesti dia tak akan terlepas melihat sesiapa saja yang masuk. Saya pula tak mudah percaya benda-benda ghaib sangat. Saya kata pada S dalam bahasa Inggeris, “There is someone in the cubicle next to mine…”

S pun pelik kerana betul-betul merasakan bahawa tiada sesiapa yang masuk tandas selain saya seorang. Saya pun cuba membuka pintu tandas sebelah yang tadi terbuka. Kini pintu itu sudah dikunci. Kami berdua rasa pelik sangat, kerana pintu itu hanya boleh dikunci daripada dalam. Kalau tiada sesiapa yang masuk, macamana pintu terkunci? Bila saya sedang siasat, masih kedengaran bunyi air di dalam. Saya tak mahu endahkan sangat jadi saya cuci tangan di sinki, dah sedia nak keluar. Tiba-tiba kedengaran bunyi pam di tandas sebelah tadi, lepas itu pintu ruang tandas itu terbuka sendiri!

Saya lihat S, S pandang saya balik daripada pintu tandas itu, muka masing-masing terperanjat. Selepas itu, kedengaran paip air diputar dari sinki sebelah. Saya dah mula panik. Apa lagi, saya cabut lari, dengan S sekali lari secepat mungkin ke arah motosikal masing-masing. Naik motor terus kami pecut, tak pusing belakang pun, saya perasan S sedang menggigil sambil tunggang motosikalnya. Sampai di jalan utama dekat dengan kawasan perumahan baru kami berdua hentikan motosikal.

S masih menggigil dan dalam keadaan ketakutan berkata, “WHAT WAS THAT MAN, WHAT HAPPENED BACK THERE? IT WASN’T FUNNY!” Saya kata saya tak pasti, mungkin benda halus. Saya tak begitu panik kerana saya pernah mengalami peristiwa-peristiwa peribadi dengan benda halus sejak kecil lagi, untuk S, itu pertama kali beliau alami. Nasib baik tidak ada apa-apa terjadi pada kami bila sampai rumah. Kami lepak lagi sekejap di kolong blok kami sebelum pulang ke rumah masing-masing. Selepas pengalaman itu, saya masih ronda-ronda di tempat yang sama tapi saya tak akan menggunakan tandas di sana.

Sumber : Dunia Seram

Cerita Hantu – Gangguan Hantu Laut

cerpen.info (10)

Hantu Laut Di Changi Point – Kisah ini berlaku kira-kira dua tahun lalu, ketika itu aku dan temanku Sharul pergi memancing di muara Changi Point. Seperti biasa kami sampai tempat kegemaran kami kira-kira jam 12 malam kerana baru sahaja habis bertugas. Sesampai di sana aku terus persiapkan peralatan pancing dan terus memulakan balingan pertama sejurus kemudian.

Suasana malam itu agak terang dengan bulan mengambang penuh.. “tentu malam ni akan ada banyak ikan” Aku berkata sendirian. Sharul memacakan jorannya kira-kira 50 meter dari spotku, dia masih belum siap sedia untuk memulakan balingan walaupun aku sudah termenung lama menantikan gigitan pertama ku. “Maklumlah dia agak cermat orangnya”, lamunku…

Tiba-tiba aku tersentak dengan deringan lonceng di hujung joranku… Aku bergegas menuju ke arah joran dan membuat satu sentapan yang keras., lalu terus mengulung tali pancing kerana ada terasa ikan yang agak besar telah mengena joranku. Agak lama juga aku bertarung dengan ikan seberat 3 kilo itu. Selepas itu aku mendapat tangkapan  ikan yang agak lumayan sepanjang satu jam setengah. Kotak ikan ku sudah hampir setengah penuh.

Tetapi kira-kira jam 3 pagi aku mendapat satu gigitan yang kuat dari sebelumnya dan aku pun mengulung tali pancing ku sesungguh hati kerana terasa mungkin ikan yang dikailku seberat 5 kilo… huhuhu bestnya macam ni bisik hati ku. Tetapi kira-kira 5 minit kemudian tarikan ikan hilang “Alamak terlepas ikan aku”… Hamun ku sejurus. Tetapi yang sangat memelikkan aku… Begitulah seterusnya selepas ikan pertama ku terlepas. Setiap kali ada deringan lonceng aku terus sentap dan megulung tali pancing… Seperti awal ikan akan hilang diseparuh tarunggan… Ikut kiraku sudah 6 kali ia berlaku, aku mula merasa sangat hairan bin pelik… Macam mana ikan boleh terlepas sebanyak 6-7 kali selari?? ini mesti ada yang tak keta… Bisik hatiku.

Aku memanggil Sharul untuk memastikan sak wasangkaku… Memang betul begitulah terjadi bila Sharul mengambil tempatku menyentap joran… Ikan terasa mengena tetapi hilang sesampai digigi pantai. Persoalanya macam mana ini boleh berlaku tanyaku kepada Sharul, yang memang agak arif dalam bidang alam misteri dan pelik. Tanpa menjawap dia mengusap-gusap cicin dijarinya, membaca doa yang aku pun tak faham bunyinya dan terus melangkah kehadapan mengaup segenggam pasir laut sambil menyembur mentera. Sharul berpaling kepada ku lalu menyapa..”Kau jangan terperanjat bila ada benda yang keluar.. Buat bodoh saja ok?”… Selambanya pada ku. Dia terus melangkah ke gigi air dan menabur jauh pasir laut yang di genggam tadi dan tunduk mengocok air ombak seteru mementera.

Alangkah terperanjatnya aku dengan apa yang berlaku kemudian… Mula-mula seperti umpai-umpai hitam memenuhi sungai itu dan pelahan-lahan menjadi lautan rambut yang panjang seluas mataku memendang. Seketika kemudian terlihat susuk tubuh yang tegap bermata merah garang melirik keluar dari laut menuju ke pantai dimana Sharul berdiri… Oi panjangnya rambutnya dengan hanyunan tubuh ke kiri ke kanan… Sangat menyeramkan. Aku terasa gerum… Sehingga aku hampir mahu pengsan. Aku cuba cabut lari, tetapi kakiku terasa sangat lemah dan lembik seperti tahu “Jangan lari, nanti dia ikut kau”… Pekik Sharul… Kemudian dia berkata sesuatu kepada lembaga itu tanpa menuggu jawapan dariku.

Sharul dan lembaga itu tergegat agak lama, seolah-olah mereka sedang bersembang seperti kawan lama. Yang sangat menjadi peliknya tiada seorang pun berada di sekitar kawasan kami berada.. Sedangkan selalunya ketika hujung minggu begini mesti terdapat ramai penggunjung ditempat popular ini. Beberapa minit kemudian.. Lembaga itu menggangguk-angguk kepalanya.. Sambil Sharul menukat tangan seperti berdoa. Lembaga itu bergerak pelahan-pelahan, seraya melangkah kembali ke dalam laut dan hilang ditelan suasan malam yang kelam.

Sedetik kemudian Sharul memberi sebotol air mineral yang telah di jampinya, untuk menenangkan aku, dan berkata “Kau boleh terus pancing, dia takan kacau kau lagi”, dia lalu pergi ke tempat jorannya yang sudah lama ditinggalkanya. “Dia ni gila ke.. Ada dia suruh aku pancing sorang-sorang”… Bisik hatiku, aku pun apalagi… Angkat semua barang-barangku pergi ketempat Sharul mepancing. Kami teruskan memancing seperti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku… Muai juga tankapan kami selepas peristiwa tadi, kita hinggalah sampai matahari terbit.

Bila selalu kita akan beredar pulang, seperti biasanya kita akan ke pasar Changi Village bersarapan roti prata dan teh tarik. Ketika itulah Sharul menceritakan padaku bahawa semalam Hantu Laut yang telah mencuri ikan-ikanku, tetapi setelah diseru dia berjanji tidak akan mengganggu kita lagi sampai bila-bila. Sharul mencadangkan kita kembali lagi ke tempat sama pada minggu akan datangnya… Aku jawap dengan cepat “Kirim salam sua beb”…!!!

Tamat

Credit : Dunia Seram

Kisah Misteri – Diganggu Di Gunung Pulai

Diganggu Di Gunung Pulai

Hari pertama hanya sekolah kami sahaja yang baru mendirikan tapak. Hari pertama berlalu dengan aman.

Hari Kedua, datang pula pelajar dari U*M mendirikan khemah di kawasan kami.. mereka datang dengan kekecohan! Riuh rendah dibuatnya! Diaorang mandi di sungai tak kira waktu.. time azan berkumandang pun hentam je mandi-manda! Bila hari dah petang kami semua bersedia untuk menunaikan solat maghrib di surau. Mereka still bermandi manda di sungai sehingga azan maghrib pun diaorang tak hiraukan.

Masa nak solat telekung tak cukup so aku sorang-sorang tunggu giliran nak solat. Tiba-tiba aku dengar suara seperti suara ungka (monyet) ukkkk.. ukkkk.. ukkk.. panjang dan lama, aku biarkan sahaja aku hanya fikir yang tu bunyi binatang. Lepas diaorang selesai solat aku pun tanya ngan kawan-kawan yang lain “korang ade dengar tak bunyi ungka?? Kuat betul bunyinya” dorang gelak kan aku pula katanya “mana ada! Kitaorang tak dengar apa-apa pun” dalam hati aku mustahil mereka tak dengar apa-apa! bunyi tu bukan perlahan, tapi kuat sangat dan lama! Semasa kami pulang ke khemah kami tengok mereka masih lagi berendam kat sungai walaupun hari dah gelap!

Setelah kami sampai di tapak perkhemahan kami bersiap sedia untuk sediakan makanan, kali ni tugas kumpulan aku untuk sediakan makanan. Azrin ditugaskan masak nasi, kami yang lain memasak lauk. Azrin kemudian ke pinggir sungai untuk membasuh beras, semasa dia membasuh beras dia terjumpa dengan Kak Ain, Azrin pun tegur “hai kak basuh pinggan sorang-sorang ke? Takde orang teman?” Kak Ain Cuma mengangkat muka dah tersenyum lebar, senyuman nya lebar dari yang biasa.. Azrin pun menyudahkan tugasnya dengan segera.

Setibanya diatas Azrin kelihatan pucat! Selepas ternampak kak Ain.. Azrin terus mendapatkan Kak Ain “eh bukan akak ke yang kat bawah tadi ngah basuh pinggan?” Kak Ain pun jawab “mana ada dari tadi akak kat sini” Azrin pun terus terdiam tanpa sebarang kata lagi.

Nampaknya apa yang Azrin Nampak tadi bukanlah Kak Ain tapi lembaga yang menyerupai Kak Ain, patutla dia tak menjawab soalan Azrin dan Hanya tersenyum sahaja!

Credit :Dunia Seram

Rumah Hantu Di Shah Alam

cerpen.info (8)

Mungkin ramai dah tahu tentang Cerita Rumah Hantu Di Shah Alam, di mana budak-budak yang dok menyewa kat situ meninggal dunia kerana dikacau hantu.

Apakah kebenaran cerita tersebut? Adakah ia benar-benar berlaku? Bila ia berlaku? Banyak sangat misteri yang menyelubungi cerita ini.. Tak tahu pula kita mana satu yang betul mana satu yang salah.

Tambahan pula budak-budak UiTM ni memang suke bergossip.. (Che Yan pun budak UiTM jugak).. Makin tersebarlah cerita-cerita tentang kehantuan sebuah rumah di Shah Alam.

So atas risikan dan siasatan (ala-ala CSI sikit), Che Yan mendapati bahawa ada 2 buah rumah yang dikatakan berhantu…

RUMAH NO 1 (Rumah Banglo Seksyen 3 Shah Alam)

Ni lah diantara dua rumah yang dikatakan berhantu itu.. Scary tak?? Boleh lah.. Oleh kerana Che Yan dah biasa sikit ngan keadaan rumah-rumah berhantu ni, so Che Yan bagi 3 bintang. Seram jugak lah duduk lama-lama kat depan rumah tu.. Che Yan ambil ini gambar daripada blog bro Mazidul Akmal (mazidulakmal.com)..  Kamera Che Yan takda flash, so macam susah sikit lah mau ambil gambar tengah-tengah malam buta.

Che Yan telah pun menemuramah seorang wanita yang rumahnya berdekatan dengan rumah tersebut, Mak Cik yang sangat ayu itu mengatakan bahawa, anak dia pernah nampak Pocong kat area tu. Untuk meyakinkan bahawa ada Pocong, Mak Cik tersebut juga mengayakan tangan ke depan. (Mak Cik! Tangan kedepan tu hantu Cina, bukan Pocong). Hadeeeh!!!!!!!!!!!!

Rumah No 2 (Rumah Teres Seksyen 2 Shah Alam)

Ini merupakan rumah satu lagi di Seksyen 2 pula.. Keadaan rumah ni dah pulih sedikit tapi masih lagi seram.. Tapi ramai je yang parking kereta kat depan dan tepi rumah ni.. Maklumlah, Shah Alam dah jadi macam KL.. Memang SUSAH kalau nak cari parking, walaupun kat kawasan rumah sendiri.

Nasib baik Che Yan ni memang mat Rempit sejati, gambar ni pun Che Yan amik kat internet, sebab masa nak snap gambar, bateri kong plak.

HMMMMM… Betul ke rumah ni berantuuu??? Macam tak je… Memang lah rupe bentuknya agak scary, tapi normal lah rumah dah lama tinggal.

Che Yan rasalah, kedua-dua rumah ni memang tak berantu… Tapi yang berantu dulu budak-budak yang duduk dalamnya.. Hahaha..

“URBAN LEGEND SHAH ALAM”

Menara Setan Yang Keluar Dari Dasar Bumi.

Devil Tower 1

Wilayah timur laut Wyoming terdapat gunung bebatuan beku yang terlihat seperti ‘tunggul pohon raksasa’, dengan ketinggian lebih dari seribu meter. Secara vertikal batu ini memiliki goresan raksasa, penduduk berkulit putih menyebutnya Menara Setan (Devils Tower). Sementara suku Indian menyebutnya dengan berbagai nama, diantaranya ‘Bear Lodge’.

Menara setan atau menara iblis, Mungkin legenda menara setan yang paling banyak dikenal penduduk asli Amerika. Seperti legenda yang diceritakan oleh Kiowa, ada tujuh gadis bermain di dekat desa mereka ketika mereka dikejar oleh beberapa beruang. Gadis-gadis itu melompat di atas batu rendah dan memohon;”Batu, kasihanilah kami, batu selamatkan kami!”

Batu itu mendengar mereka, hidup seperti tanaman yang tumbuh drastis. Beruang-beruang yang mengejar mereka melompat di batu dan menggaruk (mencakar-cakar) bebatuan, tapi tidak bisa mendaki. Menara setan membawa tujuh gadis ke tempat tertinggi sehingga mereka menjadi bintang, konstelasi yang disebut Plediades.

Devil Tower 2

Kisah lainnya dari devils tower ini. Dahulu, penduduk dari bagian timur laut Wyoming mengunjungi Yankton, Dakota Selatan. Disana dia menunjukkan gambar menara setan kepada beberapa suku Indian Sioux yang ditemuinya,salah satunya sangat bersemangat ketika melihat gambar tersebut dan bertanya : “Apakah ada jalan menuju dasar menara setan?”. Penduduk itu menjawab tidak, dan pria itu tampak kecewa. Dengan sedikit desakan, dia menyampaikan legenda menara setan.

Sebelum tiga pemberani berburu dekat menara setan, mereka menjelajahi bebatuan di dasar gunung dan menemukan sebuah lorong di bawahnya. Mereka membuat obor dari pinus dan mulai menjelajahi terowongan. Mereka menemukan tulang-tulang manusia berserakan. Terowongan itu menuju sebuah gua yang memiliki danau bawah tanah berukuran sekitar 25 meter, dan disana terdapat emas, harta karun dengan jumlah yang sangat besar.

Para pemburu tidak siap untuk mengambil emas itu, mereka meninggalkan terowongan dan menyembunyikan pintu masuk harta karun sehingga orang lain tidak akan menemukannya. Lalu mereka berniat kembali untuk mendapatkan emas di lain waktu, tapi tidak pernah melakukannya. Salah satu pemburu, sebelum kematiannya menceritakan kisah itu kepada anggota lain dari sukunya dan kisah itu telah diwariskan selama beberapa generasi suku Indian kuno.

Di sisi lain, Black Hills merupakan wilayah di mana menara setan berdiri. Disini terdapat beberapa gua terbesar di bawahnya, termasuk Wind Cave dan Jewel Cave. Daerah Black Hills juga dikenal sebagai pertambangan emas, jadi, ada beberapa kebenaran cerita legenda menara setan. Mungkin gua yang hilang tidak di bawah menara setan, tetapi di dekatnya.

Ketinggian menara setan sekitar 1.267 meter dekat dengan Sungai Fourche Belle. Selama zaman dinosaurus, daerah ini pernah berada di bawah laut dangkal. Selama jutaan tahun, sedimen diendapkan di dasar laut dan akhirnya berubah menjadi batuan sedimen seperti batu pasir, serpih dan batu Lanau (siltstone). Pada akhir zaman dinosaurus (65 juta tahun lalu) tekanan dari dalam bumi dipaksa naik ke atas permukaan. Tekanan tersebut menciptakan Black Hills di dekatnya dan Pegunungan Rocky, juga memaksa batuan cair naik ke permukaan di lokasi menara setan.

Batu vulkanik plug terbentuk ketika gunung berapi punah dan batuan cair di dalam tabung yang membawa magma dari dalam bumi ke kawah gunung mendingin hingga membentuk batuan beku. Batu dalam tabung biasanya jauh lebih keras daripada bagian gunung lainnya. Angin, dan hujan kemudian mengikis gunung hingga batu vulkanik plug terbuka. Sebagian besar bukti menunjukkan bahwa menara setan bukanlah sisa-sisa gunung berapi yang punah. Tidak ada jejak fenomena geologi di daerah sekitarnya yang terkait dengan gunung berapi, seperti abu atau aliran lava.

Teori yang lebih mungkin menyatakan bahwa menara setan terbentuk akibat laccolith. Laccolith merupakan intrusi magma panas dari dalam bumi yang tidak pernah mencapai permukaan. Hal ini mendorong terbentuknya tonjolan batuan sedimen di atasnya, namun tidak ada kaldera atau kawah yang terbentuk. Batuan cair dingin dan batuan sedimen lembut di tonjolan kemudian terkikis, dan batuan keras beku terbuka. Jika hal ini terjadi, menara setan mungkin terbentuk antara satu hingga dua juta tahun lalu.

Menara Setan terdiri dari Phonolite Porphyry, sebuah batuan beku abu-abu atau kehijauan dengan kristal Feldspar yang tertanam di dalamnya. Seperti tanah di sekitar menara yang terus terkikis, tidak kebal terhadap erosi itu sendiri. Batu-batu yang berserakan di sekitar dasar menara setan merupakan sisa-sisa dari formasi yang jatuh dan terkikis dari waktu ke waktu.

Credit : Sumber

Kisah Seram – Pondok Pisang

Alam Bunian - cerpen.info

Lepas kene selubung dengan ustaz Salleh, Amin sedar-sedar die terbaring kat bawah pokok pisang dalam satu kawasan kampung.. mase tu dah siang.. lepas tu datang sorang pakcik.. ntah ape name.. Amin ade sebut, tapi aku tak ingat.. tidak pe, kite letak la name die Pak Man la eh…

Pak Man ni owner kebun pisang tu.. agak die nampak Amin macam lost, die bawak la Amin balik.. Dalam perjalanan balik ke rumah pak Man, Amin tengok keliling sume orang kampung tu pakai kupiah, perempuannya pun macam tu.. Semua bertudung, takde yang free hair dari kecik hingga ke dewasa.. Amin kebetulan pakai ‘suit’ ngaji die malam tadi.. suasana kampung pun agak purba.. sebab motor kereta semua antik-antik belake.

Sampai kat rumah pak Man, Amin kenalkan diri.. pak Man tanye die datang dari mane.. Amin sebut la name taman tempat kitorang duduk.. pak man cakap takde name taman yang amin cakap tu kat situ.. pak Man assume Amin sesat.. Amin jadi makin gelisah la, die menangis sepanjang hari kenangkan parents die, sebab amin ni Anak tunggal.. pak Man cube la pujuk Amin dalam satu hari tu.. Malam tu, pak Man janji esoknye akan cari ‘taman’ yang amin cakap tu.

Seperti dijanjikan, lepas sarapan pagi, pak Man bawak la Amin untuk cari ‘taman’ die tu.. pak Man tanye la orang-orang kampung yang berselisih dengan mereka.. takde sorang pun tau pasal ‘taman’ tersebut.. mereka berdua kecewa.. pak Man cakap, kalau 3 hari cari rumah Amin masih tak jumpa, pak Man janji akan amek Amin sebagai anak angkat.. dan duduk dengan pak Man selagi tak jumpa rumah Amin.. memandangkan anak pak Man semua perempuan dan belum ade anak lelaki lagi mase tu.

3 hari berturut-turut cari, masih tak jumpa.. Confirm la Amin jadi anak angkat pak Man.. Since hari tu, pak Man jage Amin macam anak sendiri, jage makan /pakai Amin.. hantar Amin gi sekolah.. pak Man membesarkan Amin dengan penuh kasih sayang katenye.. walaupun berat hati, lame-lame die selesa dan amat serasi dengan keluarga baru die tu.

bak kate pepatah, orang berbudi, kite berbahase, tamat sekolah zaman sekolah Amin, dia lah yang usahakan kebun-kebun pak Man demi menyambung warisan pak Man, memandangkan pak Man dah makin tua dan Amin satu-satunya ‘anak’ lelaki pak Man.

Dipendekkan cerite, dewasanye si Amin, pak Man satukan amin dengan salah sorang anak pak Man.. hasil hubungan diorang, Amin dikurniakan seorang cahaya mata.. ’hero’ katenye.. So, mereka bahagia la hidup hingga anak mereke ni mule sekolah.

Nak di jadikan cerite, satu hari, anaknye pulang dari sekolah dan terus mencari Amin di kebun.. kebetulan mase tu Amin tengah kutip buah pisang untuk di jual.. Agak terkejut si Amin, sebab anaknya tu tak terus pulang ke rumah.. Tiba anaknya, terus ditanya “ayah, ape beze manusia nyata dengan kite yang ‘BUNIAN’ ni ayah??” amin pun,”haaaaaa??!!!!” Amin terus tak sedar.. sedar-sadar die dalam rumah ustaz Salleh..

Macamtu la kisah si Amin…

agak mengarut kan??

Berpuluh tahun hidup kat situ rupenye satu hari pun tak sampai duk kat rumah ustaz Salleh..

Tapi, lepas dari haritu, perubahan yang sangat ketara terhadap diri amin.. ’lurus’nye dah hilang.. Amin nampak lebih matang dari kitorang.. kadang-kadang kite buat bende tak betul sikit, die akan nasihat.. dah macam orang tua dah si Amin tu.. padahal sebaye je.. nasihat-nasihat die semuanye logik dan boleh diterime.. mungkin sebab die dah ade ‘anak’ kot.. tu yang mematangkan die.

Tak tau la samade Amin hanye mimpi waktu tu, atau die betul-betul pergi ke alam ‘bunian’.. wallahualam.. Allah je yang tau sejauh mane kebenaran perjalanan si Amin.. Ustaz Salleh pun takde komen banyak pasal benda ni.. mungkin Smin agak istimewa.. tapi die memang dah banyak berubah.. die seolah-olah bukan rakan sebaye aku time tu.

Bile sekarang ni aku fikir balik pasal hadiah yang selalu ustaz Salleh bagi (barang-barang antik), untuk murid die yang cemerlang tiap-tiap minggu tu, besar kemungkinan ustaz Salleh ade kaitan dengan ‘mereke’.. 1- sebab kalau barang antik tu ustaz Salleh punye, takkan die boleh bagi suke-suke.. pade aku, ade sentimental value tu.. 2- die boleh hantar Amin ke ‘sane’.

Sumber : Dunia Seram