Kisah Seram – Hotel

cerpen.info (3)

Cite ni kene mase bulan lepas.. “kire-kire baru gak la” agak menakutkan gak la sebab citer betul, kitorang sampai takut mase pergi bercuti tuh.. Cerite panjang sikit ye..

Ajad ngan family ajad pergi bercuti kat Peneng alang-alang nak pergi kenduri kawen kazen ajad..  So kitorang tinggal la kat 1 hotel ni.. “S… M’laysia” lepas kitorang check out, masing-masing pegi bilik masing-masing.. Ade 3 bilik.. Abang Ajad yang 2nd duduk bilik dekat koridor depan sekali dengan kakak ipar Ajad.. Bilik diorang tu kire jauh cam 10m camtu jelah.. Kire dekat gak la.. Mak, abang Ajad yang 1st dengan ayah Ajad duduk bilik sebelah bilik Ajad, abang Ajad 3rd dengan soon to be sister in law.. makcik Ajad dengan family die pon tido situ gak mase tuh sebab isnin tu lak anak die nikah kat masjid dekat ngan hotel ni.. Die tinggal kat bilik sebelah bilk mak Ajad.

Lepas dah check in ngan rehat-rehat kejap, kitorang 1 family keluar la pegi singgah kulim umah tok Ajad kejap, lepas tu kitorang naik feri balik ke peneng  “View Peneng waktu malam cantik sebab berlampu-lampu” mase tu christmas plak, memang traffic jam gile la dekat peneng.. Nak cari kedai makan pon susah sebab kedai tutup pastu dengan jamnye.. Haih, memang berzaman la kalau nak pegi batu feringghi ke, padang kota ke..  “Mementang-mentang aritu jalan-jalan kat peneng, tros ingat name-name tempat” jadi kitorang makan jelah kat 1 kedai mamak nih  “Apa pon tidak ada! lapo punye pasal, tolan jelah ape yang patut”.

Lepas makan, kitorang pon balik la hotel, masing-masing balik bilik masing-masing… bilik Ajad dengan bilik abang Ajad yang 2nd sume dah tido.. Bilik mak Ajad je yang menyalo lagi lampu nye.. Diorang tengah tegok tv mase tuh “Malam christmas kan banyak movies” jadi mak Ajad lepas die mandi, die letak towel kat 1 kerusi ni.. Pastu die terus masuk katil nak tido la.. Pastu abang Ajad dengan ayah Ajad pon tido gak.

Esok pagi tu, sebelum kul 7 la, mak ngan ayah Ajad bangun siap-siap nak pegi breakfast.. Ayah Ajad die pegi mandi dulu.. Mak Ajad nak amik la towel dekat atas kerusi tu.. Tengok-tengok dah takde.. Mak Ajad pon heran, ni mesti ayah ajad gune towel lap lantai.. Tegok kat lantai tidak ade plak.. Nie mesti abang Ajad pakai towel ni.. Cari-cari tak jumpe-jumpe.. Mak Ajad check kat katil.. Tengok-tengok, towel tu elok je terletak kat bawah selimut.. Mak Ajad heran la sebab malam tu die tidak pegi toilet pon, memang tido tros sampai pagi.. Jadi sape yang letak towel tu dekat bawah mak Ajad??? bile time breakfast, mak pon citer la kat kitorang sume.. Memang takut la kitorang sume.. lagi-lagi yang bilik Ajad sebab kitorang punye depan pintu dah la takde lampu bile malam.. Gelap gile.. Pastu bilik 2nd last dari hujung dunie lak tu.. aiii, memang TAK takut la sangat.

Lepas breakfast kitorang pegi la sambung jalan-jalan kat peneng, kitorang pegi bukit bendera – Terjumpe ade 1 group pompuan-pompuan yang agak berusia la dari korea, excited gile diorang naik cable car.. Bile diorang cakap macam diorang sebut “mari potong sayo” dengan slang korea, hahahaha.. Mesti korang try sebut mari potong sayo tu macam slang korea kan??? Hahahaha.. Pastu pegi jalan kat kebun bunge, ade plak monyet nak ngikut kitorang “Nak jadikan pet la tuh, mesti nak kawan dengan TOBEK kucing Ajad”.. Kitorang jalan-jalan sampai penat gile-gile, bile balik hotel mase petang cam kul 3 petang camtu, kitorang mandi pastu tido kejap dalam 2 jam camtuh “penat kot!”.

Sebelum tido tu, kitorang bertige 1 bilik sembang-sembang la kejap, tibe-tibe lampu jalan kat pintu masuk sebelah almari tu kelip-kelip.. Pastu Ajad cakap kat abang Ajad pasal lampu tu.. Abang cakap la kot-kot tu la hantu yang bikin kacau kat bilik mak tu, tros Ajad menyorok dalam selimut.. Yela, katil orang yang paling tepi sekali, dekat dengan KERUSI macam kat bilik mak Ajad tu.. Memang takut la.. kot-kot malam bile tido, ade plak yang duduk kat situ, tenung den yang tongah lena tidak brape nak lena ni.. Aiii, memang jerit sekuat hati la

“MAKKK!! TOLONG!! ADO YANG MEMERHATI!!”

Rupe-rupenye, lutut abang Ajad tertekan suis lampu tu kat tepi katil.. “LEGA RASE HATI”, ingatkan ado plak budak kocik macam juon tu main suis.. Memang gelak-gelak la kitorang, sebab masing-masing cuak.

Malam tu kitorang sambung berjalan-jalan pegi padang kota, makan pasembor, char koey teow, mee udang yang mahal gile-gile… Pastu g lak batu feringghi… Beso beno uptown kat situ, panjang bebeno.. Dah penat jalan, kitorang balik la hotel.. Malam tu, kat bilik abang Ajad yang 2nd, kakak ipar Ajad die tegah nak tido, abang Ajad menyinggah bilik kitorang kejap sebab nak tuntut maggie in cup die tu.. So kakak ipar Ajad tu sorang-sorang… Tibe-tibe, die terdengar bunyi orang berjalan kat atas.. Orang baru check in bilik kot kat atas ni.. TAPI, macam mane plak diorang check in bilik dekat atas sebab floor yang kitorang tinggal ni paling ATAS sekali.. Atas kitorang ni, bumbung je.. Bile kakak ipar Ajad terfikir macam tu, memang tak de nak fikir lain la, teros tido je la.. Buat tak tau sudah.

Pagi esoknye, Ajad bangun awal  “Hari kenduri, kene siap awal sebab nak pegi breakfast skali” Ajad pegi bilik mak, nak hairdryer rambut.. Ajad tanye la mak Ajad yang hantu tu dah tak kacau lagi ke?? ingatkan dah takde, upe-upenye ngaco manusie lagi.. Mak Ajad mase tu tengah packing barang dalam beg.. Mak Ajad cucuk la mascara dalam ade satu ruang ni la.. Ruang ni ketat gile la dalam beg tu.. kire-kire susah la nak keluarkan balik, mak Ajad pergi tempat lain kejap je, tegok-tengok mascara tu terletak balik kat atas meja.. “Aiiii, main-main Nampak” mak Ajad buat tak tau je.. “Nasib bondo tu tak tunjuk muke, kalau tak, sume kat hotel tu pengsan.”

Hotel tu berhantu mungkin sebab bilik kitorng ni tingkat paling atas skali, pastu paling hujung lak tu.. Macam kawasan terpinggir plak.. Mungkin bile cuti je hotel tu penuh, kalau tak asyik kosong je.. Tu yang berpenghuni tu.. So sampai sini je lah citer kali ni.

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – Hospital

Hospital

Salah satu peristiwa karut dan tidak benar yang aku tidak pernah alami ialah ketika aku menemani isteriku yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta Kuantan pada pertengahan tahun lepas. Pada ketika itu aku dan isteri aku ditempatkan di sebuah wad berkatil enam, tetapi hanya kami berdua yang berada di dalam bilik tersebut. Ketika itu bukan main gembira lagi kami berdua kerana bebas melakukan apa sahaja dalam bilik yang sebegitu luas itu. Tidak ada apa-apa kejadian berlaku sehinggalah pada hari kedua aku di sana. Ketika itu aku dan isteriku terpaksa berada di makmal untuk menjalani beberapa ujian. Pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar menyebabkan aku dan isteri aku tertahan di sana daripada waktu pagi sehingga waktu tengahari.

Setelah pemeriksaan selesai, aku dan isteriku pulang ke wad dan aku terkejut melihatkan satu bungkusan hadiah berada di atas katil isteriku. Setelah aku amati ternyata hadiah itu datangnya daripada rakan-rakanku sepejabat. Aku pada mulanya tertanya-tanya kenapa mereka tidak menunggu kami tetapi kemudiannya menganggap bahawa mereka mungkin kesuntukan masa. Lagipun kami lama berada di makmal, jadi tentulah mereka ada hal lain yang perlu diuruskan. Jadinya aku tidaklah terlampau memikirkan mengenai perkara tersebut.

Setelah isteriku keluar daripada hospital aku ke pejabat seperti biasa. Apabila aku bertemu teman-teman, aku mengucapkan terima kasih di atas kesudian mereka melawat aku dan isteriku di hospital disamping meminta maaf kerana aku tidak dapat bertemu mereka ketika lawatan mereka. Mereka terkejut kerana mereka sememangnya ada bertemu aku di sana. Malah mereka berkeras menyatakan bahawa mereka sempat berbual-bual panjang dengan aku tentang keadaan isteriku. Aku pula yang merasa pening dengan dakwaan mereka itu kerana mereka bersungguh-sungguh benar menegaskan bahawa akulah yang berada di situ. Tambahan lagi seorang kawan aku berkeras menegaskan bahawa dia pasti akan sedar sekiranya orang lain yang mereka temui kerana mereka bukan baru ini kenal diri aku.

Pada mulanya aku menganggap mereka bergurau tetapi mereka bersungguh-sungguh meyakinkan aku bahawa mereka ada bertemu dan berbual-bual dengan aku di sana. Setelah beberapa orang berkata sedemikian, aku mempercayai kata-kata mereka tetapi aku tetap menafikan ada bertemu dan berbual-bual dengan mereka kerana ketika itu aku sememangnya berada di makmal dengan isteriku. Kawan-kawanku pula pada mulanya menyangka aku cuba mempermain-mainkan mereka sehinggalah aku terpaksa menafikan berkali-kali pula bahawa aku ada berbual dengan mereka ketika itu. Peristiwa tersebut menimbulkan kesedikit keributan di pejabat apabila masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing sehingga akhirnya perkara itu tergantung begitu sahaja.

Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa aku cuba memperolok-olokkan mereka dan ada juga yang mempercayai cerita aku. Pendapat aku sendiri??? Ah… entahlah. Aku pun tidak tahu apa yang hendak aku katakan. Cuma aku berasa bersyukur bahawa aku cuma mengetahui mengenai perkara tersebut selepas aku keluar daripada wad itu. Juga bahawa isteri aku tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut.

Sehingga kini yang menjadi kemuskilan kepada aku adalah sekiranya aku berada di makmal bersama isteri aku, siapa pula yang berbual-bual dengan rakan-rakan sepejabat aku. Dan sekiranya ada orang lain yang cuba menyamar, tentu rakan- rakan aku akan mengenali bahawa bukan aku yang berbual-bual dengan mereka. Dan sekiranya bukan orang yang menyamar sebagai aku, makluk apa pula yang berbual-bual dengan rakan-rakanku dan apa pula matlamatnya? Apakah yang dikehendaki daripada diri aku ini?

Tambahan pula semenjak kejadian itu, aku selalu pula merasakan seperti diekori oleh sesuatu. Seram bulu roma aku setiap kali mengingati perkara tersebut. Aku tidak pernah menceritakan perasaan aku kepada isteriku dan aku tidak tahu apakah itu hanya mainan minda dan hanyalah merupakan perasaan aku semata- mata? Mungkinkan aku terlalu letih kerana melayan isteri aku ketika dia di wad dahulu, atau mungkin…  Ahh!!! pedulikan sahaja. Asalkan isteri aku selamat tidak ada apa yang aku perlu bimbangkan.

Walau bagaimanapun aku terpaksa mencurahkan isi hatiku dalam laman web ini pada malam yang sunyi ini. Mungkin aku tidak akan berpeluang lagi untuk berbuat sedemikian di masa yang lain. Ini adalah kerana kebelakangan ini aku merasa semakin resah, seolah-olah ada sesuatu akan berlaku terutama ketika hujan lebat seperti sekarang ini. Risau. Rimas tidak menentu. Seolah-olah dikejar sesuatu yang tidak nampak. Aku bingung tidak tahu ke mana atau mengapa aku mesti pergi. Tambahan pula… Eh… bunyi apa pula di belakang aku sekarang ini. Mungkinkah??? mungkinkah dia mengikuti aku pulang? Mungkinkah dia hendak mengambil alih tempat aku? Sekiranya begitu apakah yang akan terjadi kepada aku? Aku… Aku mesti peeeeeeerrrrrrrrrggggggggiiiiiiiiiii….

Credit : Dunia Seram

Kisah Misteri – Seram Di Phuket

Seram di Phuket

Trip to Phuket akhirnya menjadi walaupun banyak halangan semasa perancangan kami. Aku dan 7orang sahabat-sahabat aku berangkat dari Penang ke Phuket dengan menaiki van, kami rancang percutian budjet so kami tidak ambik flight la nak pergi Phuket. Tapi tu semua tak menjadi masalah buat kami bila dah ramai-ramai kan, perjalanan yang memakan masa berbelas-belas jam pun terasa singkat.

Alhamdullilah, 12jam perjalanan akhirnya kami tiba dibandar Patong Phuket.. Seriously im very excited, tak sabar rasanya nak meneroka bandar Phuket, 5 hari 4 malam kat sini akan kami gunakan dengan sebaik mungkin. Masing-masing dah ambik kunci bilik lalu bergegas naik ke bilik, sebab dalam masa 2 jam lagi kami semua kena berkumpul kat lobby nak pergi makan malam dan jalan-jalan sekitar bandar Patong dulu.

Aku, Diana, Asmeer dan Is dapat bilik bersebelahan di level  4.. Manakala yang lain berpecah di level 7 dan level 9. Lepas punggah segala baju-baju, Diana beralih ke toilet untuk letak toiletries..

“Da… Wei mai sat!”

“Ha… Pasai pa hang?”

“@#$%^&*!!!! betoi, depa tidacuci toilet hang tengok…!! Dengan taik kaler hijau ni apa ni!!!!!????”

Like seriously Diana betoi-betoi hangin satu badan masa tu, aku tak pernah tengok Diana marah sampai macam ni sekali.. Sebab dia memang sangat-sangat particular soal kebersihan. Bilik ayaq tu memang berdaki, seolah-olah macam baru ja digunakan. Aku tak mau la spoilkan mood holiday kami sebab aku tengok Diana dah macam tak happy ja.. So aku ambik keputusan nak turun bawah dan bincang dengan pengurus hotel ni, tapi sebelum tu aku singgah bilik Is dan Asmeer dulu.

“Weii.. Bilik hampa ok dak??? Toilet bilik kami depa tidacuci kott.. Tu Diana hangin, mengcarot dia mau tidak mau tadi, hampa tak dengaq ka???”

Pelik, Is ngan Asmeer diam ja tak menyahut apa??

“Weii!!! Aku tanya ni!!?? Hampa buleh buat dono ja nohh” Aku pulak tiba-tiba hangin.. Kita kat sini dok sembang dengan jayanya depa buleh buat tak reti kat aku perasan.. Is tengok Asmeer, Asmeer tengok Is seolah-olah depa ada sumthing nak bagi tau aku tapi tidak terungkap.. Ermmmmmm

“Dah.. Dahh, turun dulu kita sembang kat bawah satgi.. Dah lambat dah ni” Is finally bersuara.. Tapi aku masih lagi tak puas hati dengan depa sebab depa buat tidak tau ja kat aku tadi.. Kecik hati aku tautapi sebelum tu aku sempat bukak pintu toilet depa nak cheak la tengok berdaki tidak macam toilet kami!!!?? Aku bukak ja pintu tu tiba-tiba deria bau yang amat dahsyat busuk nya meluru masuk ke dalam hidung aku!! Aku tengok toilet depa lagi dahsyat taik hijau tu bersepah kat dinding??!!! What the fishhh man???? Kecelakaan apakah ini haa???!! Asmeer cepat2-cepat tarik pintu toilet tu dan ajak aku turun.

Bila semua dah berkumpul, baru Is dan Asmeer cerita apa yang depa nampak dalam toilet tadi..

“Masa kami bukak ja pintu bilik tu memang bau busuk tu dok mai dah, Aku memang confirm-confirm la kalau bau busuk ni mesti mai dari toilet punya.. Aku pun bukak pintu toilet tu, hampa tau apa yang aku nampak???? Aku nampak mahkluk buruk ciptaan tuhan yang dok melekat kat dinding sambil dok uk..uk..(buang ayaq besaq)!!! Aku tutup ar cepat-cepat pintu”, pastu aku belasah ar baca apa yang patot… “Seram weiii!! Seram gila”

“Aku dok kat penang tidak nampak, mai kat sini plak dapat nak tengok.. Haishhhh!!!  Dah ar to educated punya setan bantai memerot dalam bilik ayaq aku!!!  Sepoii mood holiday aku jaa Arrrgghhhhhh!!!!” agak beremosi Asmeer malam tu.

Kami gergurl menyarankan supaya berpindah hotel, tapi Is membantah.. katanya dengan musim-musim cuti ni memang payah untuk kita dapat bilik hotel lain. So Is cadang kami tukaq bilik kat level yang lain. Bincang punya bincang ngan pengurus hotel tu, at last kata putusnya malam ni memang tidak dak bilik kosong, besok tengahari ada guest check out only then kami buleh masuk.. And one more thing kami cerita dekat pengurus hotel tu pasai apa yang jadi kat kami,tau dia buat apa??? Dia buleh senyum sinis kat kami, katanya ‘benda’ tu tidak ganggu orang!!! what the….????? So which mean depa tau ada setan dalam bilik tu tapi still nak sewakan dekat orang??? Ohhh god.. Not good people are they.

Ok fine, tidapala nak buat macam mana.. Malam ni kami tumpang bilik kawan-kawan yang lain sementara menunggu hari esok. Aku dan Diana satu reja plak lagi kemas balik baju-baju semua dan berangkut letak dalam bilik yang lain begitu jugak dengan Is dan Asmeer.

Agak lewat jugak la kami turun untuk makan malam hari tu, and also we very disppointed dengan pihak pengurusan. Sorry to say la, sini specialist depa bukan lah makanan, harga yang agak keterlaluan dan taste so.. so.. ja bukan sedap sangat pown.

Dah la tu bayangkan dari hotel tu kami nak cari kedai makan yang halai kami kena ambik tuk-tuk (lebih kurang macam teksi la) dan perjalanan tu makan masa hampir 20 minit beb… Owhhh poor.. Tapi tidakpa la jauh perjalanan luas permandangan kan.. Sambil tuk-tuk menyusuri jalan kami buleh la jugak cuci mata melihat sekitar bandar Patong Phuket. Hilang terus amarah kami tadi..!!!

Disebabkan dah lewat so kami decide nak balik ja hotel terus, sebab besok pukoi 8 kami akan mulakan aktiviti percutian kami dengan island tour.. Kami guna khidmat travel agency memandangkan kami kurang arif dengan selok belok jalan Phuket ni, abang Nipa(travel agency)dah set time dengan Is pukoi 8 pagi kami nak gerak keluaq.

Malam tu kami tidoq tanpa gangguan dari ‘sapa-sapa’.

Dah elok-elok abang Nipa bawak kami round Phuket so kami decide nak shoping apa yang patot sebab after today kami akan habiskan banyak masa kat pantai. Syukur lah, aku tak rambang matamasih under budget n still under control.. Kawan-kawan aku yang lain tu, jahanam!! hahahahah.. Dalam dok seronok-seronok fikiran aku mengimbas balik kejadian semalam, rasa macam tak percaya.. Tapi tak kan Asmeer nak tipu kami, dan aku pown ada terasa seram sejuk ja masa dalam bilik tu tempoh hari.

Oleh sebab kami keluaq terlalu awal tadi so kami still tidak boleh masuk bilik baru tu, tapi kami dah mintak jasa baik abang Nipa.. lepas ja lunch mintak abang Nipa bawak kami balik hotel untuk kami confirm bilik tu, bukan apa takot depa dok wat terkejut tergempak bagi bilik tu kat orang lain tidak naya ka kami.

Dalam pukul 1 kami makan lunch terus abang Nipa menyusur ke hotel sepertimana yang di rancang, syukur bilik sudah siap sedia untuk kami kami berempat ditempatkan di level 8.. Bagi mengelak kejadian hari tu berulang, sebelom masuk kami ramai-ramai baca doa semoga di lindungi dari perkara yang buruk.. “Amin”.. melangkah masuk paling first aku nak check sudah semestinya toilet!!

Terasa juga getarnya takala memulas tombol pintu bilik ayaq, tapi alhamdullilah tida dak apa-apa.. Semua dalam keadaan yang normal dan masuk akal.. Ok cun.. Mood holiday kami kembali turn on.. Lepas letak beg dalam bilik kami semua turun dan teruskan agenda seterusnya.. Lewat petang tu abang Nipa katanya nak bawak kami tengok matahari terbenam di Laem Promthep.. 5:30 tu kami dah mula gerak naik atas.

15minit jugak nak sampai atas.. Berangin sejuk ja.. Walaupun matahari masih membebaskan cahaya dia, menarik jugak.. Macam-macam ada juai kat situ, yang paling menarik perhatian kami, ayam bako dan ais krim kelapa.. Owhhh nyum-senyum.. Kami makan-makan kat situ ramai-ramai sambil menikmati permandangan matahari terbenam, rasa bahagia pulak.. Elok ja matahari terbenam abang Nipa terus ajak kami turun, katanya tak elok-elok duduk sini gelap-gelap.. Kami tengok ramai yang bergegas turun.. Ok.. So sumthing, tapi kami ikotkan ja.

Sampai kat van, ya ALLAH kami baru perasan yang Shuk dan Fiza tak sertai kami, mana lah pergi pulak pasangan pengantin baru nikah ni??.. 15minit kami tunggu kat van.. Kami nampak depa turun tangga sambil ketawa riang.. hamboihh-hamboih kita kat sini punya risau depa buleh bergelak ketawa pulak…?? Nak kena tau depa ni…!

Tapi saat terpandang kami wajah depa berubah?? Cepat-cepat Shuk tarik tangan Fiza dan meluru ke van.. Shuk kelihatan cemas.

“Cepat abang Nipa, cepat turun….!!”

“Tu lah.. Saya dah kecek belako, tempat ni tak elok malam-malam”

Aku nampak Shuk dan Fiza pucat lesu ja, sepanjang perjalanan tu kami semua terdiam.. Sampai ja kat hotel abang Nipa dengan baik hatinya mintak segelas ayaq kat pihak hotel lepas tu dia baca sikit and then bagi Shuk dan Fiza minum, lepas tu abang Nipa mintak diri untuk pulang.

Kami lepak dulu kat lobby, sebab kami nak tau cerita, dalam 20minit macam tu semua pakat membisu.. Tiba-tiba Shuk bersora.

“Dan lama ka hampa tunggu kami kat bawah tadi…??”

“Dekat 15minit jugak laa.. Hampa pergi mana sebenaqnya??”

“Aku tak salah tengok weii.. Kita turun sekali, hampa ikot aku ngn Fiza dari belakang.. Tu yang aku terkejut bila nampak hampa kat bawah padahai aku confirm-confirm aku turun dulu tadi…!!”

“Dah la.. Dah la.. tidakpayah ingat, jom kita naik atas semua dah penat kan”

‘Wei.. Aku rasa malam ni kita tidoq ramai-ramai, aku tidak sedap hati lagi ni”

Sekali lagi malam tu kami tidoq ramai-ramai.

Credit : Sumber

Kisah Misteri – Tempat Berhantu Di Singapura

Tempat Berhantu Di Singapura

Singapura juga mempunyai banyak kisah-kisah misteri… Well, kita melihat dengan serta-merta bersama cerita-cerita tentang dihantui kawasan kejiranan di Singapura di bawah yang saya berjaya kumpul daripada beberapa sumber.

Bedok.

Bedok merupakan salah satu bandar hantu yang paling terkenal di Singapura. Mengikut Hikayat tersebut, ada rupa pontianak Rajah yang sering datang daripada televisyen. Terdapat juga angka pontianak yang sering Terbang keluar tetingkap penempatan penduduk. Walau bagaimanapun, rupa yang menakutkan adalah penampilan sosok seorang wanita berpakaian merah.

Ia berkata, sebaik sahaja dia menulis dengan darah pada dinding dan tulisannya adalah “ianya tidak melalui darling”. Selepas menulis ayat dan kemudian wanita itu dibunuh beliau kanak-kanak adalah juga hidupnya sendiri.

Setelah kematiannya, suaminya membawa isterinya berpindah ke rumah itu, dan tidak lama lagi mereka mempunyai seorang budak lelaki. Budak itu berkata bahawa dia telah berada dalam kakak yang dihantui oleh seorang tokoh (anak kepada isteri pertama yang dibunuh).

Sehingga akhirnya budak itu membunuh diri dengan kenaikan dari tingkap. Selepas kejadian tersebut, banyak laporan daripada penduduk tempatan yang menyebut jika sering satu suara menangis atau ketawa dari wanita dan kanak-kanak.

Di samping itu, lokasi ini telah terbengkalai oleh pemilik selama bertahun-tahun. Menurut berita yang diedarkan, lokasi ini adalah juga dihantui oleh keluarga telah pernah membunuh. Di lokasi ini juga ialah pembunuhan yang tidak pernah di dengari oleh hantu dalam lif.

Pantai Changi, Hospital lama Changi dan kawasan kejiranan Changi.

Bilangan kematian akibat Perang Dunia Kedua tempat ini yang tidak terkira banyaknya. Menyebabkan aktiviti astral tinggi. Changi adalah salah satu tempat Tempahan dihantui di Singapura.

Lokasi ini pernah tapak Pendudukan Jepun dan tempat pembunuhan beramai-ramai orang Cina yang tinggal di lokasi. Banyak kejadian misteri yang berlaku di kawasan ini menjadi ia berpengalaman oleh penduduk tempatan serta pengunjung yang bercuti. Kisah pertama ini dari hospital lama Changi, iaitu di hospital lama Changi.

Hospital ini memang menakutkan dengan Koridor-a gelap koridornya. Tidak hairanlah bunyi pelik menangis atau menangis pada waktu malam dipercayai menjadi mangsa penyeksaan dan perang sering mendengar. Bayang-bayang tangan di dinding kerap nampak.

Kisah kedua ialah di pantai Changi, di mana sering dilihat Rajah pucat serta bayang-bayang atau tanda darah di dalam pasir. Bukan itu sahaja, ramai di antara saksi-saksi mengatakan mereka sering mendengar bunyi menangis dan maka Demikianlah seterusnya disertakan rupa kepala tanpa badan.

Pula sebaliknya, badan-badan headless sering muncul, begitu juga cerita-cerita penduduk sekitar pantai Changi.

Kisah terakhir Changi yang merupakan kawasan penempatan di pantai Changi. Berhampiran Hotel terdapat titik dongeng, sebuah pusat arahan yang dilaporkan telah telah dihantui oleh banduan-banduan yang meninggal dunia akibat kebuluran dan penyeksaan. Secara amnya, rumah di lot pantai Changi ini dipajak untuk cuti. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pengunjung yang tidak bernasib baik boleh mendapat penyakit fizikal seperti luka atau hirisan seperti cakaran badan beliau serta menampar-menampar semasa mandi tanpa sesiapa melakukannya sering berlaku.

Beberapa pengunjung yang pernah ke tempat ini berkata jika mereka mendengar seorang wanita berdoa bunyi sebagai menakutkan atau sebagai orang yang sedang diseksa, pintu-pintu yang membuka dan menutup sendiri dan pelik bayang-bayang bayang-bayang yang sering hanyut. Pemilikan adalah kejadian yang kerap berlaku di kawasan ini dan juga segala jenis jelmaan lain. Sehingga kini, masih terdapat tiada penjelasan misteri perkara yang berlaku di kawasan Changi.

Jalan Sembawang, Mount Faber jalan dan Choa Chu Kang Road.

Orang-orang yang menunjukkan malam biasanya itu pulang ke rumah oleh seorang wanita yang cantik berpakaian putih hantu. Walau bagaimanapun, menurut testimoni dari masyarakat ada mengatakan bahawa hantu adalah baik dan sering menanti mereka bagi ucapan.

Lor. Halus.

Kawasan ini sering shrouded oleh asap dan habuk. Nelayan-nelayan di kawasan ini beberapa kali untuk mencari cangkuk mereka tidak diliputi oleh ikan, tetapi oleh seorang Ketua manusia. Saksi-saksi lain melaporkan melihat hantu permintaan tersebut di lokasi itu.

Stesen Bishan MRT, Braddell, Newton, Novena, Toa Payoh, Tanjong Pagar dan Jurong East

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa Stesen MRT di Singapura adalah salah satu tempat Tempahan dihantui di Singapura. Ia dibentuk oleh banyak saksi mata yang melihat apparition daripada hantu tanpa kepala untuk berjalan kaki di koridor dan juga undi ketawa kuat. Segala jenis jelmaan ini sering berlaku di dalam Jadual Kereta Api terakhir.

Pulau St. John.

Terdapat bangunan-bangunan terbiar di Pulau ini. Saksi-saksi sering mendengar nama mereka dipanggil mahupun mendengar bunyi orang berjalan dan bunyi mengaum yang datang dari hutan berhampiran di villa. Bolehlah dikatakan bahawa hantu-hantu dilaporkan datang dari mangsa keganasan Jepun dahulu.

White House di Punggol.

Dikenali sebagai salah satu yang paling secara besar-besaran oleh hantu dan sering digunakan sebagai daya tarikan utama untuk hantu. Dilaporkan, rumah ini mempunyai sejarah yang sangat dahsyat.

Jurong.

Lokasi ini pernah Paya, tetapi kini merupakan salah satu bandar terbesar di kawasan Barat Singapura. Lokasi ini sering dianggap oleh haiwan lapar ghostly 3. Penduduk sering mengadu mengenai bangun di tengah malam kerana bunyi pelik. Ada dilaporkan bahawa mereka digalakkan oleh masa mandi, Jadilah juga penampilan mata datang tiba-tiba dari dalam televisyen.

Sembawang.

Lokasi ini pernah hutan pokok getah. Penampilan yang sering berlaku dalam bentuk pontianak tinggal di pokok-pokok pisang. Biasanya hidup di kawasan ini pada balkoni pontianak menemui mereka.

Terdapat juga lain yang hanya mendengar nama mereka dipanggil oleh hantu pada masa ini adalah santai dalam Taman Sembawang. Komuniti sekeliling atau orang-orang yang melawat sering dibuat takut dengan segala jenis jelmaan.

Stesen Bishan MRT.

Seperti Stesen Novena MRT, Stesen ini dibina di atas kawasan tanah perkuburan. Ini dilakukan oleh Kerajaan Singapura kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain. Menurut laporan itu, hantu tempat ini sering mempengaruhi orang ramai untuk membantunya membunuh diri. Penampilan yang sering berlaku itulah hantu berjalan melalui dinding.

Di Pantai Timur.

Ini sering berlaku di tapak apparition daripada seorang wanita yang baru muncul dari laut. Terdapat juga angka nenek yang berjalan di lokasi itu. Ada juga hantu di Menara kuning, ini adalah cerita hantu kononnya wanita mangsa rogol dan bunuh di masa lalu.

Singapura paranormal Kumpulan pernah do tulang kepada lokasi itu dan berkata bahawa hantu seorang wanita yang terletak di dalam lokasi ini. Banyak berlaku di pantai ini dan punca yang masih tidak diketahui.

Lokasi lain ialah 112 dan Dataran Bagan, Katong, iaitu sebaik sahaja sekitar kawasan ini terdapat sebuah penjara yang dibina oleh colonizers itu. Banyak kematian berlaku di lokasi ini adalah. Saksi-saksi berkata haiwan itu jika mereka berasa tidak selesa itu dan sering melihat bayang-bayang yang mencari di beberapa sudut kawasan.

Pulau Tekong.

Setiap kanak-kanak lelaki Singapura sudah tentu telah mendengar cerita hantu Pulau Tekong. Kisah paling terkenal adalah kehilangan “Charlie Syarikat” yang selepas beberapa ketika akhirnya dijumpai dalam keadaan tidak bermaya dengan zakar Nya yang terletak di sebelah badannya.

Terdapat juga kisah seorang Datuk dan seorang budak lelaki telah dibunuh dan beliau hantu yang berkeliaran sekitar Pulau Tekong. Penampilan seorang gadis pale yang dihadapi yang bermain dengan bola dan tiba-tiba berlari hilang sering dilaporkan. Menurut masyarakat terutamanya sekitar pulau Tekong kata terlalu banyak haiwan yang berlaku, dan bunyi-bunyi yang ganjil yang tidak dapat digambarkan lagi.

Mudah-mudahan artikel di atas boleh membuat adrenalin anda semua rasa teruja untuk mencuba Lawatan pengembaraan mistik ini.

Credit : Sumber