Kisah Seram – Tiga Beradik

cerpen.info (4)

Saya seorang yang amat mengemari cerita –cerita seram dan juga pernah beberapa kali mengalami sendiri kisah-kisah seram, (kata Emak saya dianugerahi pancaindera keenam kerana senang ‘terlihatkan’ benda-benda yang menyeramkan; wallahuallam..) Disini saya ingin berkongsi satu cerita yang saya alami ketika saya berusia lebih kurang 10-11 tahun yang berlaku pada awal tahun 90an.

Saya dibesarkan di kotaraya Kuala Lumpur, dan setiap kali musim cuti persekolahan, saya gemar pulang ke kampung nenek sebelah Emak di Negeri Sembilan. Dijadikan cerita, suatu hari Paksu, iaitu adik lelaki Emak saya mengajak kami (saya, adik perempuan dan sepupu) untuk tinggal di rumahnya yang baru diduduki di sebuah kawasan Felda yang baru diterokai. Saya masih ingat lagi ketika itu tiada bekalan elektrik dan malam hanya diterangi oleh lampu gasoline. Walaupun tidak pernah mengalami kehidupan sebegitu, saya begitu seronok kerana itu adalah pengalaman baru pada diri saya.

Pada malam pertama, selesai makan malam, kami beramai-ramai tidur di ruang hadapan rumah kerana hanya terdapat satu bilik di rumah tersebut yang digunakan oleh paksu dan maksu saya. Sedang lena tidur kerana kepenatan bermain pada belah siangnya, saya terjaga tanpa sebab. Suasana begitu sunyi, hanya kedengaran dengkuran sepupu-sepupu saya yang juga keletihan. Tiba-tiba dihadapan mata terlihat oleh saya tiga susuk lembaga yang berpakaian jubah dan penutup kepala yang hanya menampakkan wajah yang hitam tanpa rupa lalu menembusi pintu masuk rumah dalam formasi berbaris.

Tiga makhluk tersebut berbaris dari yang pendek didepan, diikuti yang sederhana ditengah dan yang terakhir ketinggiannya hampir menyentuh siling rumah. Apa yang menambahkan ketakutan saya ialah kaki mereka tidak kelihatan dan tergantung-gantung diawangan. Apa yang saya saksikan ini seperti menonton filem seram di dalam tv, sungguh tidak masuk akal bagaimana mereka lalu seperti angin yang menembusi pintu rumah yang bertutup.

Mereka terus lansung ke dapur dengan tinggal yang tinggi berdiri di pintu dapur seperti mengawasi keadaan. Itulah kali pertama saya melihat sesuatu yang saya rasa saat paling menakutkan sehingga kini. Adakah saya bermimpi? Saya sangat pasti yang saya tidak bermimpi kerana peluh berjuraian dan saya menggigil ketakutan di sebalik selimut yang saya selubungkan di badan dengan harapan si hantu tinggi tidak terlihatkan saya yang terjaga ini. Hendak saya kejutkan sepupu yang tidur di sebelah tapi tidak terdaya. Hanya bacaan ayat Alfatihah yang saya ketahui mampu keluar dari mulut, itupun tunggang terbalik dek ketakutan yang teramat-amat.

Ketika itu saya dengari keadaan riuh rendah dengan ucapan yang tidak difahami tapi berbaur kemarahan di dapur yang datangnya dari dua makhluk si pendek dan si sederhana. Bunyinya seperti mereka berebutkan sisa makanan di dapur, dengan kuali di ketuk-ketuk dengan senduk. Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya saya dan saya berdoa semoga semuanya berakhir dengan pantas. Si tinggi hanya berdiri di pintu dapur, setia seperti seorang pengawal. Saya pasti ‘mereka’ tidak sedar yang saya menyaksikan segalanya, jika tidak pasti si tinggi akan membalas pandangan saya.

Akhirnya dalam ketakutan itu saya tertidur kembali. Keesokannya saya ceritakan kisah tersebut kepada Maksu saya. Jawapannya, saya hanya bermimpi. Tapi saya yakinkan padanya yang saya tidak bermimpi dan semuanya nyata. Untuk pengetahuan pembaca semua, sebenarnya kisah ‘Tiga Beradik’ ini agak terkenal dikalangan peneroka-peneroka Felda pada waktu tersebut. Ada yang memanggilnya ‘Hantu Dapur’. Sudah ramai peneroka-peneroka Felda ternampakkan kelibat ‘tiga beradik’ itu sejak mereka pindah masuk ke penempatan ini. Tetapi Maksu saya tidak mahu mengiyakan kerana bimbang saya akan ketakutan. Dia hanya bercerita kepada Emak saya mengenai kesahihan kisah tersebut. Apa yang saya tahu, felda ini sebelumnya adalah hutan tebal yang diterokai untuk dijadikan penempatan. Si ‘tiga beradik’ memilih untuk mengunjungi rumah Paksu saya pada malam tersebut adalah bersebab, ini kerana pinggan mangkuk bekas makan dan juga peralatan memasak dibiarkan di dapur tidak dibersihkan oleh Maksu saya kerana pada waktu itu bekalan air juga belum ada.

Pada fikiran Maksu saya adalah lebih senang jika dibersihkan keesokkan harinya. Bekas sisa makanan dan kekotoran itulah yang menjemput syaitan dalam jelmaan rupa ‘tiga beradik’ itu datang kerana seperti yang kita ketahui, benda-benda sebegitulah yang menjadi kegemaran mereka. Dan secara kebetulan saya ada disitu untuk menyaksikan segalanya dengan izin Allah SWT. Satu benda yang saya pelajari dari kisah di atas adalah tidak sesekali membiarkan pinggan mangkuk atau peralatan memasak di dapur begitu saja tanpa di bersihkan, dan ianya menjadi amalan saya sehingga kini. Tentang ‘tiga beradik tidak lagi kedengaran kisahnya, mungkin tiada lagi dapur ‘kotor’ yang boleh dikunjungi di Felda tersebut. Wallahualam

Credit : Dunia Seram/Cerita kiriman Niza Z

Cerita Hantu – Pocong Dalam Dorm

cerpen.info (19)

Hari terakhir Exem SPM.. Selepas habis menjawab kertas Biologi, lebih kurang pukul 4 ptg (kalu tak silap la) kami berpendapat untuk tinggal lagi di asrama.. Kira malam last la.. Takut nanti tak jumpa dah.. Maklum la baru merdeka .. Memasing dok pasang angan nak bekerja cari duit..Jjadi ramai yang dah mula balik ke rumah masing-masing.. Hanya tinggal kami lebih kurang 10 orang.. Warden pun tade masalah.. Janji besok kena keluar la.. jangan gatai nak lepak lagi kat asrama.

Jam 6.00 petang kami ke dewan makan untuk makan petang..  Kata warden makanan ada lagi kalu nak makan pergi la ke dewan makan.. Dalam perjalan ke dewan makan tu, kami ikut jalan pintas, ikut jalan belakang.. Tetiba salah sorang dari kami menjerit.. ”Wehhhh korang Nampak tak, Apa benda tu?” Kami semua behenti.. Menoleh kearah pagar belakang sekolah.. Seperti yang di tunjuk oleh kawan tu.. Jarak pagar dengan tempat kami berhenti lebih kurang 50 meter.. Kelihatan seperti sekor binatang yang kepalanya tersangkut dipagar tu.. (pagar hijau).. Kami menghampiri pagar.. Betul la ada seekor kancil kepalanya terlekat dalam lubang pagar tu.. “Huisss lauk ni.. Sedap tuuu..” Keluar kata-kata dari mulut salah seorang dari kami.. Hehehe.. Semua tersenyum.. Dapat lauk free.. Jom tangkap.. Nanti kita sembelih pastu panggang..

Setelah dapat menangkap kancil tu, kami bawa ke dewan.. Kami suruh abang tukang masak tu sembelih.. Seorang kawan kami yang tolong pegang masa proses sembelih dan lapah tu.. Kami yang lain lepak kat dalam dewan je.. Kami tapau semua makanan yang ada dalam dewan tu untuk bawa balik dorm.. Kancil tadi abang tukang masak tu tolong panggangkan.. Setelah semua selesai.. Kami bawa pun berjalan balik.. Dalam perjalanan tu.. Hati macam tak sedap je.. Macam ada benda dok ikut kami.. Aku buat derk je la.. Mungkin sebab masa tu remang senja.. Jadi macam-macam la dalam kepala.. Sampai saja dalam dorm kawan aku yang tolong proses kancil tu bawa satu bekas plastik dan letak kat penjuru bilik.. Kami mulakan la seisi memakan.. Cuma aku je tak makan kancil tu.. (memang tak makan pun, kancil, sotong, ketam, dll).

Selesai makan kami mengemas bilik tu.. Aku Tanya kawan aku sorang tu.. “Ko letak apa kat hujung bilik tu?”.. Nak tau apa dia bagi tau.. Tu kepala kancil ngan semangkuk darah dia.. Terkejut aku.. ko nak buat apa dengan menda tu.. Tau apa dia jawab?.. Ko nak tau tengok la malam karang.. Siot betol.. Aku dah cuak.. Yele.. Dah la ada darah.. Siap kepala lak tu.. Aku tak bagi tau memember yang lain.. Kami pergi mandi.. Lepas mandi lebih kurang pukul 9 malam.. Kami mula la berborak sambil hisap rokok.. Masa ni cikgu ke warden ke dah tak leh nak kata apa dah.. Topic memula.. Biasa la pasal nak kerja mana lepas ni.. pasal aweks.. Pasal motor(masa tu rxz memang popular la).. Sampai la cerita pasal hantu.. Cerita hantu pochong yang lompat dari tanah ke tingkat satu tu kami cerita balik.

Suasana seram dah menyelubungi kami.. Sedar tak sedar jam pun dah tungjuk pukul 1 lebih.. Sedang laka kami berborak terdengar satu suara aneh dalam dorm tu.. Memula sayup.. Macam jauh je.. Kendian semain jelas suara tu.. Kami berpandangan .. Ekk,ekk,ekk.. Suara macam binatang kancil yang kami tangkap petang tadi.. Bau hanyir macam bau darah mula bermain dihidung.. Hamisss.. Sudah kami semua lari ke katil masing-masing.. Mujurla katil aku memang kat tengah-tengah.. Tak la cuak.. kendian kami rapatkan katil.. Jadi la katil double dacker yang panjang.. Aku memang cop yang tengah dah la.. sebab memang katil aku.. Kami tidur rapat-rapat.

Suasana masih lagi dengan bunyi dan bau yang aneh tu.. Kami diam tak berkata.. Dengan selimut yang menutupi kami semua seperti pocong dah.. Tetiba… Katil yang diatas seperti ada sesuatu yang melompat.. Dari satu katil ke satu katil.. Dekat 10 minit gak la menda tu duduk diatas tu baru la dia berhenti.. Kami tak pasti apa benda tu.. Bila dah rasa selamat sikit kami beranikan diri untuk mengintai.. memang dah tade dah menda tu.. Kami rasa lega.. Kami on semua lampu bilik.. Terang benderang bilik tu.. Yang pasti aku lihat mangkuk yang ada darah kancil tu dah terbalik.. Separuh darah tu tumpah atas lantai.. Kengkawan yang lain memang tak tahu lagi.. Mungkin dorang tak perasan..

Tiba-tiba, ntah dari mana muncul sekor kucing hitam berlari dengan pantas kearah pintu keluar dan terus keluar.. Sebab kami dengar bunyi kucing tu kat luar..Yang pelik nya macam mana dia keluar sedangkan pintu tu tertutup dan berkunci.. Kami cuba tidur.. Tetapi sorang pon tak leh tidur.. Bila pejam je mata rasa macam ada macam-macam benda dalam bilik tu.. So kami terus la borak badan memasing dah berselimut tutup semua.. Sampai la azan subuh baru dapat tidur..

Jam 10 pagi baru bangun.. Baru la aku ngan sorang kawan tu bg tu yang dia bawak balik darah ngan kepala kancil tu dalam bilik.. Mungkin menda tu nak balik atau nak soh tanam elok-elok.. Kami tanam kepala ngan darah kancil tu kat belakang asrama.. Cuci balik lantai yang kotor kena darah tu.. Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami check out dari asrama tu.. membawa haluan masing-masing.

Credit : Sumber

Kisah Misetri – Jongkong Emas

JIN SAKA

Jongkong EMAS Mengalahkan JIN SAKA

Cerita ini tidak berkenaan dengan yang dah mati dan tidak di taja oleh mana-mana syarikat Emas.. Mentang-mentang dah jadi Master Gold Dealer.. cerita pun bab OMEH jo.. Logam Kuning..Besi Kuning.. DEN citer di tajuk lain.. ialah Bulan Muharam yakni Tahun Hijrah baru.. Bank-bank Bunian dah penuh balik budget mereka.. kan kan kan..

Sebelum tu DEN nak ucapkan Selamat berjaya kepada Mahaguru EMAS Syukor Hashim dan Pokli. DEN ado terserempak dengan dorang maso DEN merompak omeh kat Public Gold. Teruskan usaha murni anda.

Walaupun ceritera ini hanya temberang DEN, semuga ada manafaatnya..

Suatu malam seperti biasa.. DEN didatangi satu keluarga yang dah merata berubat nak buang SAKA tapi mai balik.. dan SAKA ni pulak jenis suka mengulang ulang atau bahasa kasarnya memperolok-olokkan ayat-ayat Al Quran yg di baca. Memang DEN tak gemar le. Masa mereka bercerita dalam kepala otak DEN nak kasi JIN ni suatu penderaan yang boleh kasi Trauma sama itu JIN. DEN perati dalam cermin.. JIN ni kafir. DEN diam-diam pasang Pagar guna zikir nafas di tahap NUPUS. dan DEN putarkan melawan Jam samo cam orang buek tawaf di Kaabah. Bila dah laju cam Saiklun.. DEN masukan sekali JIN tu. Tak cukup tapak tanah dia berdiri. Ingat Handal Benar.. Dia asalnya duk bersila tunggu DEN nak Ruqyah ke hapa. Sorry beb.. berlaku perlawana batin walau zahir masih berbicara memecah keheningan malam di KOTA KEMUNING..

Dalam keadaan dia duk mencari tapak dalam lingkungan Saiklun tersebut tiba-tiba je.. CIS ko memang berlagak. JIN SAKA menempik. Takdo orang dapat keluarkan aku yang sudah berpuloh tahun menjaga anak cucu. DEN jawab seperti biasa…” Namo DEN kan Tok BELAGAK.. so apa adahal “Terdiam beruk JIN tu. ” Suatu jawapan yang mendapat markah penuh dalam skema peperiksaan Bahasa Malaysia tahap SPM.

Apo kecoh kecoh mende ni kan muleh setel “DEN mula mengumpan walaupun tangan dia sudah melakukan ritual untuk menjurus DEN. DEN tengok dia nak main jurus..DEN terus tunjukkan jari DEN tepat ke Jantung dia. Terkentut dia kena. Macam nak mampus.. itu pun DEN kasi pada laluan Nafas jo.. bukan pada Tanapas atau Ampas atau Nupus. DEN cakap ” Apa barang lu nak main jurus dengan Gua “. DEN tak kas habis.. sebab he.he.. banyak barang Mamat ni ada..mana le tau ada rezeki.

Relax brother.. Kita muleh bincang.. DEN mula nak racun SAKA dia jo. Orang hantar Mak Ayah kek umah orang tua pun kena bayar gak bulanan, inikan ko yang dah tuo bangat (Korang pun elok gak buek camni.. bilo ayah dan Omak dah tua campak jo kek pusat jagaan ..bayar jo sebulan ikut budget le.). Jin SAKA diam jo.. DEN mulo nak jadi macam British buek tawar menawar..

Ko kasi DEN Omeh 2-3 ketul berat dalam 6.5kg seketul dah le.. DEN janji Dorang kan bela ko. Jeng-jeng.. DEN sebagai MASTER GOLD DEALER mula menggunakan kemahiran DEN.

Aku ada 7 tempayan emas dan harta karun…Tibo2 jo SAKA tu bersuara.. (Dah kena racun DEN). Lamo dah Aku nak kasi kat dia.. tapi dia tak nak.. Kepalo Hotak kau.. DEN sergah SAKA tu.. Mano ado Manusia yang tak nak .. Ko kasi kat DEN. Tawar menawar perjanjian Pangkor pun bermula.. Sang SAKA pun mula menghulurkan telapak kirinya didepan DEN.. ni ha ada emas jongkong seketul diatas tangan dia.. berkilau mata DEN tengok…( emas beb..bosar dari 100gm bar bullion yang DEN ado ) maybe jongkong 6 kg. Cis buek apo kalau tak zahir.. sergah DEN.. Zahirkanlah kalau mampu.. (DEN dah siap ayat pemotong kalau dia zahirkan emas jongkong tu..biar dia tak muleh amik balik bila dah zahir) (Jin-jin ni memang palat.. depa memang suka kasi tunjuk sekejap secara zahir lepas tu kasi tarik balik kealam mereka) tibo-tibo je ada emas jon.. Jin Saka diam aje..

DEN cakap.. cepatle zahirkan.. kalau setakat alam ghaib.. DEN pun muleh cari lagi banyak..

Saka diam jo.. DEN biarkan suasana hening seketika.. biar Saka tu decide..He..he.. Zahir je DEN potong le.. Kayo beb…

Credit:Sumber

Jin Tertua di Hutan Negara Pahang

Mata Jin - cerpen.info

Kewujudan jin iaitu makhluk yang turut menghuni muka bumi ini selain manusia tidak boleh dipertikaikan. Jom kita baca kisah benar kewujudan jin yang dipercayai antara yang tertua di Hutan Negara Pahang.

Assalamu’alaikum wrt. wbt.

Saya seorang penjinak jin. Daripada pengalaman kerja saya selama lebih 15 tahun, didapati usia jin berbeza-beza (kerana mereka juga beranak-pinak seperti kita dan ada yang berumur sangat lanjut) dan usia ini pula akan menentukan tahap keganasan, kegarangan, kematangan, kebijaksanaan dan kekuatan jin itu sewaktu berdepan dan berdiskusi dengan seorang penjinak jin seperti saya.

Di sini, saya dengan rendah hati dan rendah diri membuka thread baru ini untuk mengumpulkan maklumat seterusnya berkongsi pengetahuan dan mungkin kepakaran untuk membantu sesama manusia atau jin sendiri yang mengalami masalah dalam kehidupan alam yang perlu dikongsi ini.

Saya akan maklumkan tarikh, masa dan tempatnya apabila berdiri secara rasmi sebuah pusat penjinakan jin. Apabila jin-jin itu sudah jinak dan sebahagian besarnya berjaya diIslamkan, nyata dan benarlah manusia itu sebaik-baik kejadian dan Khalifah Allah di muka bumi-Nya ini.

Baik, saya mulakan dahulu. Tuan-tuan yang ada ilmu dan pengalaman boleh bantu tambahpanjangkan perkongsian ilmu ini. Kepada para pemerhati, silakan bertanya dengan cara sopan dan bertatasusila;

1. Jin wanita dari utara India, 650,000 tahun, ditemui pada 21/06/2014.

2. Jin wanita dari Taman Negara Pahang, 500,000 tahun, ditemui pada 2009.

3. Jin lelaki dari Segitiga Bermuda, 450,000 tahun, ditemui pada 2007.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan sokongan anda kepada thread ini. Saya izinkan ia dishare di semua laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsApp dan blog masing-masing dengan niat untuk mengangkat tahap keilmuan manusia setingkat lebih tinggi daripada yang sedia ada hari ini. Wallahu’alam!

Kisah Jin 1 (Jin wanita dari utara India)

Jin ini bercakap bahasa Hindi pada awalnya.

Pesakit wanita ini tidak berniat untuk mendapat rawatan, sebaliknya yang berhubung dengan saya ialah adiknya yang hilang bayi dalam kandungan.

Sesi perkenalan sangat pantas, dia begitu agresif dan mahu bertarung fizikal dengan saya.

Menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada, saya tenangkan dan minta dia bekerjasama.

Dia sendiri yang memulakan perbincangan dan rundingan, saya banyak diam. Sesekali saya tegur jika dirasakan fakta yang dikemukakan tidak tepat.

Jin ini adalah belaan ibu mentuanya sendiri, tujuannya untuk memisahkan wanita tersebut dengan suaminya.

Makanan utama jin ini ialah asap daripada kemenyan yang dibawa dari India.

Jin ini mengaku dia kafir dan sudah terlalu banyak melakukan kejahatan. katanya tidak mungkin Allah akan ampunkan dia.

Saya katakan kepada jin itu bahawa rahmat Allah itu maha luas, insya-Allah dosa-dosanya pasti akan diampunkan.

Sekarang kami dalam proses seterusnya, saya sedang memujuknya untuk memikirkan kemungkinan positif iaitu saya mahu dia mati dalam keadaan Islam.

Maklumat tentang MH370; dia kesal kenapa manusia tidak betul-betul mencari sedangkan ilmu yang ada pada manusia mampu untuk menemukannya semula.

Kisah Jin 2 (Jin wanita dari Taman Negara Pahang)

Kisah bermula daripada lawatan sambil belajar ke Taman Negara Pahang.

Kami menginap di sebuah resort yang agak terpencil.

Kumpulan kami ditempatkan di dua blok asrama, setiap blok ada beberapa buah dorm.

Sampai di sana, kami ‘disambut’ dengan ‘black-out’ – ini petanda bahawa jin di sini daripada jenis ifrit.

Semasa aktiviti ‘night-walk’, jin-jin di situ telah mula menampakkan diri. Keadaan masih terkawal.

Makan malam hari pertama saya simpan sedikit dan tutup dengan membaca basmalah. saya beritahu kawan, syaitan tak boleh usik makanan itu.

Pukul pagi, satu jin terbang masuk ke dorm saya. Landing betul-betul di katil sebelah. Saya kejutkan kawan di sebelah, tapi dia tidur mati.

Kawan di katil bawah menjerit, selimutnya ditarik sesuatu. Dia bertempik; “Allahu Akbar!” Barulah, selimut itu terlepas, dia jatuh.

Saya kejutkan semua ahli rombongan. masa tu pukul 2.30 pagi. saya paksa semua bangun ke tandas. Ramai merungut-rungut, mereka tak faham.

Satu demi satu kes berlaku sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana. Ingatkan ia akan berakhir di situ sahaja.

Kami pulang dan sebahagian peserta rupa-rupanya membawa pulang ‘sesuatu’.

Melalui salah seorang peserta inilah, saya dapat berkenalan dan berbincang dengan jin dari Taman Negara tersebut.

Mereka tidak beragama, telh terkurung di resort tersebut sejak ia dibina kerana silap ‘terpagar’ sekali di dalam.

Komuniti mereka berkembang, makanan jadi semakin berkurang, ramai yang menderita kelaparan.

Mereka marahkan saya kerana membaca basmalah dan menutup makanan pada malam itu. Mereka langsung tidak dapat menyentuhnya.

Mereka minta saya bebaskan mereka daripada kurungan tersebut.

Kisah Jin 3 (Jin lelaki dari Segitiga Bermuda)

Jin ini datang kepada saya dalam keadaan begitu letih akibat perjalanan yang jauh dan penuh halangan.

Apabila ditanya, dia lebih banyak mendiamkan diri.

Akhirnya saya mendapat idea untuk memberinya pen dan kertas. Dia mula bersetuju untuk memberi kerjasama.

Dia tulis; Saya tak boleh bercakap, nanti ‘Azazil dapat tahu di mana kedudukan saya.

Dia tulis; Dah ribuan tahun saya ‘dipaksa’ bekerja di bawah kawalan dan pengawasan ‘Azazil.

Saya tanya, apa yang saya boleh bantu?

Dia tulis; Selamatkan saya daripada cengkaman ‘Azazil.

Saya tanya, adakah Dajjal juga tahu yang kamu sudah melarikan diri ni?

Dia tulis; Pasti, ‘Azazil sangat rapat hubungannya dengan Dajjal.

Saya tanya, kenapa kamu datang ke sini?

Dia tulis; UFO ‘Azazil selalu mengintip Malaysia. Dia dan Dajjal yakin orang yang mereka cari ada di sini. Saya pun begitu.

Saya tanya, apa pekerjaan kamu di bawah kerajaan ‘Azazil?

Dia tulis; Saya ketuai sekumpulan saintis. Kami mencipta senjata sebagai persediaan untuk berperang.

Saya tanya, apa hubungan kamu dengan ‘Azazil sehingga dia lantik kamu jadi orang penting?

Dia tulis; Saya anak saudaranya.

Petikan di dalam Majalah Al-Ustaz

Alam ghaib ialah suatu alam yang sangat gelap bagi manusia. Alam ini bukan hanya meliputi alam jin dan roh tetapi meliputu juga perkara berkaitan masa lalu dan masa hadapan. Hakikatnya, tiada yang lebih mengetahui tentang alam ghaib melainkan allah.

Pun begitu, alam ini boleh diketahui oleh golongan manusia tertentu apabila Allah memberikan keizinan kepadanya.

Wallahuallam

Kisah Seram – Bau Mayat Menusuk Hidung

Bau Mayat Menusuk Hidung

Kisah Benar Pengalaman Pemandu Komuter ; Bau Mayat Menusuk Hidung.

“Selama tiga hari saya demam dan seminggu hidung asyik menghidu bau mayat hingga tidak lalu makan terutama daging kerana terbayang seolah-olah mayat itu berdiri di depan mata,” kata Zaid Ibrahim, 43, menceritakan pengalaman pahitnya ketika menjadi pemandu komuter di ibu negara dari 1995 hingga 2009.

Dalam kejadian pada 1996 itu, kereta api yang dipandu lelaki itu merempuh tujuh pejalan kaki yang hendak melintas rel dari jarak dekat hingga dia tidak mampu mengelak lalu melanggar semua mangsa di laluan Kepong-Sungai Buloh. “Apa yang menyedihkan, enam daripada mangsa meninggal dunia manakala seorang cedera dan ia menghantui hidup saya seketika kerana sejak itu saya trauma untuk makan daging.

“Lama juga saya cuba melupakan kejadian itu akhirnya saya anggap ia pengalaman yang mematangkan diri,” katanya yang kini menjawat tugas sebagai Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di kawasan Tumpat dan Manik Urai, Kelantan.

Selain itu, menurut lelaki berasal dari Pasir Puteh ini, dia juga pernah berdepan kejadian lelaki warga emas yang menyorok di bawah pagar untuk cubaan membunuh diri dengan terjun secara tiba-tiba di lintasan kereta api ketika membawa penumpang ke stesen Kajang. Katanya, dia bernasib baik sempat menekan brek secara mengejut, sekali gus menyelamatkan lelaki itu daripada terbunuh.

“Melihat dia terbaring, saya segera mendekati lelaki itu. Saya memarahinya dengan mengatakan dia menyusahkan orang lain, tapi dia langsung tidak melawan. “Lelaki itu kemudian menyatakan dia mengalami masalah rumah tangga kerana isterinya berkeras mahu menetap di Sarawak dan enggan ke Semenanjung sedangkan dia bekerja di ibu kota, bahkan semua anaknya belajar dan bekerja di Kuala Lumpur.

“Selepas itu lelaki berkenaan menangis terisak-isak kerana kesal dengan perlakuannya yang tidak matang kerana cuba membunuh diri. Dia kemudian berkali-kali memohon maaf kepada saya serta insaf dengan perbuatannya itu,” katanya.

Menariknya beberapa tahun kemudian, lelaki itu menjadi rakan baik Zaid dan menyatakan sudah menceraikan isteri serta berkahwin lain, selain menghantar hamper pada setiap musim perayaan sebagai pernyataan terima kasih kerana pernah menyelamatkannya.

Credit : Sumber

Hantu Jepun Penunggu Tandas Sekolah

Hanako-san cerpen.info (1)

Hantu Jepun Hanako membuktikan bahawa kewujudan makhluk ghaib dikenali dalam berbagai-bagai negara. kisah benar kemunculan hantu kanak-kanak kecil yang menjadi penghuni tandas sekolah adalah memang sangat lagenda di negara Jepun. Tentang apakah bentuk hantu Hanako dan kisah-kisah bagaimana sebenar berkaitan dengan lagenda? Ketahui lebih lanjut tentang huraian ringkas di bawah.

Asal-usul Hantu Hanako

Kisah tentang hantu kanak-kanak kecil tidak ketara umur sekolah rendah telah menjadi legenda bandar di Jepun. Asal usul hantu Jepun Hanako pula tidak secara muktamad akan terbukti benar, tetapi ada versi yang agak munasabah berkaitan dengan cerita ini.

Nagasaki selepas bom Berikat terdedah

Semasa Perang Dunia II, Jepun menjadi salah satu kuasa besar yang cukup memainkan peranan penting di medan pertempuran. Ini dapat dibuktikan oleh sumber-sumber sejarah yang menyatakan bahawa Jepun hendak memerintah dunia dengan rancangan untuk membuat Komanwel kononnya “Greater East Asia”. Cita-cita yang penuh dengan cita-cita yang pasti mengusahakan banyak kontra antara negara-negara jiran. Usaha Jepun untuk menjadi peneraju dunia juga kita boleh lihat dari negara-negara yang dihuni.

Pada tahun 1945, tepat 6 Ogos, bersekutu tentera yang menjadi salah seorang penentang tentera Imperial Jepun yang menjatuhkan bom di bandar Hirosima. Keseluruhan bangunan di bandar adalah semua bangunan kerajaan mencairkan lantah baik bangunan-bangunan seperti sekolah, hospital dan sebagainya. Mencatatkan lebih daripada 100,000 kehidupan manusia hilang akibat serangan bom.

Di sisi lain terdapat bandar besar lain di Jepun seperti Nagasaki. Di bandar inilah Hanako-san hidup seperti kanak-kanak sebayanya. Hanako-san mengikuti pendidikan di sekolah rendah di kawasan bandar. Selepas 2 hari kebinasaan Hirosima bandar Nagasaki lenyap keadaan mula untuk memperbaiki, murid-murid sekolah pergi kembali ke masuk sebagai biasanyadan termasuk Hanako-san.

Yang akan berfikir apabila aktiviti penduduk bandar Nagasaki berjalan kembali, ternyata Pasukuan bersekutu yang mempunyai rancangan yang besar untuk memusnahkan bandar seperti yang mereka lakukan dengan Hirosima 2 hari lebih awal.

Hanako-san termasuk kanak-kanak yang ceria dan mesra, Hanako-san sentiasa bergurau dan bermain-main dengan rakannya apabila tiba masa rehat jam. Hari itu serentak dengan hari Khamis yang biasa, anak-anak sekolah yang memakai seragam rendah yang merah. Hanako-san bersama-sama dengan rakannya yang seronok untuk bermain sorok di dalam bangunan sekolah ini.

Bilakah Hanako-san sedang bersembunyai dalam tandas sekolah supaya tidak mencari kawan-kawan dengan berbuat demikian. Tiba-tiba serangan bom tentera Berikat jatuh betul-betul di bandar Nagasaki. Bunyi yang besar diikuti dengan melambung asap tebal, dan bandar Nagasaki musnah tanpa hitungan minit.

Hanako tengah bersembunyai di tandas sekolah telah mengambil bahagian dan dibunuh di bawah runtuhan bangunan akibat serangan pengeboman bersekutu. Itulah sejarah Hantu Jepun Hanako membuat yang paling masuk akal.

Penghuni dalam tandas sekolah

Hanako-san cerpen.info (2)

Lima tahun serangan bom yang membunuh 80,000 pekerjaan Nagasaki yang telah lalu, bangunan sekolah dan kerajaan mula kembali. Pada tahun 1950 aktiviti-aktiviti kanak-kanak usia sekolah mula kembali.

Tetapi kejutan apabila mereka mengetahui kisah hantu Hanako-san yang sering bermuncul dalam tandas sekolah. Masih menggunakan seragam sekolah yang lengkap dengan kakitangan bawahan merah, hantu Hanako-san biasanya kelihatan di bilik mandi wanita. Oleh itu juga hantu Hanako-san juga dikenali oleh kanak-kanak sekolah sebagai hantu penghuni tandas sekolah.

Tidak cukup up di sana, kisah misteri hantu Hanako, masih terdapat banyak versi yang lain. Salah seorang daripada mereka ialah Nampak satu makhluk ghaib hantu Hanako-san kerana diminta oleh seseorang dengan cara yang memanggil.

Cerita sebenar tentang hantu Jepun yang sangat terkenal itu nampaknya bukan sahaja berlaku dalam persekitaran sekolah rendah, tetapi juga menjadi perbincangan antara sekolah setaraf sekolah pendidikan menengah. pelajar-pelajar di Jepun juga sering melakukan panggilan terhadap sosok hantu Hanako-san.

Hantu Hanako-san di sekolah menjadi salah satu acara untuk membuktikan keberanian seseorang. Walaupun banyak cerita mengatakan bahawa hantu Hanako-San bukan sahaja hadir pada waktu malam, jika dia dipanggil, maka pada waktu siang juga akan datang dan melihat di dalam tandas sekolah.

Entah bagaimana kebenaran cerita hantu Jepun di atas, yang dengan jelas kisah hantu Jepun Hanako menjadi legenda bandar di negara Jepun.

Misteri Kanak-kanak di Sekolah Rendah

Misteri Kanak-kanak - cerpen.info

Saya adalah seorang suri rumah yang bekerja sebagai guru sekolah rendah.

Kejadian ini saya alami apabila saya mendapat panggilan daripada Ketua sekolah rendah di mana saya pernah mengajar, saya diberitahu untuk menggantikan guru-guru yang memberi pelajaran pada pelajar gred enam pada hari itu. Secara kebetulan saya mempunyai tiada aktiviti lain pada masa itu, saya menerima arahan dari Ketua sekolah dengan keseronokan.

5 pm aku baru sahaja selesai memberikan kelas-kelas tambahan. Dari situ saya mendapati jika ianya pada sebelah petang, kejiranan di mana saya mengajar dalam suasana yang tenang dan jarang ada orang yang melalui di hadapan sekolah.

Apabila memberi kelas tambahan, maka saya teringat Jadilah tugasan murid-murid saya yang pembetulan saya dan lagi saya akan berkongsi esok pagi.

Selesai memberikan pengajaran yang tambahan bagi gred enam, saya tidak segera pulang ke rumah dan saya akan meneruskan tugas betul murid-murid saya di sekolah sehingga 7 petang. Buat masa ini saya asiknya membetulkan tugasan pelajar-pelajar saya, hampir tdk dari luar ia kedengaran seperti ada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di Taman sekolah.

Pada mulanya aku merasa tidak acuh tak acuh, kerana saya fikir mungkin itu penduduk sekitar sekolah yang mahu bermain buaian, prosotan dan sebagainya. Kemudian suara itu semakin jelas dan saya tertanya-tanya untuk melihatnya. Apabila saya keluar, dan ia ternyata di luar tidak nampak kanak-kanak bermain di Taman. Tapi swing di Sekolah Taman menggegarkan kerana ada yang bermain, dan bulu occipital saya mula berdiri, saya mula rasa seksa yang amat besar, dan kaki saya mula suara kerana takut.

Saya memutuskan untuk pulang ke rumah dan menguruskan kertas-kertas tugasan pelajar-pelajar saya. Apabila saya mengurus kerja-kerja saya, suara anak itu terdengar lagi dan saya berlari secepat mungkin keluar untuk mengambil motosikal saya dan pergi.

Manakala di tempat letak dan mula motosikal saya untuk pulang ke rumah, ia akan menjadi kagetnya yang saya nampak cantik muda kanak-kanak dari cermin spion yang berdiri dalam jarak yang jauh, merenung saya. Saya terus tancap gas dan berdoa untuk dalam perjalanan rumah harapan saya melihat kanak-kanak di sekolah itu tidak mengikut saya ke rumah.

Kisah misteri asal-usul Hello Kitty

Asal-usul Hello Kitty

Siapa yang tidak tahu kartun watak comel anak patung sekaligus dengan nama Hello Kitty. Angka yang lucu, comel dan comel ini memang menjadi idola kepada anak-anak terutamanya anak anak kecil. Tetapi yang akan berfikir di sebalik itu semua ada kisah misteri tentang asal-usul Hello Kitty. Kenapa watak kartun Jepun yang asal tidak mempunyai mulut? Di bawah kami akan menerangkan secara ringkas dikaitkan dengan anomali ini.

Asal-usul dalam Hello Kitty

Dari kisah lagenda bandar, boneka Kitty dilahirkan pada inisiatif seorang ibu memanggil ibu Lady pada 1970-an. dalam cerita ini ditulis bahawa wanita mempunyai seorang anak perempuan tentang umur pertengahan remaja 14 tahun. Malangnya pada masa ini keindahan beliau tidak dapat menikmati kebahagiaan seperti ini biasanya dialami oleh remaja secara umum.

Ini disebabkan kerana ibu Puteri di Lady mengidap penyakit yang, menurut diagnosis doktor adalah kanser malignan di mulutnya. Mengetahui perkara-perkara ini, sudah tentu wanita ibu merasakan kejutan sekali gus sedih melihat hakikat bahawa ia adalah anak perempuan sahaja.

Pelbagai cubaan dan usaha-usaha yang sudah dilakukan wanita untuk penyembuhan buah hati, tapi malangnya tiada satu dokterpun yang merasakan tidak dapat menghentikan penyebaran penyakit kerana perempuannya sudah teruk.

Sebagai seorang ibu sudah tentu wanita mengalami kemurungan yang teruk, kerana semua cara dan usaha untuk menyembuhkan perempuannya bisa tidak juga membuahkan hasil. Dalam kesedihan itu, beliau menjalankan upacara memanggil roh-roh untuk membantu mereka. Terdapat beberapa sumber yang menyatakan bahawa wanita dan bersekutu dengan syaitan demi penyembuhan buah hati.

Ini adalah di mana kisah misteri asal-usul dalam Hello Kitty bermula, tengah anak perempuan dalam keadaan yang teruk dan tidak dapat berkata-kata mahupun akhirnya pulih terima-kasih kepada Perikatan dengan wanita syaitan. Tetapi sebaliknya syaitan meminta ganjaran sebagai syarat untuk beliau penyembuhan anak kepada wanita. Syaitan mahu anaknya jika dia mampu untuk menyembuhkan, maka wanita perlu memberi ganjaran dengan mencipta sesuatu yang boleh menarik minat kanak-kanak dari seluruh dunia.

Selepas perempuannya sahaja telah sembuh penyakit maut yang akhirnya bertemu wanita itu, dia dicipta sosok watak-watak kartun dengan ciri ini mempunyai seorang Ketua yang menyerupai kucing tetapi tidak dijumpai dalam mulut itu. Sesetengah orang percaya bahawa usaha ini beliau lakukan dalam ingatan anak kepada keadaan di mana sebelum ini tengah mengalami kanser mulut dan tidak bercakap.

Hello Kitty anak syaitan

Ia adalah salah satu cerita mengenai watak yang comel dan comel yang lebih banyak kanak-kanak seluruh dunia, menurut sesetengah sumber, nama Hello Kitty terdiri daripada dua perkataan “Hello” dan “kitty” yang bermaksud “Hello” bermaksud “Hi” dalam Bahasa United Kingdom dan perkataan “kitty” berasal daripada perkataan Bahasa Cina Tradisional untuk “Syaitan”. ramai mengatakan bahawa Hello Kityy adalah anak kepada syaitan.

Watak ini telah dicipta untuk menarik perhatian kanak-kanak terutamanya bagi mereka yang idolize watak anak patung atau kartun dalam kehidupan seharian.

Bolehlah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang sedang dimainkan dengan imej boneka Hello Kitty, sama ada, dan seterusnya forth secara automatik akan menerangkan bahawa dia adalah anak kepada syaitan.

Percaya tidak percaya memang jadi urban legend yang dipercayai secara meluas seluruh dunia. Tidak ramai tahu apa tujuan utama syaitan meminta ganjaran dalam bentuk penciptaan watak idola kanak-kanak ini, jelas setakat ini peminat Hello Kitty dari tahun ke tahun memang hanya mengalami peningkatan.

Mengapa Hello Kitty mempunyai mulut tiada?

Apakah ia dengan mulut Hello Kitty?

Jika Hello Kitty boneka kucing, dia sepatutnya memiliki mulut..!!!

Mudah-mudahan ini legenda bandar hello kitty boleh menghiburkan pembaca.

Dirasuk Makhluk Al-Hin

Mahluk Al-Hin

Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin..

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii…hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak…

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba…

Pesakit: Ermm..wanginya… lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish…tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam….

Saya: Hah…sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah…Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni…!..Kang….

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer…

Pesakit: Aku tak tipu lah…Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah…banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan…aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi… Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami….

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari… Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa….

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu…

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah…

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia…Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la…aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia…

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan…?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah…

Pesakit: ku tahu…tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran…

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi…

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku…boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah…kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah…kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu…Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi…

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku…Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat…

Saya: Ooo…macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer…baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii…lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak…Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar…? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu…Rasa nak tengok jer diri kamu tu…

Pesakit: Boleh dengan izin Allah…kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur…Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

———

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

———-

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap… Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi….

Sekian..

Jawapan Ustaz Azhar idrus

p/s : …Fakul innamal ghaibulillah. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah

(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

Cerita Hantu – Hospital

Hospital

Salah satu peristiwa karut dan tidak benar yang aku tidak pernah alami ialah ketika aku menemani isteriku yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta Kuantan pada pertengahan tahun lepas. Pada ketika itu aku dan isteri aku ditempatkan di sebuah wad berkatil enam, tetapi hanya kami berdua yang berada di dalam bilik tersebut. Ketika itu bukan main gembira lagi kami berdua kerana bebas melakukan apa sahaja dalam bilik yang sebegitu luas itu. Tidak ada apa-apa kejadian berlaku sehinggalah pada hari kedua aku di sana. Ketika itu aku dan isteriku terpaksa berada di makmal untuk menjalani beberapa ujian. Pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar menyebabkan aku dan isteri aku tertahan di sana daripada waktu pagi sehingga waktu tengahari.

Setelah pemeriksaan selesai, aku dan isteriku pulang ke wad dan aku terkejut melihatkan satu bungkusan hadiah berada di atas katil isteriku. Setelah aku amati ternyata hadiah itu datangnya daripada rakan-rakanku sepejabat. Aku pada mulanya tertanya-tanya kenapa mereka tidak menunggu kami tetapi kemudiannya menganggap bahawa mereka mungkin kesuntukan masa. Lagipun kami lama berada di makmal, jadi tentulah mereka ada hal lain yang perlu diuruskan. Jadinya aku tidaklah terlampau memikirkan mengenai perkara tersebut.

Setelah isteriku keluar daripada hospital aku ke pejabat seperti biasa. Apabila aku bertemu teman-teman, aku mengucapkan terima kasih di atas kesudian mereka melawat aku dan isteriku di hospital disamping meminta maaf kerana aku tidak dapat bertemu mereka ketika lawatan mereka. Mereka terkejut kerana mereka sememangnya ada bertemu aku di sana. Malah mereka berkeras menyatakan bahawa mereka sempat berbual-bual panjang dengan aku tentang keadaan isteriku. Aku pula yang merasa pening dengan dakwaan mereka itu kerana mereka bersungguh-sungguh benar menegaskan bahawa akulah yang berada di situ. Tambahan lagi seorang kawan aku berkeras menegaskan bahawa dia pasti akan sedar sekiranya orang lain yang mereka temui kerana mereka bukan baru ini kenal diri aku.

Pada mulanya aku menganggap mereka bergurau tetapi mereka bersungguh-sungguh meyakinkan aku bahawa mereka ada bertemu dan berbual-bual dengan aku di sana. Setelah beberapa orang berkata sedemikian, aku mempercayai kata-kata mereka tetapi aku tetap menafikan ada bertemu dan berbual-bual dengan mereka kerana ketika itu aku sememangnya berada di makmal dengan isteriku. Kawan-kawanku pula pada mulanya menyangka aku cuba mempermain-mainkan mereka sehinggalah aku terpaksa menafikan berkali-kali pula bahawa aku ada berbual dengan mereka ketika itu. Peristiwa tersebut menimbulkan kesedikit keributan di pejabat apabila masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing sehingga akhirnya perkara itu tergantung begitu sahaja.

Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa aku cuba memperolok-olokkan mereka dan ada juga yang mempercayai cerita aku. Pendapat aku sendiri??? Ah… entahlah. Aku pun tidak tahu apa yang hendak aku katakan. Cuma aku berasa bersyukur bahawa aku cuma mengetahui mengenai perkara tersebut selepas aku keluar daripada wad itu. Juga bahawa isteri aku tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut.

Sehingga kini yang menjadi kemuskilan kepada aku adalah sekiranya aku berada di makmal bersama isteri aku, siapa pula yang berbual-bual dengan rakan-rakan sepejabat aku. Dan sekiranya ada orang lain yang cuba menyamar, tentu rakan- rakan aku akan mengenali bahawa bukan aku yang berbual-bual dengan mereka. Dan sekiranya bukan orang yang menyamar sebagai aku, makluk apa pula yang berbual-bual dengan rakan-rakanku dan apa pula matlamatnya? Apakah yang dikehendaki daripada diri aku ini?

Tambahan pula semenjak kejadian itu, aku selalu pula merasakan seperti diekori oleh sesuatu. Seram bulu roma aku setiap kali mengingati perkara tersebut. Aku tidak pernah menceritakan perasaan aku kepada isteriku dan aku tidak tahu apakah itu hanya mainan minda dan hanyalah merupakan perasaan aku semata- mata? Mungkinkan aku terlalu letih kerana melayan isteri aku ketika dia di wad dahulu, atau mungkin…  Ahh!!! pedulikan sahaja. Asalkan isteri aku selamat tidak ada apa yang aku perlu bimbangkan.

Walau bagaimanapun aku terpaksa mencurahkan isi hatiku dalam laman web ini pada malam yang sunyi ini. Mungkin aku tidak akan berpeluang lagi untuk berbuat sedemikian di masa yang lain. Ini adalah kerana kebelakangan ini aku merasa semakin resah, seolah-olah ada sesuatu akan berlaku terutama ketika hujan lebat seperti sekarang ini. Risau. Rimas tidak menentu. Seolah-olah dikejar sesuatu yang tidak nampak. Aku bingung tidak tahu ke mana atau mengapa aku mesti pergi. Tambahan pula… Eh… bunyi apa pula di belakang aku sekarang ini. Mungkinkah??? mungkinkah dia mengikuti aku pulang? Mungkinkah dia hendak mengambil alih tempat aku? Sekiranya begitu apakah yang akan terjadi kepada aku? Aku… Aku mesti peeeeeeerrrrrrrrrggggggggiiiiiiiiiii….

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – ‘Benda’ tu hisap kaki mak

cerpen.info (1)

Mak, mak, ‘benda’ tu hisap kaki mak !

Keinginan bersukaria dan menyambung pelajaran adalah impian seorang remaja perempuan ini tetapi nasibnya tidak begitu baik berbanding dengan orang lain. Dia anak kedua daripada 4 beradik. Abang Sulongnya meninggal dunia akibat kemalangan semasa umurnya belasan tahun. Jadi sepatutnya dialah menjadi tempat bergantung harap ibu bapa dan adik beradiknya namun harapan itu masih tinggal harapan; masih belum menjadi kenyataan.

Kesihatan Munirah sering terganggu, kerap dia sakit dan hospital itu sudah jadi sebahgian dari rumahnya. Pandangannya menjadi kabur kekadang berbayang-bayang dan sering jatuh dari tangga. Dia secara rutin dibawa oleh ibunya berulang alik untuk mengambil ubat dan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital tetapi penyakitnya tidak nampak berkurang. Doktor pun sudah tak tahu nak bagi ubat jenis apa lagi kerana penyakitnya adalah penyakit misteri. Hanya ubat penenang menjadi makanannya.

Munirah boleh nampak hantu, boleh nampak jin, malah boleh nampak hantu yang mengigit dan menghisap darah ibunya. Dia juga boleh nampak toyol yang datang mencuri duit dirumahnya namun tidak berdaya untuk berbuat apa-apa hanya sekadar memberitahu ibunya saja.

Oleh kerana ia berlarutan begitu lama, ibu bapanya mengambil keputusan berpindah  ke rumah lain. Walaupun sudah berada di rumah yang baru , ‘benda’ yang sama masih ada, masih datang menghisap darah. Ibunya telah berjumpa dengan bomoh dan pawang malah ada diantara mereka berkata bahawa boleh melihat berbagai perkara ghaib itu suatu anugerah. Samada ibu bapanya percaya kepada dakwaan itu tidak dipastikan tetapi mengikut percakapan ibunya seolah-olah mempersetujui dengan apa yang dikatakan.

Kini umur Munirah sudah lewat usia 20’an tetapi dia tidak dapat menyambung belajar lagi kerana masaalah yang dihadapi. Lebih menyedihkan lagi, kedua ibu bapanya lebih percayakan kepada bomoh dah pawang dari berubat secara rawatan Islam. Mereka tidak menunjukkan kesungguhan apabila disarankan untuk menggunakan kaedah menepati hukum.

Jikalau mereka terus berjumpa dengan bomoh dan pawang, keadaan Munirah tidak mungkin akan sembuh. Jika ada kesembuhan pun ianya hanyalah bersifat sementara sahaja. Ibarat basuh berak dengan air kencing, penyakit akibat dari tindakan hantu dan jin diubati pula dengan hantu dan jin. Maka masaalah tidak akan selesai malah berpanjangan dan berlarutan. Apa yang dirisaukan adalah Munirah sendiri, ibunya atau mungkin adik perempuannya terus di’gomoli’ oleh makhluk laknat itu. Hampir keseluruhan badan ibunya penoh dengan kesan lebam-lebam. Adakah mereka merelakan keadaan ini berlaku berterusan?

Credit : Dunia Seram

Cerita Hantu – Disampuk Pontianak

Disampuk Pontianak

Kisah ini terjadi dirumah nenekku masa itu aku umur 12 tahun darjah 6. kebetulan cuti sekolah jadi sepupu-sepupu pun balik kampung bersama keluarga mereka masing-masing. aku masih lagi tinggal dengan nenekku. keluarga ku menetap di KL aku pula tinggal di sabah. ini adalah pengalaman benar ku dan nak jadikan cerita..

Masa tu makcik aku yang bongsu dirasuk hantu disebuah pohon dibelakang kebun. Sebelum kejadian.. nenek ada menyuruh maksu ngan makngah p cari sayur di kebun. maksu menyangka makngah telah pergi dulu meningglknnya walhal makngah tengah bersiap dalam bilik. maksu pergi sorang-sorang masa tu da hampir senja. pulang dirumah maksu diam dan lansung pergi ke biliknya. nenek yang sedar perubahan sikap maksu tu menyuruh makngah bagitau datuk dan pakcik-pakcik ku berjaga. jelas dimata maksu agak merah galak serta raub wajah seakan pucat. nenek aku ni orangnya pandai mengubat juga dikenali sebagai bidan kampung serta pengamal perubatan tradisional. jadi tidak hairan lah jika nenek aku ni banyak pengalaman serta kisah-kisah ‘menarik’ sepanjang dia ‘ berkerier’ dalam bidang berkenaan.

Maksu meracau-racau tidak keruan sewaktu di ubati oleh nenek juga dibantu datuk serta 2 orang lagi pakcik ku.. aku melihat maksu ketawa mengilai2 seperti bukan dirinya nenek dengan tangkas membaca berapa ayat suci seraya berkata, “Hai, mahluk terkutuk! keluar lah dikau dari tubuh anak ku jika tidak mahu dibinasakan!” maksu yang sedari tadi ketawa mengilai2 merenung tajam ke arah nenek. maksu meronta-ronta dengan kuat pakcik-pakcik ku yang masa tu memegang tangan maksu terlepas dan lantas maksu cuba lari namun sempat ditahan oleh datuk. makngah yang ada sekali menutup pintu bilik untuk mengelakukan maksu yang kerasukkan terlepas lari. aku yang menyaksikan dari luar bilik merasa takut mengajak sepupu-sepupu ku yang lain yang turut melihat kesurupan itu untuk beredar pergi ke ruang tamu. Adalah dalam sejam lebih kami duduk diruang tamu tu, bermacam benda yang kami dapat dengar.

Seusai merawat maksu yang tersampuk nenek keluar pergi ke ruang tamu, nenek cakap maksu da pulih cuma dia dalam keadaan letih, datuk dan makngah juga. Nenek cakap maksu tersampuk masa pergi cari sayur di belakang kebun dia ada jua ambil buah mangga luruh dibawah pokok dimana diatasnya tempat seekor puntianak bertenggek. Nenek cakap, puntianak tu suka dengan maksu.. tu yaang dia ikut maksu balik rumah. Aku tanya dengan nenek macam mana nenek halau puntianak tu.. nenek cakap dengan membaca berapa ayat suci Al-Quran serta picit di ibu jari kaki, dan kalau nak senang.. ancam dengan menyebut namanya. kami yang musykil Tanya balik. Nek, macam mana pula puntianak ni ada nama?

Nenek senyum dan cakap kalau dulu dia pernah diberitahu ada kejadian masa dulu dia dengar dari mulut ke mulut dikampungnya masa tu nenek muda lagi sebelum berkhwin bersama datuk. iaitu 2 beradik hilang di pulau penunggu.. Nenek dapat tahu nama puntianak daripada kisah ini. Nenek cakap setiap benda mesti ada namanya.. seperti mana puntianak itu jelmaan daripada iblis syaitan. Syaitan itu ada nama-namanya begitu juga jelmaannya sebagai puntianak.

Nenek cakap, masa picit ibu jari kaki maksu suara maksu berubah-ubah seperti nada haiwan diselang seli ketawa mengilai dan menangis. Sungguh mengerikan sesiapa yg mendengar! ini benar sebab dari tadi kami duduk sebelum nenek tiba kami memang terdengar bunyi menyeramkan, kami memang sedia maklum itu memang datang dari bilik maksu namun suara maksu jauh berbeza, meremangkan bulu roma kala itu. Nenek lanjut lagi, puntianak tu berkeras enggan keluar dari tubuh maksu.. ia berbicara mahu mengunakan tubuh maksu untuk mendapatkan darah dan daging kambing, jika tidak ia akan mengganggu lagi. Lalu nenek membantah bahawa perbuatan itu syirik tidak sekali akan akan melakukan hajat sedemikian, maka nenek mengunakan ayat-ayat suci yang ampuh serta menyebut namanya..

“AKU TAHU NAMA MU SIAPA DAN ASAL USUL MU DIMANA.. DENGAN NAMA ALLAH MAHA KUASA SERTA IZINAN-NYA TERBAKAR LAH ENGKAU DIDALAM KHALIMAH-KALIMAH SUCI NI.’CINDAI’..!!”

Baru berapa potong ayat suci dibacakan tubuh maksu terketar-ketar dan menutup telinga. Bilang nenek lagi sejurus nama tu disebut atap zink rumah seperti ada ‘benda’ jatuh!dan kedengaran juga cakaran ditepi dinding bilik maksu. Nenek lanjutkan bacaan dengan laungan kuat tidak lama pokok dibelakang jendela maksu seakan digocang-goncang.. rupanya puntianak tu dah keluar.. suara puntianak mengilai terbang semakin menjauh.. keesokkan paginya, maksu pun pulih sepenuhnya. Apa yang maksu ingat dia hanya memugut buah mangga yang jatuh dan masa tu banyak sangat buah bagus-bagus.. tiba-tiba dia tak ingat dah. datuk dan pakcik-pakcik ku pergi tebang pokok mangga lama dibelakang kebun tu, takut akan menjadi tempat tinggl mahluk berkenaan. 2 hari kemudian nenek buat kenduri tolak bala.

TQ to Puteri hatiku

Credit : Sumber

Kisah Seram – Rasuk

Kisah Seram - cerpen.info

Syah merenung tajam tepat ke mata adik Lin yang baru sedarkan diri sambil tangan kanannya masih memegang ibu jari kaki adik Lin yang bersalut minyak kelapa dan pecahan bawang putih.

“JANGAN GANGGU AKU” jerkah adik Lin lantang sehingga membuatkan se isi ruang tamu rumah mak tua terkejut. “Siapa Engkau?”, soal Syah serius.

“Apa kau peduli?” makhluk yang mengusai adik Lin cuba memutar belit soalan dengan soalan. “Haaa.. haaaa..haaa.. haaa…” hilaian tawa yang berselang selikan amarah berulang-ulang kali. “LEPAS!!!” nada suara yang semakin kasar di luahkan oleh badan seorang gadis kecil berusia 16 tahun pada senja itu.

Jiran-jiran mula bertandang memerhati gelagat seorang gadis yang terbaring dan seorang pemuda yang asing di kawasan perumahan itu. Bisik-bisik jiran tetangga mengatakan dahulu kakak adik Lin meninggal dek perbuatan sihir, kini adiknya dirasuk syaitan pula menambahkan kesedihan di lubuk hati mak tua yang dianugerahkan kelebihan merawat sebelum ini.

Selalunya akan diperkatakan, sang perawat akan di uji dengan ilmunya dan itulah yang berlaku pada mak tua kini. Bila serangan terkena pada ahli keluarganya, dia seakan hilang arah. Tak tau ikhtiar apa yang perlu dilakukan.

Syah terkumat kamit mambaca mentera hikmah sakti dari petikan Al Quran barangkali dari gerak bibirnya dan permulaan Bismillah pada awalnya. Dia bukan seorang perawat, kebetulan kehadirannya di situ dihidangkan dengan tragedi dan spontan dia datang membantu. Berbekalkan sedikit amalan asas sebagai seorang Muslim, berlakulah pertembungan dua makhluk berlainan jasad bersandarkan ilham dan makrifat.

“Keluar dari badan cucu Adam ini, atau kau akan dibakar!!” amaran keras yang menyebabkan adik Lin semakin gelisah dan meraung-raung minta dilepaskan… kedengaran suaranya semakin keletihan dan, “mak… tolong adik mak… adik sakit makkk… sambil teresak-esak menangis.”

Mak Tua cuba merapi anaknya yang longlai itu tapi ditegah oleh Syah. “Mengucap!” perintah Syah pada jasad adik Lin yang lemah itu namun tidak diendahkan dan adik Lin terus memanggil emaknya dan merayu kesakitan. “Mengucap!!” kali ini suara Syah semakin kuat dan tegas.

Setelah tidak mendapat respon dari arahannya, Syah meneruskan membaca ayat-ayat suci dengan kekuatan hatinya sambil menjuruskan hikmah ayat tersebut agar diresapi tubuh badan yang sedang dirasuk dihadapannya.

“Lepassssssssss…!!!!! Panas…!!!” adik Lin menjerit kembali. “Keluar kau iblis!!” Syah kembali mengatur serangan terhadap syaitan yang sedang merasuk tubuh badan adik Lin yang kembali bertenaga. Matanya semakin kemerahan merenung Syah dengan renungan benci yang membuak-buak.

“Aku tau asal usul kau. Nyah kau dengan azab siksa asal engkau jadi, dengan asal engkau memakan diri, Allahu Akhbar!!” Satu tikaman keris ghaib menusuk ke telapak kaki dan adik Lin menggelupur bagai dalam kesakitan yang amat dan pengsan.

Syah meminta air kosong untuk melegakan kepenatan dan tersandar dia di tiang seri rumah mak tua sambil melihat adik Lin yang rebah lemah diremang senja itu.

Syah dapat merasakan kepanasan syaitan yang terbakar dengan kalimah-kalimah suci dan meraung meniggalkan jasad yang dikuasainya tadi.

Matahari semakin menyinsing dan malam mula mengambil tugasan. Sayup-sayup terdengar suara azan Maghrib berkumandang. Jiran tetangga sudah beransur pulang. Mak tua yang dalam kesedihan meriba anaknya yang kelesuan dan di sapukan air mawar berjampikan Yassin dan selawat. Tatkala air itu masuk menusup kerongga adik Lin, tidak semena-mena adik Lin muntah dan mengeluarkan darah dan serpihan-serpihan halus yang tidak pasti apakah ia.

Syah ingin meninggalkan keluarga itu dan berpesan agar mencari guru agama yang dapat membimbing mereka sekeluarga melakukan ibadah bagi mengelakkan dengki khianat syaitan ini menguasai kembali. Mak Tua menghalangnya dan meminta agar dia betah untuk tinggal beberapa jam lagi sehingga anaknya benar-benar pulih.

Syah menerima pelawaan itu dengan senang hati. Dia tidak sanggup menerima imbuhan yang diberikan mak Tua sebaliknya bantuan yang diberikan itu ikhlas. Mak tua juga tertanya-tanya siapakah yang begitu zalim sehingga sanggup menganiaya dia dan anaknya yang masih muda dan tidak tahu apa-apa.

“Semuanya berlaku atas izin Allah, tidak ada satu pun tenaga yang wujud dalam dunia ini tanpa izinNya, redhalah.” Syah menenangkan rintihan mak tua yang sedih memikirkan anaknya yang lemah dan tidak bermaya setelah memuntahkan apa yang digelar sebagai sihir dan santau.

Setelah selesai solat Maghrib, Syah meminta diri untuk meninggalkan mereka kerana masih ada urusan dunianya yang belum selesai. Dalam perjalanan menuju ke destinasi seterusnya yang terpaksa melalui perjalanan yang agak jauh dan gelap. Di fikirannya masih teringat kejadian sebentar tadi. Apa sebenarnya yang berlaku tadi? Kenapa dia boleh berada disitu? Tiba-tiba di terasa bagai ada kelibat di dalam keretanya. Syah cuba memerhati dari cemin pandang belakang dalam keadaan berdebar-debar. Dia bukan seorang pemberani namun berusaha melawan perasaan takut dan gementar.

Sedang kenderaannya melintasi jembatan sempit sambil matanya mencuri-curi pandang dicermin pandang belakang, dia dikejutkan dengan terpaan objek dicermin hadapannya. Syah melakukan brek mengejut dan kenderaannya mengempar kesebelah kanan jalan lalu melanggar sebuah lori yang kebetulan berselisih jalan yang sangat lurus tanpa banyak kenderaan malam itu.

Keadaan menjadi kecoh dan orang ramai mula membanjiri kawasan kemalangan. Pihak polis segera dihubungi dan Syah sedar dan cuba keluar dari kenderaannya. Terdengar suara-suara dari luar kenderaan kecoh dan bising. “encik… encik…” Syah cuba membuka matanya… tetapi terasa agak berat. Telinganya masih terdengar suara riuh dan kecoh.. adakala seperti bunyi kenderaan, adakala seperti suara orang berbisik, adakala seperti suara kanak-kanak… Dia terasa bahunya bagai digerakkan. Dicuba membuka matanya. Pandangannya kabur dan terasa kepalanya amat berat sekali.

“Encik… encik…” terdengar suara wanita memanggilnya. Syah terkejut dan berusaha membuka matanya. “Kereta dah siap encik”, sapa wanita itu. Syah terpinga-pinga dan melihat jam ditangannya kemudian memerhati diluar. cermin bilik menunggu bengkel kereta tersebut.

“Ah.. mimpi seram itu datang lagi menerpa setiap kali aku membaca majalah Mastika… setan betul!!”

Credit : Sumber