LEGENDA KUM KUM

Posted on

Hantu Kum Kum

Hari ni nak cerita sebuah legenda. Bukan Legenda Taming Sari, mahupun Legenda Hang Tuah dan Hang Jebat. Tapi namanya pernah menjadi legenda dalam masyarakat Melayu.

Satu ketika dahulu kita pernah dimomokkan dengan kewujudan Hantu Kum Kum. Namanya tak se-popular Pontianak, Langsuir, Toyol atau Hantu Raya, tapi namanya cukup untuk menggerunkan kita semua.

Sebelum kita bercerita lanjut pasal legenda si Hantu Kum Kum ni, jom kita teliti serba sedikit latar belakang beliau. Kum Kum berasal dari (bukan dilahirkan) seorang perempuan yang katanya menuntut ilmu hitam untuk menjadi cantik selama-lamanya.Tapi dek kerana melanggar pantang larang, maka bertukarlah ia menjadi hantu yang digambar dan digembar-gemburkan sebagai hantu yang menutup seluruh anggota badannya sehingga tinggal dua biji mata sahaja.

Katanya untuk memulihkan kembali dia ke bentuk asal, dia hendaklah mendapatkan 100 (tak tahu pulak botol ke, mangkuk ke) darah perempuan yang masih dara. Jadi, setiap malam hantu ini akan merayau-rayau mengetuk rumah-rumah orang yang ada gadis dara dan memberi salam lebih kurang macam ni bunyinya “assalamualaikum kum.” Barangsiapa yang menjawab salam lalu membuka pintu maka tamatlah riwayatnya menjadi habuan si Hantu Kum Kum.

Hasilnya, ramailah orang yang takut nak buka pintu bila orang datang ke rumah. Tak kurang pula yang mengusik dengan memberi salam serupa dengan hantu tersebut.

Apakah wujud Hantu Kum Kum?

Sebenarnya Hantu Kum Kum ini adalah satu bentuk kesedaran dalam masyarakat tentang Islam. Pada ketika itu, kesedaran untuk menutup aurat semakin meningkat. Maka ramai dari kalangan gadis-gadis yang mengenakan tudung labuh dan ada juga yang berjilbab. Bila golongan ini memulakan pemakaian yang sedemikian, maka ada golongan yang pakai mini skirt dan rambut dilepaskan ala-ala iklan syampu Pantene terasa hati. Maka sengaja diwujudkan imej Hantu Kum Kum yang menutup keseluruhan badan kecuali dua biji mata sebagai tanda tidak puas hati mereka terhadap golongan yang bertuduh labuh dan berjilbab, supaya imej mereka rosak pada pandangan masyarakat.

Kesimpulannya, Kum Kum kini tinggal legenda, sebuah mitos masyarakat Melayu. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri hantu kum kum.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *