Kisah Misteri – Hospital Changkat Melintang

Posted on

Hospital Changkat Melintang

Salam.. citer nie adalah kisah-kisah mistik yang berlaku di Hospital Changkat Melintang, Bota Kanan, Perak. Citer nie berdasarkan pengalaman yang aku sendiri alami dari aku kecik sampai aku keja “Security Guard” kat sana dan juga cerita-cerita mistik dari orang setempat yang aku dengar pasal hospital nie.. kalau dah nama pun hospital mesti le ade kisah-kisah mistik dia.. iyakan???

Sedikit sejarah penubuhan Hospital Changkat Melintang, merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di daerah Perak Tengah, Ia terletak kira-kira enam kilometer dari Pekan Bota Kanan.

Hospital Changkat Melintang telah mula dibina pada tahun 1971 dengan keluasan kira-kira 8.4 hektar. Dibelakang hospital ini ada sebuah tasik ladam yg di namakan tasik air mati. Tasik Air Mati nie ada kaitan dengan sejarah Kesultanan Perak yang pertama iaitu, Sultan Muzafar Shah 1, (Makamnye belakang umah aku kira2 300 meter je..) dan kisah ‘Gajah Batu’.. (dulu-dulu masa zaman bapak aku boleh nampak dengan jelas struktur bentuk gajah batu dari tebing belakang hospital.. Zaman sekarang nak tengok boleh tapi kena pegi dekat-dekat)

So, kat sini aku cuma nak cerita kisah-kisah mistik hospital je, yang lain-lain kome google la sendiri.. mungkin dalam cari Forum nie pun ade cerita tentang sejarah-sejarah pasal gajah batu tue.

Cerita pertama, adalah masa aku kecik-kecik lagi, dalam tahun 1994,1995,1996.. (aku pun dah tak ingat tahun bile kena, tapi yang pasti aku masa tue sekolah rendah lagi.)

Alkisahnye, aku dulu suke main kat hospital,  tapi bukan dalam wad la, tue dah kira menggangu.  Tempat paling aku suka tepi padang, berdekatan dengan parking van-van ambulan.. kat situ ada satu pokok rendang (ape jenis aku tak tau) sebelah pokok tue ada tayar trektor besar yang jadikan tugu atau replika camgitu la… so, situ kira port aku dengan adik dan pakcik sedara aku (sebaya adik aku pakcik sedara aku nie, aku panggil dia “Odin”) lepak la bila hari2 cuti, sabtu ahad…

So, suatu hari tue masa antara pukul 2 pm hingga 4 pm…(pun aku tak ingat, tapi petang waktu camgitu..) tengah makan tebu ambik kat kebun arwah tok sedara (bapak Odin..) kita orang lepak la tempat biasa… sambil tengah makan-makan tue aku tengok cermin kat van jenazah tue (aku panggil van mayat), ternampak langsir dalam van mayat tue bergerak-gerak macam di tiup angin.. sebabkan cermin tingkap tue tak pakai tinted, siap le nampak lg keranda kat dalam… aku bagi tau la kat adik dan odin.

“ehh… Odin, nyah (adik aku) ce kome nengok langsir kat van mayat tue bergerak-gerak…”

“aah… bergerak-gerak la..” kata nyah.

“aii.. deme tak tutup kipas ke??..” kata Odin..

kata aku “eh.. van nie tak bergerak pun, takan kipas terpasang kot, enjin pun tak hidup… orang pun “mandang” (mandang dalam dialek perak tengah sama dangan takde)”

“lain macam je nie… takkan siang-siang hari pun ade hantu” kata aku…

kita orang perhatikan je langsir tu bergoyang-goyang dari tempat bawah pokok tue.. nak g dekat-dekat takut… bukan jauh pun van mayat tue dari kita orang dalam 2 ke 3 meter je… kot-kot tiba-tiba terpacul mayat ke, Pocong ke, main-main cak-cak… pastue cakap pulak “hai..adik..boleh mintak sikit…??” mau lari tak cukup tanah kita orang… kihkihkihkihhhhh..

Sudahnye kita orang blah je dari situ.. sampai ke hari nie, perkara tue menjadi misteri… asalnya bile aku nampak van mayat tue, aku dah rase tak selesa.. sebabnya biasanya van mayat nie parking kat belakang dekat dengan surau hospital, (berdekatan dengan bilik mayat).. dah situ port lepak kita orang lagi pun siang-siang hari nak takut mende… yang aku pulak masa kecik dulu memang suke mencari bende-bende mistik nie.. mata nie pulak gatal sangat dok perhati-perhati dalam van mayat tue sapa suruh… ha..dapat..!!!

Selepas kejadian tu, aku lepak jugak cuma kalau ade van mayat tue, kita orang cari port lain la dalam kawasan hospital tue… kadang-kadang aku lalu dekat van mayat tue tegok-tengok jugak kot-kot langsir dalam van mayat tue goyang-goyang… tapi, takde pun.. tue la yang pertama dan terakhir aku tengok depan mata…

So, kisah nie yg pertama sekali aku alami di Hospital Changkat melingtang.

Credit : Sumber

hospital changkat melintang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *