Kisah Seram – Ada Nampak Suami Saya Tak?

cerpen.info (15)

Aku ingin berkongsi satu cerita.. Dimana cerita ini ada sangkut pautnya dengan bulan ramadhan atau bulan puasa.. Orang cakap, bila tibanya kedatangan bulan ramadhan ini, semua makhluk halus (termasuklah setan) telah digari.

Jenab(bkn nama sebenar) merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan baru 8 bulan mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidupnya iaitu Jamil sorang nelayan. Mereka baru shaja pindah dirumah pangsa ditingkat 6, kerana sebelum ini mereka tinggal bersama ibubapa Jenab. Ibu Jenab terkenal dengan ‘kelazeran’ mulutnya hinggakan menjadi buah mulut sekitar kampung tempat mereka tinggal. Dan karena mulut ibu Jenab jugalah menyebabkan Jamil terpaksa mencari rumah baru, kerna tidak sanggup menerima cercaan daripada ibu mertuanya itu.

Dengan berpindah ketempat baru, bermakna bertambah jauhla untuk Jamil berulang alik turun ke laut mencari rezeki. Namun bergitu mereka kelihatan bahgia sekali biarpun masih belum menimang cahayamata lagi. Oleh kerana hasil pendapatan Jamil tidak menentu, dia terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi untuk menyara kehidupan mereka berdua. Setiap pagi Jenab akan menyediakan ubi kayu rebus dengan kopi pekat sebagai bekal untuk suaminya Jamil bila berada dilaut nanti. Walaupun Jenab ditinggalkan oleh suaminya berhari-hari lamanya, namun begitu dia masih mampu untuk menjaga maruah dirinya.

Tidak jauh dari flat mereka, ada sorang pemuda.. Karim namanya.. Beliau merupakan sorang jagoan rempit (lumba motor) dan sorang jiwang karat roman picisan dikalangan gadis-gadis kilang. Karim bukan shaja ‘terer’ (hebat) dijalan raya, malah dia juga ‘terer’ mengayat awek-awek diflat tempat dia tinggal.. Dia tidak mengira muda, tua, bujang, janda ataupun istri orang semuanya dia sapu. Dia amat berdedikasi dengan ‘kerjayanya’ itu.. Namun begitu.. Hatinya sungguh terusik sejak 2 3 hari ini. Dia tidak mampu untuk melupakan sorang isteri muda yang cantik lagi gebu yang selalu ditinggalkan oleh suaminya.. Ya.. Tidak lain lagi iaitu Jenab.

Hampir setiap pagi.. Dengan berbekalkan motor kapcai yang berbulan ‘sangkut’ (tdk dapat bayar ansuran) Karim akan mengayat Jenab dan cuba untuk bermain cinta dengannya. Namun begitu cintanya tidak berbalas, kerna Jenab sangat setia dengan suaminya Jamil.. Dan menganggap Karim itu macam adik kandungnya sendiri.

Hari berganti minggu.. Minggu berganti bulan.. Jenab mulai risau dengan suaminya yang belum lagi balik dari laut. Kerana kesetiaannya, Jenab tetap menunggu dengan tabah dan percaya suaminya akan balik kerumah juga pada satu hari. Sehinggalah pada satu hari, Jenab telah jatuh sakit, kerana terlalu rindu dengan suaminya itu. Ibubapanya cuba membawa Jenab tinggal ditempat merek, tetapi Jenab selalu berkata “Takpe la mak ayah,Nab nak tunggu juga abang Jamil.. Lagipun Nab dah sediakan makanan kegemaran abang Jamil ni”.kata Jenab kepada ibubapanya. Serba salah ibubapa Jenab dibuatnya.

Setelah berbulan-bulan menanggung derita kerana rindunya kepada suaminya.. Jenab telah menjadi orang kurang siuman.. Kanak-kanak diflat tempat tinggalnya selalu mengacau Jenab dan menggelarnya bermacam-macam seperti Jenab gila laki dan Jenab hantu. Namun begitu Jenab tidak peduli dengan kanak-kanak itu.. Hampir setiap hari.. Tidak kira siang atau malam.. Jenab akan pergi kerumah-rumah sekitar flat tempat tinggalnya dan bertanyakan prihal suaminya..”Assalamualaikum, kamu ada nampak suami aku tak?” cam tu la ayat yang dia slalu guna. Tidak kirala la, kalau orang tidur skali pun.. Dia akan tetap mengetok tingkap atau pintu dan bertanyakan suaminya. Bila waktu malam sahaja.. Hampir setiap rumah di flat itu akan mendapat ‘kunjungan’ Jenab.

Sehinggalah pada satu pagi, penduduk flat itu dikejutkan dengan berita kematian Jenab yang terjatuh dari tingkat 6. Menurut autopsi yang dijalankan, Jenab meninggal dunia ditempat kejadian disebabkan tulang rusuk dan tengkoraknya remuk.

Setelah begitu lama, kisah tentang kematian Jenab telah mula berkurangan, kerana penduduk flat mulai sibuk dengan kehidupan harian mereka.. Lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan. Karim yang pada dulunya sorang mat rempit telah mulai berubah, kalau dahulunya dia menjadikan waktu senja sebagai waktunya untuk melakukan onar dan maksiat.. Tapi sekarang bila tibanya bulan ramadhan.. Dia lebih gemar berada di surau membaca al-quran serta sembahyang berjemaah.

Satu maalm, semasa Karim asyik menonton berita jam 9.00 malam.. Dia terdengar seperti ada orang berjalan diluar pintu rumahnya.. Tetapi dia tidak mempedulikannnya.. Tok!tok!tok!.. Pintu rumahnya diketuk “Hish!siapala lagi yang datang malam-malam ni” kata hati Karim. Dia tetap tidak berganjak dari tempat duduknya. Tidak cukup dengan itu, tingkap rumahnya lagi diketuk “Hish!tadi di pintu, sekarang ditingkap pula. .Diorang ni tak tau ke aku nak layan cd ke tv ke ha?” Kata Karim lagi. “Hoi.. Dah orang tak jawap tu, maknanya tak nak layan la, Esok nak puasa lagi” Karim memarihi orang diluar tingkapnya.. Selepas itu dia terdengar orang bagi salam “Er.. Assalamualaikum.. Maaf menggangu.. Ada nampak suami saya tak.. ¬†Jamil”. Eh!Suara tu macam kenal, tapi dia kan dah lama meninggal??!!” kata hati Karim yang mulai takut.. “Ada nampak suami saya tak?” Suara itu masih lagi ada diluar tingkapnya. Karim tidak berani untuk menjenguk tengok keluar tingkapnya.. Dia membiarkan sahaja suara itu berlalu pergi.

Sehingga kini roh Jenab masih lagi merayau-rayau kesetiap rumah untuk mencari suaminya. Tidak kiralah.. Bulan ramadhan ka, bulan rejab ka.. Kerana kesetiannya.. Roh Jenab akan mencari suaminya tidak kira dimana sahaja. Dan jika pada satu malam, janganla korang berani menjenguk dipintu atau tingkap, jika mendengar ketukan dan salaman “Assalamulaikum, ada nampak suami saya tak?”

Credit : Dunia Seram

Kisah Seram – Ada Nampak Suami Saya Tak? | admin | 4.5