Cerita Hantu – Rumah Teres

cerpen.info (8)

Pengalaman yang ingin saya ceritakan ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada waktu itu saya baru berumur 11 tahun. Kami sekeluarga tinggal di Johor di sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu telah dibeli oleh ayah. Pada mulanya, rumah yang kami diami itu sememangnya agak keras, mungkin kerana rumah itu sudah lama dibiarkan kosong. Macam-macam perkara yang sering terjadi dalam rumah yang kami diami itu. Walaupun saya baru berumur 11 tahun, tetapi setiap kejadian aneh yang berlaku, saya pasti akan mengingatinya.

Kejadian aneh yang saya katakan antaranya dialami oleh adik saya yang berumur lima tahun. Pada waktu itu, dia ingin ke tingkat atas di biliknya selepas dia mandi. Tiba-tiba, dia menjerit dan turun ke bawah sehingga dia terjatuh dari tangga rumah kami. Ketika itu ibu dan bapa saya sedang bekerja, nenek yang melihat adik dalam ketakutan segera bertanya, “Kenapa adik menjerit tadi? Turun tangga pun sampai terjatuh?”.. Lalu adik menjawab, “Nek, adik nampak hantu, badan dia besar, banyak bulu, mata dia merah. Adik takut Nek.”

Mungkin hantu yang dikatakan adik itu adalah lembaga yang berbulu dan bermata merah. Seorang budak kecil memang dapat melihat benda halus, saya yakin adik tidak berbohong.

Dari hari itu, bukan kejadian itu sahaja yang berlaku. Malah kali ini lebih menyeramkan. Pada waktu jam 6.30 petang, saya merasakan badan saya agak lemah dan sakit kepala. Saya terus baring di sofa ruang tamu. Sambil memejamkan mata dan tidur-tidur ayam saya dapat mendengar ibu, pakcik dan makcik saya baru pulang dari tempat kerja pada jam 7 malam. Pada waktu saya berbaring di sofa, pakcik saya mengadu lehernya sakit dan meminta nenek saya urutkan lehernya. Sedang nenek saya urut leher pakcik, tiba-tiba pakcik saya itu ketawa. Katanya geli seperti lehernya digeletek oleh nenek.

Nenek yang tahu serba sedikit untuk menghalau makhluk-makhluk halus ini segera membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an. Pada masa yang sama, ibu saya pula tiba-tiba menunjukkan jari ke arah nenek sambil ketawa mengilai-ngilai. Makcik saya yang berada di situ seperti dirasuk dan seakan-akan ada orang yang mencekik lehernya. Sambil menarik sesuatu di lehernya dan seakan-akan sesak nafas dan makcik saya menarik tali yang ada di lehernya, tetapi tiada tali yang terikat di lehernya.

Kami dirasuk seorang demi seorang dan waktu itu saya sedang mencekik diri saya sendiri sambil menangis sekuat hati. Tetapi pada masa itu saya tidak sedarkan diri. Adik dan kakak saya yang lain yang menceritakan keadaan saya pada waktu saya dirasuk oleh makhluk halus.

Pada waktu kami dirasuk seakan-akan ada benda yang memasuki tubuh kami. Rupanya keadaan badan saya lemah pada waktu petang itu kerana ada benda sudah mula masuk dalam badan saya. Nasib baiklah nenek saya tahu cara untuk menghalau benda yang tidak nampak oleh mata kasar manusia. Sejak dari itu, kami sekeluarga berpindah ke rumah lain dan menyewakan rumah itu.

Ini adalah pengalaman yang benar-benar berlaku dalam hidup saya.

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Bunyi Orang Mandi Dalam Bilik Air

Bunyi Orang Mandi Dalam Bilik Air

Cerita ni pun berlaku kat aku, 7 tahun yang lalu. Masa tu aku join satu aktiviti peringkat kebangsaan dan kami ditempatkan kat sebuah maktab perguruan yang femes di Sarawak (nama dirahsiakan). Untuk pelajar pompuan sekolah kami dan tiga sekolah yang lain, kitorang ditempatkan di sebuah hostel lama yang berdepan dengan padang berkumpul. Wah~ kitorang hepi sangat sebab kat situ la makanan diedar dan bas ambik kitorang, jadi tak payah susah2 kejar bas.

Nak dipendekkan cerita, malam ke-3 atau ke-4 kalu tak silap, kitorang berlatih untuk hari merdeka sampai lewat malam. Kitorang naik bas pertama yang datang pada pukul 12:30. Jalan masa tu sunyi sangat jadi bas tu pecut laju giler sampai ke maktab. Dengan mata telepuk layu dan mengigau cari bantal, kitorang (aku dan Hajar, kawan aku) pun naik tingkat satu, buka suis, tuka baju lalu terus tidur. Aku tak sedar berapa lama aku tidur tapi aku terdengar bunyi alarm clock dari henpon kawan sebilik aku, Appy yang tidur kat katil ke-3 kalu tak silap. Appy selalu set jam pukul 2 pagi jadi aku terus bangun dalam keadaan separuh sedar dan bergegas nak ke tandas. Biasanya, waktu macam tu budak pompuan sekolah lain yang duduk tingkat bawah dah sapu semua bilik air dan tak kasi peluang untuk kitorang mandi (dah la tak senonoh, jalan pakai spender je…cis).

Jadi, aku pun pergi la kat tingkat bawah dengan baldi merah aku. Entah apa pasal, hari ni tak ramai pulak yang rushing. Cuma ada beberapa bilik air yang ada orang tengah mandi. Aku biasanya mandi dalam tandas sebab boleh kencing berak semua sekali jadi aku malas la nak kisah pasal bilik air. Tapi pagi tu, aku mandi agak cepat. Tak sampai 10 minit pun. Aku pun tak berak pagi macam biasa. Sampai je kat bilik, Appy dan Hajar pergi ke bawah, tinggallah kawan aku yang lagi sorang masih tidur tak bangun2. Habis je kawan aku mandi, aku tanya, siapa yang mandi dalam bilik air berdepan dengan pintu masuk (sebab aku tiba-tiba rasa musykil). Tapi kawan aku kata lantai bilik air kering dan pandang muka aku dengan wajah konpius.

Jadi, adalah lebih baik aku tak tau sapa yang mandi seangkatan dengan aku pada pagi tu.

Credit : Sumber

Cerita Seram – Hantu Di Ofis

Hantu Di Ofis

Sepanjang 4 tahun saya berkecimpung dalam dunia bisnes, sudah pelbagai onak dan duri yang saya lalui. Tak tau lah bagaimana ranjau yang dilalui oleh mereka yang telah berkecimpung dalam dunia bisnes selama 30 – 40 tahun atau lebih daripada itu. Tak dapat nak bayang. Apatah lagi dengan pelbagai ujian yang datang jika kita hendak mencari rezeki melalui jalan yang halal. Ada orang mintak itu, ada orang nak bagi yang ni, ada yang menipu, permasalahan riba dan maca-macam lagi. Jalan yang haram nampak begitu mudah.

Percaya atau tidak, antara ujian yang saya pernah lalui ialah berhadapan dengan makhluk Allah yang dinamakan ‘Jin’. Bahasa pasarnya kita panggil ‘Hantu’. Kita tidak perlu menafikan wujudnya makhluk Allah ini kerana Allah sendiri telah menceritakan mengenai mereka di dalam Al-Quran. Ya, seperti tajuk di atas, memang betul ada hantu di ofis kami.

Pengalaman saya yang pertama berhadapan dengan hantu adalah ketika menyewa ofis di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Banyak kali telah berlaku, ketika saya sedang membuat kerja di hadapan komputer, sering kedengaran paip air di bilik air sedang diguna orang. Bahagian pantri ofis kami pula terdapat pintu koboi (macam dalam game Western Bar tu la). Banyak kali saya terdengar pintu koboi tersebut di tolak-tarik. Bila ditolak atau ditarik, spring pada pintu koboi tersebut akan berbunyi. Sebab tu saya tau bila ada orang masuk ke pantri ataupun tidak. Namun kebiasaannya, bila saya pergi untuk melihat, tiada sesiapa di kawasan tersebut.

Bukan setakat itu, pintu masuk utama ofis juga sering kedengaran orang membukanya. Tapi bila di jenguk, tiada sesiapa pun. Dan sekali sekala, terdengar bunyi derapan seperti orang berlari dengan menghentak-hentak kaki dari belakang ke bahagian depan ofis. Saya juga biasa datang ke ofis pada waktu malam dan buat kerja sehingga pukul 2-3 pagi. Ada kalanya saya tidur terus di ofis. Lepas subuh, baru pulang ke rumah.

Saya akui, pernah beberapa kali sewaktu sedang tidur, saya terjaga kerana terasa seperti ada orang menyentuh pipi saya. Ada kalanya terdengar bunyi derapan kaki dan bunyi orang membuka pintu masuk ke bilik saya. Namun seperti biasa, bila bangun dan melihat di sekeliling, tiada sesiapa yang ada.

Pernah sekali suatu malam, berlaku black out. Lepas black out je, tiba-tiba kedengaran hentakkan kaki yang begitu kuat dan pantas, “BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!” dari belakang ofis hinggalah ke depan ofis. Saya hanya terdiam dan berfikir..”Mana mungkin ada orang boleh berlari dengan begitu pantas dan menghentak begitu kuat dalam keadaan gelap gelita??!!”

Sebenarnya, semua fenomena yang berlaku di atas saya buat endah tak endah je pada mulanya. Saya hanya ingat itu semua hanya bayangan saya semata-mata. (secara jujur, sebenarnya saya tak rasa itu semua hanya banyangan. Cuba psycho diri sendiri actually. Dan memang saya tak pernah bercerita pada sesiapa pun pada waktu itu tentang apa yang saya alami) Sehinggalah rakan sepejabat membawa seorang ustaz yang mahir berkenaan permasalahan Jin ni. (rupa-rupanya dia juga perasan seperti ada ‘sesuatu’ di ofis kami)

Setelah ‘diperiksa’ memang ustaz tersebut mengakui bahawa di ofis kami, ofis di atas dan di sebelah merupakan ‘port’ makhluk-makhluk ni sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, mereka ini bukanlah jenis yang agresif ataupun jenis yang ‘dihantar’ oleh orang-orang yang dengki dan menggunakan sihir terhadap kami. Itu memang territory mereka sejak sekian lama. Lepas dah kene sebijik, baru la nak take them seriously. Nak tau apa yang saya dah kene?

Peristiwa kemuncak yang benar-benar menguji keimanan saya telah berlaku pada satu malam. Waktu tu lebih kurang jam 2 pagi. Saya sedang menghadap laptop dan ada satu botol air mineral kosong di sebelah kanan laptop saya. Sedang saya asyik membuat kerja, tiba-tiba botol tersebut telah bergoyang-goyang dengan ‘sendiri’.

Saya terus terkaku. Jari-jemari yang tadi begitu ligat menaip kini terus freeze! Jantung sudah mula nak berdegup pantas. Namun saya beranikan diri untuk memegang botol tersebut supaya berhenti bergoyang. Saya angkat dan lihat tapak botol tersebut. Mungkin kerana ada kemik di mana-mana membuatkan ia tidak stabil dan bergoyang-goyang. Namun, memang tidak ada!

Puas saya meneliti. Saya periksa pula pada bahagian meja. Memang tidak ada apa-apa yang boleh membuatkan botol tersebut tidak stabil dan bergoyang-goyang.

Saya masih tabah. Saya letak kembali botol tersebut di tempat yang sama dan merenungnya dengan tepat. Saya cuba pastikan, adakah kerana saya sudah mengantuk atau pun mungkin botol tersebut bergoyang disebabkan ada angin.. (what the heck? Angin apa kat dalam ofis yang tertutup camtu?)

Sekali lagi!!! Botol tersebut bergoyang dengan ‘sendiri’ di hadapan mata saya!!! Arrggghhhh!!! Yang pertama tadi mungkin hanya ilusi. Tapi kalau dah yang kali kedua.. Dalam keadaan saya sedang tenung tepat pada botol tersebut.. Mustahil la sekadar ilusi! Dan.. kalau botol yang bergoyang tersebut berada begitu dekat dengan saya, sudah pasti hantu yang menggoyangkan botol tersebut berada DI SEBELAH SAYA!!! Arrgghhhh!!

Apa lagi.. Bulu roma satu badan berdiri tegak tak ingat la.. Jantung pulak mula berdegup kencang. Mula la baca ayat Al Kursi dan taa’wuz banyak-banyak. Waktu tu mula la terbayang.. “Tadi dia berani ‘show off’ existence dia kat aku dengan goyangkan botol, jangan la pulak jap lagi dia jelmakan diri dengan wajah dia yang sebenar.. Oh nooo.. Rambut panjang? Gigi taring? Mata satu? Sambil senyum kat aku? or worst than that? Oh noooo.. Ya Allah Janganlah Kau uji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku menghadapinya. Iman aku lemah. Belum tentu aku mampu. Tak yah nak berlagak power lah.. Aku mengaku iman aku lemah.. Tolong ya Allah..!”

Lepas tu apa lagi.. Terus packing and balik rumah la. Yang terkini, lagi sekali kami dimaklumkan oleh seorang ustaz tentang kewujudan 2 ‘ekor’ hantu di ofis kami di TTDI. Satu suka ‘port’ kat hujung sofa di bahagian entrance dan lagi satu suka ‘port’ kat bilik meeting. Sebelum ni pulak, (sebelum dapat tau ada hantu kat ofis TTDI la) saya memang biasa baring di sofa tersebut pada waktu malam. Cheh! Kacau betul la diorang ni. Tempat favourite aku gak yang korang nak port!

Ustaz tersebut menasihati kami agar selalu melakukan upacara ‘exorcism’ di ofis dengan melaungkan azan dalam keadaan semua pintu dan tingkap terbuka. Dia nasihatkan kami agar buat begitu sekali setiap minggu secara berterusan.

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – Mt Kiara

Cerita Hantu – Mt Kiara

Interesting story dari Hardy Jay.. Gambar asal dari Hardy Jay..

Cerita pasal ular memang saya ada pengalaman berbual hati ke hati kat KL Mt Kiara semasa berbasikal dalam hutan keseorangan.

Cerita berlaku sekitar 3 tahun yang lalu. Saya drive up selepas subuh sorangdiri from Singapore to Kuala Lumpur first x goin to Mt Kiara mountain bike trail. Sampai sana dalam tengahari but take me 2 hours sesat just to look for the entrance of the trail. 1st day tak ride sebab too tired driving almost 6 hours straight so decide to ride next day morning to book hotel and rest.

Bila next day morning selepas subuh, Saya set up bawa kereta to the trail terpusing-pusing lost my way almost 2 hours baru jumpa. Pada hal its only 3km away from my hotel.

Selepas rest sekejap set up terus ride. As usual first x ride banyak juga jatuh berkali-kali.. Tapi semangat nak ride just carry on. Selepas hampir satu jam naik ke puncak was almost tepi lereng mendadak oleh saya terdengar bunyi guruh seolah-olah macam satu batu boulder besar bergoleng-goleng coming towards me dari atas Bukit dengan pantas. Saya stop my bicycle and dismount. Hati jantung berdengup dengan cepat menunggu apa yang mendatang.

Saya turun berdiri sebelah kiri basikal @ dia mendatang dari atas kanan liring Bukit terus terberhenti abt 2 meter Dari saya. Dengan denyutan jantung yang just Dan menyirap darah ni saya angkat basikal supaya manjadi perisai saya antara benda tu. Benda tu terus bertukar menjadi se ekor ular tendung yang hitam besar naik setinggi hampir 2 meter bersiap sedia untuk patuk saya.. Dalam hati ada ayat di Al Quran yang saya pelajari untuk menundukkan binatang buas jadi saya bacakan lepas tu ia seolah-olah terpaku tak jadi memetok.

Dalam masa yang sama saya terasa suara dalam hati menyoal saya..” Kau siapa dan buat apa di sini?”

Saya menjawab”Kau siapa? Kenapa kau ganggu aku?”

Dia jawab..” Aku penunggu di sini.. Kau telah mencerobohi kawasan aku..”

Saya jawab pada dia.. “Ni Bukan Kawasan kau tapi Kawasan awam Dan aku di sini untuk beriadah tumpang lalu.”

Sambil jawab dalam hati saya Masih baca ayat itu perlahan-lahan saya sembur kearahnye. Dia melihat saya dengan mata yang Merah Susah nak membayangkan..

Dia berkata..” Aku tak suka manusia menganggu ketenteraman kami di sini.. Kalau kau nak Selamat pergi patah balek klau tak nanti kau Akan parah..”

Saya jawab.. “Kau Dan aku Kita sama-sama makhluk Allah berkungsi tempat hidup di dunia ini.. Walaupun bagaimana pun sekarang antara kau dengan aku.. Kita beriadah Secara Aman atau Kita bertarung sekarang.”

Saya sendiri pun tak tahu macam mana saya dapat berkata macam tu.. Seolah-olah confident bole menewaskan dia.. We see eye to eye, yang hairan saya tak gentar pun masa tu.. Lepas tu dia cakap.. Fikirkan apa yang aku cakap kan pada kau.. Lepas tu dia menaikan badan nye menunduk Dan terus lompat kekanan.. Mangelusur on e trail panjang nye Ada dalam 6 meter Dan Lebar badan ada dalam 5 inchi.. Dengan Cepat macam stealth beredar Dari situ menghala he Arah depan trail yang saya Akan lalui seolah-olah badannye tak menjejak tanah.. Susah nak menjelaskan..

Selepas tu saya rasa seolah-olah tersedar Dan berkata pada diri sendiri betul ke apa yang terjadi.. Macam sebuah khayalan mimpi. Belum decide to continue atau tak tapi badan ni terketar-ketar.. Jantung heart beat macam macam lari 100 meter sprint.. Oleh kerana dah kasi warning.. saya pun gostan balek another  1 hours ride sorang-sorang.. Bila sampai di Kereta saya nampak ambulance sampai Dan ramai orang di sana.. Sedang menunggu Kecoh. saya sempat Tanya pada one of the Malaysian riders apa yang berlaku.. Dia cakap Ada budak riding dekat trail saya tadi jatuh lereng bukit patah kaki.. Just 100 meters dari tempat saya jumpa that ular dan buat saya pun berfikir.. Adakah penunggu ular kasi warning kat saya supaya ini tidak berlaku kepada saya..

Sampai sekarang that insident Masih fresh in my mind..

Credit:Sumber

Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang, Singapura

cerpen.info (4)

Saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada para pembaca. Kalau tak silap saya, pengalaman ini berlaku pada tahun 2007 ketika saya menjalani latihan kerahan saya di hutan Lim Chu Kang.

Latihan kerahan saya masa itu bermulanya di hutan Marsiling dan berakhirnya di hutan Lim Chu Kang. Sebelum latihan bermula, saya dan rakan-rakan askar yang lain diberitahu oleh pegawai Leftenan saya, bahawa latihan kami akan bermula pada waktu sepuluh setengah malam. Saya masih ingat lagi, hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat. Seperti biasa, sebelum latihan bermula, kami semua mengambil kesempatan untuk berehat. Ada yang tidur, ada yang bersihkan senjata dan ada juga yang masih berbual-bual di telefon bimbit. Ketika itu masih senja, waktu Maghrib pun nak dekat, jadi kami ada lagi tiga jam untuk berehat. Masa saya berehat, sarjan saya seorang berbangsa Cina menghampiri saya dan beritahu saya bahawa malam ini saya akan berada di hadapan “company” saya untuk mengiringi “company” yang lain untuk latihan malam nanti sebab penglihatan Sarjan saya tidak begitu jelas pada waktu malam.

Dipendekkan cerita, semasa kami bertolak dari hutan Marsiling, hujan pun mula turun dengan renyai-renyai. Kami sudah pun berjalan sejauh 15 kilometer dari tempat rehat tadi dan masih lagi berjalan ke tempat destinasi kami di hutan Lim Chu Kang. Waktu pun sudah menandakan pukul dua setengah pagi. Walaupun keadaan saya bermandikan peluh dan terasa letih, saya masih lagi berada di hadapan “company” saya. Saya masih ingat lagi, malam itu bulan mengambang dan anjing-anjing berdekatan di hutan Lim Chu Kang asyik menyalak saja dari tadi.

Semasa saya berjalan di hadapan, tiba-tiba saya ternampak bayangan hitam menyerupai manusia berjalan perlahan-lahan ke arah lain. Jarak bayangan hitam itu adalah kira-kira dalam 50 meter dari mana saya berada. Saya pun cepat-cepat menunjukkan isyarat tangan saya kepada rakan-rakan askar yang lain menandakan kemungkinannya musuh di hadapan. Kami terus tunduk dan berhenti berjalan. Mata saya masih memandang ke arah bayangan hitam itu. Untuk pengetahuan semua, saiz bayangan hitam itu kelihatan besar dan agak tinggi berbandingkan saiz askar-askar di Singapura ini. Bayangan hitam yang besar dan tinggi itu kelihatan berjalan perlahan-lahan di tengah-tengah persekitaran yang dipenuhi dengan rumput-rumput tinggi dan dedaunan.

Sarjan saya terus menghampiri saya dan bertanya apa yang berlaku. Saya beritahu dia apa yang saya nampak dan dia terus mengeluarkan alat “Night Vision Binoculars” dari begnya. Untuk pengetahuan pendengar, “Night Vision Binoculars” adalah “Teropong yang digunakan untuk waktu malam” dan sesuai digunakan di waktu malam ataupun semasa keadaan gelap. Bila Sarjan saya menggunakan teropong itu, dia mengatakan pada saya yang bayangan hitam itu jelas kelihatan! Saya diam sahaja. Lalu, pegawai Leftenan saya pun menghampiri saya dan menanyakan apa yang berlaku. Leftenan saya pun menggunakan teropong yang sama, dan dia juga dapat melihat bayangan hitam itu dengan jelas juga!

Leftenan saya terus mengarahkan saya untuk terus berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bayangan hitam itu dengan diikuti rakan-rekan askar saya yang lain. Saya pun berjalan perlahan-lahan menuju ke arah bayangan hitam itu. Kalau mengikut secara logika, sekiranya kalau kita berjalan dan memijak rumput ataupun daun-daun, rumput dan daun-daun itu akan menunjukkan tanda yang ia dipijak. Akan tetapi, apabila saya menuju dan mengikut jejak bayangan hitam itu, rumput-rumput ataupun daun-daun di situ masih kelihatan segar dan tidak kelihatan dipijak langsung! Saya berdiam diri sahaja!

Pada masa yang sama, bayangan hitam itu hilang dari pandangan. Saya terus berhenti dan melihat persekitaran di sekeliling saya. Saya lihat di persekitaran saya penuh dengan belukar, rumput-rumput tinggi dan dahan-dahan berduri. Saya mendapati bahawa tiada sembarang manusia pun yang boleh menembusi belukar dan dahan-dahan yang penuh duri di persekitaran saya ini. Saya menoleh ke arah pegawai Leftenan saya! Tanpa membuang masa lagi, beliau menyuruh kami beredar dari tempat itu dan teruskan perjalanan ke destinasi kami.

Itulah pengalaman saya, yang saya lalui ketika latihan kerahan pada tahun 2007, terima kasih.

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Penunggu Taman

cerpen.info (6)

Nama saya Niesa Sazalee. Saya berasal dari Taman Molek, Johor Bahru dan saya sekarang masih berumur 14 tahun (tahun 2011). Saya ada kisah seram yang saya ingin kongsi.. Kisah ini bukan berlaku pada saya tetapi berlaku pada teman rapat saya yang bernama Sara dan sekarang dia telah berpindah sekolah. Kisah ini berlaku pada tahun lepas iaitu tahun 2010, bulan Mei, sewaktu kami hendak menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Jadi rakan saya ini telah pergi ke rumah makciknya di Taman Mount Austin, Johor Bahru seminggu sebelum peperiksaan bermula.

Pada malam tersebut, dia pergi ke rumah makciknya bersama ibu, abang dan adik-adiknya yang lain. Setelah sampai di rumah makciknya, dia telah meminta izin ibunya yang dia hendak pergi belajar bersama abangnya bernama Hafiz di taman permainan. Jadi ibunya izinkan dia pergi tetapi memesan agar jangan balik lambat sangat sebab dah hampir lewat malam dan ibunya risau jika ada perkara yang tidak diingini berlaku. Setelah diizinkan dia pun pergi bersama abangnya ke taman tersebut yang tidak berapa jauh dari rumah makciknya.

Setelah sampai, abangnya pun bersuara “Alhamdulillah!” Kemudian rakan saya ini cakaplah dengan abangnya. “Kenapa Hafiz?” “Tengok tuh! Ada seorang akaklah kat meja bulat!” Jadi rakan saya ini pun cakap, “Jomlah kita pergi kat akak itu!” Kemudian dia mendekati dengan kakak itu. “Hai akak! Seorang saja ke dekat sini? Boleh kami duduk?” jawab rakan saya. Kemudian kakak tu pusing dan senyum sambil menjawabk “Ha’ah. Akak seorang saja! Duduklah!”. Jadi rakan saya dan abangnya pun tak fikir yang bukan-bukan dan terus duduk. Rakan saya dan abangnya ini duduk berbual dengan kakak tersebut.

Kawan saya ni mula bosan dan tak jadi nak belajar sebab abangnya asyik melayan kakak yang ada di sebelahnya. Dah bosan waktu itu, dia pun membelek-belek pena di jarinya. Pena itu terjatuh di sebelah akak tersebut. Bila dia nak ambil pena itu, alangkah terperanjatnya dia bila dia ternampak kakak itu TIDAK ADA KAKI! Terus meremang bulu romanya. Dia tengok sekeliling untuk mencari siapa yang boleh bantu kakak ni pulang ke rumah. Di tempat kakak tersebut duduk, tak ada kerusi roda pun dekat dengan akak tersebut. Kalau kakak ni tak ada kaki, tak ada orang yang nak tolong dan tak ada kerusi roda, macamana dia nak pulang nanti?

Kawan saya ni rasa pelik dan tak sedap hati. Dia tak berani nak cakap dengan abangnya yang dia nak balik. Takut-takut kalau kakak itu perasan. Jadi dia mesej abangnya! “Wei Hafiz! Balik jom aku tak sedap hatilah!” Abang dia pun balas mesej tersebut, “Ok. Jom!” Jadi teman saya punya abang, si Hafiz ni cakap dengan kakak tu, “Akak kami nak minta diri dulu ya! Dah lewat malam ni! Bye!” Dia terus bangun dengan adiknya. Kemudian, kakak itu jawab “Ok. Bye!”

Sewaktu mereka jalan beriringan nak keluar dari taman, abang teman saya ni cakap dengan adik dia “Kenapa Sara? Cakaplah! Cakaplah!” Sara ni pulak tak nak cakap apa yang dah terjadi. Dia pun jawab. “Nantilah! Kat rumah aku cerita!” Bila mereka dah keluar dari taman, akak tadi pun bersuara dengan nada yang sangat halus dan menyeramkan “HEI! KAU NAK BALIK KE, KAU DAH TAHU AKU TAK ADA KAKI?” Bila kawan saya dan abangnya dengar kakak tersebut cakap begitu, dia tak berani nak toleh ke belakang. Pandang, jeling pun dia tak mahu! Dia terus lari, “Cepat Hafiz! Cepat!” Mereka pun lari lintang-pukang.

Sampai di rumah mereka ketuk pintu rumah sekuat-kuatnya. Ibunya tanya, “Kenapa ni tercungap-cungap?” Teman saya tak mahu jawab! Dia menangis kerana terperanjat dan takut! Bila dia ditenangkan oleh ibu dan makciknya, ibunya tanya sekali lagi. “Sara, jawablah! Kenapa nangis-nangis ni?” Kemudian dia jawab, “Masa Sara dekat taman dengan Hafiz tadi, Sara nampak hantu tak ada kaki!” Ibunya terperanjat dan memintanya menceritakan perkara sebenar.

Sara pun menceritakan segalanya pada ibunya apa yang berlaku. Kemudian, makciknya cakap, “Itulah kau! Pergi taman tadi tak baca doa! Kat taman itu, memang ada penunggu! Dah ramai orang yang kena!” Teman saya si Sara ini diam seribu bahasa. Dia tidak tahu hendak cakap apa. Dia amat terkejut dengan apa yang berlaku. Itulah saja kisahnya.

Sekian dan Terima Kasih

 

Credit : Dunia Seram

Misteri Pulau Tengkorak Kelantan

Misteri Pulau Tengkorak Kelantan

Tumpat, Kelantan: Pulau Tengkorak adalah sebuah pulau cukup misteri dan dilaporkan menjadi tempat persinggahan sekumpulan lanun pada tahun 1969 dulu. Pulau ini terletak bersempadan di antara Kelantan dengan Thailand bagi daratan sebelah sini di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang dipisahkan sebuah sungai berjarak kira-kira 200 meter.

Para penduduk dari Kampung Geting ini memang sedia maklum tentang cerita pulau tidak berpenghuni itu, selain dikenali pulau lanun ia juga didakwa sebagai ‘pulau puaka’. Berbagai cerita turut menjadi bualan beberapa penduduk dari kampung terbabit tentang keadaan pulau berbentuk buaya itu yang didakwa mempunyai penjaga dan penunggunya sebab itulah ramai yang ke sana dengan berniat serong akan mengalami beberapa perkara yang agak pelik, justeru sejak itu ramai yang seakan fobia untuk menjejakkan kaki ke pulau terbabit atas alasan diserang rasa takut.

Seorang penduduk yang ditemui Penulis, Zakaria Mamat atau Pak Ya, 43, berkata, sememangnya Pulau Tengkorak kelihatannya agak tenang tetapi kejadian yang berlaku agak tidak masuk akal, banyak misterinya yang belum terungkai.

Katanya, Pulau Tengkorak mendapat nama berikutan penemuan rangka dan tengkorak orang mati dibunuh telah dihumbankan ke pulau itu. Seorang nakhoda kapal yang merupakan Ketua Lanun dan juga raja kejam bernama Tok Sang Niaya telah membunuh sekurang-kurangnya 1,000 orang yang engkar arahannya lalu dengan kejamnya mayat itu dicampakkan ke pulau tersebut. Sehingga hari ini kebanyakan penduduk dari Kampung Geting seakan gementar apabila mendengar cerita pulau tersebut, rasa dan ganjil, jika tidak berilmu tinggi tentunya tidak akan sampai ke pulau tersebut.

“Walaupun agak ganjil, penduduk kampung ini berasa yakin tentang adanya harta karun tertanam di pulau itu memang ada kebenarannya. Salah satu harta karun yang masih tidak dapat diambil sehingga kini ialah kura-kura emas”, katanya ketika ditemui di gerai makanan milik kakaknya di tebing sungai kampung tersebut.

Walaupun dirinya tidak pernah membicarakan atau mengaitkan tentang hakikat dan suasana pulau misteri itu, beliau pernah mengalami mimpi sebanyak tiga kali melihat sebuah peti berwarna hitam, namun beliau tidak dapat melihat kandungan di dalam peti tersebut. Beliau yakin peti hitam sebagaimana jelmaan dalam mimpinya itu memang wujud kerana terdapat beberapa orang penduduk dari kampungnya yang pernah bermimpi perkara yang sama dan mereka yakin ada di pulau itu. Cuma kekuatan untuk mendapatkan peti hitam yang ada di pulau itu adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan.

“Pernah sewaktu ketika dulu, berlaku kematian berikutan ada kalangan penduduk dari kampung ini cuba untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan, namun setakat ini tidak ada seorang pun penduduk dari kampung ini yang berani dan berjaya masuk ke situ setelah kejadian itu berlaku”, jelasnya sambil meneguk secawan teh.

Katanya, pengalaman lain yang pernah didengari oleh Pak Ya apabila terjadi suatu peristiwa penduduk dari kampungnya pergi ke pulau itu untuk mencari lokan. Pada mulanya memanglah hasil lokan yang ditangkap agak sedikit, tetapi entah bahana apa secara tiba-tiba lokan itu semakin banyak. Kemaruk dengan hasil tangkapan yang agak luar biasa si pulan itu cuba untuk berpatah balik kerana dirasakannya semakin jauh melangkau ke tengah pulau menyebabkan laluan asalnya hilang, mangsa dikatakan tersesat di pulau itu. Namun, beliau yakin mangsa sebenarnya bukan tersesat sebaliknya kena sorok di pulau itu. Setakat ini menurut Pak Ya, beliau belum pernah menjejakkan kaki ke pulau misteri itu, bukan ingin menuding jari kepada orang lain kononnya penakut sebab beliau sendiri juga tidak berkeyakinan untuk pergi ke pulau tersebut.

Apabila ditanya adakah masa-masa tertentu wujudnya jelmaan dari pulau itu, beliau menyatakannya tidak. Bukan sahaja malam hari paling ditakuti, sebaliknya kerap berlaku di siang hari terutamanya sebelah petang sehingga Maghrib. Hal seumpama ini berlaku berikutan ketenangan penghuni ghaib di pulau itu telah diganggu sama ada penempatan dan barangan milik makhluk itu telah diceroboh atau dimusnahkan.

“Seorang remaja dari Tat Bai, Thailand bermimpi kononnya beliau mendayung perahu, apabila sampai diletakkannya perahunya di tebing sungai. Seraya turun ke dalam air, kakinya terpijak benda keras dan bulat. Apabila berasa agak aneh dengan apa yang dipijaknya itu, dipegangnya benda yang dimaksudkan. Alangkah terkejutnya, kerana apa yang dipegangnya itu adalah sebiji tengkorak manusia”, ujarnya. Sementara itu, menurut kakak Pak Ya, Mariah Mamat atau Kak Yah, 44, berkata, Tok Sang Aniaya memang seorang yang sangat kejam. Tubuhnya setinggi kira-kira empat meter di mana ketika makhluk itu sedang mencangkung hampir sama dengan seorang manusia sedang berdiri. Tok Sang Aniaya menurut Kak Yah sering tidak berbaju dengan hanya mengenakan kain yang diputar (dikilas) di sebelah rusuk sesuai sebagai nakhoda kapal lanun yang dimaksudkan.

Menurut cerita yang didengarinya, Tok Sang Aniaya terdampar di pulau itu apabila kapal yang dinaikinya karam semenjak itulah Pulau Tengkorak menjadi miliknya. “Orang-orang tua dahulu pernah bercerita, salah seorang penduduk dari kampung ini masuk ke Pulau Tengkorak untuk mencari lokan. Hairannya pada hari itu, didapati lokan semakin banyak menyebabkan dia lupa hari sudah beransur senja sehinggakan fikirannya terlupa jalan yang dilaluinya menyebabkannya tersesat.

“Dirasakannya beliau semakin jauh berjalan ke tengah pulau, lalu dilemparkan lokan itu kembali. Setelah lokan itu dicampakkan, perjalanannya tiba-tiba menjadi pendek di mana beliau betul-betul telah berada di tebing sungai”, ujarnya mengingati kembali kisah yang begitu tersohor dari mulut ke mulut pada masa itu.

Katanya lagi, satu lagi kejadian yang agak pelik apabila beberapa orang remaja cuba mengambil kesempatan untuk mencuri kelapa muda di Pulau Tengkorak. Apabila mereka mendongak ke atas, mereka dapati pohon kelapa muda itu berbuah banyak. Salah seorang dari mereka memanjat dan apabila buah kelapa yang diidamkan telah diperolehi mereka menjamu bersama-sama.

“Dengan tidak disangka-sangka, mereka tidak dapat melangkah ke mana-mana kerana melihat terlalu banyak buaya telah mengepung mereka. Dalam usaha untuk mengelakkan dari dikerjakan atau menjadi mangsa reptilia terbabit mereka memanjat pohon kelapa tersebut. Setelah menjelang hari siang esoknya, apa yang mereka lihat tidak kelihatan walau seekor buaya pun di situ. Justeru, nasiblah mereka terpaksa bermalam di atas pohon kelapa”, ujarnya sambil ketawa kecil.

Sambung Kak Yah lagi, suatu kejadian turut menggemparkan penduduk Kampung Geting apabila salah seorang kanak-kanak dari kampung berkenaan yang dikatakan merajuk dan membuat perangai telah melarikan diri dari rumah lalu masuk ke Pulau Tengkorak itu.

Menurut kanak-kanak itu, beliau menemui sebuah kolam agak besar dipenuhi air yang agak jernih dan bersih tanpa dicemari walau sehelai daun pun. Melihatkan suasana kolam yang agak bersih di pulau itu menyebabkannya terpesona dan kanak-kanak itu berasa agak tenteram sambil berendam di dalamnya selama tiga hari tiga malam.”Kanak-kanak itu memang bertuah kerana dapat melihat kolam itu dengan sempurna berbanding orang lain yang tidak mempunyai pengalaman seperti itu. Ini kerana, beliau tidak cuba mengambil kesempatan membuat sesuatu angkara. Sebaliknya, sekiranya melakukan tabiat buruk di pulau itu, tentunya akan menerima natijahnya seperti tidak menemui jalan pulang (tersesat), disorok atau sebagainya”, ujarnya.

Kak Yah menambah, ada seorang yang berhati mulia telah menemui tiga batang nibong emas sebaik menjejakkan kaki ke pulau itu. Walau bagaimanapun, terdapat masalah apabila nibong emas itu tidak dapat dimiliki kerana terlalu sukar untuk mencabutnya. Namun, peluangnya dapat melihat batang nibong emas itu menandakan Pulau Tengkorak memang kaya dengan peninggalan harta karun mahupun bongkah-bongkah emas milik bunian di pulau itu sememangnya wujud dan bukan sekadar cerita dongeng, cuma cara untuk memiilikinya itu atas rezeki masing-masing.

“Banyak benda berharga boleh dimiliki jika ke pulau itu, namun setakat ini tidak ada pihak yang dapat berbuat apa-apa. Ini kerana, Pulau Tengkorak memang tempat keras. Jika Allah izin, dapatlah sesuatu yang berharga dari pulau itu walaupun dikatakan agak keras dan menakutkan”, katanya.

Menurut Kak Yah lagi, kejadian pada tahun 1969 memang tidak dapat dilupakannya apabila seekor buaya putih masuk ke pulau tersebut. Kejadian berkenaan berlaku selepas banjir besar pada tahun 1967, seekor buaya yang entah dari mana datangnya didapati terdampar di pulau tersebut. Sehingga hari ini, tidak pernah berlaku banjir di pulau terbabit.

Setakat ini menurut Kak Yah, belum lagi berlaku sebarang gangguan terhadap penduduk Kampung Geting itu. Tetapi jika kita berniat ke pulau tersebut secara suka-suka pasti menerima masalah sama ada diganggu ataupun disorok. Munculnya pelbagai jelmaan dan bunyi suara haiwan buas sebagai petanda untuk memberikan gambaran, penempatan makhluk halus di situ telah diganggu.

“Contohnya, pernah anak saudara Kak Yah yang sedang hamil masuk ke pulau itu untuk mencari lokan, tiba-tiba didapati kakinya bengkak agak luar biasa. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital, namun doktor kata tidak ada penyakit. “Kerana tidak puas hati dengan jawapan tersebut, beliau berubat secara kampung dengan Pengamal Rawatan Tradisional. Katanya, anak saudara Kak Yah itu sengaja cari pasal masuk ke pulau tersebut. Kerana terasa sesuatu yang pelik, anak saudara Kak Yah mencampakkan kembali lokan ke pulau itu, secara tiba-tiba penyakit yang dialaminya itu sembuh serta merta”, ujar Kak Yah lagi.

Sementara itu, terdapat kumpulan remaja seramai tujuh orang sedang berperahu ke Pulau Tengkorak dengan harapan untuk mendapatkan emas yang didakwa wujud di pulau tersebut. Namun, dengan tidak disangka-sangka, perahu yang didayung mereka diserang ribut yang agak dahsyat menyebabkan perahu yang mereka naiki itu hanyut. Salah seorang dari mereka diserang sakit yang datang secara tiba-tiba menyebabkannya meninggal dunia pada ketika itu juga. Sebab-sebab meninggal hanya Allah jua yang mengetahuinya. “Bagi Kak Yah bukan mahu percaya makhluk itu hebat, tapi kalau ada niat buruk seseorang ke atas pulau tersebut, lambat laun akan terima akibatnya.

Buktinya, pernah suatu masa ada pihak-pihak cuba masuk ke pulau itu untuk membuat kajian dengan tujuan membina sebuah pusat peranginan, akhirnya terpaksa dibatalkan kerana diserang rasa takut”, ujarnya. Seorang lagi penduduk tempatan yang ditemui Penulis, Wan Zainab binti Wan Hassan, 38, berkata, bertahun-tahun beliau menderita sakit kemudiannya beliau kembali sembuh. Setelah sembuh dari penyakit ganjil, secara tidak diduga beliau boleh mengubati orang yang memerlukan rawatan, namun selepas itu beliau menderita sakit sebagaimana sebelumnya.

Ketika beliau menderita sakit yang amat sangat itulah, pada setiap malam beliau sering terdengar suara perempuan yang memanggil-manggil namanya. Beliau agak suara tersebut tentunya datang dari pulau berkenaan. Pada suatu malam, beliau bermimpi namanya dipanggil seperti malam-malam sebelumnya sehingga beliau dapat melihat perempuan berpakaian selindang seperti tujuh beradik, beliau agak tentunya puteri bunian dari Pulau Tengkorak itu.

Selepas itu, beliau bermimpi melihat seekor harimau besar, ular, gajah, beruk dan akhir sekali seorang wanita tua yang dikatakan penjaga pulau itu sering dialaminya. Peliknya dalam mimpinya itu, beliau diminta tidak melarikan diri apabila bertembung dengan gajah, ular dan beruk itu.

“Sudah berpuluh bomoh datang ke pulau itu apabila terdengar suara gajah, harimau dan binatang buas lain di pulau itu, akhirnya mereka melarikan diri. Ada juga yang terkejut dengan deruman suara binatang menakutkan itu boleh memanjat sebatang pohon kelapa yang agak tinggi di pulau itu”, ujar Wan Zainab sambil ketawa kecil mengingatkan peristiwa itu agak lucu baginya.

Katanya, beliau mengetahui cerita Pulau Tengkorak daripada arwah bapanya yang mendakwa pulau itu adalah tempat persinggahan kumpulan lanun terbabit untuk menyembunyikan harta karun yang dirampas dan dirompak. Menurutnya, agak ramai penduduk kampungnya yang telah menjejakkan kaki ke pulau itu menemui barangan bernilai termasuklah emas di beberapa tempat di pulau terbabit.

Contohnya, salah seorang penduduk dikenali Kak Yam pernah menemui wang dinar dari dalam guri, di mana wang tersebut boleh digantungkan di leher. Namun, paling banyak kali beliau dengar apabila ramai yang menjejakkan kaki ke Pulau Tengkorak selepas itu laluannya itu tidak kelihatan menyebabkan mereka tersesat dan tidak menemui jalan pulang.

Credit : Sumber

Kisah Misteri – Kondomanium

cerpen.info (9)

Kisah Misteri Kondomanium Kelana Jaya

Pada minggu lepas ilah tido kat umah kawan ilah kat kelana jaya, sebab ada hal sikit.. Dia sewa kat condo di kelana jaya dekat ngan giant lama.. Kawan ilah sewa bilik yang berhampiran ngan dapur, dan tingkapnya (sliding window) kalau bukak leh nampak dapur ngan tempat sidai baju dan dekat ngan tempat sidai baju tu ader ruang kecil tenpat buang sampah, Tapi ader pintu berkunci dari dalam, dimana kalau nak buang sampai, just letak kat situ.. Dan esok pagi pihak maintenance akan ambil melalui pintu sampah diluar umah.

Pada malam tu.. Kami berbual sampai lewat malam siap tutup lampu bilik, dan hanya bukak lampu tidur jer.. Masa tengah berbual tu, kami dengar macam ada orang buka pintu sampah.. Time nie kami ok lagi sebab kami fikir mungkin tu kawan serumah kawan ilah kat bilik depan.. Selepas tu.. Kami dengar bunyi orang meyelongkar kat dapur, macam cari sesuatu.. ilah nagan kawan ilah dah pandang sesama sendiri bunyi tersebut makin lama makin kuat siap berlaga-laga pinggan mangkuk “Eh..! lain macam jer bunyi kat dapur..” ujar ilah kat kawan ilah.. Yang kawan ilah lak muka dia dah lain macam

Ilah pun bangun nak gi kat tingkap sebab nak tengok sapa kat dapor.. Tetiba kawan ilah tarik tangan ilah sambil wat signal tangan kat bibir dia sruh ilah senyap.. Pas tu dia bisik kat ilah, “Ilah jangan tengoklah ntah apa tah kat dapor tu kita dok diam jerk kat sini” pujuk kawan ilah sambil peluk tangan ilah.. Yang ilah dah rasa lain macam jer.. Biler tengok muka kawan ilah terketar.. Pas tu dia bisik kat ilah.. “Sebenarnya aku selalu gak dengar bunyi orang kat dapor time-time macam nie.. Sebab tu tingkap tu .. Aku tak pernah bukak” jelas kawan ilah.. Tetiba bunyik kat dapor berhenti, dan kami dengar bunyik gelang kaki perempuan dari arah dapur terus ke ruang tamu.. Kebetulan masa nie pintu bilik kami tak tertutup rapat.. Hanya terkuak sedikit sahaja..! Bunyi gelang kaki semakin lama semakin menghampiri pintu bilik kami.. Kawan ilah dah pucat.. ilah lak dah naik bulu roma kat belakang tengkuk.. Aduih!.. Tak leh jadi nih.. Tanpa buang mase cepat-cepat ilah tutup pintu bilik tu dan kunci.

Bunyik gelang kaki tu tetiba terhenti serentak bila ilah menekan punat tombol pintu, dan time nie ilah bersandar kat pintu tu.. Bila bunyi gelang tu berhenti.. Cepat-cepat ilah tonggeng sebab, nak tengok kalau-kalau leh nampak kaki ker apa.. Tengah dok tonggeng tu tetiba tombol pintu bergoncang.. Macam orang nak masuk.. Terkejut kawan ilah dah menjerit halus.. Siap tutup mulut lagi dan start menangis.. “Ya-Allah” menyesal gak ilah sebab tido kat sini, Cepat-cepat ilah gi kat dia, dan suruh dia bacer apa yang patut.. ilah tengok dia tul-tul gabra.. Last-last ilah suruh dia ikut baca ayatul kursi ngan ilah.. Time nie ilah peluk dia dan baca ayatul kursi sama-sama ngan dia.. Sambil ilah picit kedua belah dibahagian bawah ibu jari dia Kali yang ketiga kami habis baca ayatul kursi.. Alhamdullilah.. Tombol pintu bilik kami tak bergegar lagi.

Kemudian tanpa disangka.. Bunyi gelang kaki tu berbunyi kembali.. Tapi dari ruang tamu menuju ke arah dapor.. Aduih.. Janganlah tetiba dia melekap kat tingkap nie lak.. Kawan ilah dah pejam mata sambil peluk ilah, cepat-cepat ilah bacer pendinding.. ilah bacer berulang-ulang kali.. Sebanyak 33 kali dan tekan ibu jari kaki ilah kelantai.. Manakala ibu jari jari ilah masukkan kedalam gengaman.. Time nie ilah tul tawakal.

Tetiba kami berdua dengar bunyi pintu besi kat tempat ruang sampah dihempas dengan kuat, dan bunyi hembusan angina.. Hmmm macam nie bunyiknay ok.. Kalau korang dok dalam bangunan dan time nie ader ujan ributt kat luar.. Pas tu ader angin melanggar dinding bangunan.. Dia ader kelurkan bunyikkan aaaaa macamnielah.. Cuma lagi sayuuuuuuuu lagi.

Bila pagi.. Kami berdua gi dapor, dan tengok pintu besi sampah tu ada kopak ker aper.. Sebab bunyi hentaman yang kami dengar malam tadi kuat tul.. Hmmmm.. Terkejut kami berdua.. Sebab pintu besi tu dalam keadaan elok dan siap berkunci lagi.. Pagi tu juga kawan ilah bercerita yang dia memang selalu dengar orang selongkar dapur tapi dia membungkam jer, dan ader kalanya kena tindih.. Tapi malam tadi kira gangguan paling klimaks lah Lepas tu.

Kami bertanya ngan housemate kawan ilah aaaa sorang budak Brunei.. Manakala lagi tiga orang sabah, dan kesemuannya budak student UNITAR.. Biler kitaorang bukak citer, barulah dorang bukak citer.. Housemate kawan ilah cerita yang dorang selalu dengar orang masuk bilik air tengah-tengah malam.. Pastu bunyi air pancut langgar dinding bilik air cam ader orang mandi, lama lak tu dan salah sorang daripada mereka nak guna bilik air sebab nak buang kecil.. Siap tunggu dalam bilik.. Last-last tak tahan tunggu keluarlah dari bilik.. Sebab nak sound orang kat dalam bilik air suruh keluar.. Biler kuar tengok bilik air tu gelapppp jer dan terus dia masuk bilik tak jadi buang air kecil… Dorang juga citer.. Adakalanya ader orang ketuk pintu bilik dorang tengah malam sebanyak tiga kali jerila bukak pintu takder orang tapi macam ader angina lalu, pastu siaplah memang kena tindih bila nak tido.

Ilah lak bila dengar takdernya, ilah nak tido kat umah tu lagi.. Siap sebelum keluar umah tu.. ilah dah bacer apa yang patut..pastu tepok pintu umah dorang (hu..hu..petua..dan doa abah kasi.. Biar bende kat umah tu tak ikut ilah)

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – LRT Kuala Lumpur

LRT Kuala Lumpur

Kisah ni diceritakan oleh kawan kepada saudara saya.. yang mana dia sendiri mengalami satu kejadian di LRT tersebut.

Satu malam.. train akhir dari KLCC ke salah satu destinasi, cik Yati (bukan nama sebenar) bersama anaknya Mizi berumur dalam lingkungan 4-5 tahun (bukan nama sebenar) dalam train terakhir tersebut dalam lingkungan pukul 11:30 malam.

Kebetulan sewaktu menaiki train tersebut, terdapat 3 orang wanita yang duduk berasingan.. setiba dia perhentian pertama.. ketiga-tiga wanita tersebut telah turun.. tetapi.. salah seorang dari wanita tersebut telah pergi kepada anak cik Yati dan berkata..

“Nakkk.. tidak elok tinggalkan mak duduk dengan orang lain..” (tersenyum dan beredar keluar)

Memandangkan anaknya kembali duduk disebelah.. cik Yati pun bertanya kepada anaknya.

“Makcik tu cakap apa?”

Anaknya pandang sebelah seperti ada seseorang sedang memandangnya dan memandang ibunya semula lalu menggelengkan kepala..

Yati merasa pelik thadap anaknya itu..

Kemudian membiarkan anaknya.. dia memerhatikan anaknya yang masih lagi kejap-kejap memandang dalam gerabak train tu..

Memandangkan tiada sesiapa dalam grabak tersebut.. dia tidak mengambil endah walaupun dia rasa tidak sedap hati…

Apabila sampai ke destinasi yang dituju..

Setelah turun dari train.. pak guard yang berada disitu turut sama terjenguk-jenguk kedalam train..

Setelah turun dan keluar dari stesen tersebut.. dia bertanya sekali lagi kepada anak nya..

“Apa yang makcik tadi cakap kepada Mizi dalam train sebentar tadi?”

Mizi tidak menjawab soalan ibunya itu lalu bertanyakan sesuatu..

“Ma, kenapa dalam train tadi Mizi nampak semua orang pakai jubah putih ikat kat pinggang.. ikat kat kaki.. lepas tu dia pakai tudung.. ikat keatas.. selalu Mizi nampak orang ikat tudung kat bawah leher je.. patutla nenek tu cakap jangan bagi ma duduk dengan orang lain.. dia suruh Mizi teman ma”

Terkejut dengan soalan dan kenyataan itu.. cik Yati segera meninggalkan tepat tersebut.. rupanya train tersebut dipenuhi dengan POCONG.

Dikhabarkan laluan bawah tanah train tersebut melalui salah satu kawasan tanah perkuburan di KL.

Credit : Dunia Seram

Kisah Misteri – Hospital Changkat Melintang

Hospital Changkat Melintang

Salam.. citer nie adalah kisah-kisah mistik yang berlaku di Hospital Changkat Melintang, Bota Kanan, Perak. Citer nie berdasarkan pengalaman yang aku sendiri alami dari aku kecik sampai aku keja “Security Guard” kat sana dan juga cerita-cerita mistik dari orang setempat yang aku dengar pasal hospital nie.. kalau dah nama pun hospital mesti le ade kisah-kisah mistik dia.. iyakan???

Sedikit sejarah penubuhan Hospital Changkat Melintang, merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Perak Tengah, Ia terletak kira-kira enam kilometer dari Pekan Bota Kanan.

Hospital Changkat Melintang telah mula dibina pada tahun 1971 dengan keluasan kira-kira 8.4 hektar. Dibelakang hospital ini ada sebuah tasik ladam yg di namakan tasik air mati. Tasik Air Mati nie ada kaitan dengan sejarah Kesultanan Perak yang pertama iaitu, Sultan Muzafar Shah 1, (Makamnye belakang umah aku kira2 300 meter je..) dan kisah ‘Gajah Batu’.. (dulu-dulu masa zaman bapak aku boleh nampak dengan jelas struktur bentuk gajah batu dari tebing belakang hospital.. Zaman sekarang nak tengok boleh tapi kena pegi dekat-dekat)

So, kat sini aku cuma nak cerita kisah-kisah mistik hospital je, yang lain-lain kome google la sendiri.. mungkin dalam cari Forum nie pun ade cerita tentang sejarah-sejarah pasal gajah batu tue.

Cerita pertama, adalah masa aku kecik-kecik lagi, dalam tahun 1994,1995,1996.. (aku pun dah tak ingat tahun bile kena, tapi yang pasti aku masa tue sekolah rendah lagi.)

Alkisahnye, aku dulu suke main kat hospital,  tapi bukan dalam wad la, tue dah kira menggangu.  Tempat paling aku suka tepi padang, berdekatan dengan parking van-van ambulan.. kat situ ada satu pokok rendang (ape jenis aku tak tau) sebelah pokok tue ada tayar trektor besar yang jadikan tugu atau replika camgitu la… so, situ kira port aku dengan adik dan pakcik sedara aku (sebaya adik aku pakcik sedara aku nie, aku panggil dia “Odin”) lepak la bila hari2 cuti, sabtu ahad…

So, suatu hari tue masa antara pukul 2 pm hingga 4 pm…(pun aku tak ingat, tapi petang waktu camgitu..) tengah makan tebu ambik kat kebun arwah tok sedara (bapak Odin..) kita orang lepak la tempat biasa… sambil tengah makan-makan tue aku tengok cermin kat van jenazah tue (aku panggil van mayat), ternampak langsir dalam van mayat tue bergerak-gerak macam di tiup angin.. sebabkan cermin tingkap tue tak pakai tinted, siap le nampak lg keranda kat dalam… aku bagi tau la kat adik dan odin.

“ehh… Odin, nyah (adik aku) ce kome nengok langsir kat van mayat tue bergerak-gerak…”

“aah… bergerak-gerak la..” kata nyah.

“aii.. deme tak tutup kipas ke??..” kata Odin..

kata aku “eh.. van nie tak bergerak pun, takan kipas terpasang kot, enjin pun tak hidup… orang pun “mandang” (mandang dalam dialek perak tengah sama dangan takde)”

“lain macam je nie… takkan siang-siang hari pun ade hantu” kata aku…

kita orang perhatikan je langsir tu bergoyang-goyang dari tempat bawah pokok tue.. nak g dekat-dekat takut… bukan jauh pun van mayat tue dari kita orang dalam 2 ke 3 meter je… kot-kot tiba-tiba terpacul mayat ke, Pocong ke, main-main cak-cak… pastue cakap pulak “hai..adik..boleh mintak sikit…??” mau lari tak cukup tanah kita orang… kihkihkihkihhhhh..

Sudahnye kita orang blah je dari situ.. sampai ke hari nie, perkara tue menjadi misteri… asalnya bile aku nampak van mayat tue, aku dah rase tak selesa.. sebabnya biasanya van mayat nie parking kat belakang dekat dengan surau hospital, (berdekatan dengan bilik mayat).. dah situ port lepak kita orang lagi pun siang-siang hari nak takut mende… yang aku pulak masa kecik dulu memang suke mencari bende-bende mistik nie.. mata nie pulak gatal sangat dok perhati-perhati dalam van mayat tue sapa suruh… ha..dapat..!!!

Selepas kejadian tu, aku lepak jugak cuma kalau ade van mayat tue, kita orang cari port lain la dalam kawasan hospital tue… kadang-kadang aku lalu dekat van mayat tue tegok-tengok jugak kot-kot langsir dalam van mayat tue goyang-goyang… tapi, takde pun.. tue la yang pertama dan terakhir aku tengok depan mata…

So, kisah nie yg pertama sekali aku alami di Hospital Changkat melingtang.

Credit : Sumber

Kisah Seram – Kucing Hantu

Kucing Hitam

Kisahnya bermula di suatu pagi lebih kurang pukul 10 pagi dan kalau tak silap hari tu 10 tahun yang lalu hari cuti. Surau kat rumah Ustaz UAB lama tu ada mengadakan gotong royong dan ustaz pun ada sama-samalah jadi tukang buat sibuk.

Tetiba ustaz dapat panggilan dari kawan  minta tolong anak jiran beliau ada masaalah sikit dan diminta datang ke rumah. Pergilah ustaz ke rumah beliau yang tidak beberapa jauh dari surau dan dari luar rumah lagi sudah kedengaran teriak tanggis kanak-kanak. Lalu masuklah melihat apa sebenarnya yang berlaku, kelihatan ada di sana ialah jiran di depan rumah beliau dan isterinya sedang mendukung anak kecil yang sedang kuat menanggis

Anaknya dibawa ke rumah kawan Ustaz yang kebetulan AJK Surau juga kerana beliau sudah tidak tahu ke mana arah hendak dibawa.

Setelah dilakukan ikhtiar pada anak kecil berumur lingkungan 7-8 bulan itu, Alhamdulillah Allah Ta’ala izinkan sembuh ketika itu juga. Lalu macam biasalah ustaz cari punca awal kejadian itu. Menurut jiran ini, tidak ada apa-apa yang berlaku atau anaknya itu atau dibawa kemana-mana. Tetapi ustaz tegaskan, mengikut pengalamanlah, tidak akan berlaku sesuatu perkara itu tanpa ada puncanya.

Jiran itu mengakulah bahawa ketika mahu keluar bekerja sebelah paginya, dia terlanggar seekur kucing liar ketika mengundurkan keretanya. Dia tidak sedar ada seekur kucing sedang duduk dibawah keretanya. Mungkinlah kucing itu masuk setelah dia membuka pagar rumah. Sesudah menyedari beliau terlanggar kucing itu, lalu diambilnya bangkai kucing tersebut dan dibuangnya ke dalam semak berhampiran dan dia terus ke tempat kerja.

Tidak lama selepas itu, isterinya memintanya balik ke rumah kerana anak mereka tidak berhenti-henti menanggis. Dia pun bergegas balik dan mencuba beberapa ikhtiar tetapi tidak berjaya. Mungkin dia menggagak sesuatu yang pelik tanpa menyangka ada kaitan dengan kucing yang dilanggarnya lalu dia membawa anaknya ke rumah jiran didepan rumahnya.

Jadi, fahamlah Ustaz bahawa punca anak menanggis itu adalah gangguan dari hantu/jin atau penjaga kucing liar tersebut. Setelah menambah sedikit ikhtiar lagi termasuk pergi melihat bangkai kucing itu, Alhamdulillah anaknya sembuh seperti sediakala selepas itu.

Inilah kejadian sebagai iktibar, bahawa iblis syaitan itu ada dimana-mana dan bersedia untuk menganggu anak cucu Adam pada bila-bila masa, any time any place.

Hati-hatilah dengan kucing liar yang datang bertandang ke rumah. Ada yang datang bawa rezeqi dan Mungkin juga ada yang datang pakai jokey.. tuannya jin atau hantu !

Credit:Sumber

Cerita Hantu – Laluan Di Lebuhraya Bukit Grik

cerpen.info (13)

Pada 16-18 May 2008 kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku kecelakaan motor dengan kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta untuk balik malam itu juga.. Tetapi dalam perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dapat call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah.. Allah lebih sayangkan dia.. Al-Fatihah buat arwah..  Jadi kami teruskan juga perjalanan ke Terengganu dengan hati yang tabah.

Setelah semuanya selesai, Ahad malam Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yang perlu disiapkan, dan kami bertolak dari Kuala Terengganu dalam 10.30 malam.. Mula masuk Lebuhraya Bukit Grik dalam 1.30 pagi.. Dan sepanjang perjalanan, aku rasa macam biasa, cuma bini aku cakap dia pening dan rasa nak muntah, mungkin sebab jalan yang bengkang-bengkok.

Alhamdulillah, kami sampai ke Grik dalam kul 4.10 pagi, dan kami stop kat R&R sebab aku nak buat urusan kat toilet.. Macam biasa aku lock kereta kalau aku tinggal sat anak bini aku, tapi alhamdulillah malam tu aku tergerak nak kasi on alarm.. Tiba-tiba kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas pi tengok kereta aku, tak ada apa-apa berlaku.. Then aku pi dapatkan bini aku, dia nampak macam takut.. Aku tanya kenapa? Dia kata ada orang lalu mundar-mandir depan kereta aku tu, tengok direct kat mereka dalam kereta. Then, masa tu kereta aku berbunyi, tiba-tiba orang tu hilang.

So aku pujuk bini cakap maybe orang tu driver lorry dekat-dekat situ yang lepak sama.. Then kami teruskan perjalanan ke Penang.. Start nak masuk Lebuhraya baru Grik-Baling dalam pukul 4.30 pagi, Aku nampak kabus tebal.. Rasa berat hati nak teruskan, ingat nak U-turn, jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jalan aku nak U-turn.. Tapi bila terus.. Still takder lampu jalan, sebab bateri solar untuk lampu tu dah habis kot. So aku make desicion teruskan perjalanan.

Tiba-tiba aku rasa semacam jer.. Then bini aku tiba-tiba macam terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut.. Aku pun sama baca apa yang patut.. Then aku rasa kereta aku macam berat.. aku tekan minyak juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4.. Masa tu turun bukit! Korang bayangkan turun bukit guna gear 4 . Untuk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit.. Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit.. Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhamdulillah depan kami ada lori balak, rasa ringan semula.. Bila aku dah overtake lori tu, tak lama aku rasa berat balik. Macam tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4.. Aku nekad..  Aku mesti lawan balik demi anak bini aku..!! Sepanjang nak keluar Lebuhraya tu nak sampai ke Baling, dalam 3-4 kali aku rasa macam tu. Kadang-kadang aku macam terasa nak tengok tepi cermin. Tapi bila tengok takder apa-apa.

Alhamdulillah, kami dapat kuar dari Lebuhraya tu dan sampai ke Baling.. Then takder rasa apa-apa.. Lepas tu ada bukit-bukit nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5.

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku cakap kat bini aku.. (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-kot kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ.) Lepas aku cakap kat bini aku, barulah bini aku rasa beban yang dia rasa tadi hilang tiba-tiba.. Rasa lega.

Kami selamat sampai rumah kat Seberang Jaya dalam pukul 7.30 pagi.. Itu pun aku sempat lagi pi beli nasi kandar kat Jalil bagan.. Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yang berlaku.. Bini aku cakap, masa perjalanan nak ke Kuala Terengganu pun dah ada nampak benda pelik.. Dia nampak macam orang tua lelaki kat tepi jalan kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia.

Then masa nak balik ke Penang, still orang yang sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat Highway Grik Baling tu orang tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dengan beranikan diri buat tak tahu jer.. Kuat juga bini aku, Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga.. Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat.. Dia ada nampak macam benda putih follow kereta kami..  Nauzhubillah!!! Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah.. Then kami cerita benda tu kat family kat kampung, adik ipar aku yang sorang tu cerita, dalam bulan lepas, member dia terbabas kereta kat Highway Baling Grik sebab rasa benda yang sama.. kereta rasa berat, then lost control terbabas.. Dia kata kami Alhamdulillah kuat juga dapat lawan.

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu Highway Baling grik tu, kalau boleh jangan lewat sangat. Tunggu sat kat Pekan Grik tu dah masuk subuh, baru la boleh tempoh jalan tu.. Tapi kalau kuat, belasah jer.

Wallahu’alam.

Credit : Dunia Seram

Kisah Misteri – Pulau Marundang

Bagi kapal-kapal yang akan sandar di Pelabuhan Pontianak, kemungkinan besar akan melewati pulau ini. Ya, pulau Merundang! Konon, pulau ini dihuni oleh hantu. Benarkah? Berikut kesaksian salah seorang ABK kapal kargo yang pernah mengalami kejadian sangat aneh sekaitan dengan pulau Marundang…

Selepas Maghrib, kapal kargo Ratu Rosali meninggalkan pelabuhan Pontianak. Sesuai rencana, kapal ini akan berlayar menuju negeri jiran, Malaysia. Kapal yang sarat muatan ini berlayar tenang meninggalkan Dermaga Teluk Air, tempat Ratu Rosli sebelumnya ditambatkan. Senja itu, cuaca cukup cerah. Sesuai dengan ramalan cuaca yang diinformasikan oleh pelabuhan, hari itu ombak laut memang akan jinak, tanpa gejolak berarti.

Pulau demi pulau dilalui Ratu Rosli tanpa rintangan. Namun, di tengah perjalanan, tiba-tiba mesin kapal mengalami kerusakan. Kapal berhenti, terombang-ambing ditengah laut. Karena kerusakan mesin tidak dapat diperbaiki dengan cepat, maka tak ada pilihan lain. Ratu Rosli terpaksa buang jangkar.

Bila kapal mengalami kerusakan, sebagai bagian dari kru kapal, tentunya akupun ikut panic. Terlebih kapten kapal kargo yang akrab disapa Pak Chief itu. Maklum saja, keterlambatan akan menimbulkan komplain dari pemilik barang. Mereka tak pernah mau mengerti bila kapal tiba ditujuan. Bahkan akan jadi boomerang bagi pemilik kapal, sebab kepercayaan pelanggan ternodai.

Ternyata mesin kapal mengalami kerusakan fatal. Kruk as patah dan tak bisa difungsikan lagi. Sementara onderdil cadangan tidak ada.

Karena keadaan ini, keesokan harinya, Pak Chief terpaksa kembali ke Pontianak dengan menumpang kapal nelayan yang kebetulan akan pulang.

Tak ada yang mesti dikerjakan selama Pak Chief berada di darat. Para ABK menghambur-hamburkan waktu percuma, atau paling-paling memancing cumi-cumi.

Pemandangan laut yang menoton memang membuatku jenuh. Akhirnya aku beranjak masuk ke dek. Anehnya, malam itu aku gelisah. Setiap ruang sepertinya tidak membuatku nyaman. Berdiri salah, duduk apalagi.

Setelah cukup lama berbaring di kamar, rasa kantuk pun menyerang. Beberapa saat kemudian aku terlelap. Dan, entah berapa lama aku tertidur, tiba-tiba seorang wanita hadir dalam mimpiku. Bibirnya yang padat berisi itu menyunggingkan senyuman yang begitu mempesona.

Wanita cantik itu mengenakan gaun malam warna perak. Langkahnya gemulai, anggun bak peragawati di atas cat walk. Lekuk tubuhnya, amboi, indah sekali!

Sesekali dia menebar pandang ke seantero ruangan. Dan sesekali pula dia melirik genit kepadaku. Sesaat kemudian dia menghentikan langkahnya. Berdiri mematung dekat jendela yang memang sengaja dibiarkan terbuka. Rambut panjangnya terurai menutupi leher jenjangnya, melayang-layang liar dipermaikan angin yang berhembus semilir.

Sebagai seorang pelaut yang jarang bertemu perempuan, apa perempuan secantik dirinya, maka aku pun langsung tersihir oleh kecantikannya. Jantungku berdebar tak beraturan. Betapa ingin aku menyapanya, namun lidahku terasa kelu.

Entah berapa lama pandanganku tetap menancap padanya. Bidadari itu belum juga beranjak dari jendela. Namun, seketika rasa takjubku berubah menjadi takut. Entah mengapa, perempuan itu menatapku dengan tajam, dengan sorot matanya yang penuh dengan bara kebencian. Tatapannya berubah nanar, persis singa betina lapar yang ingin menerkam mangsanya. Sangat mengerikan!

Seolah tak peduli pada ketakutanku, perempuan itu merentangkan kedua tangannya yang dipenuhi bulu-bulu halus. Ya, dia sepertinya ingin terbang ke luar jendela. Tapi, tidak! Secepat kilat dia malah menghampiriku dan langsung mendekapku.

Dalam dekapanya, aku sulit bergerak. Nafasku tercekat. Anehnya, tubuh wanita cantik ini berbau seperti kemenyan. Sangat menyengat. Aku meronta, berusaha melepaskan diri. Lalu aku berteriak keras. “Lepaskan aku! Tolooong…!”

Anehnya lagi, kenapa Very, teman sekamarku tidak lekas membantuku? Padahal posisinya tepat di sisiku. Bahkan tubuh kami nyaris bersentuhan diatas dipan untuk dua orang ABK. Kalau pun akhirnya ia bangun lebih dulu, mungkin karena mendengar gumam tak jelas, atau tersenggol tubuhku yang bergerak tak terkendali.

“Hei.. Man bangun!” teriaknya sambil mengguncangkan tubuhku.

Aku tersentak, dan kembali ke alam nyata. Spontan aku amat lega terlepas dari beban menyiksa dari mimpi yang menakutkan itu.

Very menyeringai melihatku masih ketakutan. Dia juga tampak tegang. “Mimpi seram ya, Man?” Tanyanya. Dia mengingatkanku agar membaca Bismillah sebelum tidur, kemudian memberiku segelas air mineral.

“Mimpinya aneh,” ujarku setelah menenggak air mineral sampai habis.

“Memangnya mimpi apaan sih, sampai kamu berteriak-teriak seperti orang sekarat?” tanya Veri.

“Menyenangkan tapi menakutkan Ver. Seram!” jawabku, Lalu kuceritakan isi mimpiku.

“Berarti makhluk itu penghuni pulau Marundang? Mengapa baru sekarang? Padahal sudah seminggu kita lego jangkar di sini,” ujar Very setelah mendengar ceritaku, sambil mengernyitkan dahinya,

Aku memang baru mendengar apa yang disebut Veri sebagai Pulau Marundang itu. Anehnya, nama pulau ini sepertinya berhubungan dengan wanita yang hadir dalam mimpiku.

Selepas mimpi itu, aku memang sulit memejamkan mata. Bahkan, sekitar pukul tiga dini hari, melalu jendela, aku menerawang ke kejauhan. Samar-samar pulau yang terletak antara Indonesia dan Malaysia itu tampak diselimuti kabut, terkesan angker. Tiba-tiba bayangan sosok wanita itu kembali mengusikku. Bukan kecantikan atau senyumnya, melainkan sorot matanya yang menakutkan. Hih, bulu kudukku berdiri.

“Sudahlah, lupakan saja, Man! Mimpi kan hanya bunga tidur. Jangan terlalu dipikirkan kalau kau selalu mengingatnya, nanti kesurupan lho!” Very menepuk bahuku.

Dua hari kemudian, kekhawatiran Very terjadi. Menjelang sore, aku merasakan perubahan yang aneh. Sosok wanita itu kembali mengusik ketenganku. Sudah kupaksakan agar bayangannya enyah dari ingatanku, tetapi tak bisa.

Apa yang terjadi selanjutnya menimpa diriku? Semuanya diceritakan oleh Very, karena aku memang sama sekali tidak menyadarinya. Beginilah kisahnya…:

Setiba dari Pontianak, Pak Chief kaget mendengar suara gaduh dari kamarku. Dia penasaran, karena selama ini belum pernah melihatku bikin ulah. Mendapati aku dirubungi para ABK, karuan Pak Chief keheranan. Saat itu, aku bukanlah diriku lagi. Rupanya, makhluk itu telah menguasaiku.

Pak Chief, juga teman-temanku ABK yang lain, ketakutan melihatku terus cekikikan, dengan mata melotot sambil menceracau tak jelas. Pak Chief berusaha menenangkanku.

“Siapa kau ini, laki-laki atau perempuan?” tanyanya. Sementara itu, para ABK saling berpandangan, penuh harap menunggu jawaban. Mereka ketakutan saatku pelototi bergantian.

Bukan jawaban yang didapatkan didapatkan dari mulutku yang kerasukan itu. Menurut cerita Very, aku malah menampar keras pipi kiri Pak Chef.

Sontak saja lelaki bertubuh gempal ini jadi berang. Lima ABK yang mendapat perintah langsung darinya segera memegangi tangan dan kakiku. Namun, mereka kewalahan, sebab aku terus berontak dengan tenaga kuat luar biasa.

Merasa khawatir akan keselamatanku, takut aku mencebur diri ke laut misalnya, atas perintah Pak Chief, kemudian aku diikat pada pilar di tengah ruangan. Ikatannya sangat kuat, dengan menggunakan tali sebesar jari kelingking orang dewasa.

Kata Very, aku memang tak bisa berkutik lagi. Tubuhku langsung terkulai menyatu dengan pilar itu. Suasana kapal pun berubah tenang, dengan demikian para ABK, khususnya bagian mesin bisa lebih berkonsentrasi memperbaiki kerusakan mesin.

Keputusan Pak Chief memang kejam, namun tepat. Hal itu merupakan wujud dari tanggung jawabnya sebagai pemimpin. “Sebelum sadarkan diri, jangan lepaskan tali ini. Tolong awasi dia!” katanya dengan tegas, seperti yang ditirukan Very.

Sejurus kemudian, Pak Chief pergi menuju ruangan mesin. Dua orang petugas juru mesin mengaku kewalahan, sebab baru kali ini mereka menghadapi kerusakan fatal. Butuh kesabaran ekstra memasang kembali truk as ke dalam mesin. Apalagi onderdilnya masih baru.

Akhirnya, mesin selesai diperbaiki. Anehnya, di saat bersamaan, aku yang semula kerasukan kembali siuman. Pak Chief girang melihatku.

“Sudah sadar kau rupanya?” candanya sembari mengucek-ucek rambutku.

Setelah mesin berhasil dihidupkan dan jangkar ditarik ke haluan, Ratu Rosali pun siap melaju kembali meneruskan pelayaran yang tertunda. Karena truk asnya diganti, kapal melaju lebih kencang dari biasanya, yakni dengan kecepatan 12 mil/jam.

Meskipun aku telah sadar, namun ternyata Pak Chief masih merisaukan keselamatanku. Buktinya, sepanjang perjalanan aku selalu diawasinya. Rupanya, dia khawatir kalau tiba-tiba makhluk itu kembali merasuki tubuhku.

Syukurlah, tak ada kejadian aneh hingga kami sampai di tujuan. Usai bongkar muatan, selama 15 hari di pelabuhan Malaysia, kami kembali berlayar menuju Lampung. Aku tak sabar ingin secepatnya tiba disana. Aku yakin, Marni pasti menantikan kedatanganku yang sudah terlambat lama. Dia wanita sederhana pedagang kopi keliling di pelabuhan. Setiap awak kapal yang bersandar di Lampung, tentu mengenalnya. Bersamanya, aku berharap hidupku lebih berwarna lagi.

Pada saat pelayaran menuju lampang, suatu malam aku sendirian di kamar. Asyik, aku bebas berfantasi tanpa ada yang mengganggu. Aku membayangkan Marni, agar bisa melupakan sosok makhluk jahat itu. Tapi, ya Tuhan, beberapa jam kemudian, aku kembali mendapatkan teror!

Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sosok mengerikan itu sudah berdiri di hadapanku. Dia menampakkan wujudnya yang sangat menyeramkan. Persis Mak Lampir. Gaun malamnya tetap berwarna perak, namun wajahnya tak cantik lagi.

Aku takut setengah mati. Sekujur tubuhku lemas. Ingin berteriak, tapi bibir rasanya terkunci. Ingin lari keluar dari kamar pun tak bisa.

Akhirnya, dengan tubuh gemetar, aku hanya pasrah. Di saat ketakutanku tak tertahan lagi, tiba-tiba dia menghilang. Aku lantas menghambur ke luar kamar, ke ruangan Pak Chief. Aku menemukan ketenangan dan merasa aman. Setidaknya, ada hiburan sementara menunggu pagi. Pak Chief cukup bijak, mengizinkan aku nonton DVD sesukaku di kamarnya.

Kapal bersandar di Lampung pada malam hari. Aku betul-betul kasmaran. Setelah pamit pada Pak Chief, aku menemui Marni yang rumahnya tidak seberapa jauh dari pelabuhan. Gadis sederhan itu amat antusias mendengarkan kejadian aneh yang kualami.

Beberapa saat kami terdiam. Marni menatapku. Entah apa yang dia pikirkan. Kemudian dia memecah kesunyian.

“Sebaiknya , istirahat saja dulu kerja di laut, Kak. Makhluk itu berbahaya! Siapa tahu dia minta korban. Tapi saya hanya menyarankan. Tidak memaksa, lho!” bibir gadis itu bergetar.

Giliran aku diam kebingungan. Mana yang harus kupilih? Masih dua pulau lagi yang akan kusinggahi. Kalau diteruskan, aku akan terus-terusan diteror makhluk sialan itu. Aku tak ingin berlama-lama dalam kebimbangan.

Karena yakin, rasa takut itu berasal dari diriku sendiri, maka kuputuskan meneruskan pelayaran ke pulau Bangka. Keinginan mengundurkan diri kutangguhkan sampai tiba di rute terakhir. Ya, kembali ke Pontianak. Dengan begitu, paling tidak aku bangga akan diriku. Setidaknya aku bukan pelaut pengecut.

Selama bersandar di pulau Bangka, tak ada kejadian aneh. Mungkin makhluk itu telah lupa dan bosan mengusik ketenanganku. Atau mungkin dia sudah berselingkuh dengan ABK lain? Segala sesuatu berjalan wajar hingga selesai bongkar muatan. Setelah itu, pelayaran dilanjutkan menuju Ketapang.

Pagi cerah, laut masih berkabut, sewaktu kapal bertolak meninggalkan pelabuhan Bangka.

Sebagai seorang pelaut aku tahu persis kalau sedari dulu pulau Ketapang memang terkenal nuansa mistinya. Sering kudengar cerita teman yang melihat penampakkan di pelabuhan. Tapi, aku cenderung mengabaikannya.

Tiga hari berlalu, aman di Ketapang. Pak Chief gembira melihatku kembali ceria dan membaur sesama ABK. Seperinya biasanya, kami bersenda gurau melepas penat usai kerja bongkar muatan.

Namun, sungguh aneh, di tengah keceriaan itu, tiba-tiba sekelebat bayangan kembali melintas dalam benakku. Bayangan wanita bergaun perak itu. Tapi, segera kutepis dan langsung mengingat Marni. Demikian kulakukan berulang-ulang kali, sehingga pikiran dan perasaanku mulai ngelantur. Semula aku beranggapan, mustahil makhluk itu kembali mendatangiku lagi karena jarak Marundang – Ketapang terlampau jauh. Tapi nyatanya, dia terus mengikuti dan kembali bereaksi. Kali ini kejadiannya sangat aneh.

Malam itu, hujan masih menyisakan gerimis. Suasana pelabuhan Ketapang tampak lengng. Biasanya, bila cuaca cerah, warga setempat selalu datang meramaikan pelabuhan. Disana-sini biasanya terlihat pasangan memadu kasih, duduk santai di dermaga sambil mengobral janji-janji manisnya.

Tapi, malam itu suasana sepi sekali. Bahkan, sebagian temanku pasti sudah terlelap.

Aku belum mengantuk. Aneh, perasaanku serasa sangat galau. Resah. Kusibuk kandiri dengan mempertimbangkan keputusan terbaik setelah tiba di Pontianak nanti. Berhenti kerja di laut, tapi apa yang bisa aku lakukan? Sementara aku tak punya pengalaman kerja di darat?

Angin bertiup kencang dan rasa dingin semakin menggigit. Sebagai perokok kronik, di saat cuaca dingin, aku sangat membutuhkannya. Sial, rokokku tak satu pun tersisa. Aku beringsut ke kamar sebelah. Begitu pintu terkuak, kulihat temanku sudah pulas meringkuk. Rasanya sungkan membangunkan tidurnya. Siapa tahu, mungkin dia tengah mimpi indah.

Kemudian aku langsung meraih sebungkus rokok yang tergeletak di atas meja. Kunyalakan korek api lalu menyulut sebatang. Begitu melangkah ingin meninggalkan kamar, tiba-tiba ada yang menyentuh pundakku. Spontan bulu kudukku meremang.

Ya, Tuhan! Makhluk itu muncul dari kehampaan. Dia tiba-tiba saja sudah berdiri dengan berkacak pinggang menghadangkan di bibir pintu. Tubuhnya yang langsing itu masih mengenakan gaun malam berwarna perak. Bibirnya tersenyum sinis dengan sorot mata melotot tajam.

Tanpa kuasa menolak, aku mengikuti langkah wanita itu ketika dia menuntun lenganku pergi meninggalkan kapal. Hanya itu terakhir yang kuingat di ambang batas kesadaranku.

Rupanya, tak seorang ABK pun tahu bahwa aku kembali dirasuki dan pergi bersama sosok perempuan misteri itu ke alamnya. Ya, suatu tempat yang sulit diketahui di mana letak persisnya. Sebuah tempat yang sangat asing bagiku, dan bagi siapa pun juga. Mungkin bukan di alam nyata. Yang pasti, panorama alamnya begitu indah dilatari sederetan pohon rindang.

Anehnya, selama dalam pengembaraan itu, yang kurasakan bukannya malam hari, tetapi suatu sore saat matahari akan tenggelam. Cuaca redup menyejukkan. Seluas mata memandang, yang kulihat hanyalah hamparan pemandangan menakjubkan.

Setelah cukup lama berjalan, akupun merasa lelah. Aku mengajaknya duduk di tepi sebuah telaga. Wanita itu berdiri membelakangiku. Sementara aku tak berkedip memandangi ikan-ikan beraneka warna yang terus berenang berseliwaran di dalam telaga yang sangat bening. Karena kelelahan, aku bersandar pada pokok pohon mati ditepi telaga itu. Tak lama kemudian, makhluk itu melirikku sekilas, lalu pergi tanpa bicara sepatah katapun.

Yang tak kalah aneh, saat terjaga, aku berada buritan kapal. Dengan gugup, aku segera berlari meninggalkan lokasi ini. Waktu itu pagi sudah tiba. Saat masuk kamar, kulihat Very belum juga bangun.

Pagi itu, perasaanku tak menentu. Aku merenung, mengenang perjalanan yang kutelusuri di luar kesadaranku. Sementara. Ratu Rosali bertolak meninggalkan pelabuhan Ketapang.

Selama dalam pelayaran menuju Pontianak, sengaja aku pindah kamar. Temanku tak keberatan bertukar kamar yang kuanggap sial itu.

“Dengan senang hati aku akan tidur di kamarmu. Jika nasib lagi mujur, siapa tahu makhluk itu hadir dalam mimpiku nanti. Kemudian memberi angka jitu. Lalu aku kaya mendadak jadi jutawan,” ujar Idham, temanku, dengan gayanya yang jenaka.

Setelah bertukar kamar dengan Idham, kukira wanita gaib itu tak lagi mengusikku. Namun, kenyataannya dia terus mengikuti kemana pun aku pindah, bahkan ke mana pun kapal berlayar. Aku tak bisa mendeteksi keberadaannya aku karena tak punya kemampuan supranatural.

Di kamar yang baru, aku beranjak tidur dengan perasaan sedikit lega. Biarlah temanku yang didatangi makhluk gaib itu. Tapi, apa yang terjadi? Tiba-tiba dia muncul lagi dalam mimpiku. Kulihat dia tampak beringas, sepertin ingin menelanku hidup-hidup. Jelas terdengar saat wanita itu bicara begini, “Namaku Tukiyem. Aku minta disediakan kambing putih.”

Bahkan, dia mengancam akan terus meneror ABK Ratu Rosali sebelum keinginannya dikabulkan. Aku hanya melongo terdiam. Hanya bisa mendengar, ingin bicara, tapi tak terucapkan.

Mimpi malam itu makin membulatkan tekadku untuk mengundurkan diri. Aku tak harus takut tidak akan bisa mendapatkan pekerjaan di darat. Bukankah tersedia banyak pilihan dalam hidup? Jika mau berusaha, selalu ada jalan, demikian pikirku.

Bila tak ada peluang di daratan, apa salahnya kembali bekerja di laut. Tak harus kapal kargo Ratu Rosali yang berhantu ini.

Setelah selesai bongkar muatan di pelabuhan Pontianak, malamnya aku menemui Pak Chief di kamarnya. Dengan tegas kusampaikan keputusanku. Mendengar itu, dia menyipitkan mata. Mungkin sulit memahami alasan pengunduran diriku yang begitu mendadak. Tapi, dia merasa tidak berhak menghalangi niatku.

Sebelum pergi meninggalkan kapal, aku harus menceritakan mimpiku semalam. Salah besar jika kupendam sendiri. Demi keselamatan seisi kapal, apa salahnya memenuhi permintaan makhluk itu.

Sepertinya Pak Chief tak mempercayai kata-kataku. Dia mengangap makhluk gaib jenis apapun hanyalah tahyul belaka. Tak mengapa. Yang penting aku lega, sebab mimpi yang membebani pikiranku itu telah kuceritakan padanya.

Sebulan kemudian, Ratu Rosali kembali berlayar ke Malaysia. Sebelum kapal bertolak, aku menemui Very dan menanyakan tentang kambing putih permintaan makhluk itu. Tapi jawabannya, “Pak Chief mengabaikan itu!”

Aku membatin, ABK siapa lagi yang akan diteror wanita sialan itu nanti?

Sementara belum mendapat pekerjaan, aku menghabiskan hati-hariku di pelabuhan. Kadang ikut melaut dengan perahu nelayan. Berangkat pagi mencari ikan, sore harinya kembali ke daratan.

Waktu terus berlalu, Senin pagi, tiba-tiba aku dikejutkan oleh kedatangan kapal nelayan yang membawa Pak Chief bersama 10 ABK Ratu Rosali. Kapal nelayan itu menyelamatkan mereka saat terapung di tengah laut, tak jauh dari pulau Marundang.

Menurut Very, yang kutemui dalam keadaan shock, saat melintasi lautan pulau Marundang, kapal kembali mengalami kerusakan. Baling-baling kemudi patah tanpa sebab. Ketika itulah tiba-tiba angin bertiup kencang dari dua arah, barat dan barat laut, membangkitkan ombak setinggi 5 meter.

Ratu Rosali terombang-ambing tanpa daya. Akhirnya, suatu tamparan ombak yang begitu dahsyat menenggelamkannya. Tamatlah riwayat kapal kargo itu….

Mendengar cerita Veri, seketika sosok makhluk itu berkelebat dalam benakku. Adakah hubungan kecelakaan itu dengan sikap sombong Pak Chief, yang tak mau memberikan kambing putih pada sosok perempuan gaib yang mengaku bernama Tukiyem itu?

Wallahu’alam. Hanya Allah SWT yang mengetahui rahasia hikmah di balik setiap musibah.

Credit Sumber:(Ilmu Warisan Leluhur)