Cerita Hantu – Disampuk “Kakak Cantik”

Posted on

Kisah Seram - cerpen.info

Assalammualaikum Dzar, Nama saya Kak Sri Surib. Kisah ini berlaku semasa saya berumur 17 tahun, 45 tahun yang lalu.. Ia berlaku di kampung saya di LorongMaidin, dekat dengan MRT Kembangan. Ceritanya begini. Waktu itu, saya bakal bersanding dengan suami. Pada malam Jumaat, saya menjalani upacara berinai dan ia dipanggil “berinai curi” oleh orang-orang dahulu.

Sebelum masuk waktu Maghrib, saya dipanggil oleh kakak saya. Kakak saya sewaktu itu baru sebulan melahirkan anaknya yang keempat. Saya dipanggil kakak untuk masuk ke dalam biliknya. Sewaktu saya baru sahaja ingin memasuki ke dalam bilik, saya ditahan oleh kakak ipar agar tidak masuk ke dalam bilik kakak. Kakak ipar seorang tukang ubat dan dia tahu yang ada yang tidak kena dengan kakak saya. Sebelum saya masuk ke dalam bilik kakak, kakak ipar berikan saya sesuatu.

Kakak ipar: “Kau ambil ini. Bawa masuk ke dalam biliknya. Kau suruh dia minum. Aku tahu ada benda yang tak kena dengan kakak kau tu…”

Apa kakak ipar saya berikan kepada saya adalah secawan air putih yang berisi paku yang telah diasah dan dijampi. Nak tak hendak, saya terpaksa masuk bilik kakak saya sambil menyembunyikan cawan tadi di belakang saya. Tiba di bilik kakak, saya pun tanya, “Nak apa?”

Kakak: “Kau ada duit? Boleh pinjam? Aku sakit. Aku nak pergi klinik besok.”

Saya pun tunjukkan cawan yang berisi air putih dan paku yang diasah dan dijampi tadi kepadanya. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Ini benar-benar terjadi di depan mata saya & saya tak bohong. Kakak yang tadi terbaring terus menangis dan menjerit, “Tak mahu!! Tak mahu!!!”

Dia terus mengilai. Barulah saya tahu yang dia disampuk Cik Pon. Bila kakak menjerit, ketawa dan menangis, saudara yang ada di rumah ketika itu semua masuk ke dalam biliknya.

Kakak diubat oleh bapa saya sendiri. Bunyi kepak itik yang sangat kuat boleh didengar di atap zing rumah kampung kami. ‘Itik’ itu mengebas-ngebaskan kepaknya, mengilai lalu terbang dan hilang. Mujurlah tidak ada apa-apa yang serius terjadi. Saya disuruh masuk ke dalam bilik saya dan kata orang, pengantin baru ni darahnya manis dan mungkin sebab itulah ‘dia’ datang untuk mendampingi saya.

Credit : Dunia Seram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *