Kisah Misteri – Kolej Seremban 2

Kolej Seremban 2

Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2.. ni sebab kolej aku blaja tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2.. semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba-lumba mencari rumah sewa di sekitar seremban 2.. maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya.. semua tidak de masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti..

Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tapi disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel untuk student-student bagi kemasukan disember maka kami budak-budak senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.. aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah tidak de orang macam sekarang ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yg besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu..

So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan bararng pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.. wah bertuah tul time tu, sume duk puji-puji uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang-barang time tu.. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing-pusing kat bukit tu..

Lupa nak cerite, kitorang tidak pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok-tengok rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja..  waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, entah sekarang ada lagi ke tidak de.. sekarang dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..

Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu..  selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul-betul tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu.. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok-colok cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.. pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member-member pon senyap je tidak de nak cakap lebih-lebih.. so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik-bilik tu berselerak dengan kain merah kuning yang ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30 pm, time tu dah jam 4.00 pm.. tidak pasal-pasal kang tertingal flight lak kang..

Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg banyak kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yang ada bilik air.. masa nak tutup grill tu aku prasan ada baying-bayang kanak-kanak kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejaut kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, tidak de apa-apa lak.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yang aku nampak tu maybe baying-bayang aku yang tengah tutup grill.. ye lah kan , sliding window tu besar 3 pintu, tidak de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yang tu baying-bayang aku tidak pun kawan-kawan aku.. time tu aku tidak nak kecoh-kecoh, kang tidak pasal-pasal kawan aku tidak jadi lak duk umah tu, lagi pun tidak sahih lagi apa yang aku nampak tu..

Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, sekali lagi aku nampak ada baying-bayang kat umah tu, kan terang sebab langsir tidak de dan lampu plak pasang.. aku dah rasa tidak sedap hati, bayang-bayang tu macam berlegar-legar kat kotak-kotak kitorang letak tu, bayang-bayang budak-budak kecik.. kotak-kotak tu tidak de apa-apa pon kecuali buku-buku dan barang kitorang yang berat dan malas nak bawak balik umah.. masuk ke dalam van je.. wan senyap je tidak becakap ape, aku tidak tau la knape ngan die.. si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu.. sebab pakcik tu syak yang tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yang kitorang pikir mula-mula.

Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tudalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kg dekat je kat sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang-barang nak kemas umah.. huhuhu, tidak de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, tidak sangka beli barang-barang nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam-macam lagi la, sib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yg ada hanya rufaqa je time tu.. tapi cam biasa la apa barang pon tidak de kecuali bahan makanan basah..

Masa mengemas tu tidak de la apa-apa yang pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy-happy pasang radio kuat-kuat sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang-barang peninggalan yg ada.. suma aku buang tidak tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu tidak de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.. aku cakap ngan dak-dak tu yang aku jumpa teddy tu, tidak pasal-pasal muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi-nyanyi lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit-jerit.. aku nengok die aku plak yang gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) tidak kan ada sapa-sapa lak yang masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon tidak nak pikir panjang-panjang kang tidak pasal-pasal aku yang kecut perut sebab aku yang nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.. so aku masukan dalam plastik sampah hitam yang besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..

Tidak nak pikir lama-lama pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang belakng yang penuh ngan batang-batang colok tu.. lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak-rebak baunya.. pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yang di gunting 2 sebab time tu tidak de langsir tingkap lebih.. wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.. aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran-jiran tidak de, yang ada selang 10 buah rumah tu pon tidak sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.. siap baring-baring kat luar ye la penat, orang pon tidak de.. area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la..

Tengah-tengah kitorang lepak-lepak kat luar si man jerit-jerit dari dalam bilik air, time tu bilik air yang kat ruang tamu bersepah ngan baju-baju kotor, mop, dan baldi-baldi so dia gunakan bilik air bilik aku.. aku ngan si wan belari-lari la kenapa lak si man tu jerit-jerit lak, sampai-sampai aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup.. mana tidak nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah-marah aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah mmng gabra dah, wan jangan cerita la harap badan je besar tapi memang penakut.. bekali-kali cakap kat si man baru di terima, tapi tegamam la sket dia time tu.. tapp dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu.. time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal-awal sebab terang-terang dia cakap tangan tarik pintu.. aku la yang dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok-syok lepak kat luar umah..

Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak-borak pasal bende tidak kene kat umah ni.. aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja tidak nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, tidak pasal-pasal ada gak yang pengsan.. time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yg pusing-pusing tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu.. lagi lah tambah seriau time tu, macamanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan tidak de sapa yang dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dari dapur umah sebab kat depan dah penuh dengan pc dan radio kitorang..

Sunyi sekejap pastu, tidak de sape becakap, tiba-tiba man mencelah maybe extnsion ni tidak elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. man gerak gi dapur nak tengok suis tu memang off ke on, tapi sah dah off, ada la yang offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku time tu dah pikir macam-macam, man yang tadi duk positif pon dah semacam.. die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap rumah tingal/rumah baru macam ni lah..

Tidak de apa-apa pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali-kali menyebabkan semua kaku macam tidak bergerak n bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 tidak, tapi tidak de sapa yang jawab.. aku dah risau semacam dah, duk pikir macam time tu.. rasa happy masuk rumah baru dah tidak de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa-apa hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak tidak leh sebab asik duk pikir je, aduh tidak tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang-sorang time dak-dak lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku tidak balik, duk je la sorang-sorang kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..

Aku ngan wan tidak dapat tido borak-borak sambil pasang radio sayup-sayup je, ye la tidak dapat nak buat apa lagi.. tido tidak leh, siap wan cakap aku tidak yah tido pon tidak pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil time tu, dah jam 2 pagi kot, tiba-tiba remote suis kipas yg pusing 0 ke 5 tu berpusing sendirik.. mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing-pusing kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku tidak tau nak buat apa dah.. tapi kaki aku sibuk sepak-sepak si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu.. yang aku tidak tahan tusi man gi jerit HOI!, aduh⦠baru la berenti, tidak pasal-pasal dia pon tidak leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup-sayup, sempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok-tengokkan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap-harap ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..

Jam 3.30, tiba-tiba dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah-tengah, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari-lari, man yang tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku tidak tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah.. huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari-lari kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die tidak nak dengar bunyi tu.. tapi tidak pasal-pasal lak bunyi tapak kaki tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa-rasanya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu tidak bertutup, memang saja tidak nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..

Wan tidak puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak-budak gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yang tekejut terus bediri dan azan, wan aku tidak tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah tidak tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak-kanak tu tambah dekat seolah-olah berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi idekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu tidak dae. Sedar-sadar dah jam 5.30, tidak tau la brapa lama masa tu.. abis si man bang, aku pon pelan-pelan buko selimat sebab ingatkan benda tu dah tidak de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok bayang-bayang budak-budak umur dalam 6-7 tahun melayang-layang kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yang menyala, aku memang kaki kali ni sebab tidak tau nak buat apa-apa dah.. aku dah jadi batu tidak tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak memandang ke atas tidak begerak, sama macam yang aku alami tadi..

Aku pun tiba-tiba rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali-kali, aku semacam lemas.. berkali-kali aku gamit si man dan wan tapi diorang buat tidak reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kursi tapi tidak mau gak.. aku tidak tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang-panjang dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tapi meronta-ronta dengan mata tejegil si man plak bediri tidak de buat apa-apa dah.. azan pon dah tidak kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk-batuk.. man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang-panjang pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu menyebabkan dia tecekik, man tidak dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang keluar sebab time tu dah 6.30 am.. aku tidak tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.

Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8 am time tu, tidak de sorang pon berani masuk ke dalam umah.. mulut sorang-sorang terkunci sebab masih tekejut, tidak tau apa nak di cakapkan dah.. sesekali dengar si wan batuk-batuk, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi memang lehernya merah dan berbirat, aku ngan man tidak de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tapi si man dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tapi kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun tidak de dari kami yang cedera kecuali si wan yang batuk-batuk mendakwa di cekik..

Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon tidak berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama-sama, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi tidak makan, hanya sempat makan dunky donut yang ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba-tiba radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tapi tidak sangka lak man cam orang gila gi jerit-jerit ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan tidak tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa.. wan tidak nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa-apa kat si man, tapi alhamdullilah tidak de apa sambil dia bercekak-cekak pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, tidak de apa-apa yang berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakang, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas.

Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada satu  je, so hanya berdua je leh pegi, tidak kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai tidak sanggup aku.. last-last man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambal-sambil tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yang dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak-budak melayang-layang kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi baying-bayang tu tidak puas hati sebab tidak dapat bakar rambut man, bayang-bayang tu ketuk kepala man berganti-ganti yang sedang laungkan azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man terduduk..

Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur-nyembur, tu yang matanye tejegil tidak leh dan badannye mengigil ketakutan.. pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan.. tu la yang si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu.. tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab tidak de apa-apa kecederaan fizikal pada aku ngan si man macam yang wan cakap.. tapi ada logiknya kalau difikirkan balik apa yang wan saksikan, sebab tiba-tiba aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali-kali, tapi aku rasa lebih ½ jam aku bergelut, aku pon tidak tau apa jadi dalam ½ jam yang hilang tu (aku rasa lemas).

Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati kitorang kuat kata tidak nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family man datang dar isepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya.. jam 11.30 am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun-turun je dari keta pawang tu dah geleng-geleng kepala, umah apa korang duduk ni.. sambal-sambil tu salam ngan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam-salam je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng tidak paham apa maksud tok sheikh tu.. kitorang kene suh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba-tiba terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India , maybe time thr raga kot, entah la aku pon tidak tau.. dengar radio kuat bunyi pon dah lari, bayangkan kalau tau yang radio tu plugnya tidak bersambung.. mmmm..

Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tapi plug tidak sambung.. dalam van sume tekunci mulut, anak-anak buah si man yang kecik-kecik sume ketakutan, apelah kes-kes camni bawak anak-anak kecik lak, tidak pasal dak-dak tu skali trauma.. tidak lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yang coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye.. mana tidak nye, kitorang bertiga sendiri yang buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam tong sampah kat depan umah, man dan wan aku tengah tido-tido ayam aku cuit suh nengok apa yang tok sheikh jinjing tu.. wan hanya mengucap je cam tidak caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada tidak anak patung tu kat dalam tong sampah.. dia jerit-jerit panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yang lain.. aku belari nengok, ye tul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tapi aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yang ada tapi tu hanya batu-bata yang aku gunakan untuk menyanggah pintu-pintu bilik supaya tidak tertutup dengan baju-baju kotor kitorang yang letak dalam bilik air.. aku tidak leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam tu lak..

Tok sheikh datang-datang kat kitorang marah-marah sebab tidak buang bende ni, aku dah tidak tau nak cakap apa-apa dah, semua man yang jawab.. waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambal-sambil tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. tiba-tiba rasa lapang umah tu, tidak de la gangguan macam malam semalam.. kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik beradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul-betul selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.. hari ahad ke isnin tu tidak de apa-apa berlaku, aku yg mula ragu-ragu sekarang dah mula rasa selamat.. sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung tidak de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man tidak confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon tidak terang..

Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik, nanti aku sambung cerita ni lagi.. tapi kali ni lg teruk dan membahayakan!

Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, selepas tu baca yasin ramai-ramai macam hari-hari sebelumnya, supaya bende tu tidak datang ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tengah baca yasin ramai-ramai, tiba-tiba pintu dapur di ketuk berkali-kali menyebabkan kitorang suma terhenti membaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurah-curah keluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yang diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah-curah.. kitorang bangun beramai-ramai sebab ayah man suh rapat-rapat, then kitorang tutup air di sinki dan kedua-dua bilik air yang mencurah.. tapi tidak berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak tidak nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, entah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu tidak de lak dia cakap pasal pantang-petang ni, ni baru lah nak cerita pasal pantang-pantang.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia tidak de pesan apa-apa pon sebelum ni, ye la macam spenda ngan stoking tidak kan la nak jemur kat luar lak..

Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yang membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat-pakat duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu.. kitorang duduk kat bawah suis tu, tidak de lak dia men suis dah pastu.. aku teringat lauk yang dah beli untuk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. time cam ni nak makan pon dah tidak de selera, terbantut memikirkan benda hal macam ni.. pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk-lauk tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah tidak makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita tidak de tenaga..

Aku hilang selera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab lom beli kodial lagi, lagi pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku perasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. nasib baik aku prasan, kalau tidak memang dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu.. masa mak si man nak senduk nasik , dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai kuar rumah termuntah-muntah.. manalah datangnye semua tu..

Sebab tidak tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, memang sah semua makanan ada najis, entah najis apa kitorang pon tidak tau.. tapi rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang-bincang.. esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari.. sebab tok sheikh tu tidak leh caya, sebab benda tu datang balik, konon-konon pantang la ape lah, dah la bayar rm200 untuk mengubat tu.. sibuk-sibuk berbincang tu, dalam jam 11 malam, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak-kanak gelak-gelak sambil dengar hentakan tapak kaki berlari-lari seperti yg kitorang alami haritu.. yang nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak-kanak sambil membawa api, tapi yang herannya kali ni aku, man dan wan tidak nampak, yang nampak hanya ayah ngan mak man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak-budak je.. tiba-tiba mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat-cepat kitorang masuk rumah takut tidak pasal-pasal umah plak yang terbakar..

Memang tekejut tiba-tiba telekung terbakar, kitorang rapat-rapat gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar.. mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tapi pelik kali ni kitorang tidak nampak, yang nampak hanya telekung yang berlipat tiba-tiba tebakar.. bunyi gelak-gelak tu sayup-sayup je pas kitorang masuk rumah tu, tapi tiba-tiba ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku tidak nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dalam botol kat depan aku utuk makan tadi, sambal-sambil aku hempas-hempas sejadah tu.. memang tidak leh jadi kali ni, dah sampai bakar-bakar barang pula.. tapi kali ni aku tidak la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa macam selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok-tengok dah terbakar besar..

Tak abis itu je, kotak-kotak pon abis tebakar sume, tidak tau lah nak buat apa lagi, last-last kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak-kotak tu, tiba rasa asap banyak dari dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yang aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak-koyak hujung kain tu, sebab air dah tidak de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku-paku tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia tidak nak bagi balik.. tu je la yang si man cakap ngan aku.. nak tidak nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..

Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yang dah cam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. tapi biarkan pintu umah tu terbuka je.. tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi subuh tidak de apa-apa berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah tidak dengar.. memang aku tidak leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak tidak nak aku pikir terpaksa la ponteng.. aku ngan si wan memang tidak leh tido, tidak tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5 pagi tu, tiba-tiba atas keta macam dipijak-pijak, semua terjaga sebab seperti orang meloncat-loncat sambil berlari-lari atas kereta.. aku tunduk time tu, tiba-tiba aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan.. si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku tidak tau apa benda sebab tidak nampak.. tapi aku rasa mesti budak-budak yang kitorang nampak sebelum ni..

Waktu tu juga ayah si man bang, dan aku baca ayat kursi kuat-kuat, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.. kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan.. jam 8.00 pagi tu abah si man suh kitorang angkat-angkat suma barang masukan dalam keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu, baldi dan benda-benda besar tu tidak bawak, keta manalah nak muat.. sebab tidak puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia bayar letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main-main kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon tidak de.. jumaat tu kitorang tidak gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi tidak de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lagi budak kelas kitorang..

March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di Seremban 2, aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah-sah kat umah yang aku pernah sewa tu dulu.. sapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tapi dah nak 7 tahun berlalu, entah mana aku letaknye.. so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jangan main tarah je.. sekali dapat umah bekas tokong tidak pon kuil, tidak ke naya.. tapi sampai sekarang aku tidak tau lagi kenape ada bayangan 3 orang budak yang bawa mancis bakar-bakar barang kat umah tue.

abih…!evileye

Credit : Sumber

Kisah Misteri – Kolej Seremban 2 | admin | 4.5